Total Pageviews

Friday 27 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 3: BELAJAR DI EDINBURGH



urgh~~~~hari ini hari jumaat..makanya, genap 2 minggu aku dah start berada dalam proses pembelajaran di bumi edinburgh ni..seriously, satu je perkataan, PENAT!!!!

kalau kat malaysia, 1st n 2nd week, boleh lagi ponteng kelas sebab jadual tak tetap lagi, lecturer bz dengan projek itu ini, meeting sana, meeting sini, tapi, kat sini tak!!!!after induction week (yang aku totally tak pergi), class terus start..jadual die, dah kasi a month sebelum aku daftar lagi~~nampak tak beza dia??haha..lecturer, even bz camne pun, even esoknya dia kena pergi conference ke, dia ada meeting ke, still, akan datang ngaja..

dan kalau kat malaysia, kalau 1st n 2nd week, boleh goyang2 kaki, takde assignment, kelas pun introduction je, kat sini, jangan harap~~~even memang 1st class die akan introduce dulu pasal subject tu, tapi, dalam 15mins je..lepas tu, terus, start belajar!!!!!culture shock aku..haha..dan, diakhir setiap kelas, akan dapat 1 assignment~~huhu..jadinya, sekarang ni, aku ada 6 assignment, 1 dah submit tadi..lepas submit, terus dapat assignment baru..haha..isnin 1 project dapat (lagi 4weeks due), selasa 1 assignment (next week submit), rabu 1 review paper (next week, submit)..last week dapat 1 essay kena tulis (lagi 4weeks due), 1 critical review (ni baru submit tadi)..ahah!!!tadi dapat 1 lagi assignment (next friday submit)..nampak tak permainan dia???huhu..

disebabkan assignment yang bertimbun tu, jadinya, aku pun sekarang jadi tak cukup tidur~~~nak tulis blog ni pun, kena curi masa kejap..aku dah berapa hari rasa nak demam dah ni..tak cukup rest..ada hari, pukul5 baru aku tidur..ada hari 3-4 pagi baru tidur..semalam, sebab sangatlah fenin, sebab malam sebelum tu, aku tidur pukul 3, jadinya, lepas maghrib semalam, aku bantai tidur..sampai pukul10 camtu, terbangun..isyak, then, kena baca journal, article..nak siapkan essay yang due lagi 4weeks tu..seriously, kena pandai susun masa kat sini..apa task yang nak buat dulu..apa yang nak submit dulu..kalau yang due lama lagi, jangan dok abai..kena buat sikit2..huhu..aku sekarang, still culture shock lagi..



belajar dalam kelas, tak banyak beza macam kat malaysia..cuma, cakap english..uitm pun dulu, speaking gak, tapi campur2..n accent melayu, kita faham..sini???lecturer bantai scottish..classmates, kalau us n uk tu, tahan lagi..bantai greece, spain, italy??tak ke pening???diorang tak paham aku cakap apa, aku pun tak paham diorang cakap apa..dengan lecturer2 tak paham apa yang kitorang yang bukan native speaker ni cakap..haha..

yang bestnya, lecturer kat sini, ngaja, takdelah baca slide je..slide tu, macam rujukan je..diorang tak baca pun..totally explain..point kat slide tu, diorang mention sikit2 je..banyak keluar dari mulut diorang..so, kalau terberangan, memang tibe2 akan jadi lost~~haha..dahla tak faham english diorang~~haha..kalau tak concentrate, memang akan kelaut~~haha..


tadi aku dikejutkan dengan marking scheme kat sini..muahaha..die kata, jarang student dapat 80-100 punya markah..paling bagus akan dapat 70-79..selalu akan dapat 50-69..haha..tragis tak???kenapa???malas nak tulis..korang google sendiri british marking scheme..haha..lecturer tu kata tadi, kalau 80-100 tu, kalau kerja kita konon2 sangatlah original, ala2 perfect, tak buat salah, baru dapat~~dia pun gelak, sebab dia pun tak pernah dapat markah macam tu..haha..

