Total Pageviews

Showing posts with label IN EDINBURGH. Show all posts
Showing posts with label IN EDINBURGH. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

ME IN EDINBURGH FINALE : Coming Home Part 1

Baru nak tulis pasal ni.. Haha.. Esok dah nak balek.. Yippie!!!! Erm, a lot of things need to be settled, tu yang baru berkesempatan nak tulis pasal ni.. Bukan takat packing barang je nak balik ni, banyak lagi hal kena settle sebab bukan dekat nak datang kalau termiss anything..

First and foremost, kenalah minta statement of finishing studies from uni yang mengatakan diriku dah complete semua module kat sini.. Result will be out on October though, tapi, yang ni, dah boleh dah minta. Senang boleh kasi pihak penaja dan juga nak minta kerja nanti. Mudah je. Tak macam UiTM kena bayarlah, itulah, inilah. Aku email je secretary programme aku, then, dia terus je provide aku statement tu within half an hour by email. Sangat efficient. 

Then, aku kena selesaikan pelbagai perkara dengan penaja, MARA. Tuntutan segala macam elaun seperti tesis dan elaun akhir pengajian (buat shipping barang balik). Supposedly ni boleh settle dengan kita pos je forms tu semua. Tapi, memandangkan aku akan balik esok, kalau MARA pos ke alamat aku sekarang, for sure memang taklah sampai kat tangan aku, aku pergi ke London untuk settlekan hal ni. Alhamdulillah, elaun semua dah masuk. Settle. Tinggal aku nak bayar hutang je nanti. 

Dah siap semua, apa lagi, packing! Haha.. Part ni paling payah. Mujur aku dah siapkan checklist awal-awal supaya tak termiss anything. Packing ni, bukan takat masukkan baju dalam beg je, kot2 ade orang kirim anything minta belikan, tu yang payah! Terlupa nak beli, mahal nak datang balik! So, first and foremost dalam bab packing ni, ialah, shopping! Souvenirs dan segala benda yang dikirim manusia di Malaysia nun. Dah siap, baru officially start packing. 

Half of my things are already sent to Malaysia. Aku dah pos dah sekotak. Kenalah bayar £143. Aku pos by air freight. So pakai kapal terbang. Tu yang mahal banyak. Tapi, cepatlah sampai kalau nak compare dengan pakai kapal laut. Two weeks akan sampai. Dan, katanya semalam dia dah pos. Hopefully semua selamat sebab dalam tu ada kasut Nike aku!!!

Then, barang2 dekat sini pun, kenalah juga tengok2 takkan nak bawa balik semua kan? Macam kitchen utensils segala bagai, wajarkah aku bawa balik? haha. Buat berat beg je. So, aku pass dekat someone untuk kasi dekat someone yang akan datang next semester. Jimat duit someone tu tak payah beli itu ini, dan jimat juga aku punya ruangan dalam beg. Haha. Kalau tak pun, ada je charity shop  punya van hari2 datang dekat hostel aku ni kutip barang. So, boleh je aku pass dekat diorang nanti macam bantal, kasut yang aku dah tak nak, etc. 

Apa lagi eyk pasal packing ni? Erm, tu je kot. Finally memanglah masukkan barang dalam beg. Sama macam masa datang dulu, aku bawa balik 1 beg roda besar, 1 beg roda kecil, dan juga backpack. Simple. Tapi, macam dah beranak-anak pula barang aku sebenarnya. Haha..

Saturday, 14 June 2014

ME IN EDINBURGH PART 15: Getting Ready for Ramadhan


lebih kurang 2 weeks lagi, ramadhan bakal menjelma.. tak kiralah dimana jua kita berada, still, Ramadhan is the same to any Muslim.. bulan penuh barakah..yang kalau boleh perlu kita isi dengan segala amalan sebab pahala berlipat ganda ketika itu..


ok, tutup cerita pasal tu..bukan nak kasi introduction bout Ramadhan, aku nak cerita pasal me fasting here in Edinburgh.. guess how long will I be fasting? It's 19 hours ok.. Subuh start at 2.50 am macam tu, and the Maghrib is around 10 pm.. bayangkan betapa lamanya diriku puasa.. plus, the Isyak will only be at 11 pm.. so, aku Isyak, tarawikh semua, dah nak kena sahur..haha.. it'll be a long day for me..


