Total Pageviews

Tuesday, 25 August 2015

Sabar -> Redha -> HAPPINESS

Sawang!!!!! haha.. Lama gila dah tak jenguk kat blog ni. Been very busy this few months. Busy ke? Entah. Busy lah kiranya nak settlekan itu ini sebelum kaki ni melangkah ke the next anak tangga. haha..

Selain dari diri ni sibuk terkejar sana sini, I've been struggling in my own emotion. Rage. Keciwa. Semua ada. Simply because, things doesn't work like I really wanted. Benda yang aku nak, tak pun aku dapat, dan benda yang kalau boleh aku nak elak bagai nak gila, elok datang bergolek-golek kat hujung kaki macam bola, tinggal nak sepak je bola tu masuk goal. 

I've been preparing myself since last year sebenarnya, but, Allah knows the best. Yes, I'm feeling sad, I'm feeling mad and all. But, as I always told my very ownself, Dia lagi tahu. Dan bukankah sudah dinyatakan terang-terangan dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Benda ni menyeluruh. Bukan diguna pakai masa nak cari jodoh je. haha.. Our fate. Takdir. Aku sendiri, sebagai hambaNya yang lemah, tak terlepas dari merasa marah kekadang pada something yang jadi pada aku. I've cried before. Mengamuk tak tentu pasal kat diri sendiri pasal things just didn't worked like we wanted. 

Tapi, bukankah sudah jelas dinyatakan dalam Al-Baqarah juga, ayat 286 yang Allah takkan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Dia dah cakap terang-terang. Setiap satu yang jadi pada kita, semua pasal Dia tahu kita kuat. Kita boleh nak tanggung semua tu. 

Sedangkan omputih sendiri ada pepatah " Every Cloud has a Silver Lining". Setiap sesuatu yang Dia jadikan, yang Dia tentukan, takde satu pun yang buruk. Kenapa? Sebab setiap kejadian Allah memang indah belaka, pasti ada hikmah tersembunyi walau macam mana pun. 

Cuma kekadang, we just can't help ourselves to feel frustrated no matter what kan? Balik pada fitrah asal kita. Redha. Mengeluh macam mana pun, ingat satu, kita ada Allah disisi kita. Just be patience, and redha. Tu key dia. 

Sabar saja dengan segala yang datang pada kita, tak kira kita suka ke tak dengan benda tu. Dan, dari sabar itu, insyaAllah datang redha tu. In the end, happiness will come. Kenapa? Simple. Sebab bila kita redha, means, kita accept sesuatu tu. Dan, bila kita accept, takde dah kita punya kepala serabut tak tentu pasal tak puas hati, merungut-rungut pasal something yang jadi pada kita. Bila segala negative vibe tu takde, yang tinggal hanya positivity which means, we're happy.

Happiness pada aku, bukan bermaksud kau tergelak-gelak, senyum-senyum tak tentu pasal. To me, happiness bermaksud jiwa ni, kepala ni, ringan. Learning to accept things that happened in your life, will makes your life smooth. And, that's how the happiness created. 

Like myself, yes I'm extremely upset when things suddenly went the way I actually never wanted it to be. Nak-nak, all of the sudden, unexpected choice arisen buat kepala lagi pening. Dan, secara tiba-tiba, wujud another road yang boleh aku pilih. Plus, it's not that bad, to be honest. All of the choices in front of my eyes, semua ada advantages sendiri. 

What did I do? Berbalik pada sabar dan redha tadi. Tapi mula-mula, decision kena firm. Jangan sesekali kasi pendirian kita goyah hanya kerana ada benda lain yang mengacau. Macam aku, aku memang dah decide to take that certain road. Cuma, Allah twist it a bit. Dan, kalau fikir-fikirkan balik, what He did, is actually the best. He knows my limit. Dia tahu jauh mana aku boleh bertahan. Sampai mana aku dapat cope. Dan, Allah, Dia tahu bukan takat benda yang sekarang tengah jadi, benda yang akan jadi esok lusa, sepuluh tahun depan pun, Dia yang pegang, Dia yang tentukan. Thus, it's always the best to accept what He decides for us. Tu yang aku pegang. 

