Total Pageviews

Monday 23 June 2014

Shah Alam Featured in a Music Video?

Credit to: jypentertainment official Youtube Channel

what a pleasant surprise today.. haha.. elok bangun pagi, seperti biasa, diriku akan buka segala macam laman sosial yang wujud dalam dunia ni.. haha.. tu aktiviti wajib aku! I'm a normal person after all.. standardlah bangun pagi terus bukak tenet kan? haha..

Holy Smoke Cafe Section 13

I came across a new MV by a Korean boy group.. diriku takdelah minat sangat, but, I watched the MV solely because they said, it was shot in Malaysia. Seriously? Malaysia? Sangat jarang ok! I can't believe mula-mula even the places look really familiar to me.. first of all, the boy group named GOT7.. and the MV title is A..

Notice the Signboard?

Then, bila masuk scene dekat supermarket, I was like! wow! Makanan Laut.. Farmasi.. Bahasa Melayu! And, they shot the scene in Tesco. Seriously? Tesco? haha.. tempat aku beli groceries bagai.. haha.. and, then I realize, they shot the MV in Shah Alam.. ala, area stadium tu.. watch the MV kalau korang tak percaya.. there are Burger King, which they changed the sign into A Mart, the Holy Smoke Cafe which they change to California Boys.. and also, the Extreme Park! haha.. you'll realize there are plenty of Malay signboards in the MV like "Semangat Motor Sdn Bhd", " Laksa Makanan Utara, bla3", and more.. haha..

Tesco (Not sure which one)

Why am I hyper about this? Sebab aku tiba-tiba nampak Shah Alam sangatlah cantik! Tak percaya pun ada.. memang aku tahu Shah Alam memang bandar dalam taman, like Putrajaya, dia bandar terancang.. sangat rapi dia punya perancangan tu.. But, never thought that Shah Alam dah macam small town yang selalu featured dalam American movies tu semua.. seriously, it looks really nice..

Extreme Park Parking Lot?

Aku rasalah, the production chose Shah Alam sebab low budget kot? haha.. shooting satu area je semua benda tu.. and, tak payah pergi US ke apa, situ pun dah ok.. haha.. dan juga, mereka dapat elak dari fans kpop yang gila tu semua sebab as far as I know, Section 13 tu sangatlah susah nak di akses pakai public transport selain dari teksi.. bas pun, from area Kuala Selangor and Puncak je..haha..

In front of Burger King Section 13

akhir kata, enjoy the MV.. bukan nak suruh korang layan kpop ke apa, just watch how nice Shah Alam can be in the MV.. haha..thumbs up to the producer to recognized this place to be featured in the MV.. wonder who recommended it?

Wednesday 18 June 2014

I Hope Malaysian Football Fans Should...


Kuang kuang kuang~~~ sempena musim bola ni, tak kiralah world cup mahupun liga super Malaysia, aku suddenly dapat idea nak tulis post ni.. lebih kepada bosan tunggu next game Deutschland.. tu yang nak tulis post ni.. haha.. why did I embed the Matluthfi video above? Sebab apa yang aku nak tulis ni, ada kaitan dengan apa yang beliau katakan dalam video yang beliau post lama dahulu.. dan, aku pun, dah lama sebenarnya tengok video tu.. but, tetiba terasa nak tulis pasal bab yang sama hari ni.. haha..


seperti mana yang anda tahu, diriku merupakan salah seorang dari berjuta peminat bola sepak yang ada dalam dunia ni.. my fav team dari kecil, is of course, tanah tumpah darahku, Selangor Darul Ehsan atau lebih famous dengan nama kalau dulu, skuad merah kuning, sekarang, Red Giants.. Selangor merupakan satu-satunya skuad yang tidak diberi samaran nama binatang seperti skuad lain di Malaysia.. fyi, aku listkan nama samaran skuad bola sepak di Malaysia yang menggunakan nama binatang

Perlis = Singa Utara
Kedah = Kenari
Penang = Harimau Kumbang
Perak = Seladang
Kelantan = Kijang
Terengganu = Penyu
Pahang = Tok Gajah
Johor = Harimau Selatan
Negeri Sembilan = Rusa
Sabah = Rhinos
Sarawak = Kenyalang

Siapa tak percaya, feel free to google that.. haha.. wikipedia banyak je kasi info.. haha.. start Selangor fans panggil skuad diorang Red Giants, banyak team lain turut ubah nama samaran mereka.. dah tak pakai dah nama binatang tu semua.. haha..


ok, aku bukan nak cerita pasal skuad bola kat malaysia punya nama samaran.. aku nak cerita pasal perangai fans yang datang stadium tengok bola.. kebelakangan ni, kita dapat lihat bagaimana stadium2 dah mulai dipenuhi dengan para penyokong masing-masing.. kalau dulu, cuma Selangor, KL, Perak dan Kedah yang bolehlah dikira penyokongnya amat gemar memenuhi stadium.. tapi sekarang, dah lain.. boleh kata setiap team tu dah ramai penyokongnya.. 


