Total Pageviews

Wednesday, 10 March 2010

warkah buat an-nisa'

assalamualaikum..tidak perlu kata-kata aluan kerana banyak cakap, banyak salahnya. bila banyak salahnya, maka banyaklah dosanya.

apa yang mahu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua adalah mengenai kaum hawa. ramai berkata perempuan lemah kerana tangis dan sendunya. tetapi, hakikatnya, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya, tetapi di situlah kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki, menjadi izzah yang paling gah. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun.

Alhamdulillah, seorang sahabat saya berkongsi pendapat dengan saya, dan saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi perbincangan saya dengan beliau bersama sahabat-sahabat semua.

1. perempuan dikata fitnah dunia. mengapa??saya tidak berani mengulas lebih lanjut. coretan ini saya petik dari satu blog, http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2009/08/perempuan-fitnah-dunia.html. Pernahkah sahabat-sahabat mendengar pesanan Ilahi pada hambanya?

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.."

Cuba sahabat nilai. Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal. kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.. kerana di situlah kehormatannya.. bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

2. kenapa wanita menjadi peragaan??jawapan ini juga saya dapat di blog yang sama.
Al-Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan Al-HAya itulah pakaian iman pada diri wanita itu.pada diri wanita itu Al-Haya sebagai pembenteng diri.
namun.bila mana Al-Haya itu lebur. imannya akan runtuh.kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? kerana mereka sebenarnya paranoid.. merasakan diri belum cukup menarik.. mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.1001 keindahan penciptaan wanita. pandai-pandailah sahabat menilai antara permata dan debuan kilauan pasir..

3. Perempuan yang baik, namanya tidak meniti dibibir lelaki ajnabi. ada sahabat bertanyakan saya, apa maksudnya? ini bererti, jagalah batas pergaulan kita. tidak salah untuk berkawan, tetapi ingat, jaga batas-batas yang telah syarak gariskan. semestinya sahabat tidak suka berfikir tentang masa hadapan, tapi, fikirkan, tentu tak seronok kalau ending hidup kita nanti tak best, apatah lagi ending di akhirat.

4. Ada yang mengatakan couple itu haram. benarkah? saya sendiri masih belum menemui jawapannya. apa yang pasti, couple haram bukanlah bererti perasaan cinta itu tidak boleh. ingat, nabi kita pun pernah sukakan wanita juga. tapi, pasal couple ni, saya belum menemui jawapan. sahabat saya ada memberi artikel mengenai ini. tetapi saya belum benar-benar mengkaji artikel tersebut. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922 rujuklah pada artikel ini. saya tidak berani ingin berkata apa-apa. saya ada mempersoalkan kepada sahabat saya dikala dia berkata jodoh kita telah Allah tentukan sebaik-baiknya. saya berkata, bukankah kita perlu berusaha kearah yang terbaik itu. dan sahabat saya hanya menjawab, tak semestinya perlu berpasangan. hehe. betul juga. tapi entahlah. rujuklah artikel diatas.

janganlah sahabat gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan diri mu.. menggugurkan diri... menyembah tanah.. sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.

- perancangan Allah, tiada siapa yang tahu.
- hukum-hukum Allah sebenarnya semua telah lengkap, tetapi kita selalu menidakkannya kerana perasaan..

sebagai muslim, saya hanya mahu menyampaikan apa yang saya tahu. kerana kelak, diakhirat sana, Allah akan bertanya kepada saya, apakah usaha saya? maaf jika coretan ini mengguris perasaan sahabat-sahabat. ini hanya pendapat saya. rujuklah link yang telah saya coret diatas untuk kupasan yang lebih lanjut.

Friday, 5 March 2010

warkah buat ar-Rijal

assalamualaikum (baek pla kali ni..hehe)
sebenarnya aku bosan..no idea, what to do..haha..then, aku sign in masuk blogger..try nak post pape..hehe..takde menda nak cerita pun..cuma sejak dulu lagi, aku memang banyak fikir pasal zaman sekarang ni..means, remaja cam aku ni..wakaka..kalau jalan-jalan tu, jangan nak cuci mata je, cuba perhatikan keadaan sekeliling kita..tengok apa dah jadi dengan remaja sekarang..aku tidaklah terlalu tua untuk bercerita perihal remaja..cuma apa yang aku lihat bolehlah dikongsi bersama sahabat-sahabat semua..
1. Kaum perempuan makin ramai yang berani menayang tubuh..meskipun, dikata tidak terdedah, pada hemat aku, ia tetap dikira terdedah andai kata anda tidak menutup aurat..setuju tak??haha..bukan nak mengutuk ke apa, ni hakikat..perangai baik macam mana pun, kalau tak tutp aurat tu, still dosa, beb..erm, jangan pelik kalau orang usha lain sikit, dah memang tak tutup aurat tu memang pelik..jangan dipersoalkan lagi..lu mesti ada cermin kan??pekate, telek muka lu depan cermin tu..hehe..bukan susah pun nak tutup aurat..lagipun, dosa lu tanggung sendiri beb..wa dah jalankan tanggungjawab as muslim..wa dah tegur lu..ingat, beb..selagi ada orang nak tegur lu, means orang tu sayang kat lu..dia taknak lu masuk neraka nanti..sampai bila lu nak tanggung dosa??lu jangan ingat orang yang tak tegur lu tu, orang yang sayang lu..aku tak paham betul..selalu orang yang menegur ni, dikatakan tak open r..poyo r..berlagak r..tak paham aku..huhu..
2. Remaja tak kira lelaki ke, perempuan ke, makin ramai tak solat sekarang..wei, beb..jangan ngaku ko Islam kalau tak solat..bukan aku nak judge korang pe, solat tu kan rukun Islam..kalau korang tak solat means, korang pikir r amenda tu??wei, solat amik time korang kejap je..tak sampai 5 minit pun..adoi, subuh selalu orang taknak solat..apsal???best sangat ke tidur berselimutkan kulit babi @ binatang haram tu???solat senang je..tiang agama tu, beb..senang je..plz r..bukan susah pun..5 kali sehari je..adoyai, senang je..aku taktau nak cakap pe..aku bukan ingat aku baik sangat, aku cuma nak cakap apa yang aku tak suka..ko boleh spend time sembang, online, shopping, jalan2..takkan masa untuk Allah pun ko takde??ingat wei, nanti kat sana, kita kena menghadap Allah..
Kenapa mesti jadi macam ni sekarang??apa dah jadi??aku dah blur and tak tau nak cakap ape..tolonglah..apa yang bagus sangat semua yang korang agung-agungkan???aku taktau dah nak cakap ape..aku juz jalankan tanggungjawab aku sebagai muslim..sorry kalau penggunaan bahasa agak kasar..aku bukan nak berdakwah, aku juz nak cerita apa yang aku rasa..assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...