Total Pageviews

Friday 23 May 2014

Cause I'm Average

The journey itself, is never been easy

Tengah-tengah proses menyiapkan tesis ni, tiba2 tergerak hati untuk menulis post ni.. Bukan sebab nak lahirkan sequel ke apa, tapi, just terdetik dihati nak share apa yag diri aku, selaku average student ni lalui, insyaAllah..

Ok, how to start this? Suddenly blur, tak tau nak start tulis post ni.. Erm, oklah, kalau anda pernah membaca coretan aku sebelum ni, yang berkisar tentang my dream, ni aku nak share, how actually it felt to be there..Ia tak semanis impian, tak seindah mimpi (ada gaya tajuk novel sharifah abu salem tak? Haha).. But, it's true though.. Tak mudah untuk aku lalui hidup aku disini, sebagai average student.. Setelah impian aku tercapai, aku ingat segalanya akan jadi smooth.. But, its never like that..

Aku bukan nak celoteh pasal suasana ke apa, yang tu, of courselah lain.. Apa yang aku nak cerita, is how I cope and endure to be here.. Menjadi seorang average student, aku taklah dikurniakan otak yang bijak pandai, laju je pick up macam yang genius semua dapat.. I need to work extra harder for this..

Bila rakan2 yang lain punya banyak je masa untuk tak terperap di sini, aku lain.. Masa aku, banyak dihabiskan di school aku berbanding dengan bersosial.. Even, most of them selalu je cakap, lama tak nampak muka aku kalau sesekali terserempak di bandar.. Malah, aku kira macam invisible je dekat sini.. Ramai yang tak kenal aku.. Tak pernah nampak aku.. Kenapa? Told you, I'm struggling to cope with all this new environment..

Pengurusan masa jadi keutamaan.. Aku susun masa aku sebaik mungkin supaya setiap saat aku gunakan, khas untuk study.. Sampaikan nak makan pun, aku rela masak dari bazirkan masa keluar beli.. Sekali sehari je aku makan bukan pasal nak jimat duit, tapi, nak jimat masa.. Kalau kira masa yang dibazirkan untuk jalan ke kedai, atau pun di dapur, masak, katakanlah, 30 minutes, setengah jam tu, better aku guna untuk revise balik segala macam yang aku blur masa dalam lecture..

Dan, memandangkan aku ni, tidak sebijak omputih lain dalam class (memang Allah dah kurniakan mereka otak yang sangat bijak pandai kan? sebab tu US tu, kuasa besar dunia.. dan sebab tu, Israel boleh rampas tanah Palestin), aku latih diri supaya tak segan nak tanya anyone kalau aku blur.. lantaklah orang nak cakap apa pun.. tapi, tulah, omputih ni, pandai macam mana pun diorang, takde pun diorang berlagak sombong dengan kaum blur macam aku ni.. haha.. sangat murah hati nak explain segala macam yang aku blur dalam class.. 

Bila classmates yang lain, buat assessment, dissertation semua sendiri, aku jadi tak segan untuk jadi regular dalam bilik prof kat sini.. haha.. rajin sungguh aku tunjuk muka kat diorang nak tanya itu ini.. sebab, kadang tu, aku blur dengan task yang diberi.. dan, ada masa, aku jadi confuse dengan aku punya jawapan sendiri.. tu, yang relax je aku pergi tayang muka depan diorang nak tanya itu ini.. every week, jumpa supervisor, nak tanya opinion dia tentang aku punya method bagai.. kenapa aku tak buat sendiri? sebab, aku average student.. banyak je benda yang akan kurang kalau aku buat sendiri.. in the end, markah tu yang penting.. bukan kira kita buat sorang ke tanya orang.. kan? 

Aku pernah down gila sampai mengadu dekat aku punya personal tutor pasal betapa susahnya aku kat sini nak struggle.. but, his words, memang sangat2 buat aku yang time tu gelisah, jadi relax balik.. apa dia kata? 

Compare to your friends in your home country, you learn a lot more than them. It's not only about getting a high marks. It's about the things you learn. If you want high marks, just stay in your home country.

Ya. Kat sini, nak jawab exam, tak boleh refer to lecture notes semata.. kalau tak, failed that paper.. dan, nak buat assessment semua, pun sama.. kena banyak refer to research journal, baru dapat markah tinggi.. tak guna kalau stick to lecture notes semata.. tapi, bukan markah tinggi yang aku nak highlight.. Its all about learning more.. sebab banyak kena baca journal, dan2 dapat top up banyak ilmu yang kurang.. 