I've been to the Shah Alam stadium masa aku sem 6 kot dulu.. tak ingat.. tengok bola Malaysia lawan Bahrain for Olympic Qualifications.. that was the first time I went to the stadium to watch the match.. selama ni, aku tengok kat tv je.. sebab lagi clear gambar.. plus, ada replay.. haha.. first time went there, I was like, I'll never ever go to the stadium again.. tobat! memang tak nak dah pergi stadium.. why? the way the fans behave themselves, are not reflecting that they are Muslims indeed.. dengan tak duduknya sepanjang match, terkinja-kinja macam beruk ada tu.. ada yang baling itu ini ketengah padang.. ada yang terjerit pekik mencarut dekat players.. and, more.. I watched EPL match at the stadium previously.. 4 match dah aku tengok.. Arsenal vs Chelsea at Emirates Stadium.. Chelsea vs Swansea at Stamford Bridge.. Man City vs Chelsea at Etihad Stadium.. and the last one is, Chelsea vs Norwich at Chelsea's home.. I went to London and Manchester to watch those matches.. unlike Malaysia, the atmosphere, is somehow safer.. even for a girl travelling alone to watch the match sorang diri, selamat je even though ada je certain tu yang dok minum before match and masa half time.. they do have a bar inside the stadium near the stand yang serve alcohol bagai.. but, even mereka minum, they don't yell at their players.. and, they behave well.. kalau kat EPL, penonton mesti duduk for the whole time except masa opening, and kalau tengah goal or ada shot ke apa.. so, masa tu, bolehlah nak berdiri..kalau ada yang buat perangai macam Malaysian buat, for sure mereka akan dihalau dari stadium tersebut..tak boring ke match macam tu? Nope, its entertaining.. sebab, the fans are singing, chanting together.. at some point, they even booing but, takdelah sangat provoking like Malaysian did.. diorang punya singing tu, sangat best sebab that's where they'll provoke their own team and the opponents.. no harm.. relax je.. takde siapa nak mengamuk ke apa.. even the fans are sitting just next to each other sections, adalah steward (kira macam polis bantuan kalau kat malaysia punya stadium.. tapi, ni under management team tu), yang akan duduk antara fans opponent dengan home.. takdelah jarak sampai satu section macam tu.. ok je.. aman je..


after the match, kalau kat Malaysia, ada yang kena baling itu ini berdarah-darah kadang tu.. belum masuk yang masuk hospital mahupun ada yang meninggal.. pernah terjadi dulu, sampai terbalikkan jip polis semua tak puas hati.. bakar seat.. and more.. i don't know why they did that.. tak puas hati sangat kenapa team korang kalah? I tell you what.. epl fans, even their team kalah, takde pun diorang buat anything pada seat diorang.. elok je.. takde siapa pun nak campak anything tengah padang.. or takde siapa yang nak provok other fans.. in fact, habis game, terus je masing-masing berpusu-pusu keluar dari stadium.. tak terjadi pun sebarang tolak menolak ke apa.. sangat organized and disciplined.. ikut laluan yang management stadium sediakan sampailah ke stesen public transport yang terdekat.. and, masing-masing, even sorang sokong Arsenal, the other is Chelsea fans, takde pun sampai nak tolak kawan tu ke apa.. nak gaduh2.. relax je.. borak pasal game like they both are neutral.. why in Malaysia kita tak boleh macam tu? padahal masing2 balik bukan dengan public.. dengan sendiri punya kereta.. kenapa tak boleh nak balik aman damai padahal omputih yang balik dengan public transport tu, lagi patut diorang boleh jadi gaduh ke apa sebab berasak-asak, but, they didn't.. sangat aman ok~~