but, sesuai dengan tajukku, Getting Ready for Ramadhan, aku telah pun cuba berpuasa..haha.. nak tengok tahan ke tak.. awal dulu, macam tak larat jugak.. masa Rejab ada dah try.. tapi lama-lama, jadi ok, tak kisah sangat puasa lama pun.. because, sini takdelah cuaca panas kasi minta air je selalu.. ok je.. plus, aku pun, banyak je habiskan masa dekat computer room dekat my school siapkan dissertation.. so, tak sedar pun masa berlalu.. haha


and, aku juga menerima bungkusan with love from Malaysia.. haha.. ibuku hantar serunding for Ramadhan sebab aku cerita takut tak sempat nak masak bagai for Sahur, ada serunding, tinggal capai je.. haha.. puasa, memang wajiblah ada serunding kan? haha.. sampai 2 kg ibuku hantar..haha..


untuk Ramadhan juga, aku turut menerima jubah kaler hitam for tarawikh mungkin.. haha.. walaupun rasanya aku tarawikh dekat bilik je, tapi, mana tau kot-kot rajin pulak certain hari nak pergi merasa imam omputih pulak kan? haha..


juga, memandangkan diriku akan menyambut Syawal disini, aku turut menerima my fav tat nenas!!!! yeay!!! aku just minta serunding je hari tu, tak sangka tat nenas pun dapat.. haha.. tapi kan, rasanya belum start puasa, insyaAllah habis dah tat nenas tu aku tibai.. haha..


dan juga, aku menerima baju raya yang mungkin sedondon dengan family di Malaysia sana.. haha.. kaler cekelat..haha.. even rasanya aku raya dekat depan laptop je, tapi, haruslah aku pakai baju raya kan? haha.. feeling tu harus ada macam mana pun~~


berbalik pada persediaan untuk Ramadhan, ianya lebih kepada persediaan mental.. kena kentalkan hati ni.. sekarang ni, maybe ok.. nanti masa Ramadhan, dugaannya banyak, mana tau? tengah jalan2, ada nampak orang makan aiskrim (summer kan? haha) bagai, kot terliur ke.. tengah jalan2, ada bau ayam gorenglah, itulah inilah, haha..orang sini, bukan macam kat Malaysia, Ramadhan tutup restoran.. takde makna!! haha..


dan juga, this will be my first Ramadhan yang berjauhan dengan family.. err, tolak masa sekolah and uni dulu.. sebab dulu, even jauh pun, still, boleh je kadang tu family datang, dapat balik rumah..tapi, ni lain.. sendirian je.. tak boleh nak balik ke apa semata nak buka puasa sama..huhu..


hopefully, everything will be good for me.. insyaAllah~~ semoga Ramadhan kali ini lagi lebih bermakna untuk diri ini~~


btw, sebelum terlupa, pesanan penaja, to anyone yang nak tau how to post a parcel to UK, boleh buka website Pos Malaysia, pilih kiriman antarabangsa.. macam yang aku ni, pakai poslaju..dalam 5 days sampai.. dia ada banyak jenis..ada yang pos biasa, pakai laut, dalam 3 months ada tu baru sampai.. ada yang sebulan baru sampai.. banyak jenis.. but, one thing for sure, kalau nak pos makanan like my mom did, sila bungkus tebal2, then, jangan declare its a food.. declare as baju ke, buku ke, or anything, but not food.. sebab UK sangat strict bab2 makanan nak bawa masuk negara dia ni.. kalau naik flight pun, kadang bermasalah juga.. haha..

Wednesday, 14 May 2014

ME IN EDINBURGH PART 14: Spring Ends Already?


terlalu busy dengan proses menyiapkan tesis, sampai diriku sendiri dah tak sedar yang bunga2 yang banyak dekat park dekat dengan my hostel ni, dah berguguran.. rasanya, baru kejap dulu aku tengok pokok sakura tu santek je pink, putih kaler dia..then, suddenly, masa nak call my mum, tengok2, the ground are full with the petals..


