Total Pageviews

Thursday 28 August 2014

ME IN EDINBURGH FINALE : Coming Home Part 1

Baru nak tulis pasal ni.. Haha.. Esok dah nak balek.. Yippie!!!! Erm, a lot of things need to be settled, tu yang baru berkesempatan nak tulis pasal ni.. Bukan takat packing barang je nak balik ni, banyak lagi hal kena settle sebab bukan dekat nak datang kalau termiss anything..

First and foremost, kenalah minta statement of finishing studies from uni yang mengatakan diriku dah complete semua module kat sini.. Result will be out on October though, tapi, yang ni, dah boleh dah minta. Senang boleh kasi pihak penaja dan juga nak minta kerja nanti. Mudah je. Tak macam UiTM kena bayarlah, itulah, inilah. Aku email je secretary programme aku, then, dia terus je provide aku statement tu within half an hour by email. Sangat efficient. 

Then, aku kena selesaikan pelbagai perkara dengan penaja, MARA. Tuntutan segala macam elaun seperti tesis dan elaun akhir pengajian (buat shipping barang balik). Supposedly ni boleh settle dengan kita pos je forms tu semua. Tapi, memandangkan aku akan balik esok, kalau MARA pos ke alamat aku sekarang, for sure memang taklah sampai kat tangan aku, aku pergi ke London untuk settlekan hal ni. Alhamdulillah, elaun semua dah masuk. Settle. Tinggal aku nak bayar hutang je nanti. 

Dah siap semua, apa lagi, packing! Haha.. Part ni paling payah. Mujur aku dah siapkan checklist awal-awal supaya tak termiss anything. Packing ni, bukan takat masukkan baju dalam beg je, kot2 ade orang kirim anything minta belikan, tu yang payah! Terlupa nak beli, mahal nak datang balik! So, first and foremost dalam bab packing ni, ialah, shopping! Souvenirs dan segala benda yang dikirim manusia di Malaysia nun. Dah siap, baru officially start packing. 

Half of my things are already sent to Malaysia. Aku dah pos dah sekotak. Kenalah bayar £143. Aku pos by air freight. So pakai kapal terbang. Tu yang mahal banyak. Tapi, cepatlah sampai kalau nak compare dengan pakai kapal laut. Two weeks akan sampai. Dan, katanya semalam dia dah pos. Hopefully semua selamat sebab dalam tu ada kasut Nike aku!!!

Then, barang2 dekat sini pun, kenalah juga tengok2 takkan nak bawa balik semua kan? Macam kitchen utensils segala bagai, wajarkah aku bawa balik? haha. Buat berat beg je. So, aku pass dekat someone untuk kasi dekat someone yang akan datang next semester. Jimat duit someone tu tak payah beli itu ini, dan jimat juga aku punya ruangan dalam beg. Haha. Kalau tak pun, ada je charity shop  punya van hari2 datang dekat hostel aku ni kutip barang. So, boleh je aku pass dekat diorang nanti macam bantal, kasut yang aku dah tak nak, etc. 

Apa lagi eyk pasal packing ni? Erm, tu je kot. Finally memanglah masukkan barang dalam beg. Sama macam masa datang dulu, aku bawa balik 1 beg roda besar, 1 beg roda kecil, dan juga backpack. Simple. Tapi, macam dah beranak-anak pula barang aku sebenarnya. Haha..

Monday 25 August 2014

140817 - 140818: 26 Hours in Stockholm, Sweden


From Norway, aku kemudiannya ke Stockholm, bandar yang terletak di Sweden, satu lagi Vikingdom yang wujud dalam dunia ni. Dua negara ni, letak bersebelahan je, but, Stockholm ialah bandar yang paling Timur di Sweden. Jadinya, jarak dari Oslo ke Stockholm, agak jauh juga kalau nak diikutkan. Ada beberapa pilihan untuk ke Stockholm dari Oslo. Yang paling pantas ialah, flight. Tiket pun, takdelah mahal. Cuma, yang tak bestnya, kejap sangat dalam flight tu. Takde thrill tetibe terus sampai. haha.. Pilihan kedua dan juga yang paling femes is by train. Tak silap aku, dia ambil masa 6 jam. Sama dengan bas. So, pilih mana nak antara dua sebab both dapat tengok view sebab menggunakan jalan darat. Harga tiket pun, lebih kurang je. Tapi aku, pilih bas. Sebab nak jimat duit. Haha.. Bas dia bertolak malam, then akan sampai awal pagi. Jadinya, tak perlulah aku bayar hotel untuk malam tu. Kalau train, kena bayar hotel untuk malam tu sebab akan sampai Stockholm pukul 9 malam macam tu. Bas dia pun, boleh tahan juga. Dapat tenet. Ada soket nak cucuk plug apa-apa. So, not bad. Seat pun selesa. Takde masalah. Cuma, masalahnya ialah, aku punya bas tu, hari Sabtu. Jadinya, haruslah penuh kan? Sebelah aku ada orang.. huhu.. 


