Total Pageviews

Sunday, 30 October 2011

MALAYSIA TIRU KPOP????


lately, ramai yang kata muzik malaysia dah start nak tiru kpop punya style..yeke???mari kita imbas kembali sejarah industri muzik di malaysia, dan bandingkannya dengan korean music..
1920-1930: MALAYSIA n KOREA sama-sama terima pengaruh muzik pop..MALAYSIA menerimanya dari para bangsawan parsi yang menetap di INDIA yang datang ke MALAYA ketika itu untuk berdagang, manakala KOREA menerimanya apabila dijajah
1950: zaman kegemilangan P RAMLEE dimana muziknya kebanyakannya popular di KOREA di era 60-70an
1960-1970: MALAYSIA sudah menerima pengaruh band-band dari barat seperti BEATLES..begitu juga dengan KOREA yang menerima pengaruh pop AMERIKA daripada tentera us yang berada di KOREA ketika itu.. dalam pada itu, MALAYSIA dilanda tsunami POP YEH YEH..irama ini turut menjadi kegilaan negara serantau..zaman kegemilangannya berakhir pada 1971..ketika ini, KOREA masih menerima pengaruh muzik dari JEPUN iaitu apa yang MALAYSIA gilai pada 1920-1930..pada ketika ini, di MALAYSIA sudah muncul kumpulan-kumpula kugiran yang memainkan alat muzik sendiri..kumpulan kugiran sebegini baru muncul di KOREA pada awal 90an..
1980-1990: munculnya pelbagai kumpulan rock (RIMBABARA, LEFTHANDED, WINGS, SEARCH, MAY, dsb) yang memainkan gitar dan drum sendiri di MALAYSIA, dimana kumpulan sebegini muncul di KOREA pada 90an..
akhir 1980-2000: muncul budaya pop dan R&B di MALAYSIA sama ada secara solo ataupun berkumpulan..pada ketika ini, pelbagai kumpulan muncul seperti KRU, ELITE, X-Factor, GT BOYS, 4U2C, BOBOI, NEW BOYS, ANTZ, SITI NURHALIZA, SHEILA MAJID, M NASIR, dsb..di KOREA, trend sebegini muncul pada pertengahan 90an dimana di MALAYSIA ketika ini sudah dibanjiri artis sebegitu..dan kini, dikala MALAYSIA tidak lagi begitu fanatik pada dance group seperti KRU dan sebagainya, di KOREA baru popularnya dance group sebegitu dikala MALAYSIA sudah beralih arah pada genre indie..
2000- kini: MALAYSIA sudah dibanjiri pelbagai band indie, artis solo R&B..di KOREA masih lagi dengan dance group yang sudah 10tahun kita tinggalkan..dan dikala kita sudah lama menikmati muzik rock dan indie, di KOREA baru ada dua band yang baru merangkak memainkan muzik yang dimainkan LEFTHANDED 20 tahun yang lalu..
satu lagi kelebihan artis MALAYSIA, ramai yang menghasilkan muzik sendiri..sejak zaman P RAMLEE lagi (50an)..trend ini baru bermula di KOREA pada ketika munculnya CN BLUE..

jadi, siapa kata kita tiru KOREA???nak kata KOREA tiru kita, takdela..tapi, muzik MALAYSIA 10langkah kehadapan daripada KOREA..dan persoalan mengapa gadis-gadis kini meminati mzuik kpop terjawab kerana dahulu, dizaman kegemilangan KRU, mereka juga digilai sebegitu..grup-grup di MALAYSIA juga dianggotai ahli yang jambu sebagaimana kpop idol kini..jadi, tidak hairanlah jika KRU, X-FACTOR, GT BOYZ, NEW BOYZ, 4U2C digilai pada era 90an kerana kejambuan dan tarian mereka, SUJU, SHINEE, SS501, BEAST, 2PM, 2AM, INFINITE, DBSK juga digilai kerana hal yang sama..tambahan pula, gadis-gadis yang menggilai kpop itu semua belum pernah mengenali KRU, X-FACTOR, GT BOYZ, NEW BOYZ, 4U2C..diorang hanya kenal KRU yang dah buat CICAKMAN, yang produce ADAM, STACY, VIP..diorang kenal DANNY X-FACTOR, ZACK X-FACTOR, yang dah jadi pelakon sekarang..hanya kenal AC MIZAL 4U2C yang dah jadi pengacara, pelakon, sekarang..TOMOK NEW BOYZ yang dah jadi TOMOK je sekarang..sebab tu, diorang boleh sangkut dengan KRU, X-FACTOR, GT BOYZ, NEW BOYZ, 4U2C, LEFTHANDED, WINGS, SEARCH versi KOREA sekarang..

konklusinya, janganlah memandang rendah muzik di MALAYSIA..saya juga meminati kpop (suka gila dengan SS501, KARA), tapi saya juga menggemari SITI NURHALIZA, AKIM AF7, YUNA, dsb..kta sebenarnya lebih daripada mereka..