pe lagi nak cerita pasal study kat sini, eyk??hehe..basically, masa sangat pack, even jadual nampak free je..1 hari 1 kelas..tapi, 1 kelas tu, sampai 4jam..bantai hari ni..10am-5pm???tragis tak???haha..aku setiap jumaat ada seminar pasal course aku ni..so, pagi ada kelas, petang seminar~~~pack sungguh jadual..sebab tu, sabtu hari tidur aku..sabtu aku bangun subuh, then, sambung tidur sampai petang..haha..ahad, hari jalan~~haha..lepas buat assignment, baca journal sikit2, aku mesti, WAJIB, keluar jalan2..mesti r jalan sikit..tension kalau asyik dok dalam bilik je..jalan pun tak lama..dalam 1jam max..then, aku terus balik bilik, sambung mentelaah~~~huhu..

aku tak tau student malaysia yang lain punya cara belajar kat sini macam mana..mungkin ada yang relax..mungkin ada yang lebih tragis dari aku..sebab, lain course, lain cara..macam course aku, dah programme director tu nak macam ni, maka, busylah kami student MSc GIS..huhu..

last but not least, time to:



Saturday 21 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 2: MY SCHOOL

ahaks..kat sini, school tu kira macam faculty kalau kat malaysia nun..aku dibawah School of Geoscience..secara khususnya, aku punya master (MSc. Geographical Information System) adalah dibawah Institute of Geography..institute ni pulak ala2 department kalau kat malaysia..



School of Geoscience ni, ada terbahagi kepada beberapa bangunan..tapi, aku punya kelas memang dekat Institut of Geography..secara amnya dia terletak dekat High School Yard, betul2 kat tengah2 antara Drummond Street dan Infirmary Street..sejarah High School Yard ni, sangatlah complicated..dia dulu ialah tapak Blackfairs Monastery..kira macam gereja yang dibuka King Alexander II pada 1230..tapi penyokong reformasi John Knox pada 1558 telah musnahkan bangunan ni semua..ni kira zaman reformasi gereja diorang tu..pakcik John Knox tu kepala dia~~pada 1566, Mary Queen of Scots isytiharkan tapak ni as city property yang membolehkan High School dibina pada 1578..Uncle James Pillian yang cipta papan hitam dan kapur pun pernah sekolah kat sini..haha..1774, sebabkan student yang makin ramai, jadinya, diorang runtuhkan bangunan lama, dan buat bangunan baru yang kekal sampai sekarang dan orang panggil Old High School..tempat ni ditutup pada 1829, tapi 1832 dia dibuka semula as surgical hospital..patutlah aku rasa seram sejuk je kalau jalan sorang2 kat situ..haha..sejarah dia complicated sangat..penat aku nak tulis..korang boleh refer kat site ni kalau nak tahu: http://www.ed.ac.uk/about/campus/buildings/central/high-school-yards

Sebahagian dari High School Yard

kelas aku, ataupun Institute of Geography ni, juga orang panggil Old Infirmary..dia dulu dibina as Surgical Hospital pada 1853..dia dibina oleh David Bryce as extension untuk existing hospital yanga da masa tu..kira macam nak satisfy demand yang ada..itu pasal interior dia memang macam hospital..korang bayangkan hospital punya ward semua tu, macam tu susunan bilik2 dalam bangunan ni..haha..dia dibina semula pada 1906 oleh Andrew Carnegie..pakcik ni kira orang kaya scottish ni r~~secara amnya, ikut sejarah, Old Infirmary yang dulu dibina habis musnah masa orang buat reformasi tu..tapi dia punya gate nak masuk dengan batu tembok still wujud sampai sekarang ni..dia jadi pintu utama nak masuk Institute of Geography ni..

nilah Institute of Geography

salah satu kelas aku, dia punya lecture dekat Old Surgeon Hall yang dulunya ialah Royal College of Surgeon..sekarang ni, diorang dah pindah pergi bangunan sendiri yang lain..tapi, bangunan ni sekarang digunakan oleh school aku~~haha..library pun ada kat sini..nama dia Drummond Library..

nilah Old Surgeon Hall

tutup cerita pasal sejarah..nak muntah aku bab sejarah ni..haha..bosan..haha..maca aku cerita tadi, bangunan ni terletak kat Drummond Street..so, sangatlah dekat dengan hostel aku ni..tak sampai 5 minit pun aku jalan, dah sampai..hari-hari aku jalan sampai hujung Richmond Street, terus jumpa Drummond Street ni yang kelas aku terletak..


