Total Pageviews

Tuesday, 4 March 2014

The Malaysian Education System: MOVING FORWARD OR FALLING BACKWARDS?


gempak tak tajuk? haha..well, actually baru balik dari a talk yang dianjurkan EMSA Society kat sini..the speakers include Datin Noor Azimah Abdul Rahim (PAGE Chairperson), Ms Elizabeth Lee (Senior Executive Director of Sunway University and Sunway Education Group) and one of my fav politician, YB Zairil Khir Johari (CEO of the Penang Institute and MP for Bukit Bendera)..am really glad that EMSA Society ni, takde pun nak biased to any political parties, dan talk ni, takde pun nak cakap pasal politik sangat..dan, dia allow everyone to express their own opinion tanpa mem'boo' atau segala yang tidak sihat..

malas nak cerita panjang pasal benda2 tu, straight to the point, i'm writing this post untuk share my opinion pasal education system ni..sebab aku kiranya macam tikus makmal jugak sebenarnya..siapa yang lahir tahun 1990, amek upsr 2002, kita senasib..and, we experienced zaman revolusi pendidikan malaysia ni..first of all, ingat lagi tak, lepas upsr dulu, dalam bulan 11 or 12 macam tu, buletin utama announced yang start 2003, math and science akan diajar dalam english? aku time tu, tiba2 rasa macam tamau masuk sekolah menengah~~boleh tak macam tu? nak cerita pasal PPSMI ni, dia ada pros and cons sebenarnya..aku ingat lagi, bukan takat math and sc tu taught in english, dia didatangkan bersama pakej pembelajaran yang dilengkapi teknologi dimana computer yang ajar kita..ingat lagi tak kartun yang ajar kita english, math and science dulu? tak silap nama dia ETEMS (English and Technology for Mathemetics and Science)..

apa yang bagus pasal PPSMI ni, dia memang sangat2 improve english students semua..no doubt..dan, memandangkan kebanyakan terms science tak perlu nak translate to malay, dia berkali2 lagi memudahkan student..takde pening2..tapi, apa yang tak berapa nak benefit, seperti yang dikatakan YB Zairil dan Datin Azimah tadi, benda ni secara tak langsung menjarakkan lagi jurang antara student di urban area dan rural..dan, aku tak taulah aku ni berpandangan jauh ke apa, masa aku sekolah dulu lagi aku dah fikir benda ni..sebab aku dulu sbp pun, dekat temerloh nun..sekolah keliling sekolah aku, memang ade orang asli, memang kampung..aku terfikir, kesian diorang kena belajar dalam english..sedangkan simple greetings pun ada yang tak tau, macam manalah diorang study in english..

dan, sekarang ni, tengah sibuk nak kasi pc dekat student semua..aku nak gelak tergolek sebenarnya dengan program 1Bestari Net ni..bukan apa, dulu sekolah aku, dalam class memang ada pc..satu class satu pc untuk bantu proses pembelajaran..sekolah aku dulu, kira best jugaklah..ada OHP, projector siap speaker lagi..memang benda ni guna untuk cikgu2 ajar student, dan student pun, senang nak present, tak payah tulis atas mahjong paper..tapi, hehe..ada tapi..bila dah lengkap facilities macam tu, korang terfikir tak apa yang student akan buat? PC, projector, dah sah2 ada layar and speaker..tak ke bunyi macam dalam panggung wayang tu? haha..that's what we do..time prep malam, movie time!!!haha..dan sekarang, nak kasi student satu device sorang? haha..i'm not jelly..but, how can you so sure that the student akan gunakana device tu for study? and, aku petik sekali lagi kata2 YB Zairil tadi, yup, benda ni akan menjarakkan lagi jurang antara urban and rural students..rural area punya kids, yang not IT savvy, akan terus terkebelakang, manakala urban punya students yang memang dalam perut mak dia lagi dah duduk depan komputer, akan take advantage of this kemudahan, and get smarter and smarter..