BAHAGIAN 2: PENILAIAN KUALITI MUZIK..SIAPA LEBIH TELUS???MALAYSIA vs KPOP

sebagaimana yang kita tahu, saban tahun ada anugerah-anugerah berprestij seperti ABPBH, AJL, AIM, ANUGERAH ERA..bagaimana kriteria pemenang???ABPBH, memang berasaskan undian 100%, dimana populariti menjadi sandaran sebagaimana di KOREA kini..hanya yang POPULAR layak merangkul anugerah..tak percaya???semua anugerah di KOREA memang berdasarkan populariti (undian, jualan album, jualan muzik digital) 100%..di MALAYSIA hanya ABPBH yang begitu..anugerah yang lain memang sangat mengiktiraf kualiti hasil seni..sekiranya artis yang bertanding itu baru muncul dua bulan yang lalu, tidak mustahil dia boleh menujuarai anugerah juara lagu hanya bersandarkan kualiti muzik yang dibawanya semata-mata..sebagai contoh, ANA RAFALI yang memenangi AJL yang lalu pada tahun pertama kemunculannya, BLACK dianugerahi vokal terbaik hanya beberapa bulan selepas kemunculannya hanya dengan satu lagu sahaja yang dibawanya..ini kerana semuanya diadili oleh juri yang bertaulaih dalam bidang muzik...berlainan di KOREA..jika anda tidak mempunyai fandom yang besar, jangan harap anada boleh memenangi mana-mana anugerah..sebab itu, sukar artis yang baru muncul untuk memenangi anugerah yang selalu didominasi artis yang sama..

KOREA amat bergantung pada populariti..mereka memerlukan marketing strategy yang baik untuk mempopularkan muzik mereka..mereka perlu muncul dipelbagai rancangan televisyen untuk dikenali..sedangkan di MALAYSIA, hanya dengan menghasilkan muzik yang hebat dan baik, tidak perlu muncul di televisyen, anda mungkin diiktiraf..artis MALAYSIA juga amat berbakat berbanding artis KOREA..ramai yang menjadi singer-songwriter ketika ini..kebanyakan mereka akan mendendangkan lagu yang dicipta mereka sendiri..trend ini baru saja muncul di KOREA..di MALAYSIA, jika artis itu bijak menulis muzik, dia akan dianggap hebat (AIZAT, YUNA, dsb)..di KOREA, meski mereka menulis muzik, tidak ramai yang tahu..mereka hanya dibayar royalti..tapi, masih tidak diiktiraf..mengapa???kerana tiadanya anugerah yang mengiktiraf muzik seperti AJL di MALAYSIA..apa yang ada disana hanya carta popular yang ada di MALAYSIA hanya pada hujung minggu yang dibuat stesen radio..tapi, carta itulah yang digunakan untuk mengiktiraf muzik di KOREA..

satu lagi yang hebat, artis MALAYSIA tidak cepat tenggelam seperti artis KOREA yang kebanyakannya hanya bertahan setakat 5tahun sahaja popularitinya..sedangkan artis MALAYSIA boleh bertahan lebih 10tahun..sebagai contoh, P RAMLEE yang sudah 50 tahun popular..SUDIRMAN..KRU..SITI NURHALIZA..SHEILA MAJID..

jadi, siapa yang lebih baik????MALAYSIA atau KOREA???

P RAMLEE

SUDIRMAN

LEFTHANDED

KRU

4U2C

SITI NURHALIZA

BUNKFACE

AKIM AF7

ADAM

SS501

p/s- other kpop song, i'm sure, all of you know..i just provide MALAYSIAN music's sources..in case people forgot their root..


5 comments:

  1. Kurang setuju dengan artikel diatas.....fenomena kpop ni satu benda baru, lain daripada yang lain. Memang tak dinafikan yang korea menerima pengaruh muzik dari luar terutama dari Amerika dan Jepun, tetapi mereka cuba memperkenal genre muzik mereka sendiri. Cara pembawaan mereka juga berbeza. Dari segi nyanyian mereka, walaupun bukan semua dalam satu group tu nyanyi sedap, tapi mereka dapat wujudkan satu variasi nyanyian yang menarik.Rentak muzik lagu mereka sangat rancak dan tak membosankan, walaupun dah dengar banyak kali. Dari segi tarian, jangan cakaplah, artis dari amerika pun tak akan dapat tandingi kehebatan diorang. Menari mereka bukan menari biasa, tengok betul-betul muzik video suju,snsd,shinee.....koreografi tarian mereka cukup cantik, kemas dan sesuai dengan rentak lagu mereka. Hampir semua lagu diorang mesti ada lengkap dengan tarian. Baru orang tengok takkan bosan punya, kalau dapat tengok persembahan mereka secara live. Ada tengok dance battle diorang tak, macam mana diorang compete nak menari contohnya suju lawan 2PM, nampak benar majoriti daripada mereka benar-benar berbakat, tak macam artis Malaysia yang rata-rata takde basic menari langsung.

    Kebanyakkan artis kpop ini hampir semua ada pakej.Dari segi rupa, majoriti diorang handsome,comel dan cantik,walaupun ada member group diorang ada buat plastic surgery. Tapi tak semua ada bajet nak buat plastic surgery, namun ada yang memang dah cantik secara semulajadi.