Dan, the system here yang menuntut macam2 for the students to finish their assessment, macam reference, analysis rather than methods, personal opinion, critical review, tu yang buat segalanya jadi makin payah kat sini for the average student like me.. tapi, kalau fikir balik, tu semua yang akan aku guna masa aku kerja nanti.. application, critical thinking rather than lecture notes semata.. kan?

Menjadi seorang average student, memang payah.. sebab aku tidak dikurniakan otak yang bijak pandai.. tapi, I'm glad that I'm average.. sebab aku belajar untuk strive for excellent, rather than kejayaan tu datang bergolek je kat aku.. insyaAllah..

Effort never betray us, InsyaAllah
Its always worth to struggle

P/S- dan, secara tak langsung, duitku jimat banyak bila masa nak berjalan, bajet untuk makan kat kedai, dikurangkan.. haha 

Friday 16 May 2014

16 Mei: A Day of Remembrance

Teacher's day, atau dalam bahasa Melayunya, Hari Guru.. it's same like Parent's Day, not enough to be celebrated for a day only.. it supposed to be everyday.. yeah, I know.. but, to have a special day for that celebration, is a mere respect to the people who had spent their precious life for us..

to commemorate that, I present them, this tribute.. ramai sangat aku nak tulis satu2 dekat facebook.. so, I use this as my medium to say, how much I thankful to them.. takde mereka, I will not be able to be here, to be myself right now..

being a teacher's daughter myself, I know the pain of sacrificing your precious life to your career.. takde pekerjaan lain yang aku rasa, sangatlah devoting diri sendiri untuk please orang lain.. cikgu je! bukan takat nak please student, kena please parents, rakan sekerja etc.. ingat senang ke nak ajar budak darjah satu tu bentuk huruf A yang kita sekali pandang pun boleh tau, its an A? that's why, I respect teachers the most in my life..

masa aku kecik2, diriku, sangatlah pendiam.. I said nothing in my class, even to my desk-mate.. senyap je.. sampai ada yang ingat aku ni bisu.. I've low self confidence in myself, I guess.. but, I met Cikgu Bibizuraini, my class teacher masa aku darjah empat.. tahun tu, titik tolak untuk aku, jadi aku yang sekarang ni.. yang, takdelah pemalu sangat, and, I know how to socialize with people.. terima kasih, cikgu..

since aku ni sangatlah pendiam dalam kelas, satu haprak pun tamau cakap, tapi, still, there's a cikgu yang tolong aku sampailah aku dapat nombor satu dalam kelas (plus beberapa award lain masa anugerah cemerlang.. tak ingat subjek apa aku dapat best student tu..haha).. siap naik kelas lagi tu!!! Cikgu Roslina, yang ajar ABC, 123, bagai masa darjah satu, terima kasih cikgu.. 

Cikgu Norma, cikgu paling garang dalam dunia! sampai aku kena ugut dengan dia nak kasi kosong markah sebab aku tamau cakap dalam kelas time tu.. haha.. tapi, cikgu nilah yang sampai sekarang aku jumpa lagi, and boleh sembang itu ini.. haha.. sebab dia jadi penolong kanan dekat sekolah sama dengan mak aku..haha

then, Cikgu Rosmawani, masa aku darjah lima and enam.. cikgu yang begin menghantar diriku pergi wakil sekolah itu ini, nak build my confidence level.. continuity to apa yang Cikgu Bibi buat dulu.. cikgu ni, dia kahwin pun aku pergi tau! haha..

and, the teachers masa aku darjah lima dan enam, cikgu Rosmawani, Cikgu Shima, Teacher Rachel, Teacher Raspal, Cikgu Sharifah (aku darjah lima dengan enam, cikgu yang sama je ajar semua subjek..haha) yang buat geng aku masa sekolah dulu, semua dapat 5A! dan, kitoang catat rekod baru sekolah lagi tu.. tahun yang paling berjaya sebab ramai dapat 5A masa tu!!! kira geng aku ni, memang geng paling gempaklah masa sekolah dulu..haha.. semua prefects pulak tu! haha.. and, tak silap, semua dalam masuk asrama or mrsm..