Drummond Street


setakat ni, kelas aku masih dekat lecture hall lagi, takde masuk lab lagi..next week mungkin akan ada..nanti dah start lab, aku upload gambar dalam lab dia..hehe..


ni dalam kelas aku


overall, bangunan kelas aku ni, sangat-sangatlah bersejarah sampai aku pun pening dengan sejarah dia..haha..but, still, cantek bangunan dia..historic sangat..dia macam simpan 1001 sejarah yang kita tak tahu orang dulu2 punya kesusahan, zaman reformasi diorang..




Wednesday 18 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 0: ARRIVAL

hohoho..lupa nak cerita pasal ketibaan aku kat bumi edinburgh ni..terus langkau cerita pasal jalan2~~hehe..excited terlebih bab jalan..lupa nak story perjalanan dari london ke edinburgh..

ok, lepas dalam 4 hari menghabiskan masa berjalan2 kat london, aku pun gerak ke edinburgh pulak..mula nak naik train sebab macam best je dapat tengok pemandangan banyak2..tapi, train ticket jauh lagi mahal dari flight..so, dengan sedihnya aku naek flight je..nanti ada masa dan duit, akan aku naek train pergi london, or at least manchester..ngeh3..boleh tengok bola alang2..wakaka..

aku naek british airways..dari rumah cousin aku, naek bas, then tukar tube untuk ke heathrow..lepas asar kitorang gerak..sampai heathrow dalam 6.30 macam tu..check in bag semua, then, tunggu boarding..patut flight aku pukul 7.30, tapi, pukul 7 tak bukak lagi gate..nak dekat 7.30 baru die kasi masuk flight..tu yang jadi aku lambat masuk..dalam 8.30 macam tu, baru kapal terbang jalan..haha..dan yang kelakarnya, pramugari pramugara british airways, takde standard2 macam MAS, AirAsia jauh sekali..tua2 semua..haha..tapi, still, sangatlah friendly..dan takde borak ngarut2 sembang2 time kerja macam yang MAS punya orang rajin buat..haha..perjalanan, tak lama..kejap je.aku ingat dalam sejam lebih sikit je, sampai dah..

aiport edinburgh ni, kecik je..KLIA jauh lagi besar sebenarnya..edinburgh airport, keluar arrival hall, terus jumpa tempat amek beg, dan terus je keluar pintu dia, nampak bas terus nak pergi city..tapi, sebab aku tak arif lagi mana aku punya hostel, aku naek taxi kaler itam tu..kenalah 20pounds..tapi, seriously, keluar airport, terus gigil2 aku..sejuk~~~tak macam london..keluar airport, terus peluh..tak pakai sweater pun..

aku kat sini, stay hostel dia..sebab parents aku tak kasi stay rumah sewa..kebanyakan student melayu kat sini, menyewa kat luar..aku pun, nak jugak mula2..tapi, nak buat macam mana, parents tak kasi..jadilah aku sendirian disini..nak cakap melayu pun, tak boleh..asyik speaking je hari2..ok, balik pada cerita asal, aku sampai hostel ni, terus je staff dia greet aku..ajak masuk common room, nak kasi kunci dan student card..yang bestnya kalau duduk dalam ni, tak payah susah2 pergi registry amek student card..dia dah siapkan semua masa kita check in..

lepas dia kasi kunci, dia bawak aku tour secara ringkas hostel aku ni..nak masuk bangunan hostel aku ni, kena touch kunci ni dekat pintu..then, tunjuk bilik aku yang serba ringkas..tapi, ok lah..tak payah share toilet..ada heater..ada 2 meja.1 aku buat untuk study, 1 untuk makan..haha..ada rak yang aku guna untuk letak makanan, pinggan mangkuk, bagai..dan 1 rak letak buku2..ada 2 board!!!!wow!!!apasal sampai 2 dia kasi???haha..ada 2(???) kerusi..haha..dan of course almari dan katil..basically, aku suka je even dia separuh size bilik aku kat rawang nun..tapi, oklah..tak payah fikir soal bil lektrik, air, heater bagai..