Tutup cerita pasal bas, what did I do in Stockholm? haha.. Banyak. Sangat banyak. From sightseeing, lepak-lepak, getting lost in the lorong-lorong sepi celah bangunan-bangunan dekat dia punya Old Town dan juga menghayati culture dan sejarah Sweden sendiri. Semua aku buat untuk satu hari aku berada di sana. Kalau nak diikutkan, tak cukup masa tu. Terlalu banyak lagi yang aku termiss sebenarnya, tapi, sehari tu pun, aku dah rasa sangat best Sweden tu. 


Bandar ni, agak sibuk kalau nak compare dengan Oslo. Oslo tu, orang dia sikit je. Tak berapa busy sebab memang penduduk dia pun dah sikit. Tapi, Stockholm, orang sangat ramai, local plus dengan tourist. Mungkin sebab hari aku dekat Stockholm tu Ahad, tu yang lagi berganda manusia tu! Tapi, aku boleh je masuk semua top attractions dia. But, aku nak cerita pasal bandar dia dulu. Every inch of this city, bagi aku semua taraf boleh buat poskad. Takde satu pun yang tak menarik di mata aku. Segala benda aku nak snap sebab semua aku rasa sangat-sangat picturesque. Nak-nak, dia punya old town. Aku suka je dia punya lorong-lorong sepi celah-celah bangunan. Dan, aku suka dia punya skyline. Berlainan dengan Edinburgh yang skyline pun sangat cantik ala-ala kota dalam fairy tales, bangunan di Stockholm kaler-kali. Nampak sangat-sangat vintage dan menarik. Aku melepak dekat tebing yang dibina tepi laut yang memisahkan Old Town dengan dia punya city centre adalah dekat dua jam jugak bila dah petang-petang dah habis melawat semua tempat. 


Aku berjalan, sama dengan masa di Oslo, aku beli dia punya tourist card. Nama dia, Stockholm Card. Semua Europe punya cities, selalunya ada pass macam ni yang kasi unlimited access to public transportation dan juga free untuk mask museums tertentu. Macam Stockholm Card ni, aku dapat naik dia punya public transports, dapat masuk semua museums and attractions except Royal Palace, dan juga aku dapat nail sightseeing boat tour. Kira berbaloi dengan harga dia SEK 525. Mahal banyak dari Oslo Pass, tapi, still, berpatutan dengan tawaran yang diberi. Sebenarnya..


Most of museums defat Stockholm yang wajib dilawati, tarletak dekat satu pulau kecil, Djugarden. Kira, semua sangat berdekatan to each other. Sangat mudah. Dan untuk kesitu, boleh je naik bas or tram. Dekat situ ada theme park ala-ala genting, ada macam-macam museum yang tunjuk culture and history of Sweden, ada castle, dan juga ABBA Museum.. haha.. ABBA kan, memang asal from Sweden. Tu yang ada muzium dia kat situ.. haha.. 




Seperti yang aku kata, Sweden juga merupakan Vikingdom satu ketika dahulu. Pernah aku terbaca catatan seorang tokoh termuka Muslim dahulu mengenai Sweden. Bagaimana beliau menceritakan kehebatan orang Sweden yang beliau jumpai ketika golongan Vikings tersebut belayar merentasi lautan. Tapi, aku tak ingat sangat dah cerita dia. True to that, aku ada masuk satu muzium (sama macam dekat Oslo), yang tunjuk satu kapal perang, nama dia Vasa. Kapal ni memang dibina untuk tujuan military atas arahan raja dia masa tu (1621) untuk meluaskan kuasa Sweden. Kapal ni, sangat, I mean, sangat, besar! Kagum, takjub, semualah aku rasa bila jejak je kaki dalam muzium ni. Aku dapat bayangkan betapa hebatnya Sweden satu ketika dahulu. Tapi, kapal ni, tenggelam 20 minit selepas pelayaran pertamanya (kira-kira 1.5 km). Kemudiannya, bangkai kapal ni dibawa keluar dari laut dan preserved di muzium ni. 



Then, aku mask Skansen, dia punya open air museum yang tunjukkan culture Sweden dari dulu, hinggalah sekarang. Patut dalam ni, kena duduk lama, tapi sebab aku kesuntukan masa, aku duduk 3 hours je tengok itu ini. Tu pun, aku dah puas hati dapat tengok some of the cultures. The industries yang ada di Sweden, the lives there, dan sebagainya. Dia ada tunjuk pekan Stockholm yang dulu-dulu, ada tunjuk rumah orang kenamaan dulu-dulu, etc. 



