Total Pageviews

Thursday 27 November 2014

Alhamdulillah.. After All the Hard Work..Finally~~~


A great day for me.. hari ni.. A day yang menyaksikan the average me, got an MSc award from one prestigious university in this world.. Alhamdulillah.. Tak pernah pun aku bermimpi untuk dapat ni semua sepuluh tahun dulu.. But, rahsiaNya, tiada siapa yang tahu.. 


Kalau di imbas balik, memang buat diri ni nak nangis je rasa.. Even masa graduation tadi, sebak gile kot.. Bila tengok nama dalam buku program.. Bila my supervisor and lecturer smile to me, and mouthed " Well done".. Bila tengok my parents yang even dari tingkat atas beria dok snap pic banyak2.. 


Perjalanan ini bukan takat one year sebelum ni je.. Panjang.. Terlalu panjang.. Bermula dari impian kanak-kanak perempuan yang janji pada diri dia yang satu hari nanti dia nak jejak kaki dekat Stamford Bridge sampailah pada cita-cita seorang remaja perempuan yang sangat-sangat nak duduk jauh beribu batu dari family dia sendiri.. Dan, impian ni dibakar oleh perasaan berlagak tak nak dah sambung study dalam Malaysia sebab masa tu rasa takde class study kat UiTM.. haha.. 


I just want to challenge myself.. Dari tadika, aku asyik saja dengan classmates Melayu.. Tadika Islam di Kuang yang dah sah2 kawasan Melayu.. Darjah satu di sana.. Naik darjah dua, pindah ke Rawang, but still, kelas aku semua Melayu sampai darjah lima, barulah ada kaum lain.. But still, I always compete with Malays.. Bila naik sekolah menengah, lagilah.. Then, masuk UiTM pulak.. All my life, I never challenge myself.. Aku nak keluar dari my own comfort zone.. 


Sebab tu, aku mengada-ngada apply further study dekat UK.. Saja-saja nak top-up diri ni yang pada aku, takde apa yang special pun.. Dari kecik dok compete dengan Malay.. Nak jugak rasa bersaing dengan bangsa lain.. Nak juga rasa ada kawan yang bukan Melayu.. Nak juga rasa ada cikgu yang bukan Melayu.. Nak juga rasa tak payah sembang cakap Melayu for a day.. Semua out of curiosity..


And, here it come.. One challenging year.. Dalam class, seorang je pakai tudung.. Lecturer ajar takde cakap rojak campur-campur.. Nak sembang memang belit-belit lidah nak speaking.. Belum masuk study lagi tu.. Blur tahap gaban masa dapat first assignment.. Marks sangat teruk sampai kena panggil dengan lecturer.. Assessment teruk, mujur dicover oleh final exam.. Betapa tensionnya study sampai lima enam kali jugak nangis seorang diri suffer, mujur ada kawan bermurah hati nak ajar.. Dan, ada ibu yang sanggup layan aku nangis berjam2 kat phone even masa tu dia tengah kerja.. Semua tu, sangatlah menguji diri aku sampai aku rasa nak give up at one point.. Rasa nak balik Malaysia je ada satu tahap tu..


But, I endure.. So much.. Dan, manisnya terasa sekarang.. Hari ni.. Bila nama aku terpampang bukan takat dalam buku program, tapi paling best sebab ada dalam paper The Scotsman sebagai penerima master dari University of Edinburgh.. famous jap satu hari.. haha.. Lagi manis apabila nama aku dipanggil oleh Head of School untuk menghadap VC yang akan sentuh kepala dengan topi buruk dia simbolik penganugerahan master aku.. Paling manis bila dapat buat my parents bangga once they realized I'm the only Malay yang dapat MSc. GIS ni.. Alhamdulillah..


However, it's not over yet.. It's just started.. Perjalanan aku masih lagi panjang.. There's a lot more to achieve.. To do so, I've to challenge myself, even more.. InsyaAllah..

Tuesday 25 November 2014

Here I Am.. Again..

Sekali lagi aku datang ke Edinburgh.. sambung phd?? haha.. jauh sangat tu.. tak tercapai dek akal lagi~~ haha.. I'm here for my graduation.. insyaAllah, 27/11 ni..

Terubat rindu nak dengar bunyi bagpipe.. terubat rindu nak jalan2 dekat lorong2 kecik dekat Royal Mile nun.. terubat rindu nak tengok the majestic Edinburgh Castle.. terubat rindu nak panjat Calton Hill..

Dan, terubat rindu nak beli sayur dekat Lidl.. Terubat rindu nak beli sardin dekat Tesco.. Terubat rindu nak beli telur dekat Farm Foods.. Terubat rindu nak beli Maggi dekat Bismillah.. Dan juga, yang paling penting, terubat rindu nak rasa ayam Chikies yang seribu kali lagi sedap dari KFC tu..

Dan, kali ni, aku kembali dengan ibu dan ayah aku.. saja nak bawa diorang tengok kota yang jadi saksi jatuh bangun seorang aku selama 1 tahun.. saja nak bawa diorang tengok taman yang aku selalu lepak masa stress dengan coursework.. saja nak bawa diorang tengok school aku yang jadi rumah nombor 2 aku selepas hostel aku.. 

Edinburgh, masih tak banyak berubah.. dan, aku sendiri, masih rasa this is the most amazing city in the world..

Tuesday 4 November 2014

3 Months

Alhamdulillah, dah 3 bulan dah aku kembali ke tanah air terchenta ni. And, it's been really long. Dah bersawang dah aku rasa blog ni. Takdelah busy pun aku. Cuma, takde mood nak berblog. Haha..

The only thing to share is, I finally got my master. Baru dapat tau result. So, I'm officially having MSc. Geographical Information Science on my resume. Alhamdulillah.. Balik hari tu, bukan tau pun result. Hidup dalam kenervousan je 3 bulan ni.

I also knew, many people ask me for the copy of the IELTS book. Tapi tulah, aku pun tak tau dah mana letak copy buku tu. Mungkin ada dalam sent items dekat email. Kalau ada, insyaAllah aku akan email ke mereka yang meminta. But, please, google sendiri dulu, k? Baru minta dari saya.

Last but not least, I'll try my best to update this blog. I've so much stories to share, tapi virus 'M' yang semakin menular dalam diri buat niat tu jadi terbantut. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...