apa yang mahu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua adalah mengenai kaum hawa. ramai berkata perempuan lemah kerana tangis dan sendunya. tetapi, hakikatnya, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya, tetapi di situlah kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki, menjadi izzah yang paling gah. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun.
Alhamdulillah, seorang sahabat saya berkongsi pendapat dengan saya, dan saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi perbincangan saya dengan beliau bersama sahabat-sahabat semua.
1. perempuan dikata fitnah dunia. mengapa??saya tidak berani mengulas lebih lanjut. coretan ini saya petik dari satu blog, http://coretanfisabilillah
"Wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.."
Cuba sahabat nilai. Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal. kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.. kerana di situlah kehormatannya.. bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.
2. kenapa wanita menjadi peragaan??jawapan ini juga saya dapat di blog yang sama.
Al-Haya (sifat malu) ada dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan Al-HAya itulah pakaian iman pada diri wanita itu.pada diri wanita itu Al-Haya sebagai pembenteng diri.
namun.bila mana Al-Haya itu lebur. imannya akan runtuh.kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? kerana mereka sebenarnya paranoid.. merasakan diri belum cukup menarik.. mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.1001 keindahan penciptaan wanita. pandai-pandailah sahabat menilai antara permata dan debuan kilauan pasir..
3. Perempuan yang baik, namanya tidak meniti dibibir lelaki ajnabi. ada sahabat bertanyakan saya, apa maksudnya? ini bererti, jagalah batas pergaulan kita. tidak salah untuk berkawan, tetapi ingat, jaga batas-batas yang telah syarak gariskan. semestinya sahabat tidak suka berfikir tentang masa hadapan, tapi, fikirkan, tentu tak seronok kalau ending hidup kita nanti tak best, apatah lagi ending di akhirat.
4. Ada yang mengatakan couple itu haram. benarkah? saya sendiri masih belum menemui jawapannya. apa yang pasti, couple haram bukanlah bererti perasaan cinta itu tidak boleh. ingat, nabi kita pun pernah sukakan wanita juga. tapi, pasal couple ni, saya belum menemui jawapan. sahabat saya ada memberi artikel mengenai ini. tetapi saya belum benar-benar mengkaji artikel tersebut. http://www.iluvislam.com/v
janganlah sahabat gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan diri mu.. menggugurkan diri... menyembah tanah.. sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.
- perancangan Allah, tiada siapa yang tahu.
- hukum-hukum Allah sebenarnya semua telah lengkap, tetapi kita selalu menidakkannya kerana perasaan..
sebagai muslim, saya hanya mahu menyampaikan apa yang saya tahu. kerana kelak, diakhirat sana, Allah akan bertanya kepada saya, apakah usaha saya? maaf jika coretan ini mengguris perasaan sahabat-sahabat. ini hanya pendapat saya. rujuklah link yang telah saya coret diatas untuk kupasan yang lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment