Total Pageviews

Sunday 17 February 2013

ROAD TO EDINBURGH PART 1: CONDITIONS TO FULFILL

sebenarnya, aku agak teragak-agak, tak yakin untuk ke edinburgh..ni sebelum result final sem keluar..don't know why? aku memang tak yakin my final result will be good untuk aku settlekan 1st condition oleh edinburgh uni, dimana aku kena dapat 1st class or 3.5 cgpa..

hari khamis lepas, sepanjang hari aku berdebar semacam..buat apa pun, rasa tak kena..debar je sepanjang hari..semua sebab esoknya, iaitu, 15/2 result akan keluar..dan as usual, result boleh disemak kat email mulai tengah malam tu..aku punya debar, tahap tak ingat!!!! n, aku takdela nak tunggu sampai pukul 12..beria refresh email, tunggu result..aku just tidur je..n, pukul 3 camtu, aku terbangun dari tidur..terus bukak laptop, check email..n, sem ni, uitm saje je, letak cgpa atas sekali sebelum full result!!!! beria aku scroll slow2..die letak cgpa atas sekali!! ceh!!! but, anyway, ALHAMDULILLAH..result aku cukup untuk buat bekalan ke EDINBURGH nanti..

ALHAMDULILLAH sangat2..even tak dapat jadi best student, aku dapat grad dengan selempang!!! sangat happy..dapat ANC..n, all my fren, satu geng, EKIN, ECHA, TATI n ALIA, semua dapat dekan..ALHAMDULILLAH..macam masa dip dulu..satu geng dapat dekan..memang sangat best!!!

sekarang ni, unofficially, aku dah habis aku punya degree~~~n, tak keterlaluan kalau aku katakan, dengan cemerlang..ALHAMDULILLAH sangat..dapat jugak merasa nak konvo nanti..yang paling penting, ANC..sangat happy!!!n, tamat belajar ni bermakna, bermulalah langkah kami semua ke dunia baru..yang nak sambung belajar, akan meneruskan perjuangan yang tak selesai lagi..yang nak kerja, submitlah resuming beratus-ratus kemana-mana company..tak terkecuali, yang nak kahwin, semua sibuk buat preparation bagai..ALHAMDULILLAH..sekurang-kurangnya, semua dah ada hala tuju masing-masing, and dah firm dengan decision sendiri..aku doakan kita semua berjaya dalam jalan yang kita pilih..insyaAllah~~

ok, tutup cerita pasal result..sambung pasal road to edinburgh aku..haha..jumaat lepas, after dapat result, dah confident nak pergi edinburgh ni!!haha..second condition yang aku kena fulfilled is, IELTS..aku memang dah lama isi borang dia, cuma tak pergi-pergi lagi register..jumaat lepas, aku minta ayah aku yang kebetulan nak pergi tabung haji, tolong bawak aku ke BRITISH COUNCIL juga..dekat je dua tempat tu..so, ayah aku boleh je bawakkan..sampai je kat BRITISH COUNCIL tu, aku terus pergi kat kaunter pertanyaan, cakap nak register IELTS..so, dia minta form..dia tengok je gambar aku, terus kata tak boleh register sebab gambar aku pakai specs..my bad~~dia kata kenapa tak baca requirement??kan dah tulis..aku pun, dengan kecewanya ambil balik form tu, and balik rawang..nak apa lagi??haha..sampai rawang, terus aku start scooter aku, pergi rawang..amek gambar baru!! tak pakai specs punya!!haha..insyaAllah, isnin or selasa ni, aku pergi sana lagi sekali..register IELTS..my 2nd condition untuk e EDINBURGH~~

the other thing to be done, mestilah fulus~~haha..aku bukan dari family kaya raya yang nak further studies boleh pakai duit mak ayah..haha..so, everyday, i need to be alert pasal scholarship ni..hari tu, pergi JPA, tanya, diorang kata bulan 2 or 3 akan buka..same goes for MARA..moga dipermudahkan..sekarang ni, nak pilihanraya, memang payah sikit nak berurusan..hari tu pun, pergi MARA, ada girl tu, dia nak fly lagi berapa minggu je, MARA tak luluskan lagi loan dia..alasan MARA, diorang tak meeting lagi..diorang kata, tu masalah that girl dengan pihak uni..MARA tak boleh nak campur..kepala hot** diorang!! kalau nak fly, dalam akaun kita kena ada certain amount of money, and kena tunjuk bukti dekat pihak uni yang kita mampu nak bayar yuran bagai!!! moga-moga semua ni, tak jadi kat aku nanti..

so, sekarang ni, aku punya condition untuk ke EDINBURGH, yang pertama, dah settle..pasal result..ALHAMDULILLAH..tinggal lagi dua condition je ni..pasal IELTS (kena dapat 7.0!!! gila r!!! MUET aku pun band 3..haha) dan pasal scholarship..insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...