I really wonder kenapa omputih yang bukan beragama Islam tu, they can behave like they are Muslims.. Kita, Melayu yang dah sah-sah Islam ni, kenapa kita tak behave like a beruk sarkas kadang tu.. sebabkan mentaliti macam tulah, aku tak rasa yang kanak2 selamat dibawa ke stadium untuk tengok bola.. even for a girl, I don't recommend for you to go.. baik tengok kat tv.. kalau epl, satu family kot tengok bola.. ada budak dalam 3 or 4 years pun selamat je tengok bola tu.. 


cerita pasal kanak2, I think, mana2 management team bola di Malaysia should contohi EPL team punya cara seating dalam stadium.. they separate family section with the general audiences.. macam family tu, kalau nak bawa anak bawah umur 12 tak silap, kena duduk situ.. kalau macam yang lain, duduk general section.. it'll be better like that.. people will behave better dan makin ramai yang akan ke stadium lepas ni bawa anak cucu bagai.. haha..






Saturday 14 June 2014

ME IN EDINBURGH PART 15: Getting Ready for Ramadhan


lebih kurang 2 weeks lagi, ramadhan bakal menjelma.. tak kiralah dimana jua kita berada, still, Ramadhan is the same to any Muslim.. bulan penuh barakah..yang kalau boleh perlu kita isi dengan segala amalan sebab pahala berlipat ganda ketika itu..


ok, tutup cerita pasal tu..bukan nak kasi introduction bout Ramadhan, aku nak cerita pasal me fasting here in Edinburgh.. guess how long will I be fasting? It's 19 hours ok.. Subuh start at 2.50 am macam tu, and the Maghrib is around 10 pm.. bayangkan betapa lamanya diriku puasa.. plus, the Isyak will only be at 11 pm.. so, aku Isyak, tarawikh semua, dah nak kena sahur..haha.. it'll be a long day for me..


but, sesuai dengan tajukku, Getting Ready for Ramadhan, aku telah pun cuba berpuasa..haha.. nak tengok tahan ke tak.. awal dulu, macam tak larat jugak.. masa Rejab ada dah try.. tapi lama-lama, jadi ok, tak kisah sangat puasa lama pun.. because, sini takdelah cuaca panas kasi minta air je selalu.. ok je.. plus, aku pun, banyak je habiskan masa dekat computer room dekat my school siapkan dissertation.. so, tak sedar pun masa berlalu.. haha


and, aku juga menerima bungkusan with love from Malaysia.. haha.. ibuku hantar serunding for Ramadhan sebab aku cerita takut tak sempat nak masak bagai for Sahur, ada serunding, tinggal capai je.. haha.. puasa, memang wajiblah ada serunding kan? haha.. sampai 2 kg ibuku hantar..haha..


untuk Ramadhan juga, aku turut menerima jubah kaler hitam for tarawikh mungkin.. haha.. walaupun rasanya aku tarawikh dekat bilik je, tapi, mana tau kot-kot rajin pulak certain hari nak pergi merasa imam omputih pulak kan? haha..


juga, memandangkan diriku akan menyambut Syawal disini, aku turut menerima my fav tat nenas!!!! yeay!!! aku just minta serunding je hari tu, tak sangka tat nenas pun dapat.. haha.. tapi kan, rasanya belum start puasa, insyaAllah habis dah tat nenas tu aku tibai.. haha..


dan juga, aku menerima baju raya yang mungkin sedondon dengan family di Malaysia sana.. haha.. kaler cekelat..haha.. even rasanya aku raya dekat depan laptop je, tapi, haruslah aku pakai baju raya kan? haha.. feeling tu harus ada macam mana pun~~


berbalik pada persediaan untuk Ramadhan, ianya lebih kepada persediaan mental.. kena kentalkan hati ni.. sekarang ni, maybe ok.. nanti masa Ramadhan, dugaannya banyak, mana tau? tengah jalan2, ada nampak orang makan aiskrim (summer kan? haha) bagai, kot terliur ke.. tengah jalan2, ada bau ayam gorenglah, itulah inilah, haha..orang sini, bukan macam kat Malaysia, Ramadhan tutup restoran.. takde makna!! haha..


dan juga, this will be my first Ramadhan yang berjauhan dengan family.. err, tolak masa sekolah and uni dulu.. sebab dulu, even jauh pun, still, boleh je kadang tu family datang, dapat balik rumah..tapi, ni lain.. sendirian je.. tak boleh nak balik ke apa semata nak buka puasa sama..huhu..


