Total Pageviews

Tuesday, 15 June 2010

hidup kita~~

lame aku tak update blog ni. busy kononnya. haha. actually tak update sebab takde ape yg menarik nk post. but now, aku ade story nak kongsi. kesedaran seorang anak. haha.
hari jumaat lepas, uitm umumkan result final exam kuar. aku pun debar gile. sebab aku rase tak confident sangat last sem. dengan banyak main, study tak serius, kaki ponteng kelas..haha.. macam2 ragam aku last sem. tu yang tak confident langsung nak check result. parents aku pun tak tau yang ari tu, result kuar. aku memang plan taknak gtau diorang result aku..hehe..
dalam pada aku taknak check result, aku try gak. as usual, uitm memang #1 bab annoy student. tepat pukul 12, aku try check. server busy. aku try adala dalam 100x.. still tak boleh.. lastly, pukul 2pm esoknya dapat gak aku tgk result final aku. at first, kecewa plus tak sangka.. kecewa pasal worst result ever yang pernah aku dapat. tak sangka pasal, ada 1subjek yang aku expect dapt A dapat B+ je. sedih aku.
aku memang tak gtau sape2 result aku. sedih+ malu+segan.. huhu..rasa ramai lagi bagus dari aku. 1st time aku rase camtu. after that, aku renung balik apa yang aku buat sepanjang sem lepas. memang aku banyak main pun. study entah kemana, enjoy 24hours. salah aku sendiri.
tapi, nilah life kita.. Allah memang takkan bagi hidup kita smooth je. mesti ada something wrong untuk kita renung balik..sebagai motivasi kita supaya lebih maju. that's life..

Wednesday, 10 March 2010

warkah buat an-nisa'

assalamualaikum..tidak perlu kata-kata aluan kerana banyak cakap, banyak salahnya. bila banyak salahnya, maka banyaklah dosanya.

apa yang mahu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua adalah mengenai kaum hawa. ramai berkata perempuan lemah kerana tangis dan sendunya. tetapi, hakikatnya, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya, tetapi di situlah kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki, menjadi izzah yang paling gah. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun.

Alhamdulillah, seorang sahabat saya berkongsi pendapat dengan saya, dan saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi perbincangan saya dengan beliau bersama sahabat-sahabat semua.

1. perempuan dikata fitnah dunia. mengapa??saya tidak berani mengulas lebih lanjut. coretan ini saya petik dari satu blog, http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2009/08/perempuan-fitnah-dunia.html. Pernahkah sahabat-sahabat mendengar pesanan Ilahi pada hambanya?

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.."

Cuba sahabat nilai. Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal. kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.. kerana di situlah kehormatannya.. bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

2. kenapa wanita menjadi peragaan??jawapan ini juga saya dapat di blog yang sama.
Al-Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan Al-HAya itulah pakaian iman pada diri wanita itu.pada diri wanita itu Al-Haya sebagai pembenteng diri.
namun.bila mana Al-Haya itu lebur. imannya akan runtuh.kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? kerana mereka sebenarnya paranoid.. merasakan diri belum cukup menarik.. mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.1001 keindahan penciptaan wanita. pandai-pandailah sahabat menilai antara permata dan debuan kilauan pasir..

3. Perempuan yang baik, namanya tidak meniti dibibir lelaki ajnabi. ada sahabat bertanyakan saya, apa maksudnya? ini bererti, jagalah batas pergaulan kita. tidak salah untuk berkawan, tetapi ingat, jaga batas-batas yang telah syarak gariskan. semestinya sahabat tidak suka berfikir tentang masa hadapan, tapi, fikirkan, tentu tak seronok kalau ending hidup kita nanti tak best, apatah lagi ending di akhirat.

