Total Pageviews

Wednesday, 4 February 2015

Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Well, well, well.. Dalam dok merencana masa depan ni, entah macam mana I came across this. Sounds interesting, and attractive to many. Kira macam one of the dream job lah for fresh graduate. Me? I don't think so. haha..

This jawatan is basically a government post yang akan memungkinkan seseorang itu untuk terlibat secara langsung dalam proses perancangan dasar-dasar negara. Diriku tak ingat tugas penuh dia apa, but, mereka ni lah yang bertanggungjawab untuk membuat dasar negara. Kira segala macam pelan dalam Malaysia ni, merekalah yang plan. Belit tak ayat aku? haha..

So, how to be a PTD? Ada 3 step. Apply, ambil test, interview. Sounds easy? Hell no! Saban tahun, lebih puluh ribu yang apply post ni. Al-maklumlah, kan jawatan tertinggi dalam government. Tertinggi? Yes, it is. Jawatan ni jugak memungkinkan seseorang itu untuk naik pangkat dengan pantasnya! haha.. Tu pasallah kot ramai yang apply.. Padahal, government hanya boleh tawarkan beberapa ratus tempat sahaja. Selalunya over 100 macam tu. Bayangkan yang apply tu! Tinggi kan persaingan?

The test, rasanya starting this year, is online test. Dia terbahagi kepada beberapa seksyen. Tapi basically dia nak uji pengetahuan calon tentang segala macam yang berkaitan dengan negara, dari perlembagaan sampailah ke dasar-dasar negara. Nak jadi PTD kan, mestilah bab Malaysia tanah tumpah darahku ni, expert! The test is online, dan tak mustahil ramai yang minta other person jawabkan. Betul tak?

Then dah lepas yang tu, kenalah interview. Ni malas nak cerita. But, sebelum interview, akan ada writing test, both in Malay and English. Kenalah buat essay berdasarkan tajuk yang diberi. At this point, I think, it is wise to goreng all the knowledge you had in your head and squeeze them in the essay. Haha.. Ada juga BMI test, mungkin nak promote healthy lifestyle? haha.. Macam mana nak jadi ketua jabatan kalau badan bagak, nak gerak pergi meeting room pun kena berpapah? haha.. 

The interview part. I love doing interviews. To me, ia dapat meningkatkan confidence level aku. Ia dapat membantu aku berfikir dengan sangat pantas, otak aku trigger laju2 nak korek maklumat yang ada untuk disampaikan pada interviewee. Dan juga, aku suka part yang ada two-way communications dimana ada pertukaran pendapat antara aku dan penemuduga. Bila lagi dapat sembang dengan orang jawatan besar dalam satu-satu organisasi tu kan? Masa interview tu jelah chance yang ada. So, my advice to mereka yang teringin nak jadi PTD, please, janganlah tanya soalan yang korang boleh google je pun dekat internet. Be wise. Tanyalah something yang akan buat your IQ nampak tinggi dimata orang yang menemuduga you tu. Tak susah pun. 

So, bila dah lepas interview, the calon akan dipanggil untuk menjalani latihan sebagai Kadet PTD selama 1 year before you akan dilantik secara tetap as a PTD. Setahun ok, setahun! Kalau agak-agak dah fikir masak, takde ragu, go for it. This is not for all. Bukan senang. Kena kursus sampai kurus for a year. Tambah kena buat diploma pentadbiran awam lagi. Kalau dah rasa otak tu tepu dah, tak boleh terima any new knowledge, stop, jangan seksa diri. This is not for you. 

Tolak tepi bab gaji, tapi kalau nak tahu juga, rajin-rajinlah type "Gaji PTD" dekat google search tu. haha.. Adalah nanti jawapannya. 

So, I guess this is it. Nak sambung merancang masa depan. Jangan sampai tersilap pilih. Who knows the road not taken is the one He sets for us, kan? 

Peace 

Friday, 23 January 2015

Just, Thanks, Dream


I was stunned reading beautiful words written by my friend during her birthday last December. It reflects how happy she is living on earth. Nothing seems to limit her pace of life. Living. Dreaming. That's how it supposed to be. In life. 


I've written something about dream before. Tapi tulah. There'll be one fine day that you realize, it'll not make any better just to dream. We must strive towards it. Work hard! Struggle! Walk towards it! That's the best definition of living, to me. 


Our journey is never ending. It is a lifelong, and continues to Jannah. In this journey, we dream a lot. Banyak yang kita nak capai. It is human intuition to dream. Normal lah bila we desire something in our life. And, to dream, actually taught us a lot. I mean, a lot. 