Aku skip Royal Palace dia punya changing guards sebab tak best pun bagi aku.. haha.. Aku pilih untuk tengok view the whole Stockholm from the sky. Haha.. Nama dia Skyview. Kira macam lif je sebenarnya. Macam Taming Sari dekat Melaka. Tapi, Taming Sari menara. Yang Skyview ni, dia naik a globe, nama dia Ericsson Globe. Dari gondola ni, dapatlah tengok view 360 darjah bandar Stockholm. 



Apa lagi eyk? Hmm. Aku rasa, yang paling aku suka ialah dia punya Old Town ataupun Gamla Stan nama dia. Aku melilau je dekat situ tanpa arah tujuan. Nampak lorong, aku masuk. Then, snap pic. Setiap sudut dekat Gamla Stan tu, memang boleh jadi poskad! Cantik! Vintage sangat. 


Stockholm pada aku, bandar yang sangat cantik. Lain dengan Edinburgh yang gothic ni. Haha.. Cuma tulah, Scandinavian countries ni, segala barang mahal! Plan asal, aku nak ke Copenhagen juga, ingat nak habis tour semua Scandinavian countries ni, tapi, mengenangkan segala macam barang mahal, aku skip Denmark. haha.. 

Teaser for the next post

Friday 22 August 2014

140815 - 140816: 29 Hours in Oslo, Norway


Alhamdulillah, diriku diberi peluang oleh Allah swt untuk menjejakkan kaki di bumi Oslo, Norway. One of the Vikingdoms yang terletak di Scandinavian. Aku memang dah lama plan nak ke Norway, cuma tulah, kekangan masa. Bila dissertation dah submit, terus je aku beli flight ticket and book hostel.. hehe..


Oslo, kalau orang dengar aku kesana, semua pakat tanya, " Apa ada dekat Oslo?". Well, honestly I don't know. Aku pun tak tau kenapa aku memang sangat teringin untuk kesana. Entah apa yang buat hati ni tertarik sangat untuk ke bumi yang terkenal dengan dia punya salmon fish tu. haha.. But, I can tell you, it's worth to pay a visit there. Even for a day, believe me, it's way better than Paris.


The city itself, sangat-sangat tenang. Aku suka semua pasal Oslo. From transportation to its people. InsyaAllah tiada siapa yang akan sesat di Oslo. Dia punya public transport sangat efficient. Dengan map yang sangat mudah dibaca dan tak complicated, everything was easy in Oslo. Just jump into any bus, tram or metro, insyaAllah sampai ke hala tuju yang kita nak pergi. The stations are all very near, I mean, sangat-sangat dekat dengan tourist attractions dia. Kalau Edinburgh ialah bandar yang direka untuk walking distance dimana semua attractions boleh jalan kaki je sebab sangat dekat to each other, Oslo kota yang direka dengan semua attractions sangat accessible dengan any public transportation. And, this will save our energy very much, tak payah susah-susah jalan kaki. haha..


What I love about Oslo is also the fact it is surrounded by sea. Macam yang aku kata tadi, it is a Vikingdom. So haruslah dia memang surrounded by sea kan? haha.. plus, dah sah-sah Scandinavian countries memang pulau.. Oh, lupa nak explain, Scandinavian countries ni termasuklah Norway, Sweden dan Denmark. Diorang kira share same culture adapted from Germany. Sambung cerita pasal laut, one of the public transports dekat Oslo is boat. So, boleh naik boat untuk pergi to certain tempat macam kita naik bas or train. Menarik kan? Aku ada jugak chance naik boat itu hari nak balik dari museum untuk ke city centre balik. haha..


Ok, dari tadi aku cerita pasal Vikingdom, Vikingdom. What is the proof yang Norway ni, Vikingdom? haha. Proofnya ialah, dia ada Viking Museum yang tunjuk 3 bijik kapal besar yang digunakan oleh golongan Viking untuk belayar dulu. But, dia punya pengakhiran ialah sebagai kapal untuk menyemadikan mayat. Seram tak? Dia tak tanam or bakar, mayat2 tu dihanyutkan bersama-sama dengan kapal tersebut sampailah mereka tersadai in the middle of nowhere. Ada dia tunjuk rangka manusia yang dihanyutkan dalam kapal-kapal tu. And, until today, mereka masih lagi menyiasat identiti mayat tersebut sebab every kapal dia kira macam ada ciri tersendiri. Salah satu kapal tu, sangatlah luxurious dan mereka berpendapat mayat yang dihanyutkan was someone important with her maid, kot? Entahlah. But, what interesting is, ada satu mesej yang ditinggalkan pada salah satu kapal. Sampai hari ni, mereka tak dapat tafsir apa mesej yang ditinggalkan tu. Tapi, pada aku, it looks like 'Alif Lam Lam Ha'. Cuba korang tengok pic dibawah. 



