Total Pageviews

Wednesday, 13 July 2016

Straight A's or 1A? Do People Care? Do You?

Selamat hari raya~~~
Aidilfitri mulia~~~
Kepada muslimin muslimat~~~
Semoga dirahmati~~~

haha.. Mood raya tak habis lagi. Eid Mubarak to all. And yeah, I'm still in my raya mood sebab tahun ni buat kesekian kalinya dapat balik kampung a day before raya, unlike before. Asyik raya KL je, habis solat raya baru reti nak balik kampung.. haha..

Lari topik? Nope, baru nak masuk. Alkisahnya, masa aku beraya kali ni, I met my relatives yang tengah belajar lagi, masih nak mencorak masa depan. And, most of their parents masing2 takut anak diorang terpengaruh dengan aku punya dakyah.. haha..

Basically, aku sembang2, tanya how's their study and all.. Hmm.. Most of them sangat kena tekan untuk dapat result gempak2.. And I was like "Why do you even bother?" Masa aku umur macam diorang, I tend to think like them too. Tapi umur dah senja-senja ni, fikiran pun dah jadi weng sikit agaknya.. And, I told them (and of course their parents too), zaman sekarang ni, as long as you know how to kira baca, boleh dah nak survive. Ada orang masa SPM siap ada D lagi, dekat uni pun second class lower je grad, but now, rumah sewa ada 3, kereta ada 2, gaji siap boleh menyimpan pergi travel sana sini.

The question is not how many A's you've got in your exam, but how ACE you're in managing your life. A dalam exam tu, belum tentu boleh bawa kita punya hidup smooth je. People being judged not solely on their exam results, but intelligence. And bear in mind, the exam results never represent our intelligence. Jangan memandai nak judge manusia kata dia bodoh kalau tengok exam results dia ada je C D, A geli2 je nampak.

Our intelligence ni termasuk kita punya kepandaian nak bawa diri dalam masyarakat. Kepandaian nak mengemudi haluan hidup kita. These are what matters the most. Ada orang dapat straight A's tapi nak pilih course dekat uni pun boleh konpius kena tanya mak bapak, abang kakak, tok nenek, pak cik mak cik bagai. Tapi, ada orang yang A dia geli2 tadi, siap dihiasi dengan C dan D, tapi dia dengan yakin dan konfidennya tahu apa yang dia nak dalam hidup ni. Making choices tak susah sebab hidup kita ni, kita yang pegang. Yang jadi susah bila ada manusia terlebih pandai, bertanya sana-sini, tentang haluan hidup dia sebab dia tu sebenarnya hidup untuk please orang lain.

Itu yang jadi nanti terkandas sana sini termasuklah nak bawa diri dalam masyarakat. Bila kita rasa kita ni terlalu banyak A as compared to others, kita rasa kita lagi terer dari orang lain, tu yang jadi kita pandang orang keliling semua tak betul, kita je yang maha benar. Which is stupidly arrogant as hell. Tu yang jadi ada yang kerja tak sampai sebulan, berhenti. Kalau tak pun, kerja tak seronok sebab asyiklah kutuk bos, kutuk colleague, merungut kerja banyak tak sudah-sudah gaya dia je yang kerja dalam dunia ni.

I'm not ranting blindly sesuka hati. I've friends, brothers yang masing2 dah kerja. And, listening to them merungut tak sudah2 pasal kerja making me terfikir, if that so, kenapa diorang bother nak kerja? I was once like them. But, aku tak rasa environment kerja 9 to 6 fit me. That's why I chose to pursuing my postgraduate study instead. I've time to myself. Plus, it is flexible as hell. Nobody bising suruh aku buat benda sama tiap2 hari. And I do things that I love.

Itu kuncinya. Doing things you love. Tanya balik diri kita, adakah kita tengah buat apa yang kita suka. Atau kita sedang puaskan hati orang keliling kita. If it's the latter, I suggest you to stop doing so. Take a break. Think again. Kali ni, untuk diri sendiri. Sebab macam aku cakap tadi, hidup kita ni, kita yang punya.

Thursday, 5 May 2016

Sangka Baik dan Syukur

Terlalu lama rasanya dah tak update apa-apa di blog ni. Al-maklumlah, kekangan masa. Meski ramai je yang kata being a student ni takde akan boleh challenge employee yang kerja 8-5 or 9-6 or apa-apalah. But being a student, macam aku, there's no such thing as 8-5, 9-6 or any. Takde fix working hours. No holiday. At least, employee dapat rehat during night and sleep on weekend. But, not me. Itu yang blog dah lama gila tak update. 

What's the point yang aku dok bebel-bebel pasal 8-5, 9-6 bagai? Senang je, nature manusia yang akan sentiasa tak pernah rasa puas dengan hidup. Jeles je dengan hidup orang lain yang pada pandangan kita nampak lagi best dari hidup kita. Padahal, hakikatnya, kita sendiri tak tau. Itu salah satu contoh yang aku nampak dalam dunia ni. Paling mudah. 

Aku lepak-lepak dengan kawan2 yang dah kerja, ramai yang cakap tension kat tempat kerja. Nak berhenti. Bos tak best. Colleagues tak masuk. At one point, ada yang kata lagi rela sambung belajar balik. Me, a student, jawab balik, "Korang ingat belajar ni senang ke?" True though. Postgraduate studies ain't the same as undergrad. Masa degree bolehlah bangun lagi setengah jam class nak mula, habis class pergi tengok wayang, malam layan cerita Korea sampai pagi. Maybe, that's the student life yang orang inginkan. 