Aku try recall balik, when did I start dreaming. Bila masanya sebab I never see myself as a dreamer before. And, I remembered. Masih fresh lagi dalam ingatan aku, masa ada kem motivasi kat sekolah rendah masa darjah enam, the motivator asked us about our future plan. At that time, entah macam mana, dari mana aku dapat ilham for my dream. Dengan yakin dan confidentnya, aku pergi depan, ambil mic from the motivator and said;

" Lepas habis sekolah ni, saya akan masuk ke sekolah berasrama penuh. Ala, yang dekat Gombak tu, ada satu sekolah baru tepi jalan. Habis sekolah, umur 18 saya akan masuk universiti. Lepas tu, umur 23 saya akan sambung belajar lagi. Umur 27 saya akan dapat PhD!"

Masa zaman aku, rata-rata member, aku geng perempuan je, semua nak masuk Seri Puteri ataupun SAMBEST (ni sekolah agama, aku dapat juga sekolah ni sebab, ehem ehem, cemerlang kan PSRA.. haha). Tapi aku masa tu, nak masuk sekolah yang baru siap tepi jalan dekat Gombak. Aku tau sekolah tu sebab selalu lalu nak pergi rumah mak cik aku. Yes, it is SBPI Gombak. haha.. This dream, somehow, tercapailah jugak. Even the Gombak is changed to Temerloh. haha.. Alhamdulillah, aku dapat masuk SBPI... Temerloh.. haha..


Tepat dengan the words of my life plan yang aku ucapkan masa aku umur 12, 23 tahun, aku sambung study lagi. Tapi, part 27 dapat PhD tu yang, krik krik krik.. haha.. But, I always believe, Allah knows us the best. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. He'll give us something yang kita boleh cope. His gift selalu akan suit kita punya kemampuan. 


Dan, aku sentiasa pegang pada kata-kata, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. No matter how dark the forecast is, every cloud has a silver lining. No matter how hard it is, macam mana kita jatuh, struggle nak bangun balik, there's always a light shining at the end of our journey. 

"Effort never betrays you.
If it ever does, 
that just means you didn't put enough effort into it."

That's why, I never let myself to give up. Keep going. Keep struggling. Never stop. Jangan pernah berpuas hati. If you dare to dream, jangan pernah berpatah arah. Keep moving sampai the dream jadi reality. Sebab aku selalu percaya yang hard work, deserves to be rewarded. Kerja keras selalu akan dapat hasil yang lumayan. Memang the journey tak pernah best, berapa banyak kita tersadung, terjatuh, belum masuk part menangis, meraung bagai, tapi, in the end, it is always worth to struggle. 


By dreaming, we learn how to be responsible. We learn how to work hard. We learn how to never give up. We learn how to appreciate. Why appreciate? There'll be a day when we realize, there are actually people behind us. We all have supporters in life. The special people yang selalu ada dengan kita, tak kira susah, tak kira senang, selalu, kita tak nampak. Padahal, selalu kat diorang nilah yang kita luah itu ini. These people, you'll learn someday, you'll never made it without them. 


It is never wrong to dream. We are born to dream. Dan, hidup dengan mimpi tu. Sebab tu yang akan buat kita moving forwards. Tu yang akan buat kita jalan. Tu yang akan buat kita lari laju-laju. Tu yang akan buat kita rasa, betapa bermaknanya life kita ni. Buat kita rasa, this is indeed, a true definition of living the life to the fullest.


Monday, 29 December 2014

Women and Their Handbag's Obsession


Temankan mak aku shopping, tetibe aku jadi terlintas dengan persoalan ni.. Sebelum-sebelum ni pun.. Bila ada member minta ushakan handbag, aku jadi pelik.. Ada apa dengan handbag? Apa yang bestnya? Sampai ada yang boleh terbawak mimpi mengigau-ngigau kadang tu sebab berkenan sangat-sangat dekat handbag yang dia baru nampak dekat tenet..


Ada apa pada handbag yang rupa-rupanya ada pelbagai jenis rupanya.. Ada clutch, ada tote, etc.. Yang aku tau, sling bag je~~ haha.. Dari mana datangnya segala macam jenis handbag ni? Sampai ada orang tu, lain function, lain beg yang dia bawa sebab nak kasi sesuai dengan tema function tu.. Tak faham aku~~ 


It's not cheap thingy yang kaum wanita ni gilakan.. Ada tu, sampai cecah 4 angka!! Ada member pernah minta tengokkan handbag LV.. Aku dengan marahnya balas kat dia, " Kau gila! Aku lalu depan kedai LV tu pun jauh2, kadang tu buat detour kalau boleh memang tamau lalu depan kedai LV tu!! SERAM!!!" It's not a joke.. Serious.. Harga satu handbag LV tu, biasiswa aku 3 bulan pun belum tentu cukup nak beli.. And, when people said, " Alaa, baru RM1700".. To me, itu dah sangat mahal ok!!! Gaji sebulan aku kerja kejap dulu..