4. Ada yang mengatakan couple itu haram. benarkah? saya sendiri masih belum menemui jawapannya. apa yang pasti, couple haram bukanlah bererti perasaan cinta itu tidak boleh. ingat, nabi kita pun pernah sukakan wanita juga. tapi, pasal couple ni, saya belum menemui jawapan. sahabat saya ada memberi artikel mengenai ini. tetapi saya belum benar-benar mengkaji artikel tersebut. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922 rujuklah pada artikel ini. saya tidak berani ingin berkata apa-apa. saya ada mempersoalkan kepada sahabat saya dikala dia berkata jodoh kita telah Allah tentukan sebaik-baiknya. saya berkata, bukankah kita perlu berusaha kearah yang terbaik itu. dan sahabat saya hanya menjawab, tak semestinya perlu berpasangan. hehe. betul juga. tapi entahlah. rujuklah artikel diatas.

janganlah sahabat gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan diri mu.. menggugurkan diri... menyembah tanah.. sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.

- perancangan Allah, tiada siapa yang tahu.
- hukum-hukum Allah sebenarnya semua telah lengkap, tetapi kita selalu menidakkannya kerana perasaan..

sebagai muslim, saya hanya mahu menyampaikan apa yang saya tahu. kerana kelak, diakhirat sana, Allah akan bertanya kepada saya, apakah usaha saya? maaf jika coretan ini mengguris perasaan sahabat-sahabat. ini hanya pendapat saya. rujuklah link yang telah saya coret diatas untuk kupasan yang lebih lanjut.

Friday, 5 March 2010

warkah buat ar-Rijal

assalamualaikum (baek pla kali ni..hehe)
sebenarnya aku bosan..no idea, what to do..haha..then, aku sign in masuk blogger..try nak post pape..hehe..takde menda nak cerita pun..cuma sejak dulu lagi, aku memang banyak fikir pasal zaman sekarang ni..means, remaja cam aku ni..wakaka..kalau jalan-jalan tu, jangan nak cuci mata je, cuba perhatikan keadaan sekeliling kita..tengok apa dah jadi dengan remaja sekarang..aku tidaklah terlalu tua untuk bercerita perihal remaja..cuma apa yang aku lihat bolehlah dikongsi bersama sahabat-sahabat semua..
1. Kaum perempuan makin ramai yang berani menayang tubuh..meskipun, dikata tidak terdedah, pada hemat aku, ia tetap dikira terdedah andai kata anda tidak menutup aurat..setuju tak??haha..bukan nak mengutuk ke apa, ni hakikat..perangai baik macam mana pun, kalau tak tutp aurat tu, still dosa, beb..erm, jangan pelik kalau orang usha lain sikit, dah memang tak tutup aurat tu memang pelik..jangan dipersoalkan lagi..lu mesti ada cermin kan??pekate, telek muka lu depan cermin tu..hehe..bukan susah pun nak tutup aurat..lagipun, dosa lu tanggung sendiri beb..wa dah jalankan tanggungjawab as muslim..wa dah tegur lu..ingat, beb..selagi ada orang nak tegur lu, means orang tu sayang kat lu..dia taknak lu masuk neraka nanti..sampai bila lu nak tanggung dosa??lu jangan ingat orang yang tak tegur lu tu, orang yang sayang lu..aku tak paham betul..selalu orang yang menegur ni, dikatakan tak open r..poyo r..berlagak r..tak paham aku..huhu..
2. Remaja tak kira lelaki ke, perempuan ke, makin ramai tak solat sekarang..wei, beb..jangan ngaku ko Islam kalau tak solat..bukan aku nak judge korang pe, solat tu kan rukun Islam..kalau korang tak solat means, korang pikir r amenda tu??wei, solat amik time korang kejap je..tak sampai 5 minit pun..adoi, subuh selalu orang taknak solat..apsal???best sangat ke tidur berselimutkan kulit babi @ binatang haram tu???solat senang je..tiang agama tu, beb..senang je..plz r..bukan susah pun..5 kali sehari je..adoyai, senang je..aku taktau nak cakap pe..aku bukan ingat aku baik sangat, aku cuma nak cakap apa yang aku tak suka..ko boleh spend time sembang, online, shopping, jalan2..takkan masa untuk Allah pun ko takde??ingat wei, nanti kat sana, kita kena menghadap Allah..
Kenapa mesti jadi macam ni sekarang??apa dah jadi??aku dah blur and tak tau nak cakap ape..tolonglah..apa yang bagus sangat semua yang korang agung-agungkan???aku taktau dah nak cakap ape..aku juz jalankan tanggungjawab aku sebagai muslim..sorry kalau penggunaan bahasa agak kasar..aku bukan nak berdakwah, aku juz nak cerita apa yang aku rasa..assalamualaikum..