Mungkin pada POV seorang student macam aku, aku akan kata they're being ridiculous. But for them, yes it is  much better than kerja kat ofis macam orang gilak. But, come to think of it again, macam aku kata tadi, dah memang nature manusia takkan pernah merasa puas. Kita selalu letakkan hidup orang lain sebagai penanda aras untuk hidup kita. Kita nampak orang naik kereta, padahal kita naik komuter, kita akan kata, alangkah bagusnya kalau kita ada kereta, takdelah stuck dekat station bila train delay bagai. And then, katakanlah, bila dah ada kereta nanti, tak mustahil untuk kita yang stuck dalam jem, bila nampak ada komuter lalu sebelah, akan kata, alangkah bagusnya kalau aku nai komuter, takde stuck dalam traffic macam ni. 

Kita sangat selalu akan kata, "Kalaulah.. Alangkah.. Kan best kalau.." Padahal kita tak sedar, itu semua adalah secara tak langsung dah gambarkan betapa kita ni tak reti nak bersyukur dengan apa yang dah pun Allah berikan pada kita. Kita selalu nak minta apa yang belum Dia berikan pada kita. Dan, kita selalu persoal bila Dia beri apa yang kita nak pada orang lain. 

I've a friend yang ada kerja yang bagus, gaji ok, bos sangat ok, environment kerja best, tapi dia kata dia nak quit the job. And, I've a friend yang dah kahwin, dah ada anak seorang, but, she didn't has any work yet. Aku juga ada kawan yang berhenti kerja, balik kampung jaga mak dia yang sakit, and she misses her working life dulu.  Hidup kita ni, kalau kita pandang keliling, kita akan nampak ramai yang lagi bermasalah dari kita. Kita selalu ingat hidup kita paling miserable dalam dunia ni. Kita ingat dalam dunia ni, kita yang paling malang dalam dunia ni. 

Kita selalu ingat orang lain lagi beruntung dari kita. And we go ranting here and there tak puas hati dengan hidup kita, jeles dekat orang lain. I never a good person, but aku dididik untuk tak sesedap rasa menjaja rahsia peribadi dekat orang lain. No one ever know my life story. People might see me as orang yang takde masalah langsung, tapi mana mungkin wujud manusia yang takde masalah. After all, Allah memang akan datangkan ujian pada setiap hambaNya untuk menguji keimanan kita. 

Aku belajar untuk surpress my feelings. Aku belajar untuk terima setiap yang Dia datangkan dengan redha. Kerana aku tahu segala yang diaturkan mesti ada hikmahnya. Aku didik diri untuk sentiasa bersangka baik padaNya. Benda ni, makan masa. As I grow older, dah makin tua ni, akal yang dikurniakan ini dapat berfungsi dengan baik. Mungkin apa yang datang dalam hidu aku ni, peringatan untuk aku, ataupun juga sebagai kurniaan dariNya untuk aku yang pahala tak banyak mana, dosa je bertimbun. Mana tahu kan? 

Key dia, turn the negativity to positive. Stop being negative on everything. Asyik-asyik tak puas hati je. To think positif, bukan susah mana. Redha. Terima segalanya. Jangan nak pandang orang lain punya hidup sebab kita ada hidup kita sendiri. Ingat, setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, adalah pilihan kita sendiri. Setiap orang pegang hidup sendiri. Dan kita yang tentukan hidup kita macam mana. Once we made a choice, tak salah kalau menyesal, tapi, jangan sampai nak buat U-turn. Teruskan je langkah tu. Penat mana pun, perit mana pun, akan sampai juga. Sebab Allah sentiasa janjikan yang manis-manis saja untuk setiap hambaNya.  

Bila kita rasa lelah, penat dengan hidup ni, menyampah dengan semua orang yang ada keliling kita, turn to Him. Sebab, Allah tak pernah nak tinggalkan kita. Dia sentiasa ada dengan kita. Kita je yang selalu nak jauhkan diri dariNya. Apa pun yang jadi, kembali pada fitrah kita sebagai hambaNya. 

Thursday, 31 December 2015

2015: The Most Unproductive Year Ever

Today's the final day of 2015 which I regard as the most unproductive year ever for me. As compared to other year, I spent three quarter of this year hibernating.. huhu.. Not really hibernating as in doing nothing, I did made a decision for my future, but, yeah, that's the only thing I've done this year. 

I started this year with a job interview that many people really wanted to do. Yeah, the PTD job interview. Well, patutnya aku kena interview on Dec '14, tapi sebab masa tu aku masih di UK, tengah convo, then, aku minta tangguh. They gave me new dates. Did I do well? I'm not sure. But, I did gaduh dengan the Tan Sri pengarah SPA which made many jaw-drop. Pelik sangat ke kalau aku hanya menegakkan hujah aku, dan Tan Sri tu pun nak tegakkan hujah dia juga. When both rasa our arguments are better, tu yang jadi boleh gaduh tu. 