Teacher Yati, yang paling aku ingat sekali masa dekat SBPI Temerloh dulu.. Teacher ni, ajar aku math, dari aku form one sampailah aku form five.. tak tau kenapa lekat je aku dengan dia.. haha.. and, I love her broken English, so much! haha.. 

Cikgu Razali, the warden masa sekolah dulu dan cikgu sejarah yang dua jam subjek sejarah tu, bukan dia mengajar pun, dia dok cerita itu ini..haha.. Cikgu Fadzillah yang ajar BM dari form one sampai form 3.. aku ni, kira favorite student dia kot? haha.. selalu sangat dia sebut nama aku dalam kelas.. lepas tu, saja je kenakan aku tamau kasi aku dapat A.. markah aku selalu dia kasi kurang satu dari nak dapat A.. elok naik upper form, tukar cikgu lain, Cikgu Maisarah, dapat je aku A sepanjang masa~~ saja je Cikgu Fadzillah kenakan aku kot?

Teacher yang ajar English and EST, Teacher Amyza, teacher Maryam, susah kot EST tu.. mujur ada dua cool teacher ni.. kasi tips camne nak jawab EST.. and, suddenly, subjek ni boleh plak jadi my fav subjek masa nak amek SPM hari tu.. haha

Ustaz Zaripin, yang selalu stress sebab tak ramai student Syariah Islamiah time SPM dapat A.. mujur aku dapat A, kurang sikit stress dia.. haha.. Ustaz Shaifuddin, yang ajar Arab Tinggi, one of the toughest subjects for SPM yet, thanks to his advice, aku dapat merasa A for that subject, Alhamdulillah.. Ustaz Khalid, Quran As-Sunnah punya ustaz yang selalu buka cerita pasal bolalah, pasal peranglah, itulah, inilah.. ayat fav dia, " Di depan musuh, di belakang laut, LAWAN TETAP?" and, kitorang satu kelas pun jawab dengan penuh semangat, " LAWAN!!!" haha

siapa lagi eyk? tak ingatlah.. ramai sangat.. too many teachers that I've always be thankful too.. ahah! to all pensyarah at UiTM, that show me the light when all I see a darkness ahead (I do feel down after SPM result), thanks a lot.. paling aku ingat, Dr. Wan Naim, my forever supervisor, yang dalam dia punya strict tu, still, guide me thoroughly, sampailah aku ada dekat Edinburgh ni.. even stress buat tesis under dia dulu (patutlah semua orang dok elak nak buat dengan dia!), hasilnya, berbaloi.. nanti nak belikan Kilt for him.. haha.. En. Saiful, Pn. Erniza, Miss Maryam, Miss Fariza, Dr. Khoiri, Prof Nasri, Prof Halmi, Dr. Haizam, Prof Manan, Pn. Faridah, Dr. Jasmee, Prof Zamani, Dr. Othman, Dr. Rosmadi, Prof Sayed, Dr. Zaharah dan En. Eran.. and, to all the professors here, Bruce, Neil, William, Owen, Bob (sini panggil nama je.. haha), thanks a lot.. even aku tak faham diorang punya accent, tapi, they've been so helpful to me..

and, to all my friends, yang pernah mengajar diriku yang blur dalam class dulu, thanks a  lot.. you know who you are.. ke nak aku sebut sorang2? aku ingat lagi kot..haha.. geng masa form five, Mimi, Ainul, Mardhiah yang tolong explain tak ingat dah subjek apa, tapi, adalah korang tolong explain kat aku masa tu.. betapa diriku jealous dengan Ainul dan Mardhiah, after SPM terus dapat fly, meninggalkan aku dan Mimi at UiTM.. haha.. Raihan yang ajar Add Math.. Ain yang ajar Arab Tinggi.. Mizah, Eka, one of the science subject, tak ingat dah aku subjek apa.. classmates dari form one sampai form five, Shahirah yang rajin sangat nak mengajar aku even aku tak minta pun.. haha.. teknik dia belajar kot? 

last but not least, ayah yang ajar mengaji masa kecik2 dulu dari Muqaddam sampai naik Al-Quran.. nangis2 aku belajar ngaji dulu.. satu hari, tak banyak pun belajar.. takat half page muqaddam tu je.. tapi, punyalah lama.. mahir satu huruf, kena ulang balik dari awal.. mana tak nangis?

and, mereka2 yang lain yang pernah ajar aku something.. you are all a teacher to me.. tak kiralah even korang ajar cara nak masukkan coin dalam vending machine ke, still, korang pernah ajar aku something.. thanks a lot.. jasamu dikenang..

once a teacher, always a teacher..