Dan, Alhamdulillah, I've chose the road I want to walk into. The best path yang akan lead aku untuk naik satu lagi anak tangga ke arah impian aku. Surprisingly, elok lepas aku decide, everything became smooth, dan tak semena-mena, kepala jadi ringan. Serius. And, it makes me really, I mean, really happy. More than anything before.

I do hope, this happiness will remain forever until I achieve my dream later. Dan untuk itu, aku tahu, aku kena didik diri supaya selalu sabar, selalu je accept atas segala ketentuanNya which means, REDHA. 

Saturday, 1 August 2015

Human and Relationships

Baru balik dari hantar abang nombor dua ke rumah mentua dia. Kenduri. Dan, masa abang nombor satu dan empat kahwin dulu, takde pun terasa sangat. Tapi kali ni, lain. Tak tau kenapa. Nak kata kamceng sangat ke aku dengan yang nombor dua ni, tak! 

Relationship aku dengan abang2 aku ni, lain. Takde pun beria-ia macam orang lain dengan abang diorang. Kalau ada orang kata, ada abang best sebab selalu dia belanja, abang aku tak. Jangan haraplah! Burger pun dia beli makan seorang je, takde makna nak belikan orang. haha.. Kitorang ni, macam strangers yang terpaksa tinggal dalam satu rumah yang sama je. Housemates, yes, itu relationship yang paling similar dengan apa yang aku dan abang2 aku ni. 

Tapi, bila seorang-seorang keluar dari rumah ni, terasa pulak sunyinya. Kalau dulu, berlapan, sekarang, tinggal berlima je. Paling terasa is, bila aku dengan abang nombor tiga dan adik aku je lepak depan TV tadi. Terasa sunyinya. huhu.. Tak sedar pulak, housemates punya relationships, boleh deep sampai macam tu sekali. haha..

Tapi, tulah dia relationship manusia ni. Susah kadang kita nak predict. Mesti semua orang pernah alami benda yang sama. Macam masa sekolah dulu, siapa yang sekolah asrama, senang sikit nak relate. Dormmates kita dulu, sampai sekarang rasanya ada yang kamceng walaupun ada tu beza umur sampai 4 tahun,  yang jarang tegur pun kalau dah tak senior junior tu kan, apa je relationship yang boleh korang bayangkan? haha.. Tapi kalau jumpa, relax je boleh sembang itu ini. Kadang tu, tak sama dorm pun, jumpa pun masa nak tunggu shower atau toilet. Apatah lagi kawan sama-sama buat jenayah kan? Lagilah.. haha..

Memang masa dulu, takde terfikir the relationships boleh lasting sampai sekarang. Macam aku dengan kawan2 masa sekolah dulu. Masuk tahun ni, dah 13 tahun kenal, tapi sentiasa je ada modal nak sembang, tak awkward pun kalau jumpa macam-macam topik boleh cerita sampai kalau jumpa memang tak nak berpisahlah! haha.. Padahal masa sekolah dulu, rasanya, takdelah sampai macam tu sekali sembang tak hingat dunia! haha..

Tu baru kawan, sahabat, nikan pula relationship sedarah ni kan? Walau kita buat tak endah macam mana pun, air dicincang takkan putus. Kita menyampah macam mana pun dekat abang kita yang suka je buli kita tu, satu hari nanti, kalau dia pergi keluar dari rumah kita, tinggal dengan family baru dia, barulah kita sedar. Macam mana kita rasa annoying adik lelaki kita yang kadang tu tudung kelepet pun sibuk je nak tegur, nanti kalau tetibe dia pun keluar dari rumah kita ni, baru kita sedar, the relationships we shared. 

Sebab dah sah-sah dalam IC kita sama nama bapak, dalam surat beranak, nama ibu yang lahirkan tu sama, dan dalam IC memang alamat pun rumah yang sama. Bond tu, takde siapa sesuka hati boleh nak share dengan kita melainkan dia adik beradik sedarah sedaging kita. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...