hopefully, everything will be good for me.. insyaAllah~~ semoga Ramadhan kali ini lagi lebih bermakna untuk diri ini~~


btw, sebelum terlupa, pesanan penaja, to anyone yang nak tau how to post a parcel to UK, boleh buka website Pos Malaysia, pilih kiriman antarabangsa.. macam yang aku ni, pakai poslaju..dalam 5 days sampai.. dia ada banyak jenis..ada yang pos biasa, pakai laut, dalam 3 months ada tu baru sampai.. ada yang sebulan baru sampai.. banyak jenis.. but, one thing for sure, kalau nak pos makanan like my mom did, sila bungkus tebal2, then, jangan declare its a food.. declare as baju ke, buku ke, or anything, but not food.. sebab UK sangat strict bab2 makanan nak bawa masuk negara dia ni.. kalau naik flight pun, kadang bermasalah juga.. haha..

Friday 13 June 2014

WORLD CUP 2014


It's started!!!! yeay!!! and this time, it's in Brazil.. the football nation.. haha.. the very infamous nation with legendary player such as Pele, Ronaldo, Ronaldinho, Kaka, etc.. Can't wait to see a new Brazil legend born this year world cup.. when everyone say it's Neymar, I say, it's OSCAR~~~ haha.. and, he proves me right on the opening match.. everyone who watched the match should agree with me.. OSCAR deserves the credit for the Brazil victory tonight.. he's the playmaker of the night.. he assisted Neymar goal, and, score himself..yeay!!!


Enough about that, I can't wait to watch my favorite team, DEUTSCHLAND..they've been favorite to win the title for like every edition.. but, they always ended up losing in the semi-final, and win the third place.. this year, I hope, the team will win.. they've got the best squad.. with one of the best goalkeeper in the world Neuer, with the best defender Lahm who loves to play overlapping very much.. they've got my forever favorite midfielder, Schweinsteiger, and the best midfielder Ozil.. their forwards are simply the world best, Muller with either Podolski or my favorite player of all time, Klose.. and, they got Chelsea gem, Schurle who I believe will shine in this world cup edition..they've got everything to be the champion this year.. I just hope, they'll be a bit lucky this year.. as their supporter since years ago, I can see Deutschland always lack in the luck.. they always lose not because they're not good, technically, and on paper, they are the best.. but, they are just, unlucky.. 


I also love Japan.. haha.. they are my favorite underdog.. not Korea, its Japan.. and, I believe they can somehow make surprise this year.. as their woman team won World Cup few years back, I think, Japan can at least make their way to quater final, perhaps? they are one developing nation in term of sports.. they won Thomas Cup, beating China in semi and Malaysia in final.. they somehow manage to get their hands on the continents' powerhouse of hockey which previously only got India, Pakistan and Malaysia.. And, I do believe, this time around, they can make surprise.. by looking at their squad, of course one will say they'll be beaten easily.. but, remember, Japan is famous with their Samurai and Ninja spirit.. that's their greatest weapon ever.. the never give up spirit like no other.. only Japanese got that..


And, other team, I don't have any other favorite.. but, I do support every Chelsea player in the competition.. haha.. which means, I support Mata (even though he left Chelsea already) and Torres for Spain.. Oscar, Ramires, Willian and Luiz in Brazil.. I support Hazard for Belgium.. and I support Lampard and Cahill for England.. I'm not supporting their team.. but, I simply support them only.. haha.. other players that I like to watch are David Silva, Xabi Alonso and Samir Nasri..haha..


The football fever is arrive.. luckily the UK time, is only four hours different from the Brazilian time.. unlike in Malaysia, I don't have to stay up till late night or wake up before dawn just to watch the match.. haha.. by the way,  I predict either Deutschland or Spain will win the title.. how about you guys? 


Monday 2 June 2014

Damai Yang Hilang: This is Why We Need Hudud


credit: PerpustakaanAlamMAYA Youtube Channel
source: https://www.youtube.com/watch?v=i6ih0ZoiMsg



Baby girl beheaded
Child abused till death
15-year old girl gang-raped
Teacher got beaten up by student
What's more, Malaysian?



Skrol timeline fb, diriku terkedu bila terlihat pelbagai berita-berita ini. What's wrong with people nowadays? Terlebih minum susu lembu ke masa kecik-kecik dulu sampai hilang perikemanusiaan? Humanity tu, bukan saja-saja je dunia jadikan tagline, siap iklan merata tempat. Kalau yang rajin buka youtube tu, sebelum start the streaming, mesti selalu ada iklan humanity. Tak taulah kalau ramai yang suka Skip Ad

I don't know what's in people's head sampai sanggup buat segala perkara kejam macam tu. Kalau dulu, jarang sekali kita dengar kes macam kelar mengelar ni semua. Apa ingat budak kecik tu, lembu korban raya haji ke? They are human too. Is the girl seems like a cattle or even chicken in the eyes of the criminal? I'm not joking. Mungkin ayat aku macam main-main. Tapi, serius, aku pelik dengan manusia terbabit yang sanggup memperlakukan kanak-kanak sebegitu. 