Pada masa yang sama juga, aku dapat offer from UiTM untuk skim Tenaga Pengajar Muda which, I supposed to be interviewed during Dec'14 as well, at UiTM Shah Alam. Tapi, due to some circumstances, interview itu dijalankan menerusi Skype sahaja. Well, did I do well juga? Aku tak tau. Rasa macam borak-borak je dengan interviewer tu semua. Nak-nak most of them are my lecturers dulu..

Two big things, one major decision to be made for my future. I passed both interviews, surprisingly. haha.. But, where should I place the bet for my future? Will it be PTD or TPM? Will it be a training for 1 year, or will it be a 3 years research study? Whatever it is, the decision need to be made. Aku rasa tahun ni, that's the only thing I did. Sebab tu aku rasa aku sangatlah tak produktif tahun ni.. haha.. Segalanya ditimbang tara, siap aku buat calculations lagi for the next five years, where would I be when I decide on either one. 

The decision had been made. Meski kekadang rasa menyesal tak pilih the other road, tapi, aku percaya pada Allah. Dia tahu segala yang terbaik buat hambaNya. Rough road, tak smooth seperti yang diharapkan, tapi hanya Dia yang tahu apa yang akan aku dapat diakhir perjalanan ni nanti. Sebab Dia yang lead aku untuk buat keputusan ni. Jatuh bangun aku, hanya Dia yang ada untuk aku. 

Sunday, 20 December 2015

Hantu Hostel

Last two weeks macam tu kalau aku tak silap, tengah dok siapkan doorgift untuk kenduri abang aku, seperti biasa aku memang akan buat kerja depan TV. Jadinya, malam Jumaat pulak tu, buka TV, tengok dekat channel 131 ada movie hantu Siam. And, tajuk dia Dorm. So, apalagi, layanlah..

Sesungguhnya aku bukanlah peminat cerita seram. Dulu masa kecik2 zaman ada keliwon bagai dekat TV3 tu, aku lari terus masuk bilik. Abang2 aku pun suka je sakat aku pasal takut. Kalau aku tengok cerita hantu, confirm sambil tu bantal dekat muka, dengar suara je. haha.. Tapi sekarang dah berani sikit dah. Sebab mungkin permainan minda kot. Dalam kepala dah fikir yang tu hanya lakonan semata2. Dulu, anggap je benda tu betul. haha.. 

Ok, back to the story. Cerita Dorm ni, takdelah aku tengok sampai habis pun sebab nak layan Juara Parodi pulak lepas tu, tapi basically cerita dia pasal hantu dekat hostel. Nak dijadikan cerita, most of the seram part tu, sebijik kot macam masa dekat sekolah dulu. Seghonok rasanya tengok. Adik aku pun dulu asrama jugak. Dahlah jadi kitorang dua dok reminiscence zaman dolu2. Mak aku dah dalam pada tu dok "eeeeee", "eeeeee".. Anak buah aku pun sama. Takut2. Sampai suruh tolong ambil air kat dapur pun berlari, takut punya pasal. haha..

Ingat lagi masa sekolah dulu, akan ada satu hantu yang aku rasa semua hostel pun ada hantu ni. Jangan nak tipu sebab kawan aku dekat SEMASHUR pun cakap sekolah dia ada. Adik aku pun sama. haha.. Hantu yang dok kira2 tu. " Satu dah tidur.. Dua dah tidur.. Tiga.. Pura-pura tidur...".. Ada tak? Aku takde pulak pernah jumpa hantu ni. Tapi tak tau apasal nilah hantu paling femes zaman sekolah dulu. 

Lepas tu, ada hantu mak cik jual nasik lemak. Kalau yang jenis stay-up sampai malam tu, tiba-tiba je ada orang ketuk tingkap. Tanya nak beli nasi lemak. Then, barulah budak tu sedar yang dia dekat floor satu kot. Datang mana orang ketuk tingkap tu? Versi ni ada banyak. Ada yang versi warden round2, ketuk tingkap, etc..

Masa aku sekolah dulu, ada satu hantu yang suka kacau orang stay-up dekat bilik study. Walaupun setiap floor sesungguhnya ada ruang legar yang boleh je nak study, tapi ada sesetengah manusia suka je menyusahkan diri sendiri turun floor bawah sekali semata nak study dekat bilik study tu. Nak dijadikan cerita, ada sorang tu, masa dia study satu malam tu, warden datang. Suruh dia balik bilik sebab dah malam sangat. Then, all of a sudden, pen dia jatuh. Dia pun, seperti norma manusia lain, akan tunduk untuk kutip pen yang jatuh tu. Guess what?? Dia tak nampak kaki pun pada warden tu. Haruslah dah cuak kan? Tapi, budak tu dengan muka yakin dan confident, kemas barang2 dia, then balik dorm macam biasa. 

Ada juga hantu yang jenis suka kacau orang dalam toilet. Ni, aku pun selalu kena, baik di sekolah mahupun di hostel. Masa prep malam, aku dengan kawan aku pergi toilet. Tengah dua2 berurusan, tetibe aku dengar ada suara orang menyanyi. Otw balik kelas tu, aku dengan kawan aku dua2 senyap je sepanjang jalan. Elok sampai kelas, dah duduk, aku tanya kawan aku, "Kau nyanyi ke tadi?" To my surprise, dia pun tanya soalan yang sama pada aku.. uuuuuuu....

