Total Pageviews

Monday 29 December 2014

Women and Their Handbag's Obsession


Temankan mak aku shopping, tetibe aku jadi terlintas dengan persoalan ni.. Sebelum-sebelum ni pun.. Bila ada member minta ushakan handbag, aku jadi pelik.. Ada apa dengan handbag? Apa yang bestnya? Sampai ada yang boleh terbawak mimpi mengigau-ngigau kadang tu sebab berkenan sangat-sangat dekat handbag yang dia baru nampak dekat tenet..


Ada apa pada handbag yang rupa-rupanya ada pelbagai jenis rupanya.. Ada clutch, ada tote, etc.. Yang aku tau, sling bag je~~ haha.. Dari mana datangnya segala macam jenis handbag ni? Sampai ada orang tu, lain function, lain beg yang dia bawa sebab nak kasi sesuai dengan tema function tu.. Tak faham aku~~ 


It's not cheap thingy yang kaum wanita ni gilakan.. Ada tu, sampai cecah 4 angka!! Ada member pernah minta tengokkan handbag LV.. Aku dengan marahnya balas kat dia, " Kau gila! Aku lalu depan kedai LV tu pun jauh2, kadang tu buat detour kalau boleh memang tamau lalu depan kedai LV tu!! SERAM!!!" It's not a joke.. Serious.. Harga satu handbag LV tu, biasiswa aku 3 bulan pun belum tentu cukup nak beli.. And, when people said, " Alaa, baru RM1700".. To me, itu dah sangat mahal ok!!! Gaji sebulan aku kerja kejap dulu..


Adakah aku sebenarnya yang 'alien' atau mereka sebenarnya? Ada yang kata aku ke'lelaki'an, sebab tu tak pernah nak kisah pasal benda ni.. Yeke? Aku dari sekolah dah pakai kasut kulit, siap heels lagi satu setengah inch (tu pun pasal pengetua wajibkan!!!).. Polo je kasut aku dulu.. Tak pun, BUM.. Memang tak aku nak pakai cap BATA tu.. haha.. Beg aku dulu pun, masa kat UiTM, tak mainlah canvas or simple backpack yang printed Adibas tu.. Aku standard BUM selalu.. Leather pulak.. Siap shining lagi logo BUM tu kena cahaya matahari.. 


Tapi, aku pakai kasut tu sampai dah koyak bin rabak siap ternganga mulut dia.. haha.. Baru beli baru.. Takdenye aku nak ada 3-4 pasang kasut kulit cenggitu.. Beg tu pun, dah koyak, baru pandai nak beli lain.. Ada sekali tu, putus tali!!! Sebab bawak laptop dengan buku banyak2.. haha..


Tapi tulah.. Bila difikirkan balik.. Every single person on Earth ni, ada masing-masing punya obsession.. Ada yang suka kumpul gajet.. Ada yang suka kumpul baju.. Ada yang suka kumpul cap.. Ada juga yang suka kumpul buku (Like me!!!!! haha).. Dan macam-macam lagi.. Ni bukan zaman kita kecik-kecik dulu, " Hobi saya mengumpul setem.".. Zaman berubah.. So do people.. Bila kita dah menginjak dewasa, keinginan jadi lain.. Duit dalam bank dah jadi kepuk-kepuk.. Sendiri punya pulak.. Kalau dulu, duit parents, sekarang duit sendiri.. Suka hatilah nak belanja macam mana.. Kan? 


Cuma, ralatnyalah duit tu.. Kalau yang beli cash dan mampu tu, takdelah kisah.. Kalau yang jenis tak mampu tu? Sampai ada yang siap berhutang bagai.. Kan ke dah jadi suatu yang sangatlah pelik.. Kalau beli kereta or rumah berhutang, nampak logik sebab benda tu kadang sampai ratus ribu (juta pun ada).. Tapi bila benda kecik bernama handbag, memang tetibe banyak je tanda soal atas kepala ni.. Adakah handbag kini sudah diupgrade statusnya kepada keperluan sebenarnya? 

Aku akhiri post kali ini dengan serangkap quote from an infamous American author (he was novelist, journalist, poet, columnist, etc.. banyak kerja pak cik ni!!!) tentang human and their obsessions:



P/S - Masih musykil kenapa handbag lagi mahal dari harga Honda Icon aku dulu..

Wednesday 10 December 2014

Kisah Public Phone

Melintas pondok telefon kaler merah cap UK yang tersangatlah femes dalam dunia, teringat kenangan dekat sekolah dulu.. Siapa pernah duduk hostel dulu? Mesti sangat-sangat familiar dengan benda bernama public phone ni.. Ada yang kaler biru, ada yang silver biasa je dengan tempat dail tu kaler kuning kalau tak silap.. Biasa dia akan digantung dekat tiang or dinding tepi hostel atau dekat sekolah.. 

