Total Pageviews

Monday, 6 May 2013

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

aku dibesarkan dalam keluarga yang memang kuat berpolitik..tak semesti UMNO, malahan PAS juga.. arwah opah aku dulu, ayah aku kata orang kuat kaum ibu..arwah atuk pula PAS..dan rata-rata kaum keluarga aku, masing-masing mempunyai biased sendiri dalam politik..but, when we kumpul2 masa raya, harmoni..nobody will talk about politics at all..but, we know he is BN punya orang..dia ni, kuat PAS ni..macam tulah..my uncles ramai je yang bertanding kerusi wakil rakyat BN..even my atuk sedara pun sama..pegang kerusi dekat perak tu..n, one of my uncle pernah jadi yb dekat hulu selangor yet, my ayah, orang kuat PAS kat situ..macam tulah..

dibesarkan dalam keluarga macam ni, kami dididik dari kecil pasal perjuangan ni..ayah aku, kalau aku kenang balik dia punya perjuangan dalam PAS, if i were to tell you the story, you will cry, man..seriously..still fresh dalam memory aku, macam mana berkali kami terima panggilan telefon ayah accident kereta masa nak hantar harakah..sampai terbalik kereta yang dia pandu..kalau orang tengok, sure ingat dah takde orang ni..perjuangan ayah dalam PAS, mula dari kerjanya mengedar harakah..nak sebarkan PAS punya ideologi kat penduduk KL dan SELANGOR..aku ingat lagi, ikut ayah sampai tengah malam dekat HQ harakah dekat area hospital tawakal tu, tunggu harakah sampai..lepas tu, ayah akan edarkan kan macam2 tempat..bukan sekali ayah tidur dekat tepi jalan ngantuk punya pasal sebab nak hantar harakah..ni perjuangan ayah..

hulu selangor, kawasan ayah..ayah pernah je jadi ydp pas kat sana, kira wajib bertanding tu!!! but, what my ayah said, " ana suka kerja dari belakang tabir je.." seriously..respect him..macam mana dia nak kembangkan PAS..bagi aku, bukan tak boleh ayah nak buat dekat rawang, tapi sebab rawang kawasan cina..di hulu selangor, ramai orang melayu..mungkin lebih mudah penerimaan disana..ingat lagi ibu kata, semua duit ayah, memang untuk PAS..n not surprising, kebanyakan orang PAS memang macam tu..kaya macam mana pun dia, ada company juta2, semua tu dia buat untuk PAS..sebab tu, kebanyakan ahli PAS, orang nampak sengkek compared to UMNO punya politician..

setelah bertahun2 ayah punya perjuangan, 2008 dulu, ayah balik rumah happy gila after pru12..kitorang pun semua happy..alhamdulillah..selangor berjaya ditawan pas dibantu pkr dan dap..alhamdulillah sangat2..even orang tak berapa nampak PAS tu sebab tak berapa banyak diorang bertanding, tapi, kebanyakan jentera pilihanraya digerakkan PAS..PKR punya kemenangan kebanyakannnya dibantu PAS..dan ayah, akhirnya perjuangan dia terbalas..dia dilantik jadi ahli majlis..kalau setengah orang tu, dah pakai mercedes siap duduk dalam banglo dah bila dapat ahli majlis..tapi ayah kata, " ayah boleh je nak masuk sikit duit peruntukan tu, beli kereta baru, beli banglo sebijik..tapi, buat apa?? nak masuk neraka??" sebak dengarayah cakap macam tu..duit yang diperuntukkan, kalau compare dengan ahli majlis lain, aku rasa, ayah yang paling tak corrupt..duit peruntukan tu, dia buat macam2 program..kalau masa hari guru, dia beli kek kasi kat every sekolah dekat area batang kali tu (kawasan ayah)..am proud of him..kadang2, kalau peruntukan lambat masuk, ayah dahulukan duit dia..ayah dah pencen, gaji takde..just dapat elaun ahli majlis je yang rm1500 every month plus rm200 for every meeting tu..tapi, ayah, demi perjuangan dia, i salute..everyday, dia akan breakfast dekat kedai kopi, dengar masalah orang area tu, kalau dia round2 area sana, dia akan fikir, this is a problem..selalu macam tu..

aku percaya, semua politician PAS, macam ni punya style..biarlah ramai yang kata PAS punya orang kalau perintah negara, kita mundur, tapi bagi aku, pemimpin macam ni kita nak..yang dekat dengan rakyat..walau ramai kata PAS tak konsisten, PAS cakap tak serupa bikin, bagi aku, yang saksikan diorang punya perjuangan dari dulu, ini pemimpin yang kita nak..biar tak kaya asalkan zuhud..koman2, diorang perintah, masjid surau semua hidup..tu paling penting..biar maju ada bangunan tinggi langit, tapi kalau masjid kosong, takde makna jugak..

am not gonna condemn all the BN..diorang ada cara diorang..kalau anak2 orang BN tu, mesti diorang tau perjuangan diorang macam mana..tapi, aku, dibesarkan dalam famili macam ni, aku sebak bila baca berita nik aziz undur diri..sebak bila orang kata PAS ntah apa2..sebak bila orang perkecil PAS..yet, they never know perjuangan PAS ni macam mana sebenarnya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...