Monday, 23 November 2009

HIDUP INI

Nearly 19 years, aku hidup dibumi Allah ni, macam-macam telah aku tempuhi. Bermula dengan kelahiranku di bumi Allah ini sehingga kini. Banyak yang telah aku tempuhi meski belum boleh dibilang sangat berpengalaman. kira baru novice aku ni.

1. Hidup ni macam roda, kejap kita kat atas, kejap kat bawah. Dulu aku tak percaya dengan quote tu. Aku selalu rasa aku ni ada kat atas. Ya benar. Aku berjaya dalam pelajaran aku. Sampailah suatu ketika, aku mula menerima quote diatas. Aku tersungkur buat pertama kalinya setelah berkali aku berjaya. Kecewa? YA, memang aku kecewa. Lagi tragis, aku tersungkur dianak tangga terakhir aku menjejaki impianku. Makan masa juga aku nak sembuh. Masa tu aku start sedar, memang lumrah hidup macam tu. Mungkin petunjuk Allah dah sampai. Aku redha, pasrah dengan aturan-Nya.

2. Bangkitlah dari kejatuhan. Memang benar. Ada dua jenis pemain hebat didunia ini. Pemain pertama ialah, apabila dia jatuh, dia akan terus terbaring. Pemain kedua pula, bangun dengan pantas dan sedaya upaya setelah jatuh. JAdilah seperti pemain kedua tadi, kerana sesungguhnya, manusia yang hebat ialah pemain kedua itu. Dulu, aku hampir menjadi pemain pertama, namun berbekalkan semangat yang ada, aku terus bangun. 

3. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ni quote yang even student tadika pun mampu
cakap. Namun, bercakap sahaj tidak semestinya mampu mempraktikkannya. Memang mudah menyebut dengan lantang quite diatas, namu cuma 10% sahaja yang mampu mempraktikkannya. Quote ini lebih kepada ketahanan mental setelah kita gagal dalam suatu perkara. Sebagai contoh, seorang sahabat saya mendapat keputusan SPM yang agak dahsyat, sehingga beliau terlalu tertekan. Namun, dia bangkit dan menerukan hidupnya. Alhamdulillah, berpegang kepada prinsip diataas, dia berjaya dalam pelajarannya hingga kini. 


4. Hidup pasal masa depan bukan belakang. prinsip ini telah saya jelaskan dalam post saya
sebelum ini.


5. People may ask you to do a thing, but what right for you, you only know youself.


Hidup ini memang complicated. Kita harus bijak melaluinya dan memilih jalan terbaik untuk kita tempuhi. Cuba selesaikan puzzle hidup ini sebaik mungkin. Ambil seberapa banyak risiko yang ada, kerana risiko itulah yang mendewasakan kita. FIGHTING!!

Wednesday, 23 September 2009

LIVING IS ABOUT FUTURE NOT PAST...