nak cerita pasal bunga2 ni..kalau dulu, aku ingat, time spring ni, naturally the flowers will be bloom..haha..korang rasa macam mana? haha.. adakah ia terjadi secara natural? aku tak tau pasal tempat lain..tapi, in Edinburgh, diorang akan tanam bunga2 tu semua dekat park, susun santek2.. tu yang jadi nampak lawa je boleh buat kalendar punya pics tu..haha..


but, masa spring, aku sangatlah rajin melepakkan diri di park.. macam dekat Princes Street Garden yang dekat dengan city center.. Castle Garden.. both parks ni, memang letak tengah2 bandar, dan menghadap Edinburgh Castle.. so, the view is very nice! aku lepak, sambil brainstorm for my tesis writing.. takde kerja kan aku duduk park semata nak brainstorming? haha.. 


dan, aku paling suka part masa windy day.. sebab the petals are beautifully-blown by the wind.. subhanallah.. the moment is simply AMAZING! seriously.. aku paling suka masa tu.. dia punya feeling masa tu, aku tak boleh nak express in words.. but, it is beautiful indeed..


now, I realized the seasons ends.. one more season left, and I'll be home, insyaAllah.. one thing I love about Edinburgh, no matter how the seasons changed, the weather, is unchanged! sejuk je memanjang!! haha.. and, hujan je selalu.. nak buat macam mana, THIS IS SCOTLAND.. haha..

P/S- too busy to write a post.. thankfully, I post something in the hectic April.. thought I post nothing last month..

Sunday, 9 March 2014

ME IN EDINBURGH PART 13: Winter Over with No Snow

 

huuuuuuuu...sedih..this year, snow tak turun sangat like previous years..ada dalam tiga kali je nampak salji turun..but, turun je cair..turun je cair..sungguh tak best~~~

tapi ok jugak..diriku baru sedar yang memang diriku anak jati Malaysia..why???haha..sebab baru sedar yang diri ini allergic dengan benda yang bernama salji..haha..even I can't stand to be sangat2 sejuk..kalau kat malaysia dulu pun, kalau tangan pegang aiskrim, terus naik merah gatal2..


tapi tulah, one of my dream datang sini, tak tercapai..tak dapat main salji tebal2..takde duit nak pergi ski resort~~hehe..lebih kepada menyimpan sebenarnya..buat deposit beli kereta~~eh?

so, edinburgh sekarang dah getting warmer..sampai keluar pun, malas kadang2 nak pakai sweater..but, jumaat lepas, aku dengan confidentnya pergi kelas pakai sweater semata2, suddenly, snow turun? pelik sungguh..bukan nak sikit2 pulak tu, tau2, lebat terus! haha..malang betul keluar tak tengok weather forecast dulu..


and, I'm getting less busier sekarang..proses menyiapkan tesis saja sekarang ni..and few more assignments to submit by the end of this month..lepas ni, memang focus on tesis..insyaAllah..

P/S-regret lupa pasal All England padahal december lepas lagi dah terfikir nak beli tiket tengok chong wei!!huhu..

Wednesday, 12 February 2014

ME IN EDINBURGH PART 12: I MISS MALAYSIA

I miss Malaysia already~~huhu..kurang lapan bulan lagi kat sini, makin kuat rindu nak balik Malaysia..nak2 tengah winter sejuk2 ni, memang berkali2 aku rindukan malaysia..tak tahan sejuk sangat kat sini~~kat malaysia, tak payah pakai baju tebal2..takde gigil2 duduk dalam bilik pun~~

Apa yang paling aku rindu sekali? jangan terkejut!! It's MAMAK!!! ugh! nak makan kari mamak..sini kari, kurang~~mamak punya kari jugak the best! dah lama tak makan roti planta..dah lama tak pekena tandori..maggie goreng..teh o dekat mamak! dah lama tak lepak mamak tengok bola..serius, rindu gila aku dengan mamak! agaknya betullah dalam kari tu, mamak letak kas-kas..haha..

