Well, well, well.. Dalam dok merencana masa depan ni, entah macam mana I came across this. Sounds interesting, and attractive to many. Kira macam one of the dream job lah for fresh graduate. Me? I don't think so. haha..
This jawatan is basically a government post yang akan memungkinkan seseorang itu untuk terlibat secara langsung dalam proses perancangan dasar-dasar negara. Diriku tak ingat tugas penuh dia apa, but, mereka ni lah yang bertanggungjawab untuk membuat dasar negara. Kira segala macam pelan dalam Malaysia ni, merekalah yang plan. Belit tak ayat aku? haha..
So, how to be a PTD? Ada 3 step. Apply, ambil test, interview. Sounds easy? Hell no! Saban tahun, lebih puluh ribu yang apply post ni. Al-maklumlah, kan jawatan tertinggi dalam government. Tertinggi? Yes, it is. Jawatan ni jugak memungkinkan seseorang itu untuk naik pangkat dengan pantasnya! haha.. Tu pasallah kot ramai yang apply.. Padahal, government hanya boleh tawarkan beberapa ratus tempat sahaja. Selalunya over 100 macam tu. Bayangkan yang apply tu! Tinggi kan persaingan?
The test, rasanya starting this year, is online test. Dia terbahagi kepada beberapa seksyen. Tapi basically dia nak uji pengetahuan calon tentang segala macam yang berkaitan dengan negara, dari perlembagaan sampailah ke dasar-dasar negara. Nak jadi PTD kan, mestilah bab Malaysia tanah tumpah darahku ni, expert! The test is online, dan tak mustahil ramai yang minta other person jawabkan. Betul tak?
Then dah lepas yang tu, kenalah interview. Ni malas nak cerita. But, sebelum interview, akan ada writing test, both in Malay and English. Kenalah buat essay berdasarkan tajuk yang diberi. At this point, I think, it is wise to goreng all the knowledge you had in your head and squeeze them in the essay. Haha.. Ada juga BMI test, mungkin nak promote healthy lifestyle? haha.. Macam mana nak jadi ketua jabatan kalau badan bagak, nak gerak pergi meeting room pun kena berpapah? haha..
The interview part. I love doing interviews. To me, ia dapat meningkatkan confidence level aku. Ia dapat membantu aku berfikir dengan sangat pantas, otak aku trigger laju2 nak korek maklumat yang ada untuk disampaikan pada interviewee. Dan juga, aku suka part yang ada two-way communications dimana ada pertukaran pendapat antara aku dan penemuduga. Bila lagi dapat sembang dengan orang jawatan besar dalam satu-satu organisasi tu kan? Masa interview tu jelah chance yang ada. So, my advice to mereka yang teringin nak jadi PTD, please, janganlah tanya soalan yang korang boleh google je pun dekat internet. Be wise. Tanyalah something yang akan buat your IQ nampak tinggi dimata orang yang menemuduga you tu. Tak susah pun.
So, bila dah lepas interview, the calon akan dipanggil untuk menjalani latihan sebagai Kadet PTD selama 1 year before you akan dilantik secara tetap as a PTD. Setahun ok, setahun! Kalau agak-agak dah fikir masak, takde ragu, go for it. This is not for all. Bukan senang. Kena kursus sampai kurus for a year. Tambah kena buat diploma pentadbiran awam lagi. Kalau dah rasa otak tu tepu dah, tak boleh terima any new knowledge, stop, jangan seksa diri. This is not for you.
Tolak tepi bab gaji, tapi kalau nak tahu juga, rajin-rajinlah type "Gaji PTD" dekat google search tu. haha.. Adalah nanti jawapannya.
So, I guess this is it. Nak sambung merancang masa depan. Jangan sampai tersilap pilih. Who knows the road not taken is the one He sets for us, kan?
Peace
No comments:
Post a Comment