dan yang bestnya stay dalam ni, dia ada bilik komputer..dekat sini boleh print, fotostat!!!!hehe..tapi, of course kena bayar..but, dia tolak dari credit kita dalam system..tak pakai duitlah, kiranya..kitchen, memang kena kongsi..dalam tu, ada aku dapat 2 kabinet dan fridge kongsi 4 bilik 1 fridge..dan, aku kena beli kuali, periuk nasi, sudip semua sendiri sebab diorang kat sini, bukan islam..aku tak tau apa yang diorang masak..so, semua aku bawak sendiri..hehe..

hah!!!dobi..sini ada mesin basuh dengan dryer dekat laundry room..sekali basuh, 2pounds, dryer 1pound..so, aku sekarang asyik kumpul syiling je, nak basuh baju..haha..

setakat ni, duduk hostel ni, not bad..walaupun aku kena speaking..huhu..tapi, best jugak..dapat kenal orang dari macam2 negara..sini ramai chinese..bukan malaysian..memang orang China..haha..dan diorang bila aku kasi tau aku orang malaysia, ada yang excited sebab kata kita punya makanan banyak sedap..siap tunggu aku masak lagi tu, nak tengok..haha..ada yang kata, "sorry, i don't know that country."..dan reaction aku..ok..bukan in term of malaysia negara kecik orang tak kenal..aku amek dari sudut positive..diorang busy sangat study kot, sampai map pun tak ingat..haha..


Tuesday 17 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 1: FIRST IMPRESSION




masuk hari ni, kiranya dah seminggu aku ada dekat edinburgh ni..aku sampai ahad lepas, malam dalam pukul 9 macam tu..so, takdela nampak the exact pemandangan tempat ni macam mana..dahlah naik flight..memang tak nampak apalah aku..haha..but, masa dah nak landing tu, adalah nampak lampu2 jalan..my 1st impression, this place is beautiful..seriously, dengan lampu jalan je??hehe..yup..lampu jalan kat edinburgh ni, beza dengan apa yang ada dekat malaysia nun..haha..

setakat ni, aku masih belum berkesempatan berjalan waktu malam kat sini..bukan apa, kalau siang pun aku dah gigil2, cakap keluar asap bagai, inikan nak keluar malam???tak sanggup aku..haha..but, one day, aku akan try keluar jalan2 waktu malam..hehe..bukan untuk ber'night life'..saja2..tengok pemandangan..haha..



cuaca, setakat ni, takde lagi hari yang aku boleh keluar sesuka hati tanpa memakai sweater dan kasut..haha..ada satu hari tu je, saja mengada..keluar kejap je nak beli lunch..sweater tak pakai, berselipar je..gigil2 aku..haha..kat sini, fully aku pakai sweater belang2 aku dan kasut converse aku..haha..sweater, aku bawak 1 je..nanti ada jumpa murah, akan kuborong 6 tukar untuk 1 week..haha..kasut pun sama..dah naik haus tapak dia hari2 aku pakai..haha..



edinburgh, memang bandar yang cantik kalau nak compare dengan london..london, bandarnya terlalu busy..but, still london pun cantik..cuma, orang sini takdela terkejar2 sangat..relax je..bangunan dia, semua epic..sangat cantik..memang macam yang aku bayangkan..bangunan2 lama..aku memang suka historic punya bangunan ni..haha..macam duduk dalam dua zaman berbeza..luar nampak lama, dalam, kedai cantek~~haha

EDINBURGH CASTLE

antara bangunan santek yang femes kat sini, semestinya edinburgh castle yang aku tak masuk pun sebab ticket bapak mahal!!!haha..tapi, boleh kata, hari2 nampak..haha..ada Scott Monument, menara tinggi kira macam yang paling tinggi kat edinburgh ni..kalau pergi city, confirm nampak..haha..dan, semua bangunan lain, semua santek!!!!!!!!even aku punya kelas pun, bangunan dia cantek..haha



SCOTT MONUMENT



sini boleh kira macam banyak tempat yang sangatlah cantek untuk melepak2, baring2..haha..antara tempat yang aku dah pergi melepak2 ialah, yang pertama, Calton Hill..tempat ni, kira the first public park yang dibuat dekat edinburgh ni..view die, sangatlah best..ada sudut boleh nampak laut, ada sudut nampak full bandar edinburgh..nak2, aku pergi nak dekat2 senja, memang santek sangat pemandangan dia..amek gambar pun, pose gaya2 artis buat cover album..haha..but, seriously, sangat cantek..sempatlah aku melayan perasaan jap kat atas tu..