I miss my home, obviously..rindu nak tidur katil double yang boleh golek2 takde jatuh katil..yang boleh, tidur malam2 buat pusingan 360 degrees..sini, baru golek sekali, dah nak jatuh katil~~ nikan nak buat rotation! memang taklah~~rindu dekat bilik aku..rindu dekat novel2 tiga rak~~rindu dekat almari besar~~semualah! hopefully, balik nanti, it'll remain the same..

apa lagi aku rindu? family? haha..mestilah..tapi, sebab ada called, mesej, so, rindu tu jadi kurang sikit..plus, diriku bukan budak cengeng yang tak boleh pisah dengan family langsung~~haha..but, kadang2 memang jadi anxious tak tentu pasal kalau terfikir pasal family..sebab tu, sedaya upaya aku kurangkan fikir..bukan apa, jauh~~selalu jugak aku mimpi itu ini..risau lebih..takde depan mata, lain dengan ada depan mata..

and, I miss my friends..yang selalu menjelouskan diriku dengan misi mereka ber'hang-out'~~grrrr!!!! sumpah jeles!! sini aku lonely je..terkejar sana sini, lecture, buat assignment, project, masa bersosial aku jadi kurang..memang sangat jarang aku hang out..biasa memang sendirian kemana-mana..huhu..

tak sabar nak balik Malaysia bulan sembilan ni~~yeay!!! 


Saturday, 25 January 2014

ME IN EDINBURGH PART 11: DUIT OH DUIT

money money money...money!!!!haha..pernah tengok The Apprentice yang Donald Trump punya version tak? bukan Toney Fernandes..yang ori version..haha..first sentence tu, lagu tema apprentice tu..haha..kenapa aku tiba-tiba nak nyanyi lagu tu pulak? lately macam ramai yang tanya pasal kos hidup kat sini. ada yang kata parents tak kasi study obersee sebab mahal..ada yang risau tak sempat dapat scholar before fly, then nak tau berapa banyak yang perlu bawa..sebab tu, diriku tergerak nak tulis post ni..

macam yang aku pernah cakap, soal duit ni, semua depends dekat orang tu sendiri.. lain orang, lain cara diorang berbelanja.. ada yang suka shopping, ada yang duit pakai untuk makan je semata-mata, ada yang suka travel sana sini.. pokok kata, lainlah semua orang punya cara! so, aku tak tau nak cakap macam mana bab duit ni sebab aku memang jenis yang, bukan kaki shopping yang masuk kedai terus gatal2 tangan nak beli itu ini.. nak jalan-jalan pun, takde kesempatan sangat.. apa yang aku boleh kasi tau kat sini, general living cost kat sini je..yang lain-lain tu, sendiri kena manage..

first of all, accommodation..range sewa ni, biasa dalam gbp500 macam tu..tak kira hostel ke, duduk private ke?? rata-rata tu rate dia.. but yang menyewa tu, bolehlah share dengan member-memebr lain.. cuma, duduk private, bil letrik, internet, tv, etc, kena tanggung sendiri.. dia tak include dalam duit sewa..tak silap aku, ada yang pernah kata, internet 1month dia kena bayar dalam gbp30 macam tu, lektrik kena jimat2 less than gbp100 gerenti..macam aku yang stay on campus ni, semua dah include..aku bayar bulan-bulan gbp500 macam tu, semua dah ada.. tak payah pening nak jimat lektrik ke, heater ke, apa ke..semua aku dah bayar..

duit makan, aku rasa aku dah post sebelum ni dah bajet untuk makan..kat sini, paling jimat, memang kena masak sendiri.. beli barang dapur sekali gbp10 selalu aku, boleh beli cukup untuk 1week..tapi, kalau siapa yang tak suka masak, nak beli, biasa sekali makan per person dalam gbp5-10 macam tu..sebab tu, masak option terbaik..seminggu max gbp20 je aku guna..then 1 month, tak sampai gbp100 akan digunakan..jimat kan? 

aku takdelah terperuk sangat, ada masa, aku rajin jugak jalan2..tapi setakat ni, area uk ni jelah..europe aku plan nak pergi habis study annti with my parents..kalau naik train setakat area scotland ni, sekali jalan, day trip, gbp50 je masuk makan, souvenir semua..kira oklah tu..sebab sini, banyak museum masuk free je, tak payah bayar! sebab tu jimat je..

kalau shopping, barang branded dia, banyak murah dari dekat Malaysia.. dan rajin-rajin kena tau kedai yang murah-murah..kalau nak beli adidas, nike, etc, sportsdirect pilihan terbaik..itu hari aku beli kasut Lee Cooper, baru gbp8..murah gila! biasa pun kasut tu semua less than gbp30..sangat ok..sweater, jacket, baju pun situ memang murah..dan, kedai2 lain pun memang harga kira affordable..siapa yang datang bawak family tu, memang kena rajin2 cari kedai murah2..takdelah bazir banyak sangat nak beli barang..