korang semua setuju tak dengan apa yang aku cakap???
actually, aku ada true story nak cerita kat korang...after aku dapat result spm aku, aku down gile tahap cipan sampai aku rasa semua impian aku berkecai, impian parents aku berkecai....tu yang aku fikir...at first, time pergi sbpit tu, get my result, aku punya fikiran kosong gila time tengok result aku...tapi, esoknya I feel very down...aku rasa aku memang tak guna punya anak...aku hancurkan harapan parents aku...
maybe semua ni jadi sebab aku punya jiwa memberontak...korang nak tau kenapa???i hate been in 5smart!!!aku benci!!!sebab tu aku start tak berapa nak study...and one more thing, parents aku push aku untuk amik medic, menda yang aku memang tak yakin aku boleh buat...even all my uncles and aunties say i can be a doctor, but i don't think so...that's why i purposely doing bad for all my science subjects...haha...what a stupid step isn't it???tapi tulah yang aku buat...last-last sendiri menyesal...
aku punye down tu sampai, aku tukar aku punya pilihan kat upu...aku amik course yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk aku belajar...and aku dapat tawaran untuk further kat unisel, uniten, kolej islam melaka, uitm ngan matrik...aku fikir nak pergi matrik je, tapi, aku tak yakin...aku buat solat istikharah...and even aku punya keputusan is going to matrik, but aku tak buat apa-apa preparation untuk masuk matrik...aku buat dunno je...that means i choose uitm...
28june2008, bermulalah kehidupan aku sebagai student uitm...even parents aku kata aku salah buat keputusan, aku stick ngan apa yang aku dah buat...aku dapat further in geomatics@surveying...time ni aku start terfikir, maybe Allah memang nak aku kejar cita-cita aku becoming a geologist...memula belajar course ni, agak susah juga...aku hampir nak give up...tapi, aku tahan...aku fikir there's no turning back...dalam fikiran aku satu je, aku kena habis belajar cepat-cepat...takleh patah balik, nanti aku rugi masa....so, aku teruskan...aku struggle...and Alhamdulillah, my first semester result is quite excellant...ibu aku yang selama ni asyik kata aku salah buat keputusan agak terdia bila tengok result aku...3.9 beb!!!kalau tak boleh dapat 4flat...slack kat koko...dapat A-...lawak tol...maybe Allah memang nak aku try harder...naik semester2, lagi penat...course ni memang perlukan praktikal memanjang...i try to be an aggresive student...dalam group praktikal aku, aku perlu main peranan, supaya aku faham apa yang perlu dibuat...aku kumpulkan all my excellant friends in my group...kitorang form 1excellant group yang semua budak dekan kumpul dalam group ni...akudapat idea tu untuk maintain prestasi aku....haha...sounds silly like???and macam menyakitkan hati je...tapi, langkah aku berjaya, aku dapat 4flat ang almost allm my group members get dekan...alhamdulillah...bila dah jadi macam ni, aku punya semangat makin berkobar-kobar...aku start serius ngan apa yang aku buat...apa yang penting is my family's pride...aku kena angkat balik maruah family...aku start plan apa aku nak buat...aku dah ada aim hidup...that's why aku tak cari couple camne yang semua ipt's student buat bila masuk u...i've set my goal..bagi aku awal lagi nak cari semua tu...bukan aku takde nafsu kat lelaki, tapi, aku tak fikir dia penting sekarang...not at all...kalau orang kata benda tu boleh naikkan motivasi untuk belajar, aku ada my own vitamin...MY GOAL i set is my vitamin...kadang-kadang aku kuat jugak main, tapi tu semua untuk elakkan aku pressure sangat study...aku sekarang tak sama dengan aku yang dulu...sebab aku yang sekarang dah ada masa silam yang hebat to make me excel in future....aku sekarang hidup untuk masa depan tanpa menoleh kemasa lalu...biarlah benda tu jadi satu kenangan untuk aku, sebagai penguat semangat aku...tapi apa yang buat aku makin kuat ialah future yang dah aku set...insyaAllah, aku akan buat yang terbaik untuk capai goal tu...even aku tau DIA-lah sebaik-baik perancang...

Saturday, 19 September 2009

kembali pulang

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Wednesday, 29 July 2009

Lucky

When I am exausted, Lucky in my life
You come to me as if in a dream
When I sadly fall asleep, Lucky in my dream
You warmly hold me tight

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

When I want to cry, Lucky in my love
You look so cool in my imagination
When I feel depressed, Lucky in my world
You always hold me tight, as if in a dream

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

Everything is beautiful, I am so happy
I fill this lonley world with my wishes

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

Come one step closer to me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...