satu lagi isu yang berbangkit ialah, jurang antara sekolah..tutup cerita urban and rural, itu memang dah terang lagi bersuluh..Ms. Elizabeth tadi bangkitkan isu jurang antara urban schools sendiri..jurang perbezaan antara sekolah2 tu semua..bagaimana sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi jauh meninggalkan sekolah biasa..kenapa? berbalik kepada kemudahan yang diberi..taraf cluster school and SBT tu, membolehkan sekolah terbabit memilih students mereka sendiri, dan mendapat pelbagai dana..sedangkan sekolah lain? dimana ada certain school yang digelar berkeperluan tinggi, bagi aku, mereka yang patut dibantu sebenarnya..aku ingat lagi, masa sekolah dulu, pergi one of the schools dekat temerloh sebab ada perlawanan petanque, aku lalu sebelah lab sains dia kot..sedih aku tengok.,berhabuk, gaya tak pernah pun orang masuk..dengan kelengkapan yang daif..meja kayu je..sedangkan sekolah aku masa tu punya lab, sangat2 best! dah macam lab ayah aku dekat HUKM dah aku rasa lab bio and chemistry tu..

the main issue here sebenarnya, berbalik pada implementation sebenarnya..tak guna buat policy, juta2 bazir duit, tapi kalau implementation hancur, tak kemana..aku ingat lagi tak cukup terkezut dek PPSMI, beberapa bulan sebelum PMR, suddenly, format exam pmr for all subjects dengan tiba2 berubah..i was like, wtf? sekolah aku dahlah memang dari form2 dah ready awal2 untuk pmr ni..suddenly, dah nak pmr, format berubah? bukan student je terkejut, dengan cikgu pun sama semua! apa yang aku nak katakan sebenarnya, malaysia ni, rajin sangatlah ubah policy..tak sampai berapa tahun PPSMI tu ada, mansuh..and aku baru tau kenapa benda ni jadi..when too much politics involved in education, inilah jadinya..and, aku suka kata-kata ketiga2 panel tadi, we need a minister yang rela tak popular, sanggup losing power untuk drives our education..tak perlu nak famouskan diri dengan konon2 perkenal policy baru bagai..yang sedia ada pun, belum kukuh, dah nak tukar..yang pening, cikgu2 tu asyik tukar je..

isu employability, aku pun pernah jadi fresh grads dulu..dan pernah rasa susahnya nak dapat kerja..under-employability  di malaysia, ~20%..dan, mereka bertiga tadi tuding jari pada student..kata tak cukup skills, tak cukup IQ, EQ, dan segala Q lagi..but i said, bukan salah kami student..dekat uni, dah cukup dah diajar segala skills sebenarnya..aku tak tau course lain or uni lain..tapi, course aku, BSc. Science Geomatics dekat UiTM, aku tak rasa tak cukup kami diajar..siap kena pergi field sheme for 3months..sometimes, field scheme tu, memang buat projek sebenar..dengan every week kena turun site..dan, UiTM punya Kemahiran Insaniah..cukup dah nak ajar segala macam skills..and, what my MSc GIS programme director did for us untuk prepare the students lepas habis study nanti, same je dengan apa yang program direktor jabatan sains ukur dan geomatik uitm buat untuk student dia..we've got a course yang khas untuk dedahkan kami pada industri and kerja yang boleh kami masuk lepas kami habis study..sama je..isu unemployability and under-employability ni, sebenarnya berpunca dari industri sendiri..dimana rata2 mereka mahukan pengalaman at least 2 years..sebab nilah many of us, dapat kerja, yang tak memerlukan pun degree tu..dan, aku tak rasa salah untuk sabar for 2 years..kejap je..then, you can get the job that suit you..insyaAllah..

dan, apabila Ms. Elizabeth dan YB Zairil tadi, dok compare Malaysia dengan segala macam developed countries, i was like, LOL..mana boleh nak compare kita dengan diorang..memanglah we need to set high to achieve higher..tapi, masalah kat sini bila mereka yang kat atas tu, tak merasa yang dekat bawah..I mean, tengok at national level, lain dengan tengok benda at local level..nak settlekan issue national, kena tackle local issue dulu..boleh nak compare dengan developed countries, but jangan include rural area in that statistics..than only the comparison sounds legit..kenapa Malaysia selalu dicompare dengan Mexico or any developing countries lain? sebab kita punya socio-economic yang serupa..tak guna nak compare dengan Japan, Korea, EU countries yang dah sah2 jauh tinggalkan kita..we are what we are..and, i always lol at people comparing developing countries and developed countries..or are they even confuse that both are actually way (i mean, waaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyy) different..