CALTON HILL

EDINBURGH CITY DARI ATAS CALTON HILL



st andrew park, dia letak kat tengah2 new city edinburgh ni..sebenarnya, bukan nak lepak sangat..cuma penat panjat calton hill, singgah sainsbury, beli air, then, cari port nak minum..alang2, lepak dalam setengah jam sambil tengok orang keliling..best jugak tengok orang..sebab macam2 ragam kita jumpa..ada nampak sorang opah gile cool~~~haha..die punya style duduk..haha..

ST ANDREW PARK



third park yang aku pergi, nama dia Holyrood Park..dia sebelah dengan Arthur's Seat..dikatakan tempat ni dulu gunung berapi..tapi dah tak aktif kot..haha..aku nampak dari aku punya hostel..ingatkan dekat..rupanya, jauh jugak..penat panjat lagi..haha..and, before naek, tak tau pulak tempat ni ala2 femes kat edinburgh ni..haha..adalah lebih kurang 30minutes aku panjat..haha..sampai dekat spot best, as usual, nampak full view bandar edinburgh, aku landing..lelap..haha..sedap tidur dekat lereng bukit tu..kaki lunjur kebawah..nampak sangat cantek view langit sambung dengan bandar edinburgh..

DARI PUNCAK HOLYROOD PARK


park yang terakhir setakat ni yang aku pernah tidur, royal botanical garden..ni lagi satu, park yang best kat edinburgh ni..cantek!!!!dia takde view edinburgh punya bandar..just banyak pokok pelik2..tapi still, aku jumpa spot nak tidur celah2 pokok tu atas rumput..haha..sambil dengar mp3, lelap aku atas rumput tu, even sejuk..haha..kat sini, jangan pelik kalau jalan2 kat park tu, nampak je orang tidur macam aku..haha..ramai je macam tu..tak kira lelaki mahupun perempuan..tua ataupun muda..sama je..

ROYAL BOTANIC GARDEN



tutup cerita pasal park, kat sini, sesungguhnya, aku belajar erti bersyukur adanya cahaya terik matahari..haha..best gila kena pancaran matahari..sejuk2, dapat matahari, alhamdulillah sangat2..teringat kat malaysia, dok merungut panas2!!!!!!kat sini, dapat matahari tu macam satu nikmat bagi aku!!!!haha..

makanan kat sini, kalau jenis memilih, memang tak makan jawabnya..kebulur..haha..selaku orang yang balun je semua yang ada, aku orait je..telur goreng pun, jalan..haha..kedai banyak boleh beli groceries kalau nak masak sendiri..setakat ni, aku hari2 masak..haha..rajin tak???haha..restoran halal, nak kata banyak, ada 2 choice jenis makanan je..indian cuisine ataupun ayam goreng..tu je kedai halal yang ada kat sini..banyak kedai, tapi jenisnya dua tu je..dan, keduanya aku suka..haha..aku suka kari, aku suka ayam goreng..murah pun..ayam 3 ketul plus fries dan sof drink, baru 3 pounds..kira oklah tu..convert duit malaysia, sama dengan harga dinner plate kat kfc..haha..




so far, bagi aku, edinburgh bandar yang cantik, penuh sejarah, dan best kalau dah tua nanti nak settle down kat sini..aman je..tenang..tak busy..