Masih kisah hantu di toilet, pernah juga aku kena, paip air terbuka walaupun aku dah pun pergi tutup. Malas nak ambil port, aku terus je masuk dorm aku.. Ada kawan aku pernah kena, dia berus baju, hantu tu pun sibuk nak berus baju sama. Dia tarik sekali, hantu tarik sekali. Macam tulah sampailah dia habis berus baju dia..

Next yang paling seram is, kena tindih. Part ni, for sure semua cuak. Yelah, kau nak bangun memang tak boleh kot! Sebab macam ada benda yang tindih kau. Bukan takat nak bangun, suara pun tak keluar. Kau nak minta tolong, tapi suara macam tersangkut kat kerongkong. Ada budak dorm aku pernah kena dulu, kitorang elok bergosip tengah2 dorm, dia elok baring depan loker dia. Semua ingat dia tidur, tapi rupanya tak. Dia kata dia cuba nak bangun join kitorang gosip, tapi tak lepas.  

Yang paling seram sekali pernah aku kena ada dua. Both is masa aku form 2. Sekali tu, masa nak maghrib, sebelum pergi musolla, solat. Tengah siap2, masa tu kawan2 dorm semua depan loker, tengah ngadap cermin masing2. Kebetulan, kilat masa tu. Nak tau apa aku nampak? Ada bola api melintas dari hujung ke satu lagi hujung. Seperti biasa, kalau ada benda2 mistik ni, masing2 akan terpaku untuk beberapa second sebelum lari berkumpul. Baru kecoh. Aku dengan beraninya tengok dekat bawah katil yang hujung lagi satu tu. Takde pulak nampak anything, bekas terbakar ke apa. Seram tak???

Lagi satu is, masa aku tak balik bermalam hujung bulan. Ada junior form 1 tu kata ada darah menitik atas katil dia. Aku tak percaya. Aku cakap kat dia, mana ada hantu zaman sains ni! Mengarut! Nak tau apa jadi? Malam tu aku tidur, esok bangun pagi, elok ada darah menitik atas katil aku elok tepi kepala aku. Seram ok!!!!!! Sejak dari tu, tiap malam aku tidur, aku letak yasin kat sebelah.. Seram~~~

Ada banyak lagi kisah hantu yang berlaku sepanjang lima tahun aku di asrama masa sekolah dan 2 tahun di kolej dekat UiTM Arau. Tak ingat dah aku semua. Tapi dekat Arau jarang aku kena apa2. Masa sekolah yang macam2. Nervous je aku lima tahun sekolah dulu.. haha..

So, untuk adik2 yang berhasrat nak masuk SBP, MRSM ataupun apa2 sekolah berasrama, don't worry. Anggap je benda yang aku cerita ni sebagai satu attraction untuk korang masuk asrama. Best kot! Mana nak dapat pengalaman macam ni? And, nanti dah besar, keluar sekolah, for sure korang akan ingat benda ni sampai bila-bila.. 

Friday, 4 December 2015

Budak Bisu dalam Kelas dapat 5A

Result UPSR dah keluar dalam 2 minggu lepas macam tu. Dan meski aku takde pun adik mahupun anak buah hatta sepupu sepapat sekalipun yang amek UPSR tahun ni, nak juga aku tulis pasal ni! haha.. Aku ni kira among the few, (ok takdelah few sangat, lebih kepada sangat rare, satu dalam sepuluh ribu kot aku rasa.. haha) budak yang dalam kelas orang kata ada emas tak boleh nak cakap sebab kalau cakap confirm emas tu keluar. Nanti orang kutip, sendiri rugi! haha.. 

Ingat lagi aku masa darjah satu, first day sekolah.. haha.. Masa tu, aku rasa sama macam sekarang, parents penuh keliling kelas kan? Mak ayah aku je takde. haha.. Mak aku just hantar je aku masuk kelas, lepas tu dia terus gerak ke pejabat semula. Masa sekolah kebangsaan takde hal. Masa sekolah agama jadi kelakar. Mak aku, kasi duit belanja dekat abang aku je. Dia darjah enam masa tu. Rehat darjah enam dengan darjah satu tak sama ok! haha.. Dah aku melangut dekat kantin tu sampai darjah enam rehat, baru aku boleh amek duit belanja dekat abang aku. haha.. Aku sempat beli air je masa tu. Minum laju2, terus aku masuk kelas. Dan, oleh kerana keliling tu penuh dengan parents, ustazah yang ajar tu tak perasan pun aku masuk lambat. haha.. Aku pun buat muka confident je, dahlah duduk belakang sekali! haha..

Cakap pasal beli makanan kat kantin. How did I, seorang budak bisu menjalankan urusan beli membeli ni kat kantin? Dahlah ramai kan pupils? Semua pakat bersesak-sesak sebab masa zaman aku kat sekolah dulu, takde rasanya memori "Sila Beratur" masa nak beli makanan kat kantin. haha.. So, macam mana? haha.. Aku terus je amek benda yang aku nak tu, then terus je hulur duit. Aku rasa kalau zaman sekarang mungkin aku disyaki menipu main amek je, bayar ikut suka. Tapi, pak cik mak cik kantin dulu, diorang punya sense of percaya pada budak ni tinggi tau. Takde banyak soal, dia amek je duit yang aku kasi tu. 