Ingat lagi dulu, sebelum balik hostel dari kampung, aku wajib singgah kedai telefon dekat bandar lama Temerloh tu nak beli kad fon.. Aku beli yang RM 10 punya selalu.. Maju sikit, beli Ring Ring Card.. haha.. Cukuplah sampai hujung bulan buat bekal sebelum balik kampung balik.. Tu kira benda wajib untuk dibeli oleh budak hostel nak-nak yang kampung bukan dekat negeri sekolah tu.. Mahal tu nak called.. Jenuh nak kumpul coins!!! haha

Ingat lagi beratur beria-ia panjang sebab nak call rumah dulu.. Sampai kadang-kadang tension dengan budak depan segala macam nak cerita dengan mak dia!!! Dahlah masa menggunakan telefon tu terhad!! Masa aku dulu, boleh called antara waktu lepas riadah sampailah sebelum maghrib, lepas prep malam, dan juga Sabtu Ahad luar waktu prep dan gotong-royong.. Telefon pulak tu, ada empat je kalau aku tak silap.. Dua boleh guna both coins and card, lagi dua, guna card je.. Tapi selalu, bukan kadang-kadang, dua je yang boleh pakai.. Dahlah students aspuri tu ada dekat 300.. Macam mana tu?? Aku bukanlah jenis yang bergayut lama gila, takat tanya khabar je.. Tapi, kalau dah kena tunggu sampai setengah jam lebih, memang selalulah aku missed nak called family aku.. haha..

Itu semua kenangan masa dulu.. Kenangan manis duduk di hostel.. Tapi budak sekarang, mungkin tak rasa dah semua tu.. Pergi sekolah boleh bawa handphone.. Social media banyak je nak chatting dengan parents, tak payah nak called bagai.. Zaman aku dulu, kitorang satu sekolah buat petition nak bawak handphone ke sekolah.. Last-last, pihak sekolah kasi student SPM je yang bawak sebab senang nak called parents tak payah beratur sebab tau kalau boleh setiap jam nak lapor itu ini, ok ke tak nak hadapai exam tu.. haha

Public phone sekarang, mungkin dah jadi bahan pameran je macam yang dah jadi di UK.. Tempat orang ambil gambar bagai.. Berapa ramai kat sini yang tau nak guna public phone tu? Silap-silap, ada yang tak tau pun mana nak sumbat coins.. Ya, teknologi itu ada.. Tapi, cuba bayangkan kalau tiba-tiba kita dalam kecemasa, and we need help.. Tapi, kita kat satu area yang takde 3G, 4G bagai.. tenet pun tenat.. Yang ada cuma tiang yang ada sangkut public phone tu.. What will you do then? 


Monday 1 December 2014

141130 Goodbye Edinburgh

One year.. Cheers for being the greatest place to live for me.. Masih segar lagi dalam ingatan ni first day di Edinburgh.. Terbayang lagi sejuk gigit sampai ketulang elok keluar kapal terbang.. Automatik tangan tarik sweater rapat-rapat konon dapat hilang sejuk tu.. Ingat lagi blur2 nak cari bas untuk ke city tapi in the end decide nak amek black taxi je, senang nak ke hostel terus..

Ingat lagi penat lelah panjat Arthur's Seat.. Dari hostel nampak dekat je.. Rupanya, punyalah jauh nak sampai kekaki bukit tu pun! Pendakian dekat sejam jugaklah aku rasa.. Sampai atas, pengsan terus.. haha.. Tapi seriously, the 360 degrees view of Edinburgh, memang kat situlah the best place kalau nak tengok..

Ingat lagi sesat larat naik bas takat nak ke Princes Street semata nak pergi Primark.. Padahal kalau jalan kaki, 10 minit sampai dah kalau dari hostel tu.. Tapi, blur kan?? Beria amek day ticket, bazir sampai £3.50..

Ingat lagi berbungkus sweater selimut takat duduk dalam bilik bukan takat masa winter je, masa autumn dengan spring pun! Padahal, heater ada je.. Tapi, macam takde function je sebab sejuk teramat sangat! 

Ingat lagi jalan kaki dari hostel tu tanpa arah tuju, sedar-sedar dah sampai pantai.. Masa tekanan sebab dapat coursework banyak sangat!!! Ikut je mana kaki nak bawa.. Lintas sana, lintas sini, suddenly, " Eh, ada pantai sini?" 

Setahun.. Kalau nak tulis semua, sampai tahun depan tak habis.. Berjela yang aku boleh cerita pasal Edinburgh.. Setiap sudut bandar tu ada memori.. 

And, even though ramai yang kata Edinburgh tak bestlah, jauh sangatlah, itulah, inilah, I don't mind.. Cukuplah pada aku, Edinburgh is one of the most gorgeous city on Earth (after Tanah Haram of course)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...