Adakah aku sebenarnya yang 'alien' atau mereka sebenarnya? Ada yang kata aku ke'lelaki'an, sebab tu tak pernah nak kisah pasal benda ni.. Yeke? Aku dari sekolah dah pakai kasut kulit, siap heels lagi satu setengah inch (tu pun pasal pengetua wajibkan!!!).. Polo je kasut aku dulu.. Tak pun, BUM.. Memang tak aku nak pakai cap BATA tu.. haha.. Beg aku dulu pun, masa kat UiTM, tak mainlah canvas or simple backpack yang printed Adibas tu.. Aku standard BUM selalu.. Leather pulak.. Siap shining lagi logo BUM tu kena cahaya matahari.. 


Tapi, aku pakai kasut tu sampai dah koyak bin rabak siap ternganga mulut dia.. haha.. Baru beli baru.. Takdenye aku nak ada 3-4 pasang kasut kulit cenggitu.. Beg tu pun, dah koyak, baru pandai nak beli lain.. Ada sekali tu, putus tali!!! Sebab bawak laptop dengan buku banyak2.. haha..


Tapi tulah.. Bila difikirkan balik.. Every single person on Earth ni, ada masing-masing punya obsession.. Ada yang suka kumpul gajet.. Ada yang suka kumpul baju.. Ada yang suka kumpul cap.. Ada juga yang suka kumpul buku (Like me!!!!! haha).. Dan macam-macam lagi.. Ni bukan zaman kita kecik-kecik dulu, " Hobi saya mengumpul setem.".. Zaman berubah.. So do people.. Bila kita dah menginjak dewasa, keinginan jadi lain.. Duit dalam bank dah jadi kepuk-kepuk.. Sendiri punya pulak.. Kalau dulu, duit parents, sekarang duit sendiri.. Suka hatilah nak belanja macam mana.. Kan? 


Cuma, ralatnyalah duit tu.. Kalau yang beli cash dan mampu tu, takdelah kisah.. Kalau yang jenis tak mampu tu? Sampai ada yang siap berhutang bagai.. Kan ke dah jadi suatu yang sangatlah pelik.. Kalau beli kereta or rumah berhutang, nampak logik sebab benda tu kadang sampai ratus ribu (juta pun ada).. Tapi bila benda kecik bernama handbag, memang tetibe banyak je tanda soal atas kepala ni.. Adakah handbag kini sudah diupgrade statusnya kepada keperluan sebenarnya? 

Aku akhiri post kali ini dengan serangkap quote from an infamous American author (he was novelist, journalist, poet, columnist, etc.. banyak kerja pak cik ni!!!) tentang human and their obsessions:



P/S - Masih musykil kenapa handbag lagi mahal dari harga Honda Icon aku dulu..

Wednesday, 10 December 2014

Kisah Public Phone

Melintas pondok telefon kaler merah cap UK yang tersangatlah femes dalam dunia, teringat kenangan dekat sekolah dulu.. Siapa pernah duduk hostel dulu? Mesti sangat-sangat familiar dengan benda bernama public phone ni.. Ada yang kaler biru, ada yang silver biasa je dengan tempat dail tu kaler kuning kalau tak silap.. Biasa dia akan digantung dekat tiang or dinding tepi hostel atau dekat sekolah.. 

Ingat lagi dulu, sebelum balik hostel dari kampung, aku wajib singgah kedai telefon dekat bandar lama Temerloh tu nak beli kad fon.. Aku beli yang RM 10 punya selalu.. Maju sikit, beli Ring Ring Card.. haha.. Cukuplah sampai hujung bulan buat bekal sebelum balik kampung balik.. Tu kira benda wajib untuk dibeli oleh budak hostel nak-nak yang kampung bukan dekat negeri sekolah tu.. Mahal tu nak called.. Jenuh nak kumpul coins!!! haha

Ingat lagi beratur beria-ia panjang sebab nak call rumah dulu.. Sampai kadang-kadang tension dengan budak depan segala macam nak cerita dengan mak dia!!! Dahlah masa menggunakan telefon tu terhad!! Masa aku dulu, boleh called antara waktu lepas riadah sampailah sebelum maghrib, lepas prep malam, dan juga Sabtu Ahad luar waktu prep dan gotong-royong.. Telefon pulak tu, ada empat je kalau aku tak silap.. Dua boleh guna both coins and card, lagi dua, guna card je.. Tapi selalu, bukan kadang-kadang, dua je yang boleh pakai.. Dahlah students aspuri tu ada dekat 300.. Macam mana tu?? Aku bukanlah jenis yang bergayut lama gila, takat tanya khabar je.. Tapi, kalau dah kena tunggu sampai setengah jam lebih, memang selalulah aku missed nak called family aku.. haha..