Aku ingat lagi kena marah dengan cikgu dalam kelas sebab cakap slow sangat, dia tak dengar. Siap dia ugut lagi nak kasi aku kosong sebab aku tak nak kasi tau satu kelas markah aku berapa masa tu. Ala, zaman dulu, ada je cikgu yang malas. Sampai sekarang kot aku rasa. Diorang nak masukkan markah periksa budak dalam buku, suruh bangun kasi tau markah. Bagi aku, it kinda embarassing kot kalau orang tu markah rendah. Tapi, ala, budak sekolah rendah, kisah apa pulak kan markah rendah dari kawan2? haha. Back to the story, sampai giliran aku, aku pun bangun, takut-takut je. Dahlah aku ni takde kawan dalam kelas tu. Bukan sebab aku tak cakap ye. Tapi sebab aku among the few yang baru je naek kelas. Kan aku pernah cerita, aku tak pandai. Darjah satu kelas last. Darjah dua aku pindah sekolah naik kelas nombor dua. Darjah tiga baru masuk kelas pertama. Ni masa aku darjah tigalah ni. Ingat lagi aku, cikgu tu tengking2 aku..

Cikgu: Nabilah!
Aku bangun dengan takut-takutnya
Cikgu: Berapa markah awak?
Aku: 98 (Dengan suara yang sangatlah slow)
Cikgu: Berapa?
Aku: 98 (Masih dengan tone yang sama. Takde naik2, maintain slow)
Cikgu: Cuba cakap kuat-kuat! Awak nak saya bagi kosong? (Cikgu tu dah ugut2 aku sambil buat gaya tulis markah dalam buku rekod dia)
Cikgu: Duduk!

Masa tu, memang aku nak nangis dah! Aku dapat 98 ok! Dia ugut nak kasi kosong. Tak kisah dah aku masa tu. Lantaklah! Yang ajaibnya, aku takde pula terfikir nak mengadu kat mak aku yang masa tu Penyelia Petang sekolah tu ke apa kot. Takde aku gedik2 nak mengadu pasal cikgu tu, cikgu ni. Memang aku tak cakap! Tapi mak aku ada cerita. Haha.. Cikgu2 yang pernah ajar aku si budak bisu ni, semua pening. Diorang yang akan mengadu kat mak aku.. haha.. Diorang kata, tak taulah aku ni faham ke tak diorang ajar dalam kelas. Tapi, bila tengok markah periksa aku semua 100, diorang just agak yang aku faham je sebenarnya. haha..

How did I made friends kalau dah aku tak bercakap? Korang pernah tak tengok budak2 main? Budak kecik yang tak reti cakap lagi pun, boleh dengan bestnya main sama-sama. Sebab budak2 ni, tak payah ada bahasa yang sama untuk mereka tuturkan masa bermain. Aku ada tengok anak sedara aku yang duduk dekat Sydney, masa dia balek Malaysia dulu, main dengan anak buah aku yang sahih duduk kat Malaysia, even masa tu diorang baru first time jumpa. The best part is, sorang cakap omputih siap slang Australia, yang sorang maintain cakap Melayu. Diorang punya conversations, serious tak make sense kot. Tapi, still.. Macam tu jugak aku dulu. Budak2 ni, simple.. Kita yang dewasa nak pening kepala. Cakap kena berlapiklah, itulah, inilah. Kalau cakap pun, sensitif lebih, mahu dua tahun tak tegur sapa. Tapi budak2 tak.. 

When did I start tak jadi bisu dah? Rasanya masa darjah 4 macam tu. Aku dah naik tahap dua. Dah boleh nak wakil sekolah bagai. Mak aku masukkan aku few pertandingan. Kadang tu, pertandingan tu aku rasa macam aku cakap seorang je, the judges langsung tak dengar pun. Punyalah aku takut! Tapi akhirnya aku slowly bercakap dengan yakin dan confidentnya! haha.. 

Dan perubahan aku, maintain sampai aku darjah enam. Aku memang among the top students masa tahap dua tu. Start dari darjah empat, darjah tiga aku tak berapa pandai lagi. Hari anugerah cemerlang pun, aku dapat satu award je. Tokoh membaca. haha..Tapi, aku pegang ok title tu sampai aku darjah enam! Takde orang lain yang rajin membaca selain aku.. haha.. Naik darjah empat, aku dah terror sikit. Compete dengan kawan2, akhirnya masa aku darjah lima, aku dapat segala hadiah terbaik mata pelajaran, terbaik dalam kelas, terbaik aliran. Semualah! Aku rasa yang aku tak dapat hadiah terbaik subjek Agama, Moral je kot. Lain semua aku. Sampai adalah parents komplen! Peduli hape aku! haha.. 