    Kenapa nak bandingkan muzik Malaysia dengan Kpop? Umpama antara langit dengan bumi. Saya bukan nak kutuk negara sendiri, tapi muzik Malaysia tak sampai ke mana. Daripada dulu sama je genre dia.Kalau muzik Malaysia paling tidak pun masuk indonesia pun taklah popular sangat dikalangan pendengar negara diorang. Setakat siti nurhaliza, amy search tu pun hanya cerita lama.
    Tengoklah muzik kpop, ada sama ke dengan kualiti muzik Malaysia? Macam mana muzik kpop boleh diterima hampir kebanyakkan negara rantau asia timur,mahupun asia tenggara dan negara-negara eropah sekalipun dan start minat dengan kpop. Peminat-peminat yg rata-rata terdiri dari orang asia timur/tenggara pun dah macam nak gila tengok persembahan live diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oush x dinafikan kpop cool. Tapi korea diterima ramai kerana rmai suka...persamaan dia sama macam orang enggeris bikin muzik tpi org tempatan x suka ...ada la yg suka tpi di malaysia ad org suka rmai plak tu... tu sbb diorang popular... malaysia punya muzik dh la x penah didendang luar negara pastu org tempatan plak sibok korea mmg x pergi jauh la muzik kita...apa punya orang jadi melayu skit... klw awak suka sejarah la mcm saya bkn politik je kaji hiburan dgn zaman prasejarah di malaysia pon kaji dalam²

      Delete
  2. this is just my opinion, girl or boy???coz' i live longer than you i think..i grow up with KRU music..i enter primary school listening to SEARCH music..SITI NURHALIZA is my idol..and now, i'm at university, i found KPOP..of course i can detect the similarity..but, yeah, KPOP is stronger..but ours a great too..did you ever heard about RAIHAN???i think their popularity exceed SUJU..why???they never have time performing in their own country, MALAYSIA..always got invitation to anywhere around the world..GT BOYZ???they won best dance group before in 90s for the world festival..
    all i can say, HALLYU helped a lot with the internet..in 80s and 90s, there's no internet..nowadays, people can search anything with internet..that's why they got popular..
    and forgive me, in 90s and 2000 there's many outside artist asking SITI to marry them..even after finish performing, the artist shouted: "MARRY ME SITI!!!!"

    ReplyDelete
  3. sorry to say this, POP SHUVIT are super popular in japan even before they entering MALAYSIA market..

    ReplyDelete
  4. Oit jangan pandang kecik kat artis rock kapak kite... diorang dri 1980 sampai sekrang 2016... masih lagi popular tgk abang awie dri wings rmai kenal dia sbb dia Raja Rock Malaysia... klw diikutkan mpop vs kpop pasti mpop kalah teruk...cerita dulu punya rock klw rock kapak vs kpop... pasti kpop kalah teruk sbb tgk la suara hight picht rocker kita pon dah dapat pukau peminat dia... kpop dance ni guna teknologi klw buat...lagu kita guna alat muzik... x semua gitaris dapat bawa muzik rock kita... yg bagus cam abang Joe Wings...

    Sebelum diri saye beralih ke dunia rock...saye sgt fanatik kt korea sbb wajah,tarian,mimik muka hodoh time nari,melodi dan muzik. Sampai sekarang masih lagi dgr walaupun diri dh ditakhluk rock kapak...dulu suka kpop sbb tgk drama "Shut's up and let go" sedih beno cita pasal kawan...

    Tapi bila buat kali pertama dgr lagu rock kt tv dri wings dn ella tajuk sejati dan sembilu film pemburu bayang...hoho melodi dia muzik instrumen dia suara hight picht dia memukau ptt la konsert awie dulu peminat membanjiri stadium kt pulau pinang...penuh gila

    Bagi saya dua² genre dari dua negara berlainan sgt hebat cuma skrang 2000an rock mula kurengla... cuba kalau melayu tunjuk taring semula macam dulu. Mesti dapat bertanding dgn korea dan eropah dalam international ...dapat tempat ketiga dalam pasaran antarabangsa pon x pa asalkan dilabel antarabangsa... tapi sekarang ni ramai komposer beralih ke rock kerana pendengar mula menerima rock semula...

    Si Abang yg karang blog ni jgn kata abang hidup zaman kru ke apa...tapi saya seorang lelaki dilahirkan tahun 2002...sangat suka dgn lagu² lama sekarang dh umo 14...bukan slah korea dapat tambat hati orang smpai luar negara dan bukan salah orang melayu x dpat cipta lagu sebaik mungkin seperti korea tpi slahnya kita kerana terlalu kagum dgn korea smpai x ada peluang orang melayu nk kembangkan muzik di persada antarabangsa. Slah kita jugakla x support local song... memang patut lagu melayu bosan(not me) klw x puas ati pergila search google zaman kegemilangan rock di malaysia hebat²belaka

    Thanks pembikin blog ... maaf terlalu melebih tapi dia tu puja sgt korea hensem... rocker kt malaysia ni x hensem pon tpi diterima rmai..Ok je...

    Jutaan terima kasih kerana berikan info menarik di blog ni... Must pen off now

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...