Itu semua kenangan masa dulu.. Kenangan manis duduk di hostel.. Tapi budak sekarang, mungkin tak rasa dah semua tu.. Pergi sekolah boleh bawa handphone.. Social media banyak je nak chatting dengan parents, tak payah nak called bagai.. Zaman aku dulu, kitorang satu sekolah buat petition nak bawak handphone ke sekolah.. Last-last, pihak sekolah kasi student SPM je yang bawak sebab senang nak called parents tak payah beratur sebab tau kalau boleh setiap jam nak lapor itu ini, ok ke tak nak hadapai exam tu.. haha

Public phone sekarang, mungkin dah jadi bahan pameran je macam yang dah jadi di UK.. Tempat orang ambil gambar bagai.. Berapa ramai kat sini yang tau nak guna public phone tu? Silap-silap, ada yang tak tau pun mana nak sumbat coins.. Ya, teknologi itu ada.. Tapi, cuba bayangkan kalau tiba-tiba kita dalam kecemasa, and we need help.. Tapi, kita kat satu area yang takde 3G, 4G bagai.. tenet pun tenat.. Yang ada cuma tiang yang ada sangkut public phone tu.. What will you do then? 


Monday, 1 December 2014

141130 Goodbye Edinburgh

One year.. Cheers for being the greatest place to live for me.. Masih segar lagi dalam ingatan ni first day di Edinburgh.. Terbayang lagi sejuk gigit sampai ketulang elok keluar kapal terbang.. Automatik tangan tarik sweater rapat-rapat konon dapat hilang sejuk tu.. Ingat lagi blur2 nak cari bas untuk ke city tapi in the end decide nak amek black taxi je, senang nak ke hostel terus..

Ingat lagi penat lelah panjat Arthur's Seat.. Dari hostel nampak dekat je.. Rupanya, punyalah jauh nak sampai kekaki bukit tu pun! Pendakian dekat sejam jugaklah aku rasa.. Sampai atas, pengsan terus.. haha.. Tapi seriously, the 360 degrees view of Edinburgh, memang kat situlah the best place kalau nak tengok..

Ingat lagi sesat larat naik bas takat nak ke Princes Street semata nak pergi Primark.. Padahal kalau jalan kaki, 10 minit sampai dah kalau dari hostel tu.. Tapi, blur kan?? Beria amek day ticket, bazir sampai £3.50..

Ingat lagi berbungkus sweater selimut takat duduk dalam bilik bukan takat masa winter je, masa autumn dengan spring pun! Padahal, heater ada je.. Tapi, macam takde function je sebab sejuk teramat sangat! 

Ingat lagi jalan kaki dari hostel tu tanpa arah tuju, sedar-sedar dah sampai pantai.. Masa tekanan sebab dapat coursework banyak sangat!!! Ikut je mana kaki nak bawa.. Lintas sana, lintas sini, suddenly, " Eh, ada pantai sini?" 

Setahun.. Kalau nak tulis semua, sampai tahun depan tak habis.. Berjela yang aku boleh cerita pasal Edinburgh.. Setiap sudut bandar tu ada memori.. 

And, even though ramai yang kata Edinburgh tak bestlah, jauh sangatlah, itulah, inilah, I don't mind.. Cukuplah pada aku, Edinburgh is one of the most gorgeous city on Earth (after Tanah Haram of course)..

Thursday, 27 November 2014

Alhamdulillah.. After All the Hard Work..Finally~~~


A great day for me.. hari ni.. A day yang menyaksikan the average me, got an MSc award from one prestigious university in this world.. Alhamdulillah.. Tak pernah pun aku bermimpi untuk dapat ni semua sepuluh tahun dulu.. But, rahsiaNya, tiada siapa yang tahu.. 


Kalau di imbas balik, memang buat diri ni nak nangis je rasa.. Even masa graduation tadi, sebak gile kot.. Bila tengok nama dalam buku program.. Bila my supervisor and lecturer smile to me, and mouthed " Well done".. Bila tengok my parents yang even dari tingkat atas beria dok snap pic banyak2.. 


