Total Pageviews

Tuesday, 25 November 2014

Here I Am.. Again..

Sekali lagi aku datang ke Edinburgh.. sambung phd?? haha.. jauh sangat tu.. tak tercapai dek akal lagi~~ haha.. I'm here for my graduation.. insyaAllah, 27/11 ni..

Terubat rindu nak dengar bunyi bagpipe.. terubat rindu nak jalan2 dekat lorong2 kecik dekat Royal Mile nun.. terubat rindu nak tengok the majestic Edinburgh Castle.. terubat rindu nak panjat Calton Hill..

Dan, terubat rindu nak beli sayur dekat Lidl.. Terubat rindu nak beli sardin dekat Tesco.. Terubat rindu nak beli telur dekat Farm Foods.. Terubat rindu nak beli Maggi dekat Bismillah.. Dan juga, yang paling penting, terubat rindu nak rasa ayam Chikies yang seribu kali lagi sedap dari KFC tu..

Dan, kali ni, aku kembali dengan ibu dan ayah aku.. saja nak bawa diorang tengok kota yang jadi saksi jatuh bangun seorang aku selama 1 tahun.. saja nak bawa diorang tengok taman yang aku selalu lepak masa stress dengan coursework.. saja nak bawa diorang tengok school aku yang jadi rumah nombor 2 aku selepas hostel aku.. 

Edinburgh, masih tak banyak berubah.. dan, aku sendiri, masih rasa this is the most amazing city in the world..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...