Total Pageviews

Monday, 23 November 2009

HIDUP INI

Nearly 19 years, aku hidup dibumi Allah ni, macam-macam telah aku tempuhi. Bermula dengan kelahiranku di bumi Allah ini sehingga kini. Banyak yang telah aku tempuhi meski belum boleh dibilang sangat berpengalaman. kira baru novice aku ni.

1. Hidup ni macam roda, kejap kita kat atas, kejap kat bawah. Dulu aku tak percaya dengan quote tu. Aku selalu rasa aku ni ada kat atas. Ya benar. Aku berjaya dalam pelajaran aku. Sampailah suatu ketika, aku mula menerima quote diatas. Aku tersungkur buat pertama kalinya setelah berkali aku berjaya. Kecewa? YA, memang aku kecewa. Lagi tragis, aku tersungkur dianak tangga terakhir aku menjejaki impianku. Makan masa juga aku nak sembuh. Masa tu aku start sedar, memang lumrah hidup macam tu. Mungkin petunjuk Allah dah sampai. Aku redha, pasrah dengan aturan-Nya.

2. Bangkitlah dari kejatuhan. Memang benar. Ada dua jenis pemain hebat didunia ini. Pemain pertama ialah, apabila dia jatuh, dia akan terus terbaring. Pemain kedua pula, bangun dengan pantas dan sedaya upaya setelah jatuh. JAdilah seperti pemain kedua tadi, kerana sesungguhnya, manusia yang hebat ialah pemain kedua itu. Dulu, aku hampir menjadi pemain pertama, namun berbekalkan semangat yang ada, aku terus bangun. 

3. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ni quote yang even student tadika pun mampu
cakap. Namun, bercakap sahaj tidak semestinya mampu mempraktikkannya. Memang mudah menyebut dengan lantang quite diatas, namu cuma 10% sahaja yang mampu mempraktikkannya. Quote ini lebih kepada ketahanan mental setelah kita gagal dalam suatu perkara. Sebagai contoh, seorang sahabat saya mendapat keputusan SPM yang agak dahsyat, sehingga beliau terlalu tertekan. Namun, dia bangkit dan menerukan hidupnya. Alhamdulillah, berpegang kepada prinsip diataas, dia berjaya dalam pelajarannya hingga kini. 


4. Hidup pasal masa depan bukan belakang. prinsip ini telah saya jelaskan dalam post saya
sebelum ini.


5. People may ask you to do a thing, but what right for you, you only know youself.


Hidup ini memang complicated. Kita harus bijak melaluinya dan memilih jalan terbaik untuk kita tempuhi. Cuba selesaikan puzzle hidup ini sebaik mungkin. Ambil seberapa banyak risiko yang ada, kerana risiko itulah yang mendewasakan kita. FIGHTING!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...