but, what I like about both of them, even diorang cakap macam tu, they still said, we are still moving forward, no doubt..but, langkah kita slow sangat..bila negara lain take two steps, kita baru setengah langkah..ni, balik kepada isu implementation tadi..macam mana kita tak jalan slow kalau sekejap2 policy ubah..baru nak biasakan diri dengan policy, dah kena ubah..tu masalahnya..sebagai contoh, Singapore, ever since diorang keluar dari Malaysia, never once they change their education system..and, here they are today..one of the most outstanding developing countries yang jauh meninggalkan kita sedangkan, kita serantau..but we malaysia, every 5-6 years, the system will be revised..and, new policy is introduced.. (?????)

isu sensitif yang berbangkit tadi, meritocracy..ada audience bangkitkan isu MRSM and Public Uni for malay only..and, the panel jawab memang ada quota, but we need to open more..i need to say no to that..kenapa quota tu kecik? 10%..itu sebenar dah cukup dah.. kenapa? sebab kalau nak compare ratio bumis and non-bumis, the 10% is more than enough sebenarnya..wajarlah peluang dibuka banyak tu..bukan nak kata i'm racist or apa, tapi realiti..kalau buka sama rata, pakai merit, babailah anak melayu semua..sekarang ni, orang melayu memang diselamatkan federal constitution akta 153..dan, bila YB Zairil mengatakan sepatutnya benda ni tak jadi isu dah, dan panel semua mengatakan sepatutnya sekarang equal opportunity yang penting, aku terpaksa oppose diorang punya pendapat tu..relevan mereka, 70% of Malaysian sekarang lahir after 1969, so they shouldn't bother something yang diorang belajar dalam buku sejarah je..dan mereka juga kata, they can't imagine malaysian akan berperang semata sebab buku sejarah..and with all that, they say that things are not that bad in Malaysia? haha..i learn sejarah from a book and internet..just enough to make me sayang negara, agama dan Melayu sendiri..enough to make me say no to equal opportunity and meritocracy..why? aku dibesarkan dengan hak istimewa melayu..aku masuk sbp, bukan sebab aku punya upsr power sangat, sebab aku anak melayu..aku dapat uitm, sebab ic aku tulis keturunan melayu..dan aku dapat jpa sebab nenek moyang aku dulu memang asal dari tanah melayu ni..

dan, dah kenapa nak sibuk pasal mrsm dan public uni tu? sbp ada dibuka untuk non-bumi freely..public uni pun except some of them like UiTM and UIA..tapi, tak guna pun buka pintu luas2 macam tu..kenapa? sebab macam Ms. Elizabeth kata tadi..mana pergi chinese students semua masa secondary schools? chinese kira second ramai dekat malaysia..tapi, mana pergi mereka semua masa sekolah menengah? jawapannya, private school..yang tak silap aku, ada yang straight sampai A-Level..yang silibus ikut negara luar US or UK..and peluang untuk mereka further ke obersees, tinggi..even kita ada dekat public school, public uni yang bagus ada, tapi tulah, they choose the other..jangan cerita pasal public uni kalau korang tak pernah pergi public uni..aku cukup tak puas hati tadi bila diorang sentuh pasal lack of skills taught by university..chet! pandai2 je mereka yang lepas spm terus gomen hantar pegi UK ni..

equal opportunity ni, sebenarnya, among malay sendiri pun..jurang malay students..urban and rural..sbp, mrsm and sekolah harian..jauh beza..macam YB Zairil kata, yes, ada yang pandai..even dalam that kind of policy yang selalu je ubah2, ada je yang getting smarter and smarter..we've got bunch of straight A's students per year..tapi, berapa percent sangat kalau nak compare dengan kawan2 yang tertinggal tu..benda ni jadi sebab, ingat tak masa sekolah macam mana dia asingkan kita kelas pandai, middle and corot..ingat tak? benda nilah yang buatkan jurang tu semakin luas..the malay students yang pandai2 ni, lepas upsr, 5000 of them akan diterima masuk sbp and mrsm..tinggallah beberapa lagi dekat sekolah harian..sekali lagi mereka diasingkan dimana yang pandai akan duduk kelas pandai..lepas pmr, sekali lagi malay students yang excellant ni, akan admitted to sbp and mrsm..and, tinggallah mereka2 yang middle and low dekat sekolah tu..bila kawan2 keliling dalam kelas pun semua malas nak belajar, what do you expect? tu yang jadi lepas spm, banyak je yang tamau sambung belajar dah..terus kerja..selain dari sebab2 lain seperti ekonomi etc..