Apa lagi menarik dekat Oslo? Hmm. Pada aku, yang paling best is the Viking Museum. Ahah! Dia ada juga Kon Tiki Museum yang tunjuk kapal diperbuat dari rotan yang pakcik Thor Heyerdahl guna untuk belayar demi mencari bukti yang sebenarnya kebanyakan benua sebenarnya diterokai manusia dari Polynesia. Dia buat macam tu sebab masa dia tengah explore satu tempat, ketua penduduk kat situ kata, atuk dia asal dari tanah diseberang laut. Jadinya pak cik Thor ni terfikir yang mungkin Barat sebenarnya diterokai oleh orang Timur. Pak Cik ni juga nak buktikan yang Egyptian punya boat dulu2 tu, boleh je pakai dekat Pacific Ocean instead of Nil River only. Tu yang dia gagah nak buat ekspedisi tu. Apa yang menarik, was his crews. Dia juga nak buktikan yang even kita berlainan bangsa dan agama, kita boleh je work together. Kapal beliau dibina oleh Muslim people, aku lupa negara mana. Yang design, omputih. Then, crew dia pun, dari macam2 negara. Dia nak buktikan yang faith kita pun boleh motivate kita. Ada dia tunjuk gambar a Muslim crew solat atas kapal tu. 


Lagi satu yang menarik is, Fram Museum. Muzium ni tunjuk kapal ekspedisi ke kutub. Ini kira ekspedisi ramai2 pakar bidang masing2 untuk buat eksperimen. Macam bidang aku, mereka kaji solar astronomy bagai dekat kutub tu. Ada macam-macam lagi bidang yang turut serta untuk membuktikan teori masing-masing. The museum bagi aku, best sebab dia kasi kita masuk kapal ekspedisi tu dan tengok sendiri interior dalam tu macam mana dan life dalam tu dulu. Apa yang mereka buat. And, how did they live in the ship for months. 


Ada lagi satu museum, Folkmuseum. Ni open air muzium yang tunjuk culture and history of Norway dari zaman batu sampailah sekarang ala-ala Taman Mini Malaysia at Melaka tu. From rumah papan sampailah ke rumah batu, in the old town dia. Semua ada. And, aku sangat suka dengan kecomelan rumah2 yang ada di Norway, seriously. Ada satu rumah tu, sejibik macam rumah Melaka (Limas kot nama dia). Dan, rumah kat Norway, kecik je. Semua seruang. Macam chalet dekat tepi pantai tu. haha.. But, this museum is really nice sebab dia ada buat free shows kadang2 untuk tunjuk their cultures etc. So, aku sempatlah tengok tarian traditional diorang. haha..


Ahah! Lupa pulak! Aku ada pergi castle Norway masa zaman dulu-dulu. Nama dia Akershus Slott. Dalam castle ni, ada makam dia punya raja yang pertama berasal dari Denmark. Raja ni diperintah oleh ayah dia untuk memerintah Norway masa dulu. So, setiap kali dia datang Norway, dia akan stay dekat istana ni. Anak dia, is the first prince of Norway yang lahir memang dekat Norway after decades. Tu yang masa anak dia lahir, pekerja istana semua happy sampai buat satu binaan crown dekat dalam istana tu. I love the castle, tapi tulah. Seperti semua castle2 lama, standarlah kalau agak anker sedikit sebenarnya tempat tu. And, I can feel the aura though. SERAM!!!


Overall, Oslo is a very nice city. Sangat-sangat best for sightseeing. Cuma barang tu amatlah mahal! Aku berjalan, sebab nak jimat duit, aku beli 24-hours pass yang allow aku untuk naik semua public transport for free dan juga masuk attractions dia tak payah bayar. Tu yang best! NOK 290 je. Kalau tak, sekali naik public, aku kena NOK 30. Tu belum kira tiket nak masuk mana-mana tu. So, dengan pass tu, dapatlah aku naik bas berkali-kali, plus tram dan juga boat. Aku juga masuk enam kot attractions dia. And, the city, buat aku terfikir tentang banyak perkara. How did people manage to sail with the boat only? Tengah laut yang sangat bergelora macam tu. And, how can Vikings rule the world before? Kapal mereka kalau tengok, takdelah macam battleship macam yang digambarkan dalam filem. (it's different than Swedish ship which I will write about in the next post, insyaAllah). Every architectures amaze me. Every single thing is different from one another. There is no duplication. Dalam castle tu, segala perabot dia lain2 reka bentuk. Dalam Viking Ship, dia ada tunjuk kepala kapal yang letak dekat penjuru kapal, semua beza. Takde yang sama. Oslo makes me think, how brilliant people can be under His will. 

Teaser for the next post.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...