ok, pasal duit berapa banyak nak bawak datang sini..aku rasa, untuk tahan 1 month, dah cukup dah..kalau siapa yang duduk private accommodation tu, sewa luar, bawak banyak sikit sebab kena bayar deposit kan? then duit tu, memang guna untuk nak beli periuk nasi, barang dapur, etc untuk permulaan dekat sini..macam aku, mula2 habis dalam gbp100 beli semua barang untuk starting..sebab aku emamng tak bawak apa-apa..just baju je..lain semua beli sini..

oh ya, pasal mara loan..itu depends dekat tarikh kita submit agreement..dia memang akan proses 2weeks..lepas 2weeks, memang duit masuk dalam akaun bank dekat malaysia..lepas tu, pandai-pandailah transfer ke akaun dekat sini..macam aku, family aku kat Malaysia yang tolong transfer..ada yang transfer je kat sini..

ok, tu jelah aku nak story..harap post ni bermanfaat untuk mereka yang akan fly tak kiralah september ni ke, or akan datang..tq~~

Saturday, 11 January 2014

ME IN EDINBURGH PART 10: WHAT DO PEOPLE THINK ABOUT MALAYSIA?


this is an interesting topic actually..i've been thinking to write about this months ago..there are many things that we, Malaysian, never ever thought that actually interested others about our countries..be it positive, negative and even, just a neutral opinions..


when I first told my classmates that I'm Malaysian, many of them will ask me, where do you stay? the city, KL? yup, everyone knows KL actually, thanks to the Petronas Twin Tower, one of the tallest buildings in the world..everyone know it..that's why, no doubt, it is our nation's proud..not KLIA, not Sepang Circuit or others.. and, it is super famous, cause, it it TWIN tower..


Some of my classmates even love Malaysia for our tropical forest..they just love that we do have many animals reside in the forest.. they even impressed that I got an Orang Utan (they called it, monkey) keychain.. I never thought that animals actually will be one of they key attractions to our country..haha..I hate going to zoo, that's why I never love to see animals..haha..


My Chinese kitchen mates, many of them been to Malaysia before..and, they said that Malaysian food, is really delicious..is it?? haha..they even wait for me to finish my cooking..and, whenever I'm cooking, thay always ask me, " what are you cooking?"..sometimes, I kinda embarrassed since I can only cook simple dish..haha..my Scottish friend also, been to Malaysia, and he loves Nasi Lemak, but the sambal is spicy, he said..and I told him, I can't eat the sambal too..haha..he also said that he loves satay, but can't eat the peanut sauce..surprise, surprise, surprise, many of the english people, do have this allergies to peanuts..


the most thing that surprised me is, when someone from UK, do know about Malaysian football..even, watched the match at the stadium..that is my lecturer..he's been to Malaysia many times, even involved in a lot of projects..he also can greet me well in Malay..he knows a lot about Malaysia..when I told him I'm from Selangor, he said, he knows that place..and, when I told him I went to watch football in London, he surprised me by saying, " I watched football once in Shah Alam. They used to have a great football team there, right?"..and, I was like, WOW!!!! how did he knows?? above all, he watched the match??? and, he know about Mr. Tan who owns Cardiff.. 


but, it is sad to me that there are some misconceptions about Malaysia..a Chinese said that people in our country, have a slow pace of life..she said that, we walk slowly.. seeing my face changed (maybe), she added that it might be because of the weather..and, she also ask me if when Malaysian are married, the one responsible to work is the wife, the husband will stay at home..I was like, where did she got that mitos?? who told her?? and, I've to explain to her to clear the misunderstandings..if not, Malaysian men will be viewed as lazy and irresponsible husbands..


the misconception about Muslim in Malaysia..same Chinese girl, thought that the wearing of hijab is simply a rule since, some wear it, and some not..and, I've to explain to her about this too.. but, she then argue with me, " If your God told you to do so, why would people disobey Him?".. and, I'm speechless..huhu..don't know how to answer that question..minutes later, I told her that there's no forcing in Islam..but, it is a fact written in our Holy Quran that the women, have to wear the hijab..and, if some disobey, they will bear the punishment from Him..that's what I told her..