Naik darjah enam, persaingan makin hebat, aku pun maintain result. Dengan kawan2 yang still sama dari darjah tiga lagi, akhirnya kitorang ramai2 dapat 5A. And that year was result terbaik bagi sekolah aku dalam sejarah. My sekolah tu listed as sekolah luar bandar. Pelik, tapi benar. Out of semua sekolah yang ada dekat Rawang tu, sekolah aku je kategori luar bandar. Tu yang bila 11 orang dapat 5A, dah gempak gila dah rasa! haha.. Nak2, tahun sebelum tu ada seorang je. Tahun sebelum2 tu, maksium 5 orang je. Tahun aku paling ramai. And, the percentages of pupils yang lulus semua matapelajaran was 70%. Memang gempak! haha

Dan, among the best eleven, terselitlah budak bisu ni seorang. haha.. I was not among the best dari darjah satu. Aku merangkak sikit-sikit, sampailah aku dapat berdiri sama level dengan mereka yang terbaik. 5A, tu bekal aku untuk masuk sekolah berasrama penuh. Keciwa mulanya sebab aku dapat jauh ok! Dekat Temerloh! Ok, mungkin sekarang dah dekat sebab ada highway. Masa aku dulu, dekat 4-5 jam baru sampai sebab selalu je jammed dekat Karak-Lanchang tu! 

I'm not telling this story sebab nak bangga diri ke apa, tak. I just want to share my piece of life with banyak lagi anak2 (kena pakai anak2 sekarang sebab dah tua..haha), adik2 dan sahabat2 yang punya adik2 atau anak2 yang having same masalah as me. Not masalah sebenarnya, tapi, keistimewaan sebab, mereka yang kurang bercakap ni sebenarnya, dalam penuh geliga sebab instead of bercakap dengan mulut, they talk with their mind. 

Tuesday, 8 September 2015

Winter in Europe Part 1: Planning

I was a bit reluctant to share about my trip to Europe last winter, actually. But, since a lot of people asking me the 5W 1H questions about my trip, I want to share it with all of you. I've written a bit about my trip to Europe previously in two posts:


Cewah, speaking~~~ haha.. mentang-mentang nak tulis pasal jenjalan ke Europe, cakap karat omputih sket!!! kekeke.. Hmm, bersempena dengan diri ini graduate winter tahun lepas, dan kedua ibu dan ayahku nak menghabiskan duit pencen mereka, aku pun plan for a holiday around Europe selama 40 hari dengan hanya menaiki train, and of course flight~~~

Ramai yang tanya, mana nak pergi Europe, apa yang best kat sana, mana yang worth to be visited. My answer is, all of Europe is worth your visit. I mean, frankly speaking, siapa je dalam dunia ni tak pernah teringin nak pergi Europe? Siapa? Angkat tangan! haha.. Boleh kata semua yang ada di Europe, are indeed great! Every edge of Europe, ada keistimewaan, dan keunikan tersendiri. Dan, segalanya berbalik pada kita punya preference sendiri nak kemana. 

Kalau ada yang sukakan old city macam yang selalu digambarkan dalam fairy tales, ataupun cerita-cerita epik Hollywood, banyak je European cities yang sangat majestic yang boleh dilawati. The best old city bagi aku is of course, Edinburgh. Kenapa? Do I need to say more? haha.. And, perhaps, you can consider Prague apart from Lisbon, Rome, Vienna, etc. Senang cerita, kalau bandar tu, dia punya capital, most of it is, old city. So, jangan segan silu tu explore them. And, get yourself lost in the city. Sangat-sangat berbaloi kot to enjoy the architecture through out the city. Bukan takat the building itself, the road, lorong-lorong kecik, bridges and of course, the castle.

Bergantung pada masing-masinglah. Macam aku, and of course my parents, since we're all sangatlah suka pada history, tambah-tambah ayah aku yang sejarah tu, dia boleh recite satu persatu gaya dia dah hidup pun masa zaman tu semua, we chose to explore segala old cities yang ada di Eropah. Not all, sebab yelah, we only got 40 days kot, lagipun, 15 days dihabiskan di UK, yelah kan aku pergi konvo! haha.. Dan, dah sah-sah ibu aku tak nak lepaskan peluang shopping masa Boxing Day kan? haha..

Dah siap list bandar nak pergi, now, list pulak attractions yang nak kita kunjungi, contoh macam muzium ke, castle ke, shopping outlet ke, apa-apalah. Yang ni, agak mudah nak list sebab setiap city di Europe, mereka memang ada official website yang boleh je kita nak access dari segenap pelusuk dunia. Dan, dalam website tu, memang ada je menu "Things to Do", yang boleh kita usha untuk tahu mana patut kita lawati bila ke bandar terbabit. Read the descriptions, and kalau suka, masukkan dalam list tempat yang korang nak pergi. Nak lagi mudah, buka tripadvisor, memang banyak je orang rajin advice mana nak pergi kalau ke satu-satu tempat. Siap ada orang suggest itineraries lagi. So, nak senang, follow their itineraries. 

Dalam pada seronok nak plan mana nak pergi tu, kena ingat juga, berapa lama you'll be staying in one place. Limit yourself, tu paling nak aku pesan. Kalau ikutkan, memang takkan habis pun nak melawat mana-mana. Tapi, keep one thing in mind, you'll be coming back later, insyaAllah. Dengan itu, takdelah kita nak stacking segala macam dalam kita punya itineraries. haha.. 