Samalah macam mereka yang mendera kanak-kanak tu semua. Apa korang tak pernah jadi kecik ke nak sesuka rasa sepak terajang budak kecik? Ingat budak-budak tu bola ke nak praktis sepak bola? Apa korang rasa kalau your parents did the same to you? Adakah mereka yang mendera ini termasuk dalam kategori mangsa dera satu ketika dahulu? Tu yang nak try buat dekat orang lain pulak for self-satisfaction. We never know. Psikologi manusia ni, misteri. And, the word SELF-SATISFACTION tu, memang sangat-sangat mengerikan sebenarnya.

Do people commit crime for their self-satisfaction? Aku percaya pada kemungkinan tu. Sebab banyak criminal yang famous dekat dunia ni, kalau kita tengok, diorang buat jenayah tu kadang, dia punya reasons tu boleh buat atas kepala kita penuh dengan tanda soal. And, lagi ngeri tu, kadang masa diorang di tali gantung ke apa, they'll smile. Itu part paling seram. Like I said, human psychology is very mysterious. 

Contoh macam kes bulilah. Kalau dulu, kita hanya dengar pelajar asrama dibuli rakan, takdelah sampai mati ke apa. Aku pun, pernah duduk asrama. But, my school, sangat ok. Takde kes buli. Dululah. Tak tau sekarang. Sebab aku dulu, second batch sekolah tu. Senior pun, baru masuk a year earlier dari kitorang. So, takdelah kes membuli pun. But, bully, kalau siapa yang duduk asrama, mesti tau dulu punya standard lebih kepada to gain respect from the junior and nak kasi the junior themselves cepat adapt dengan environment hostel yang jauh dari family tu. Contoh perbuatan buli seperti, minta junior ambilkan makanan dekat dining, suruh basuh baju, dan segala yang ringan-ringan. Takde sampai tahap pukul sampai mati ke apa. 

But, nowadays, its different. I wonder why pelajar sekolah harian biasa start amalkan buli ni? They are not staying away from their parents. They live in their house, not hostel. Dah kenapa perlu membuli tu? Pada aku, they're not bullies. They're just gangsters. When you beat up your friends just because of simple and ridiculous reasons, even worst to gain popularity among your schoolmates, you are gangster. Nuff said..

Who to be blamed sebenarnya? Yes, kita semua. Tak kiralah kita ada kaitan ke tak dengan criminal tu. Tapi sebagai masyarakat yang menghirup udara yang sama, berpijak pada bumi yang sama, semua kita menyumbang pada terjadinya segala kengerian ini. This is reality. Kalau tak percaya, cuba google sekarang pasal your neighborhood or surrounding area, mesti tiba-tiba muncul at least satulah kes jenayah yang kita tak pernah tau pun ada sebelum ni.

Kita sekarang ni, ada yang kadang tu, jiran sebelah rumah pun tak pernah bertegur sapa. Kadang tu, meninggal ke sakit ke, kita pun tak tau. Sedar-sedar, rumah dah kosong, dah kena jual dah pun! Lagi kritikal kalau jiran dah berganti orang lain dekat dua tiga kali pun tak sedar-sedar. Konsep berjiran ni, kalau nak ikut silibus Pendidikan Islam PMR dulu, bukan takat berkongsi pagar atau sempadan rumah je. Dan, jangan ingat jiran tu bererti orang yang duduk depan, belakang, kiri dan kanan rumah kita je. 40 houses from any angle, itulah jiran kita sebenarnya. Aku malas nak cerita panjang pasal konsep kejiranan ni, Malaysian yang Muslim semua yang attend secondary school, ambil PMR wajib tau ini semua. Tapi, siapa yang tak tau, sila tanya uncle google..

Lagi satu, media tak kiralah cetak ataupun elektronik, pun antara penyumbang terbesar dalam semua ni. When I watch Malaysian tv show nowadays, I do understand why did all these things keep happening in our country. I actually quite confuse with the show actually. Am I on the right livestream channel? Why do I feel like I'm watching a non-Muslim country tv channel? I can't see any Islamic thingy in the show that I watch nowadays. Where is our official religion as stated by the Federal Constitution? Aku dah tak nampak beza dah tengok HBO dengan tengok 104 ataupun tv3. Sama je.  Bukan takat baju yang dah macam tak cukup kain, the way people act on the show itself, dah kalahkan hollywood dah! 

