Total Pageviews

Friday, 28 March 2014

Hitting Son who Refused to Pray: Do You Deserve to be Jailed?


January lepas, kita dikejutkan dengan berita penahanan sepasang suami isteri di Sweden yang didakwa memukul anak mereka. Ya, di benua Eropah, benda2 macam pukul anak ni, dianggap domestic violence. Tapi, bagaimana pula dengan undang2 syariah Islam?


Hari ni, pasangan itu telah dijatuhi hukuman penjara. dan anak-anak mereka dibawa pulang ke Malaysia. some of the people said, serve the parents right. siapa suruh pukul anak? but me, serve the kids right. Besar nanti, your anak akan buat yang sama to what you did to your parents. Masa tu nanti, jangan kau nak angkat rotan pukul anak kau pulak!


dalam Islam, setakat pengetahuan aku yang cetek dalam bab agama ni, ibu bapa dibenarkan merotan anak mereka yang sudah berumur sepuluh tahun jika mereka tidak mahu bersolat.

“Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Para ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil. Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya.

Nah! sudah terang lagi bersuluh sabda Rasulullah ni membolehkan anak2 dirotan sekiranya mereka ingkar untuk bersolat. Memanglah kalau pakai undang2 negara orang putih ni, mereka akan anggap ini domestic violence. Sebab diorang mana ada hukum boleh rotan anak kalau ingkar nak pergi church. Tak wajib pun! takde dalam rukun agama mereka. Tapi, dalam rukun Islam, yang memang dah sah2 kalau kita ni orang Islam, memang wajib patuhi, ada tertera pasal kewajipan solat ni.

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. MENDIRIKAN SOLAT
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu

Rukun ni, ya adik2 sekalian, bukan just buat nak recite sebelum mula kelas Pendidikan Islam dekat sekolah je, kalau yang attend sekolah agama tu, siap recite in Arab lagi tu! Ni kena amalkan. Bukan buat nak jawab soalan test je. Dan bukan hiasan semata2 dalam buku teks. Perintah Allah. Amar Makruf. Ingat tu! kalau Rukunegara tu, ada juga maafnya kalau setakat recite di mulut je time assembly. (Eh?)

berbalik kepada persoalan asal, benda ni, aku rasa, clash culture sebenarnya. Kita Malaysian, kira baik banyak dari Muslim from Arabic countries sana. Diorang, lagi dahsyat kalau didik anak ni. Kita ni, terlalu dibaratkan. Tu pasal budak zaman sekarang dah masuk tahap mengada-ngada! Kena cuit sikit, dah nak report polis!

Kalau dulu, aku ingat lagi, kitorang adik beradik, siap curi rotan yang ayah aku guna buat ajar ngaji, sorok sebab seram. Gerun nangis2 aku belajar ngaji dengan ayah aku dulu..dan, aku rasa, kalaulah itu dianggap domestic violence, semua parents dekat Malaysia, yang ajar anak diorang mengaji, solat, puasa, wajiblah kasi jailed semuanya! Nak ke kita macam tu? Mengajar Islam, dianggap keganasan. Adakah itu yang kita nak? Biarkan anak tak solat sebab tamau kena tangkap masuk jailed. 

Adik2 pun, janganlah terlampau mengada sangat. Parents buat macam tu, ada sebab. Takdelah nanti besar, masa akad nikah, tok kadi suruh recite doa qunut, pergi jawab nak qunut panjang ke qunut pendek? haha..

And, for Malaysian government, I plead you to bring this case back to Malaysia. Possible ke? Aku bukan budak law. Tak tau kot2 boleh transfer case ke negara asal macam kita transfer credit between universities. haha.. But, I'm serious. Kalau boleh, bicarakan kes ni di Malaysia. Pakai undang2 Islam. Jangan pakai civil law, nanti lepas macam case Lina Joy pulak..

I'm not saying to hit your children! Benda ni, kalau nak buat, perlu ada sebab kukuh. Aku pun tak suka kalau orang pukul budak. Malah, aku benci mereka yang sepak terajang budak. Believe me, I've seen more than what you all did.

Bukanlah sabda Rasulullah tu boleh buat guna pakai untuk segala macam occasion. Dia khas untuk kes Amar Makruf Nahi Munkar je. Kalau setakat anak refuse tamau pergi kedai belikan rokok, tu memang patut tak hakim Malaysia jailed, aku yang rejam sampai mati (just exaggerate). But seriously, benda ni, since zaman Rasulullah dulu lagi, cara Rasulullah suruh sesuatu hukuman itu dijatuhkan, bukan mudah. He exaggerate the Forgiveness three times. Maafkanlah. Means, the rotan IS the last option sebenarnya.

Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Menjadi anak2 pun, kita perlu pegang pada pesan Luqman Al-Hakim pada anak-anaknya. Yang paling aku ingat,  patuhi semua arahan parents, SELAGI IANYA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM..tu kasi caps lock. sebab banyak je parents yang terlupa. diorang ingat, anak2 wajib patuhi semua arahan diorang. Mereka lupa the words after SELAGI tu yang makes the sentence complete.

P/S - anak2 Malaysian yang kena jailed tu, bagi aku, tak sedar diuntung. Dahlah parents bawak tinggal kat obersees..kawan2 lain, mampu mimpi je kecik2 dapat duduk obersees. This is what you gave your parents? Culture shock sangatlah tu sebab classmates omputih takde pun kena marah dengan parents (???)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...