Most people, do like us, Malaysian and our country..there's many things about our country seems to impressed them..but, the misconceptions, I now know why MARA told me to went to BTN..to handle those kind of curiosities, I can't help but to understand everything about Malaysia and most importantly, Islam..

Thursday, 19 December 2013

ME IN EDINBURGH PART 9: EXAM

hari ni, dalam pukul 3.30 tadi, habis dah aku punya seksa kena jawab exam dekat sini~~yeay!!! aku kena ambil lima final exam..diulangi, LIMA..masa degree pun, tak eprnah banyak macam tu subjek aku kena amek!!!

exam kat sini, beza dengan dekat Malaysia..apa yang beza???tukang jaga exam, not one of our lecturers..diorang semua entah siapa entah, aku tak pernah nampak pun!!! so, kalau terblur tiba2 masa exam, teruskan blur..sebab diorang memang tak dapat tolong apa2..

and, rasanya, takde masa pun nak blur masa exam..kalau dulu, exam sampai 2-3 hours..tu pun nak minta extra time..kat sini, 1hour je..kena tulis 4 pages..sempat tak agak-agak???haha..dengan kena masukkan references lagi~~~kuang3~~~

first paper, aku kelam kabutlah sikit..sebab first time kan~~~lagi 15 minutes, aku ada lagi dua muka tak siap tulis~~haha..but, second paper, sampai paper yang tadi, alhamdulillah..masa cukup..betul ke salah jawapan, aku tak tau!!!

apa lagi beza eyk??? tu je kot..dari sudut masa dan style nak jawab..kena karang esei, masukkan citation..tu je cabaran dia..jenuhlah aku google macam2 article, sebab nak masukkan dalam jawapan aku~~~

and, aku paling suka, exam hall masa aku punya third paper..exam hall ni, sebijik macam dalam harry potter punya cerita~~yang scene diorang amek exam, mak cik garang jaga exam tu..suasana pun sebijik kot!! orang yang jaga exam aku, semua yang dah tua2~~~lambat je datang, minta extra papers..


nama exam hall yang aku paling suka ni, Playfair Library..dia ni kira macam bangunan bersejarah dalam scotland ni, and must see places kalau datang edinburgh~~~but, aku kena jawab exam kat sini~~haha..

Tuesday, 3 December 2013

ME IN EDINBURGH PART 8: DRIVING FORCE


lagi lima hari, aku bakal menduduki exam kat sini..wah!!!!!tekanan!!!!haha..sampai nak nangis rasa..huhu..hari-hari stay up..dah subuh baru tidur..zohor bangun balik..study sampai subuh..macam tulah aku hari-hari kat sini..


tak sempat nak keluar bilik..jalan2..krismas market dah start!!!!aku tak pergi pun lagi..huhu..takde masa sangat..malang betul ada exam..aku ada 5 paper..banyak gila!!!time kat uitm dulu pun tak banyak macam ni exam!!!huhu..

just got an email dari someone, minta story pasal study kat sini..hmm..banyak yang aku nak cerita pasal ni..haha..rasa macam aku boleh buat kem motivasi dua hari satu malam nak cerita pasal benda ni..haha..



study kat sini, tak tau nak start macam mana cerita..haha..sebab lain course, lain uni, lainlah kot cara..sebab aku punya course, in edinburgh uni, tersangatlah susah..module pun payah..nak dapat markah tinggi tu, jangan harap sangat..cukup makan je..but, i do learn a lot kat sini..macam masa dekat malaysia, senang je study..marks pun dapat takdelah atas pagar..tapi, sini lain..tak boleh nak depends sangat dengan lecture dalam class (at least my course)..lecturer aku semua nak extra knowledge..means, kena rajin baca journal or article lain..sebab diorang tak nak exam kita jawab guna benda yang diorang dah ajar dalam class..most of the lecturers became a lecturer sebab diorang nak study lebih..gain extra knowledge..sebab tu, dengan cara suruh student jawab exam pakai external knowledge, diorang akan dapat belajar benda baru..ni lecturer course aku..hehe..


assignment, memang banyak..dan sama macam yang aku kata tadi, diorang nak benda baru yang diorang tak pernah came across sebelum ni..which is, sangatlah susah sebab masing2 world re known punya orang..aku every week ada assignment, ada report..haha..so, takdelah aku boleh berjimba sangat macam orang lain..some people, ada member boleh kata, every week pergi jalan2..haha..aku, tunggu krismas je baru boleh jalan..(aku dah beli tiket tengok bola!!!yeay!!!haha..habis exam, terus aku cabut pergi london..wakaka)


at some point, memang terasa nak give up..tension sangat sini..tapi, bila ingat parents, ingat macam mana susahnya nak datang sini, above all, ingat LOAN MARA, terus jadi semangat balik..haha..hati kena kental..tu je..

kalau dah tension sangat, ada hari tu memang sampai nangis (aku kalau sape yang kenal, mesti gelak kalau tau aku nangis..haha..sebab, i'm not very emotional person)..haha..apa aku buat, called or dizaman moden ni, Line ke, Wechat ke, someone yang boleh dan sudi nak dengar rintihan diriku..haha..and, am very lucky, ada orang yang sanggup nak dengar aku punya rungutan..haha..and then, whatever it is, we must back to Him..doa banyak2..minta dia ease our life..insyaAllah..


and, aku ada sembang dengan lecturer (my personal tutor..sangat helpful!!!) kat sini..he's dutch..aku sembang cakap study susah..british system pelik..semua..then, dia punya ayat memang kasi motivate..haha..dia kata, bila dah habis study nanti, kita takkan ingat dah markah yang sikit tu semua..apa yang kita ingat, the knowledge we learn here..susahnya belajar tu, buat kita berkali lagi kuat dari orang lain..insyaAllah..


tu je kot pasal ringkasan experience aku takat ni..memang susah study..compare dengan dekat malaysia, memang lain sangat..tapi, kita punya hati, kita punya semangat, kena kuat..kalau tak, wassalam..haha..

Tuesday, 19 November 2013

ME IN EDINBURGH PART 7: SEJUK~~~

salam..
sekarang ni dah nak dekat dua bulan dah autumn, baru aku nak update blog~~haha..kalau hujung summer pun aku dah rasa sangatlah sejuk, apatah lagi autumn ni~~

suhu, hari2 bawah 10..biasa 6-8..the best part is, kalau hujan..frozen terus tangan..haha..kulit muka dengan bibir pun dah kering gila..pakai lipbalm, cream pun, macam takde makna..haha..aku dahlah memang tak boleh nak pakai produk2 kecantikan ni..

kalau keluar hostel je, bungkus habis!!!haha..pakai baju sampai empat lapis aku sekarang..thermal, t-shirt, sweater, than jacket..itupun diriku rasa sejuk gigil-gigil lagi~~haha

skarf, wajib pakai..kalau tak rasa putus nyawa kat luar tu!!!haha..ada sekali dulu, lupa bawak skarf, sampai hostel, terus pengsan..tak cukup oksigen jalan dari kelas balik hostel..huhu

winter nanti, camnelah agaknye..huhu..kena pakai baju enam lapis ke apa??haha..



Sunday, 3 November 2013

ME IN EDINBURGH PART 6: FIELD TRIP TO KINDROGAN

lama tak update..sekali lagi sebab busy~~huhu..last week, aku kena pergi field trip..huhu..tak sangak dah masuk master ni pun still kena turun site..aiyo~~~ field trip ni, dekat kindrogan field center, perthshire..dia kira macam tempat educational institute yang nak buat research ke, fieldwork ke, boleh datang situ..sesuai untuk yang nak study pasal geography, environment n biology..



aku kena kumpul dekat school aku dalam pukul 8, then, letak alat semua dalam mini van, then, kitorang gerak ke kindrogan.naek van yang lecturer drive..haha..merasa jalan jauh, free~~haha..1st destination sebelum sampai, kitorang singgah kinross dulu..tempat ni macam tasik then ada tanah perkuburan dan rumah orang kaya..and, ada castle kecik kat tengah tasik tu..rumah besar tu, turun temurun sampai sekarang..tanah perkuburan tu, dia siap ada post pengawal yang macam ada kat castle dalam kartun disneyland tu..lecturer aku kata, sebab zaman dulu2, ada orang curi fresh bodies tu, buat research???