Dah siap yang tu, start a survey for accommodations. Kalau boleh, disamping harga yang berpatutan, pastikan ianya dekat dengan segala macam public transport punya stop, sebab senang sikit nak heret beg berat-berat nanti.. haha.. Tak, ni serius. Jangan ingat orang Europe ni jujur je, takde tipu-tipu. Tak! Ramai je yang kena tipu dengan teksi bagai. So, instead of cari hotel jauh-jauh, cari yang dekat dengan public transport punya stop, mudah. Dan, kalau dah dekat dengan stops tu, sahih dekat juga dengan tempat nak makan, dan tempat yang kita nak lawati. Most of European cities are designed with a walkability. So, most of the places of interests are within a walking distance only from the city centre (where mostly the central train/bus station are located). 

I mentioned pasal makan sebelum ni kan? Jangan risau. Sebagaimana mudahnya halal food dicari di UK, macam tu jugalah di Eropah. Banyak je halal restaurants yang ada dekat Eropah, sebab ramai dah orang Pakistan, terutamanya, yang migrate ke Eropah atas tujuan dakwah. Dan, ramai je yang buka halal punya kedai makan or groceries. So, sangat mudah nak dapatkan makanan. Plus, selalunya, memang dekat city centre pun diorang ni buka kedai. 

Now, the final step is, planning for mode of transportation to be taken. Banyak je choice yang boleh dipilih. Nak naik kapal terbang pun ok sebab banyak je budget airlines operated dekat Europe, murah pula tu! Tapi, selalunya, airport dekat Europe ni, memang jauh dari city centre, kadang sampai dua jam! Dahlah kena ada dekat airport at least 3 hours before departure. Dah bazir lima jam macam tu. Sedangkan, kalau naik train, jalan kaki je pergi station pun boleh. Lagi sepuluh minit train nak jalan pun takpe baru nak masuk train tu. Takde masalah. Dengan beg pun bawalah banyak mana pun. Kalau naik flight, dia standard macam AirAsia lah, budget airlines dekat Europe ni, kenalah bayar kalau bawak luggage besar tu. 

Kalau nak naik train, macam yang aku buat, the best option is to use the Eurail Pass macam yang dah aku explain dalam post sebelum ni: 

http://senaakaba21.blogspot.my/2015/06/travelling-in-europe-using-eurail.html

Aku malas nak tulis lagi, so, feel free to rujuk to the link. Tapi, I forgot to mentioned where to reserve a seat for the train. Yes, memang selalunya, naik je train tu, tak payah reserve seat. Tapi, ada yang kena reserve seat juga macam night train, dan juga train di Spain dan Italy. So, mana nak buat reservation? Kalau beli Eurail Pass dekat website Eurail/RailEurope tu, boleh je check the train schedule kat situ, dan notes train yang kena reserve tu, salin siap-siap, then masa nak beli pass tu, inform sekali nak reserve seat untuk trains. Kat sini juga, boleh nak plan train mana nak ambil untuk ke satu-satu tempat. So, notes the train number, time, details semua untuk letak dalam itineraries. Untuk yang kena reserve tu, boleh reserve terus dekat website tu. Tapi, cara ni, mahal sikit sebenarnya. Sebab dia kira third party punya agent untuk reserve seat. Untuk beli pass, memang dekat website tu, tapi I prefer Eurail punya web. So, kalau tak nak kena any hidden charges, terus je ke website negara tu punya rail company, buat seat reservation kat situ. Setiap negara, memang ada company train sendiri. Jadi, nak senang, book kat situ je. Contoh:

Czech, Austria, Germany: http://www.oebb.at/en/
Switzerland: http://www.sbb.ch/en/home.html
Eurostar- London, Paris, Brussels, Amsterdam: http://www.eurostar.com

Oh, lupa pula bab bila yang paling sesuai untuk pergi ke Europe. So, Europe ada empat musimlah kan? I would say, avoind Spring and Autumn sebab weather dia sangat tak best. Tapi siapa suka tengok bunga, bolehlah, but not me. haha.. Note this, tulips are in Autumn, not Spring, ok? Both Summer and Winter are actually a good time to have a holiday. Summer, siang panjang, so, sangatlah best nak jalan-jalan sebab banyak masa. Winter pulak, pendek je siangnya. So, bazir masa banyak. Both Summer and Winter pun banyak je festival, meriah! Summer festival are louder to me, sebab diorang memang tak kenal malam. haha.. And, both sangat sesuai nak shopping sebab memang banyak je outlet akan buat sales gila-gila during Summer and Winter. Tapi, cost-wise, Summer agak mahal, sebab orang putih, memang suka travel masa Summer. And, most trains and hotels will be sangat sunyi during winter. Plus, winter memang agak murah kalau nak compare dengan masa Summer. Bayangkan, rail pass tu, sampai 30% off dia bagi sebab travel masa winter. Plus, train tu, sunyi sepi je kadang aku dengan parents aku je dalam satu coach. Sedangkan, masa aku travel ke Norway dengan Sweden dulu, naik bas je pun, penuh kot! Dekat hotel pun, Ya Allah, tak larat aku, ramai sangat! Belum masuk dekat attractions lagi tu! So? Summer or winter?

Rasanya, ni je kot yang perlu di plan awal-awal sebelum nak melancong ke Eropah. To summarize it: 

  1. What do you like to see?
  2. Where do you want to stay?
  3. When do you want to go?
  4. How are you going to travel through out Europe?

Sweet Escape to South Korea Part 1: Planning

Dah lama sebenarnya nak share trip yang aku buat dekat setahun lepas ke Korea. haha.. tapi, sampai sekarang, abru jari ni rajin nak menulis.. Actually, last year, kira dalam tempoh setahun yang lalu, memang aku rajin je memenuhkan cop dalam passport aku tu. haha.. 

