Total Pageviews

Tuesday, 25 March 2014

What's Wrong with Malaysian Nowadays?

got the idea to write this post after came across a sad and heartbroken article saying that few young people found dead because of drug after a music festival in KL..speechless..bila nampak artikel tu ditulis, terus terlintas dalam fikiran aku, apa dah jadi dengan Muslim di Malaysia sekarang? yang dewasa sibuk mengejar kuasa, harta..yang muda sibuk mengejar keseronokan dunia..in ten years time, it's horrible even to think what will happen to my nation..apa dah jadi? 

dikala kita sibuk nak mengejar arus permodenan, sibuk nak bersaing dengan negara2 maju yang lain, nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka, tanpa sedar, banyak benda yang jadi behind the scene semua tu..Malaysia semakin maju, Ya..tapi, rakyatnya? semakin tak berintegriti..dimana Islam? jangan kata Islam agama rasmi negara kita kalau kita tak pun mengamalkannya dengan betul..jangan berani tunjuk IC yang tulis agama kita Islam kalau kita sendiri semakin hari semakin mengabaikan agama itu..

apa dah jadi sebenarnya? kita semakin ghairah mengejar harta dunia, mengejar kuasa..ada apa dengan harta tu? buat beli Ferrari? banglo tiga tingkat? ya, siapa tak suka dengan benda bernama duit kan? ada duit, kita boleh buat macam2..macam aku, dengan duit, aku boleh pergi tengok bola..tapi, adakah kita sanggup biarkan diri abaikan masa yang patut kita boleh guna untuk spend time dengan kawan2, dengan family..sanggupkah kita biarkan diri semakin jauh dengan agama sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai solat pun dihujung waktu? itu kalau solat, kalau tak?

apa dah jadi sebenarnya? golongan remaja makin hari makin kenyang dengan hiburan yang disajikan..saban hari dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan..tak cukup dalam negara, luar negara lagi..I admit, me too, do have my own music preference..but, sampai takat tu je..ya aku ada pergi konsert..tapi, diriku solat sebelum masuk venue concert tu..ya, aku ada pergi konsert, tapi, aku tak pernah pulak merelakan diri berhimpit2 dalam sesak ramai orang tu..aku rela duduk jauh dari stage asalkan aku takde berhimpit2 dengan yang bukan mahram..itu pun, aku dah habis rasa berdosa dah..inikan nak ambil dadah? I was like, what the hell are this kids thinking about? korang dah gila ke? 

cukup-cukuplah sajikan hiburan dekat remaja ni..sampai seminggu, ada tiga konsert sekali..gila apa? kalah dekat korea nun..ya, misi memancing undi untuk pru akan datang..sebab remaja sekarang ni, is our future..penentu undi, konon..but, adakah mereka akan mengundi masa pru nanti? kalau sekarang pun dah macam tak sayang negara sendiri? dok melenting kalau ada orang boo kpop idol kesayangan mereka..siap dah macam tak nak mengaku malaysian dah kadang tu? apa yang kita dapat dengan sajikan hiburan ni semua sebenarnya?

apa yang aku perhatikan, kita cuma dapat Malaysian yang makin jauh dengan Islam..makin mengenepikan agama..just finish chatting with one of my friends..dia cerita pasal dia pergi interview for a sponsorship untuk dia belajar..one of the question is about agama..not that hard yang kena recite dalil Al-Quran or hadith..a very fundamental one..but, sadly, my friend kata, ada je yang tak terjawab soalan tersebut..contohnya, rukun solat apa? ada yang termiss a few things..aku pun, memang kalau direct tanya berapa rukun solat, sumpah aku tak ingat..still, aku kena recite satu2 dari berdiri betul, niat sampai ke salam..tapi, realiti zaman sekarang, dek kerana solat ekspress rakyat, ada termiss a few rukun..

ada soalan pasal rukun iman..and the panel did asked for rukun yang paling dia pegang..kalau korang, apa korang akan jawab kalau orang tanya, dalam banyak2 rukun iman, mana awak paling pegang sekali? frankly speaking, kalau aku yang ditanya, aku takkan dapat nak kasi jawapan pada soalan macam tu..soalan perangkap maut tu! kalau aku, aku akan jawab;

"saya berpegang pada semua rukun tu kerana dah menjadi kewajipan saya sebagai Muslim untuk berpegang pada rukun Islam dan Iman. Cacatlah saya sebagai Muslim dan Mukmin andai satu darinya saya abaikan."

Tapi tulah, orang Malaysia sekarang, hakikatnya Islam hanya pada nama sahaja..praktik? mungkin hanya dengan mengelakkan zina dan maksiat, kita sudah menganggap diri kita sebagai Muslim..cukupkah begitu? bukankah seorang Muslim perlu berpegang pada concept Amar Makruf Nahi Munkar? Adakah Amar Makruf itu hanyalah menutup aurat semata-mata? dan, adakah Nahi Munkar itu hanya merangkumi jauhi maksiat dan zina? renung-renungkan, dan selamat beramal~~

I'm not saying diriku masuk dalam golongan Muslimah sejati..haha..aku pun, banyak je kurang yang hari2 kena top up..I'm writing this, sebagai peringatan untuk diri aku sendiri juga..risau esok lusa, aku terlupa, at least, I've this post to keep reminding me every day..InsyaAllah..


3 comments:

  1. Sebabkan pemikiran mcm ni bnyak peti undi luar negara menangkan pembangkang malaysia. Seolah-olah malaysia ni buruk sangat, korang pergi belajar pun pinjam dari agensi kerajaan then nak blame kerajaan for the crap yg RAKYAT sendiri buat.. u tak tahu la mgkin PRIVATE SECTOR yg taja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. salam..

      rasanya, anda dah salah faham dengan post ni.. saya rasa TOPIK UTAMA post ni pasal pendapat saya tentang Muslim zaman sekarang di Malaysia. Dimana ada yang Islam hanya pada nama, bukan pada lifestyle (termasuk saya sendiri). Saya bukan nak kritik apa, rasanyan kalau anda baca post ni dari awal sampai habis, mesti perasan dekat perenggan last tu ada tulis, " I'm not saying diriku masuk dalam golongan Muslimah sejati..haha..aku pun, banyak je kurang yang hari2 kena top up..I'm writing this, sebagai peringatan untuk diri aku sendiri juga..risau esok lusa, aku terlupa, at least, I've this post to keep reminding me every day..InsyaAllah.."

      Saya tak sentuh pun pasal bagaimana kerajaan mentadbir negara. Saya malah berterima kasih sangat sebab menaja saya dari saya Diploma sehingga sekarang ni. Malah masa sekolah dulu pun, saya dah kenyang dengan subsidi kerajaan yang tanggung makan minum saya di SBP dahulu.

      Dan, maaf lagi sekali kalau post ni, menyinggung hati anda. Saya hanya suarakan pendapat saya tentang apa yang saya rasa dengan kes remaja mati ambil dadah hadiri konsert di Bukit Jalil beberapa bulan lepas. Boleh refer di sini: http://malaysianreview.com/45100/konsert-fmfa-2014-mati-dadah/

      Terima Kasih apa pun sebab baca blog saya~~

      Salam

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...