Perjalanan ini bukan takat one year sebelum ni je.. Panjang.. Terlalu panjang.. Bermula dari impian kanak-kanak perempuan yang janji pada diri dia yang satu hari nanti dia nak jejak kaki dekat Stamford Bridge sampailah pada cita-cita seorang remaja perempuan yang sangat-sangat nak duduk jauh beribu batu dari family dia sendiri.. Dan, impian ni dibakar oleh perasaan berlagak tak nak dah sambung study dalam Malaysia sebab masa tu rasa takde class study kat UiTM.. haha.. 


I just want to challenge myself.. Dari tadika, aku asyik saja dengan classmates Melayu.. Tadika Islam di Kuang yang dah sah2 kawasan Melayu.. Darjah satu di sana.. Naik darjah dua, pindah ke Rawang, but still, kelas aku semua Melayu sampai darjah lima, barulah ada kaum lain.. But still, I always compete with Malays.. Bila naik sekolah menengah, lagilah.. Then, masuk UiTM pulak.. All my life, I never challenge myself.. Aku nak keluar dari my own comfort zone.. 


Sebab tu, aku mengada-ngada apply further study dekat UK.. Saja-saja nak top-up diri ni yang pada aku, takde apa yang special pun.. Dari kecik dok compete dengan Malay.. Nak jugak rasa bersaing dengan bangsa lain.. Nak juga rasa ada kawan yang bukan Melayu.. Nak juga rasa ada cikgu yang bukan Melayu.. Nak juga rasa tak payah sembang cakap Melayu for a day.. Semua out of curiosity..


And, here it come.. One challenging year.. Dalam class, seorang je pakai tudung.. Lecturer ajar takde cakap rojak campur-campur.. Nak sembang memang belit-belit lidah nak speaking.. Belum masuk study lagi tu.. Blur tahap gaban masa dapat first assignment.. Marks sangat teruk sampai kena panggil dengan lecturer.. Assessment teruk, mujur dicover oleh final exam.. Betapa tensionnya study sampai lima enam kali jugak nangis seorang diri suffer, mujur ada kawan bermurah hati nak ajar.. Dan, ada ibu yang sanggup layan aku nangis berjam2 kat phone even masa tu dia tengah kerja.. Semua tu, sangatlah menguji diri aku sampai aku rasa nak give up at one point.. Rasa nak balik Malaysia je ada satu tahap tu..


But, I endure.. So much.. Dan, manisnya terasa sekarang.. Hari ni.. Bila nama aku terpampang bukan takat dalam buku program, tapi paling best sebab ada dalam paper The Scotsman sebagai penerima master dari University of Edinburgh.. famous jap satu hari.. haha.. Lagi manis apabila nama aku dipanggil oleh Head of School untuk menghadap VC yang akan sentuh kepala dengan topi buruk dia simbolik penganugerahan master aku.. Paling manis bila dapat buat my parents bangga once they realized I'm the only Malay yang dapat MSc. GIS ni.. Alhamdulillah..


However, it's not over yet.. It's just started.. Perjalanan aku masih lagi panjang.. There's a lot more to achieve.. To do so, I've to challenge myself, even more.. InsyaAllah..

Tuesday, 25 November 2014

Here I Am.. Again..

Sekali lagi aku datang ke Edinburgh.. sambung phd?? haha.. jauh sangat tu.. tak tercapai dek akal lagi~~ haha.. I'm here for my graduation.. insyaAllah, 27/11 ni..

Terubat rindu nak dengar bunyi bagpipe.. terubat rindu nak jalan2 dekat lorong2 kecik dekat Royal Mile nun.. terubat rindu nak tengok the majestic Edinburgh Castle.. terubat rindu nak panjat Calton Hill..

Dan, terubat rindu nak beli sayur dekat Lidl.. Terubat rindu nak beli sardin dekat Tesco.. Terubat rindu nak beli telur dekat Farm Foods.. Terubat rindu nak beli Maggi dekat Bismillah.. Dan juga, yang paling penting, terubat rindu nak rasa ayam Chikies yang seribu kali lagi sedap dari KFC tu..

Dan, kali ni, aku kembali dengan ibu dan ayah aku.. saja nak bawa diorang tengok kota yang jadi saksi jatuh bangun seorang aku selama 1 tahun.. saja nak bawa diorang tengok taman yang aku selalu lepak masa stress dengan coursework.. saja nak bawa diorang tengok school aku yang jadi rumah nombor 2 aku selepas hostel aku.. 

Edinburgh, masih tak banyak berubah.. dan, aku sendiri, masih rasa this is the most amazing city in the world..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...