then, lepas jalan2 dekat tempat sejuk tu (pagi kot!!!mau tak sejuk!!!!), kitorang gerak ke perthshire..singgah another stop dekat Royal Scottish Geographical Society..ni singgah lunch..haha..pekan perthshire ni, sunyi je..tenang..jauh lagi best dan aman dari edin..suka aku dengan pekan dia..bangunan RSGS ni pun dulu, sejarah panjang..setakat yang aku ingat, dia dulu macam monastery..kira macam gereja jugak..tapi, lepas king apa entah kena bunuh dalam bangunan ni, dia dah tak jadi gereja..then, sekarang RSGS beli bangunan ni..tapi, diorang still kekalkan structure luaran dan sebahagian dalaman bangunan ni..aku paling suka library dalam ni..best!!!!!!







lepas tu, kitorang singgah dekat ada satu park..nama dia HERMITAGE..tergolong dalam Big Contry Tree, sebab dia ada banyak pokok tinggi2..n, ada 2 pokok tengah compete nak jadi tallest tree ins scotland..park ni, bila lecturer aku tanya, apa first impression, semua kata natural..but, rupanya tak!!!!lecturer aku recites poem yang ada sorang ni tulis..dia macam kutuk hutan ni..rupanya, tak natural..sejarah dia, ada sorang anak orang kaya ni, nak kasi hadiah besday ke mak dia..so, dia decorate hutan ni..pokok semua dia import jauh2..sebab tu, spesis dia pelbagai..macam ada pokok yang datang dari negara asia, tapi, wujud kat sini..batu2 tepi sungai pun, dia atur semua..and, sungai dia, ada salmon!!!!haha..tapi, serious tak sangka, hutan pun ada orang sanggup nak buat???




habis menjelajah hutan buatan tu, perjalanan diteruskan ke Kindrogan Field Center..seperti pekan yang aku cerita tadi, pekan yang dekat dengan field center ni pun, tenang je..aman!!!!!haha..tapi, field center tu, jauh gila dari pekan!!!!haha..dia dalam kawasan ladang, lembah bagai..so, 4 hari memang tak jumpa oranglah aku..haha..





bangunan field center ni, aku baca sejarah dia dekat receptionist, dia dulu pun rumah orang..ada tuan tanah tu, dia bina rumah ni 3 tingkat..then, kerajaan beli, buat field center..and diorang tambah lagi 2 bangunan baru..aku kira untung sebab dapat duduk dekat bangunan asal dia..tingkat atas sekali plak tu~~hehe..but, need to share with 5 others..haha..tapi, ok je..aku suka..sebab rumah ni best!!!!haha..nanti ada duit, nak buat rumah macam ni!!!hehe..







aku punya group, kena buat projek pasal cari site yang boleh bangunkan projek micro-hydro scheme..so, before sampai sini, kitorang memang dah shortlist dalam 3 site..so, 1st day, kira site visit..aku dengan lagi sorang scottish, kitorang pergi tengok micro-hydro scheme yang memang dah wujud..the best part is, hari tu HUJAN!!!!dahlah sejuk!!!!!hadoi~~~tak dapat pun aku menikmati pemandangan..huhu..







second day, alhamdulillah, tak hujan..yeay!!!dapatlah aku menikmati pemandangan..haha..site yang kitorang pilih, dalam kawasan yang banyak rusa hidup..and, masa kitorang dok hiking ke site kitorang (site yang dipilih, 332 m atas paras laut..tinggi tak???), ada hunter tengah buru rusa..time kitorang stop rest nak lunch kejap, ada dengar bunyi tembakan..mujur aku tak tertembak..haha..tapi, tak dapat snap pic rusa tu..sebab dia lari laju pasal takut ke kitorang..ada nampak burung herring~~hehe..



trip aku kali ni, takdelah menarik macam kalau pergi melancong..tempat dia pun, bukan kawasan pelancongan..aku pergi buat kerja..but, scotland, memang best!!!!kalau tempat biasa macam tu pun aku dah rasa cantek, apatah lagi kalau memang tourist attraction punya tempat..yang penting, tak payah bazir duit sampai 60pounds (my friend pergi trip bawah student society, pergi tempat yang lebih kurang sama geography dia, kena bayar 65pounds)..aku free je~~hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...