Wednesday 14 May 2014

140512 - 140513: A Day in Dublin, Ireland


adoi~~ sengal2 badan tak habis lagi ni.. just came back from Dublin semalam.. yes, I know, I write a post yesterday about the spring season.. tapi, nak jugak tulis pasal ni!! haha.. tak kira!! nak cerita jugak my journey to Dublin..


so, how do I end up tiba-tiba boleh terlepas ke Dublin tu? basically, it is all my supervisor's advice.. dia yang kata, pergilah bercuti.. jangan stress sangat dengan dissertation ni.. spend some time for yourself.. tu yang, aku laju je buka website Skyscanner, dan terus je aku booked flight ticket ke Dublin.. haha.. random tak aku?

Upper Courtyard Dublin Castle

why did I choose Dublin? first, sebab ticket dia murah je from Edinburgh ni.. two way, £30.. I do consider to go to either Switzerland, Oslo or Stockholm.. tapi, disebabkan kekangan masa dan ongkos, aku pilih Dublin.. bukanlah nak kata the city murah je nak jalan.. mahal jugak kalau nak compare dengan Scotland ni.. tapi, sebab flight tix dia murah.. tu je.. haha.. dan, sebab aku plan nak jalan dua hari je.. tak lebih, tak kurang.. so, Dublin is the best choice.. 

Dublin Castle Lower Courtyard

aku berjalan, hanya di area city center je.. tak sempat nak ke North Ireland or others.. sebab aku just nak tengok dia punya architecture.. sebab my supervisor ada kata yang Dublin is kinda similar to Edinburgh in term of the Georgian architecture.. but, Edinburgh wins with a better conservation and preservation of the old town.. even so, Dublin, still, one of the most beautiful city I ever went to.. takat ni lah.. kira dia better than Glasgow, kinda remind me of Aberdeen, but, Dublin is better than Aberdeen..

Drawing Room, Dublin Castle

antara tempat wajib dilawati kalau ke Dublin, is the castle.. masuk pun, murah je.. tak macam Edinburgh Castle.. Dublin Castle, hanya €4 for adult.. tapi, sebab aku student €3.50.. ah, lupa pulak! currency for Ireland is, Euro, same as other European countries, minus Swiss, Norway, Swedish, and some other exceptional countries.. dia, murah sikit dari GBP.. but, still, terasa mahal jugak nak beli itu ini kat Dublin..

Dublin Castle Garden

pasal Dublin Castle, dia terletak memang dekat city center.. so, sangat senang nak pergi.. dan, memang kebetulan aku niat nak jalan area city je, tu yang alang2, aku masuk je castle ni.. Dublin ni dulu, Vikings yang tawan.. so kiranya, istana ni, digunakan by them as a military fortress, penjara, treasury dan juga mahkamah.. then, bila Vikings dah berundur, dia digunakan oleh English Administration masa tu pulak for 700 years.. castle ni kira dah banyak kali repair itu ini dah, baiki sana, baiki sini.. sampailah sekarang.. so, aku adalah masuk dia punya bilik2 dalam tu yang zaman dulu pembesar2 diorang guna..

City Hall

sebelah castle ni, ada City Hall.. aku masuk jugak sini.. sebab bukan saja interior dia lawa, aku suka tengok bangunan ni punya architecture!!!  dia memang sangat menerima pengaruh Georgian.. macam, kalau kat Edinburgh ni, dia dah lebih kurang sama dengan Scottish National Gallery.. haha..bangunan ni, kira macam kalau sekarang, City Council punya bangunanlah kalau nak senang cakap.. dan, dia ada pameran menceritakan pasal sejarah Dublin dari zaman Vikings, sampailah sekarang ni..