Sometimes, I wonder, why can't people straighten up their mind? Can't they control themselves? Learn how to calm yourself down. Kenapa biarkan diri kita ni senang-senang tunduk dengan bisikan iblis laknatullah tu? Masa sekolah rendah dulu, kenapa kita boleh je jadi baik. Siap hafal lagi juz amma tu. Kalau siapa yang attend sekolah agama tu, Juz 30 tu dari surah An-Naba' sampailah An-Nas hafal. Kalau yang lelaki kecik dulu, semangat je nak pergi masjid even ayah dia tak pergi pun kadang tu. 

Satu trend yang aku tengok dari dulu lagi, nilah dia. Masa sekolah rendah, baik je from standard 1 sampai 3. Dia naik darjah empat, dah nampak dah perubahan tu bila dah start kenal erti lepak bagai. Tak salah nak melepak. Aku pun, sampai sekarang, memang kaki lepak. Zaman dekat UiTM dulu, boleh kata setiap hari, lepas kelas memang lepak tak Hakim, Khulafa' seksyen 7 tu. Tapi, definisi lepak itu bagaimana. Habiskan masa tak tentu arah sampai azan pun dianggap tak ubah macam lagu dalam MP3 handphone masing-masing, itu yang jadi masalah. 

Manusia semakin tak takut pada dosa, neraka bagai. Hidup pada kita, selalu nak enjoy to the fullest je. Nak jadi baik macam masa kecik-kecik dulu, selalu orang akan kata nanti bila dah tua baru taubat. Ingat nyawa tu Allah akan tarik masa umur dah tujuh puluh je ke? Kalau-kalau malam nanti tidur tak bangun-bangun dah macam mana? Sebabkan pemikiran macam nilah, selamba je dok langgar hukum Allah semua. 

Ya, kita ada undang-undang untuk menghukum penjenayah semua. Aku bukan nak salahkan undang-undang tu. Pada aku, penguatkuasaan dan keberkesanan tu kurang. Adakah hanya merompak bank itu dikalsifikasikan sebagai mencuri? Macam mana pula dengan curi di kedai runcit? Dalam Islam, itu pun classified as curi dan layak dihukum dengan hukum Qisas potong tangan menurut dalil yang bermakna (lebih kuranglah): Para pencuri lelaki dan pencuri wanita itu hendaklah dipotong lengannya. 

Hukum Qisas ni, one of undang2 islam selain Ta'zir dan Hudud. Jangan keliru! Konsepnya, mudah segala perbuatan kita, wajar dibalas setimpal. Contoh, macam mencuri tulah. Potong tangan sebab curi pakai tangan kan? Kalau membunuh pun sama. Dibalas dengan hukuman bunuh juga. But, andai kata mangsa mahupun keluarga mangsa memberi kemaafan, atas budi bicara pemerintah (dalam kes ni, mahkamahlah), makan akan dimaafkan.

Nak cerita pasal syariah Islam, sangat panjang sebenarnya. Ada masa, I'll write a post about it. Tapi, apa yang pasti, aku yakin dengan hukum yang telah Allah tetapkan, yang termaktub dalam Al-Quran yang menjadi pegangan kita, tak mustahil damai yang hilang tu, akan kita jumpa balik. Undang-undang yang dibuat manusia, banyak je kekurangan yang boleh orang selit untuk terlepas. Kerana itu, banyak yang terlepas dari pandangan kita. 

Syariah Islam, lain. Ianya bukan sebagai langkah untuk menghukum semata. Tapi juga, pencegahan. Dengar saja hukuman yang bakal diterima, semua dah cuak nak buat salah. Sebab tu sampai sekarang kita masih takut untuk melaksanakan Hudud. Dibahaskan dari dulu sampai sekarang, masih tidak dilaksanakan. Kenapa? Mudah. Sebab undang-undang syariah itu, sama kita geruni sebagaimana Allah Taala yang kita takuti. 

Last but not least, enjoy the song by Nowseeheart, Damai Yang Hilang. One of my favorite song ever. And perhaps, the greatest song ever made by Malaysian. This song deserves to win best song in AIM, not Siti's nor Yuna's.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...