Total Pageviews

Thursday 13 March 2014

10 Hours in DUNDEE


went to Dundee yesterday..saja-saja..bosan sebab dah takde class sekarang, plus, memang nak habiskan tour scotland sebelum balik Malaysia nanti..haha..tinggal Aberdeen, Stirling dengan Inverness je yang tak pergi lagi..lepas ni, InsyaAllah, tiga tempat tu pulak..


So, Dundee ni dia terletak atas sikit dari Edinburgh, sebelum sampai Aberdeen..kira, tengah-tengah antara Edinburgh and Aberdeen..aku pergi naik bas je..dalam sejam lebih sampai..lebih kurang dengan naik train..harga tiket pun, lebih kurang je..tapi, aku naik bas sebab masa dia tu takdelah awal pagi sangat, and takdelah tengahari sangat macam train punya time..cantik je..aku sampai Dundee pukul sembilan macam tu..balik edin pukul 6..


Dundee ni, aku bolehlah nak kata dia macam adik Edinburgh..kenapa? sebab pemandangan dia sama-sama cantik dengan Edinburgh..but, dia punya town, lagi aman damai..tenang je aku rasa bandar dia..bandar dia, kecik je, tapi, cantik! aku tengok full view bandar dia, panjat Dundee Law..dari bukit ni, boleh tengok whole Dundee..nampaklah laut bagai..aku suka dia punya tersusun tu..macam tengok pelan yang aku buat masa kelas urban planning dulu..haha..sebab tu asal nama dia Dei Donum bererti Gift from God..menunjukkan betapa cantiknya bandar ni..


bangunan dia, macam Edinburgh juga, bangunan lama..dan, dia ada juga bangunan baru macam shopping mall..Dundee ni, juga terletak dekat dengan laut..dia pun, memang asal terbentuk sebab pada dia punya location yang sesuai nak jadi harbor.. pembangunan dia, memang tertumpu sepanjang harbor tu..


sejarah dundee ni, kalau nak khatam in an hour, kena pergi melawat McManus Galleries..galeri ni letak dekat city center..so, sangat senang nak lawat..masuk pun free..dan, seperti museum2 lain yang ajar sejarah, aku juga tak suka nak masuk..tapi, sebab tertarik dengan bangunan dia yang cantik, aku masuk juga..haha..dan, dah masuk, memang kena bacalah segala info yang dia bagitau..haha..



bandar ni terkenal dengan dia punya Discovery ship yang buat ekspedisi ke Antartica..diorang kira pergi sana ambil sample macam2, untuk kajian saintifik mereka dari segi geology, oceonography, zoology, etc..kapal ni, sekarang dia pamerkan dekat RRS Discovery dimana ada museum sekali..aku naik jugaklah kapal dia tu..kapal yang sekarang ni, diorang conserve balik baiki mana yang dah rosak..dulu dia ada dekat London, sebelum dipindahkan ke Dundee ni..sangat best museum ni..memang patut dia masuk dalam list wajib visit kalau datang Dundee..



bandar ni juga terkenal dengan dia punya eksport jute..kalau dalam bm, guni..dekat Dundee ni, memang banyak kilang proses tali guni ni..dia import raw jute dari India..means, dekat India nun, diorang potong pokok, keringkan sebelum hantar ke Dundee..aku ada melawat satu kilang jute ni, yang dah pun jadi museum..dia tunjuk macam mana jute ni proses..sejarah dia semua..nama museum ni, Vedant Works..one of the most interesting fact masa zaman jute ni, semua pekerja dia, is perempuan..jadinya, lelaki masa tu, tak pasal2 jadi suami rumah..jaga anak..tukar role dengan isteri..haha..then, apabila World War 1 meletus, barulah the men dapat kerja after years diorang duduk rumah..



habis sesi masuk museum, aku jalan2 dekat city dia..masuk area University of Abertay..uni ni, bangunan dia moden..tak berapa best nak tour..tapi, keliling dia, bangunan lama yang architecture dia menarik je aku nak tengok..then, aku juga masuk area University of Dundee..kecik je uni ni..bangunan rapat2 je semua fac dia..tapi, aku suka dia kekalkan rekabetuk bangunan lama dia..best je aku nak snap pic..




apa yang aku suka pasal Dundee? first, bandar dia yang kecil, tenang dan cantik..haha..terasa nak je aku beli rumah kat sini..tinggal kat dundee..haha..second, orang dia yang peramah..haha..otw naik Dundee Law, adalah aku terserempak dengan local kat situ..rata2, diorang say good morning or nice morning dekat aku..haha..best501x Dundonian ni..haha..third, dia letak Dundee Central Mosque dekat signboard yang tunjuk attractions of the city..susah nak jumpa bandar yang buat macam ni..ni sebab dulu, Dundee punya Muslim population, one of the highest dekat Scotland..sekarang, aku tak tau..




P/S- Dundee ni, takde orang Melayu ke? 

Sunday 9 March 2014

ME IN EDINBURGH PART 13: Winter Over with No Snow

 

huuuuuuuu...sedih..this year, snow tak turun sangat like previous years..ada dalam tiga kali je nampak salji turun..but, turun je cair..turun je cair..sungguh tak best~~~

tapi ok jugak..diriku baru sedar yang memang diriku anak jati Malaysia..why???haha..sebab baru sedar yang diri ini allergic dengan benda yang bernama salji..haha..even I can't stand to be sangat2 sejuk..kalau kat malaysia dulu pun, kalau tangan pegang aiskrim, terus naik merah gatal2..


tapi tulah, one of my dream datang sini, tak tercapai..tak dapat main salji tebal2..takde duit nak pergi ski resort~~hehe..lebih kepada menyimpan sebenarnya..buat deposit beli kereta~~eh?

so, edinburgh sekarang dah getting warmer..sampai keluar pun, malas kadang2 nak pakai sweater..but, jumaat lepas, aku dengan confidentnya pergi kelas pakai sweater semata2, suddenly, snow turun? pelik sungguh..bukan nak sikit2 pulak tu, tau2, lebat terus! haha..malang betul keluar tak tengok weather forecast dulu..


and, I'm getting less busier sekarang..proses menyiapkan tesis saja sekarang ni..and few more assignments to submit by the end of this month..lepas ni, memang focus on tesis..insyaAllah..

P/S-regret lupa pasal All England padahal december lepas lagi dah terfikir nak beli tiket tengok chong wei!!huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...