Trinity College

mana lagi aku pergi jalan eyk? ahah! Trinity College.. ni kira one of the many institutions yang ada kat Ireland ni.. cuma, pihak uni tu nak buat duit, dia bukaklah for the visitors.. kalau nak guided tour siap masuk library bagai, kenalah bayar.. tapi, aku, sebab nak save budget, aku jalan sendiri je.. tengok dia punya architecture.. plus, Book of Kells yang dia nak kasi masuk kena bayar sampai €8 tu, sama je macam Playfair Library yang ada dekat Old College, University of Edinburgh ni..aku siap dah exam dah dalam tempat tu.. so, memang takde rasa sangat nak pergi yang Trinity College punya..haha.. and, once again, I impressed with the architecture.. aku suka one of the building which is the School of Film.. dah ala2 rumah papan kaum apa entah yang ada kat Sabah Sarawak tu aku tengok building tu.. haha..

School of Drama, Film and Music, Trinity College

aku tak sempat nak ke penjara zaman dulu kala yang ada kat Dublin ni.. nama dia Kilmainham Gaol.. kekangan masa.. plus, akau tamau bayar masuk sana!! haha.. tapi, I bet, tempat ni sangatlah menarik sebab rata2 orang semua suggest untuk kesitu.. time aku sampai, ngam2 dia tutup dah tamau kasi orang masuk..huhu.. next time, I'll make sure aku dapat masuk situ..aku rasalah, kalau Penjara Pudu, Penjara Taiping dan segala macam penjara yang ada kat malaysia, gomen conserve and preserve, boleh je jana ekonomi negara.. tengok macam Dublin, penjara pun diorang boleh buat jadi tourist attractions? haha..

Kilmainham Gaol aka Penjara

dan, dah lapar, aku singgah makan dekat Malaysian Restaurant yang ada dekat Dublin.. nama dia Nyonya..haha.. kelakar pun ada restoran ni.. aku dahlah memang minat gila Asam Pedas.. diorang punya versi Asam Pedas, memang buat aku gelak tergolek.. haha.. tak sabar nak balik Malaysia, pekena Asam Pedas!!

their definition of Nasi Goreng and Asam Pedas Ikan

the architecture here, is amazing.. tu memang takleh nak deny.. even a post office looks interesting to me.. haha.. dan, post office dia, still macam zaman dolu2.. yang dia punya officer tu, duduk dalam jeriji besi macam kat kedai pajak gadai cina tu.. haha..banyak bangunan hotel and cafe, yang sangatlah menarik pada pandangan mata aku.. sebab tu, aku nominate Dublin as one of my most fav city till date.. haha

 Dublin Post Office at O'Connell Street

this is how it looks like inside

O'Connell Street

Not sure what is this..haha

Hotel I guess? haha

ME IN EDINBURGH PART 14: Spring Ends Already?


terlalu busy dengan proses menyiapkan tesis, sampai diriku sendiri dah tak sedar yang bunga2 yang banyak dekat park dekat dengan my hostel ni, dah berguguran.. rasanya, baru kejap dulu aku tengok pokok sakura tu santek je pink, putih kaler dia..then, suddenly, masa nak call my mum, tengok2, the ground are full with the petals..


nak cerita pasal bunga2 ni..kalau dulu, aku ingat, time spring ni, naturally the flowers will be bloom..haha..korang rasa macam mana? haha.. adakah ia terjadi secara natural? aku tak tau pasal tempat lain..tapi, in Edinburgh, diorang akan tanam bunga2 tu semua dekat park, susun santek2.. tu yang jadi nampak lawa je boleh buat kalendar punya pics tu..haha..


but, masa spring, aku sangatlah rajin melepakkan diri di park.. macam dekat Princes Street Garden yang dekat dengan city center.. Castle Garden.. both parks ni, memang letak tengah2 bandar, dan menghadap Edinburgh Castle.. so, the view is very nice! aku lepak, sambil brainstorm for my tesis writing.. takde kerja kan aku duduk park semata nak brainstorming? haha.. 


dan, aku paling suka part masa windy day.. sebab the petals are beautifully-blown by the wind.. subhanallah.. the moment is simply AMAZING! seriously.. aku paling suka masa tu.. dia punya feeling masa tu, aku tak boleh nak express in words.. but, it is beautiful indeed..


now, I realized the seasons ends.. one more season left, and I'll be home, insyaAllah.. one thing I love about Edinburgh, no matter how the seasons changed, the weather, is unchanged! sejuk je memanjang!! haha.. and, hujan je selalu.. nak buat macam mana, THIS IS SCOTLAND.. haha..

P/S- too busy to write a post.. thankfully, I post something in the hectic April.. thought I post nothing last month..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...