Wednesday 11 September 2013

LONDON

alhamdulillah, 4/9 hari tu, aku dah sampai ke uk..destinasi pertama aku, london~~hehe..jalan2 dulu sebelum meneruskan perjalanan aku ke edinburgh..dah alang2 kena transit, kan???better terus je jalan2~~

day 1 aku kat london, semestinya, aku ke STAMFORD BRIDGE!!!! dari rumah cousin aku, kena naik bas, then tukar tube ke fulham broadway..then, kena jalan kaki pergi stamford bridge..excited habis aku~~dari jauh nampak dah stadium tu~~hehe..aku beli ticket untuk stadium tour and museum..dapatlah masuk tengok dia punya press room (dapat aku duduk kerusi yang mourinho duduk..hehe), dressing room untuk team away dan CHELSEA!!!!! ni paling penting..dapatlah aku tengok jersey player2 semua gantung kat locker diorang..then, pak cik tu bukakan locker MATA, kasi tengok dalam..siap ada air-cond sendiri kot~~haha..lepas tu, aku dapat pergi lalu dekat tunnel yang selalu player2 keluar tu~~hehe..then, tengok padang..gila best!!!!pijak padang dia!!!!!!!duduk kat bench..merasa aku jadi reserve~~haha..lepas tu, dia bawak jalan2 keliling stadium tu..

the next day, aku pergi jalan2 kat central london..basically, pergi buckingham palace, london eye, big ben, parliament, st james park..dekat buckingham palace tu, tak puas hati sebab tak dapat tangkap gambar sebelah guard dia~~~tapi still, best..aku campak duit 20sen dalam kolam yang selalu kita nampak dalam tv tu~~haha..dah habis jalan kat situ, pergi ke st james park..sini lebih kurang macam taman tasik perdana sebenarnya~~~takde apa yang menarik melainkan view dia je..lepas tu, jalan2 tengok big ben..ala, jam yang besar gedabak tu~~~snap2 gambar, aku jalan lagi dekat parliament dia..penghabisan dekat london eye..tak naek pun, save budget sebab semalam tu dah habis banyak dekat stamford bridge..hehe..

day 3, aku sambung jalan2 kat central london tu..pergi tower bridge yang selalu orang dok confuse ingatkan london bridge..haha..sempat la snap gambar ala2 photoshoot yang cn blue buat untuk album re blue diorang..haha..then, jalan pergi bangunan apa entah yang ada dalam harry potter tu..tempat si death eater berkeliaran tu..naik jambatan milenium tempat death eater lalu..haha..then, pergi king cross..konon nak tengok platform 9 3/4..tapi, dia tak kasi masuk..dia buat replika je kat luar..tak silap aku, minho dulu snap gambar platform tu kat dalam..aku dapat kat luar je..ada kedai jual barang harry potter kat situ..semua barang dia ada..tongkat sakti tu, uniform sekolah diorang, coklat katak pun ada~~haha..dah habis jalan kat situ, sepupu aku tanya, nak pergi mana lagi??aku tengok jam, awal lagi..lepas tu, lagi 2 stesen je nak sampai arsenal punya tempat..aku pun kata, jom jeleskan adik aku~~haha..dia kipas susah mati arsenal..saja aku nak snap gambar emirates stadium..jeleskan dia..haha..tapi, seriously, emirates stadium memang lagi cantek dari stamford bridge..haha..


keesokan harinya, aku dah tak kemana2..sebab aku nak kena packing2, ready nak fly ke edinburgh pulak~~~tapi, london, memang bandar yang sangatlah busy..orang semua nak cepat je..kalau agak2 jalan slow, silalah ketepi..kalau tak, free je kena sumpah..haha..bangunan dia, ada yang moden, ada jugak yang macam lama2 punya style..ramai kata bosan dok london..tapi, aku suka je..sebab boleh tengok bola!!!!haha..

Thursday 5 September 2013

ROAD TO EDINBURGH PART 15: FLY!!!!

so, dah packing2 barang, apa lagi?? FLY!!!! bukan fly dalam erti kata lalat ye..fly as in, naek kapal terbang nu~~haha..