tapi, cuba kalau dari darjah satu dulu, tak payah nak asing student ikut grade? dekat japan, korea sana, kita punya classmate sama je sampai kita habis sekolah..itu yang sepatutnya..kalau kita mix dengan orang yang lagi pandai dari kita, we'll be motivated..secara tak langsung..ini tak..dok asing student..tu yang jadi cikgu pun tak motivated tu..masuk kelas pandai seronok je..kelas hujung2, malas, marah2, pukul budak..that's the reality..kalau dalam setiap kelas tu, ada student yang pandai, at least, takdelah cikgu tu terasa malas nak mengajar sebab ada student yang nak dengar apa dia nak cakap..

education in Malaysia, takdelah teruk sangat..kalau tak, takdelah Malaysian yang boleh ada phd bagai..we're better than many other developing countries sebenarnya..at least, rakyat malaysia, retilah nak baca tulis..but, we can do better..hands off any politics..dalam dunia yang sangat competitive sekarang ni, we need to focus on improving the nation..bukan popularizing your own self..

and, for me, sebenarnya benda ni berbalik pada nawaitu kita..tak guna pergi sekolah, masuk uni, kalau niat dalam hati tak ikhlas untuk belajar, to serve our nation..betulkan niat, itu yang utama..same goes to the teachers semua dekat sekolah tu..aku tak setuju bila dikatakan guru ialah satu profesion..bagi aku, guru bukan satu profesion..i can't put it in words..tapi, as a teacher, tak boleh setakat pergi masuk kelas baca notes yang dah prepare awal2, student faham tak faham, belakang cerita..that's what happens nowadays dekat sekolah semua tu..dahlah masa pembelajaran makin singkat sekarang..aku dulu masa sekolah, satu waktu 50minutes kot..sekarang, half an hour tak sampai aku rasa..within that short time, patut guna sebaik mungkin untuk pastikan ilmu tu masuk dalam kepala all forty students yang ada..sebab tu dalam bahasa arab, guru is Mu'allim..yang diambil dari kata dasar ilmu..penambahan mu dihadapan tu, bermaksud orang yang memberi ilmu..it's really sad to me bila most of the teachers sekarang, menjadi cikgu kerana diorang tak dapat kerja lain dekat industri nun..last choice..better daripada takde kerja..

dan, cuba kita renung sejenak kenapa attitude students sekarang sangatlah menyeramkan..diulangi, menyeramkan..tu kira kritikal tu kalau dah guna perkataan menyeramkan..but, that's the reality..kenapa benda ni jadi? punca utama dia, is agama..yes, it's all about pegangan hidup kita..macam mana anak punya perangai tak teruk kalau parents sendiri pun agama tak terjaga..dengan kerja tak ikhlas, kerja ala kadar, ngumpat bos dekat belakang, you expect to be paid more..ingat berkat ke duit gaji tu kalau banyak ngelat time kerja? then, you feed you sons with that money..tu yang jadi perangai seram tu..aku rasalah, kalau kita jaga agama kita, takat jepun korea tu, mudah sangat kita nak pintas diorang punya kemajuan..sebab diorang memang hidup tak percaya dekat tuhan pun, itu pasal both of the countries punya suicide rate paling tinggi dalam dunia..

daripada Dia kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali..everything we do, niatkan Lillahita'ala..our goal tu kena betul..bukan for self-satisfaction je semata-mata..apa salah, dah alang2 diri tu IQ tinggi, result gempak, pinjamkan kepada negara..build a better Malaysia..insyaAllah..

P/S - I really wish YB Zairil best of luck for his political career..can't wait to see him in the future..kalau ramai politicians yang berfikiran macam dia, aman Malaysia..haha..

4 comments:

  1. u know what sis?i really love reading ur opinion.This entry of yours open up my mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm just tired of political-play in Malaysia actually..and, i only have this blog to express my thoughts..

      Delete
  2. Haha..ade jugak org yg pikir mcm ak..selama ni,ni sume jugak la yg ak rasa..kita senasib..tikus makmal..hehe..










    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...