The first trip that I went was to South Korea, specifically, Busan and Seoul. Trip ni, aku pergi berdua je dengan ibu aku. haha.. Girls punya outing~~~ Aku beli tiket pun, takdelah murah sangat, dan takdelah mahal sangat. But still, bolehlah~~~

Ada banyak je options flight yang kita boleh naik untuk ke bumi Korea ni. Kalau jenis tamau sempit2 naik budget airlines, silakan naik Korean Air ataupun our beloved Malaysian Airlines. Macam aku, AirAsia je, sebab tight budget! haha..

Nak plan ke negara orang ni, yang mana kita tak familiar, memang agak mencabar sebenarnya. Kita kena tahu the flow dari kita turun kapal terbang nanti, sampailah kita naik balik kapal terbang nak balik Malaysia ni. How I did it? Mudah je, google siap-siap.. haha..

We need to understand, eventhough not many Koreans can speak English fluently, the directions and signage given there are all accompanied with English. So, takde masalah pun sebenarnya, cuma, kenalah rajin membaca. Bukan baca komik sambil jalan-jalan, tak! Rajin-rajin baca signboard, jangan jadi buta peta, rajin-rajin rujuk guidebook. 

Seoul terutamanya, memang bagi aku mempunyai system rangkaian keretapi bawah tanah yang paling complicated yang pernah aku pergi. Dengan berbelas lines yang dia ada, lepas tu, every maps you came across akan lain-lain, maksudnya, map yang kita tengok dekat station, akan lain dengan map yang kita tengok dekat hotel, dalam guidebooks mahupun di internet. Pelik, tetapi benar. Tak faham aku macam mana peta untuk satu rangkaian yang sama, boleh ada pelbagai. Bagi aku, setiap peta tu, sesungguhnya memberitahu cerita yang tersendiri. Jadinya, kalau benda yang sama, represented by different maps, meaning, dia represent benda yang berbeza-bezalah, bukan sama. Tapi, itu yang buatkan benda tu jadi lagi complicated. 

But, I stick to one reference only. Macam Seoul ni, dia ada official guidebook yang boleh je di download siap-siap sebelum ke Korea, ataupun dah sampai nanti, ambil je dekat airport tak pun hotel yang kita menginap. Macam aku, aku nak plan itineraries, memang download dah pun siap-siap. Sebab, guidebook dia ni, lengkap kot! Dia describe every district in Seoul siap dengan attractions. Ada suggested itineraries lagi! Plus, entrance fees and operating hours untuk setiap attractions tu, turut diberitahu. So, senang gila kot nak plan itineraries. Aku ikut je yang dia suggest tu. haha.. 

Bila nak pergi? Macam aku dulu, aku memang plan nak pergi elok balik dari Edinburgh, dan kebetulan, ibu aku pun pencen, so, sama-sama nak berjalan, cari ketenangan. Sebab tu, we went on September, which is, not the best time to visit Seoul, since, you know, it's early autumn for God's sake! Hujan ok! haha.. A friend of mine, pergi masa spring, precisely on April, which I think the best time to visit Korea. Sebab? Dapat tengok sakura banyak-banyak. Plus, masa ni, banyak gila festival! So, sangatlah happening! Kalau pergi masa winter, I think, South Korea sangat-sangatlah sejuk masa winter. Dan summer, will be too hot for us to handle. Sebab panas diorang lain macam. haha.. Kita Malaysia, panas, ada jugalah rasa angin, lepas tu, takde direct sunlight, negara dia? errr...

Travel means? Kalau jenis macam aku, yang suka je naik public transport, silalah. Dan, unlike ours, dan seperti negara-negara maju yang lain, public transportation di negara Korea ni, sangatlah reliable. Punctual ok! Dan, no worries kalau terlepas ke apa, tak payah tunggu half an hour, dua minit je the next subway dah sampai. 

Dan, disebabkan aku decide to visit both Busan and Seoul, I need to travel between the two cities. Ada beberapa cara untuk travel antara dua bandar ni, iaitu, by flight, train, buses or drive. And, I choose, naik train!!! Aku sangat suka naik train~~~~ And, we can choose three types of train to travel between those two. Paling laju, moderate, and paling slow. Takdelah slow sangat, dalam 5 jam je.. Yang paling cepat tu, dua jam lebih. So, up to you, nak plih yang mana, tapi, bare in mind, the price difference is, very huge!!!!!

Ok, apa lagi yang aku plan eyk sebelum ke Korea? Ahah! Accommodation! Disebabkan aku pergi dengan ibu aku yang dah pencen, makanya, tak berapa sesuailah untuk aku menginap di hostel macam yang selalu aku buat masa travel dulu kat UK. So, I choose budget hotel/guesthouse instead. Satu aku nak pesan, pilih hotel yang lokasinya korang suka, meaning, dekat dengan segala yang korang nak explore. Dan, perlu diingatkan, hotel di Seoul, memang rata-ratanya sempit, muat-muat je dengan orang yang nak duduk dalam tu. Tapi di Busan, memang sangat-sangat luas! 

So, that's all for now. Next post will be me flying to Busan already~~~ haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...