Flight aku, mas pukul 10.10 pagi 4/9 iaitu rabu, semalam..untuk mengelakkan kelewatan kita sampai airport, so, kenalah check in online siap2..macam yang aku buat..sebelum pergi dah check in..takut jalan jammed bagai, lambat pulak sampai nanti~~~


aku gerak dari rumah, dalam pukul 7 lebih macam tu..satu family pergi kot!!!haha..terharu rasanya..otw tu, memang dok tahan je, tamau nanges..malu nanti kena gelak..haha..aku kan, COOL~~~haha..aku dari rawang, so kitorang amek guthrie, then baru tukar plus sebab nak elak jammed at kota damansara..pukul 8 lebih macam tu, sampai dah aku kat klia..

then, sampai teruslah check in bag..cuak jugak aku..takut lebih muatan..muahaha~~~memang lebih sikit, tapi, takde pulak dia charge..haha..lepas je..dah check in beg, supposedly aku boleh dah masuk departure hall..tapi, sebab lapar, kitorang pun pergi breakfast dulu..my last breakfast with them..huhu..

sebab breakfast tulah, aku lambat masuk departure hall..gate dah nak tutup, baru aku masuk..nasib baik aku jalan memang laju..sempatlah naik flight tu..haha..




Flight aku tu, 13hours kot..lama gila nak mampus..tapi, mujur mas dia ada flight entertainment..so, takdelah bosan sangat..sempatlah aku tengok bikers kental sampai tertidur..the internship, ninja assasin, iron man 3 dengan lagenda budak setan..haha..movie marathon aku dalam flight tu!!!haha..sempat jugak layan lagu..dok bosan2..tapi, serius, lenguh kaki dok lama2..itu pasal aku kejap2 bangun pergi toilet..bukan nak pergi sangat pun..lebih kepada nak meluruskan kaki..haha..lenguh gile~~~

n semalam, flight tu seram..masa dekat india, dia gegar kuat gila!!!!turun naik, huyung hayang..risau aku..tu yang rasa nak muntah tu..time mendarat pun sama..flight tu, lambat sikit sebab dia kata dekat heathrow congested..so, kena tunggu kosong baru masuk..tu yang dia dok fly jauh2, then buat u-turn..lambat gila..

dah sampai, kenalah menapak..pergi ke uk border dulu..cop passport..pegawai dia tanyalah, study apa kat uk ni..course apa bagai..then, dia minta tb certificate..then, dia chop2, dah..jalan pergi amek beg~~~haha





dah amek beg tu, jalan lagi, keluar~~~dan aku pun dok melangut dalam 10minit macam tu tunggu cousin aku..haha..dan, bila dia dah sampai, terus naek tube, dengan heret beg berat2 tu, tukar bas untuk pergi rumah dia..

malam semalam, aku pengsan~~~haha..ngantuk sangat~~~

P/S - next will be: ME IN EDINBURGH

Tuesday 3 September 2013

ROAD TO EDINBURGH PART 14: PACKING!!!!!

esok nak fly, dari minggu lepas dok busy2 packing barang aku ni..keje asyik ulang alik ke kedai..itu ini ada je yang tak lengkap!!!!haha..



bilik aku dah macam kapal nak belayar...haha..hari2 kena re-check apa yang aku sumbat dalam beg tu..daripada 7 t-shirt, reduced ke 5 reduced ke 4..haha..jeans pun sama..semua baju kena reduce sebab rasa sangatlah banyak aku bawak~~dan aku terpaksa meniggalkan novel2 kesayangan dan koleksi album2 aku..tak muat space~~

antara barang yang aku sumbat dalam beg:
  1. Kemeja or blouse - 6
  2. T-shirt lengan panjang - 4 (termasuk jersey harimau malaya!!!)
  3. T-shirt lengan pendek - 3
  4. Jeans + Slack - 5
  5. Sweater - 1
  6. Cardigan - 1
  7. Winter jacket - 1
  8. Towel - 1
  9. Telekung - 2
  10. Sejadah - 1
  11. Stationaries
  12. Buku2
  13. Toiletries
Untuk hand luggage, aku sumbat laptop, important docs (passport, Financial Statement, CAS, Accommodation Contract, Medical Report, X-Ray film), handphone, Al-Quran, Pen..

Kesimpulannya, aku bawak 2 beg untuk check-in..satu backpack, isi laptop, docs, dompet n passport as hand luggage..simple x aku???muahaha~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...