Total Pageviews

Tuesday, 8 September 2015

Sweet Escape to South Korea Part 1: Planning

Dah lama sebenarnya nak share trip yang aku buat dekat setahun lepas ke Korea. haha.. tapi, sampai sekarang, abru jari ni rajin nak menulis.. Actually, last year, kira dalam tempoh setahun yang lalu, memang aku rajin je memenuhkan cop dalam passport aku tu. haha.. 

The first trip that I went was to South Korea, specifically, Busan and Seoul. Trip ni, aku pergi berdua je dengan ibu aku. haha.. Girls punya outing~~~ Aku beli tiket pun, takdelah murah sangat, dan takdelah mahal sangat. But still, bolehlah~~~

Ada banyak je options flight yang kita boleh naik untuk ke bumi Korea ni. Kalau jenis tamau sempit2 naik budget airlines, silakan naik Korean Air ataupun our beloved Malaysian Airlines. Macam aku, AirAsia je, sebab tight budget! haha..

Nak plan ke negara orang ni, yang mana kita tak familiar, memang agak mencabar sebenarnya. Kita kena tahu the flow dari kita turun kapal terbang nanti, sampailah kita naik balik kapal terbang nak balik Malaysia ni. How I did it? Mudah je, google siap-siap.. haha..

We need to understand, eventhough not many Koreans can speak English fluently, the directions and signage given there are all accompanied with English. So, takde masalah pun sebenarnya, cuma, kenalah rajin membaca. Bukan baca komik sambil jalan-jalan, tak! Rajin-rajin baca signboard, jangan jadi buta peta, rajin-rajin rujuk guidebook. 

Seoul terutamanya, memang bagi aku mempunyai system rangkaian keretapi bawah tanah yang paling complicated yang pernah aku pergi. Dengan berbelas lines yang dia ada, lepas tu, every maps you came across akan lain-lain, maksudnya, map yang kita tengok dekat station, akan lain dengan map yang kita tengok dekat hotel, dalam guidebooks mahupun di internet. Pelik, tetapi benar. Tak faham aku macam mana peta untuk satu rangkaian yang sama, boleh ada pelbagai. Bagi aku, setiap peta tu, sesungguhnya memberitahu cerita yang tersendiri. Jadinya, kalau benda yang sama, represented by different maps, meaning, dia represent benda yang berbeza-bezalah, bukan sama. Tapi, itu yang buatkan benda tu jadi lagi complicated. 

But, I stick to one reference only. Macam Seoul ni, dia ada official guidebook yang boleh je di download siap-siap sebelum ke Korea, ataupun dah sampai nanti, ambil je dekat airport tak pun hotel yang kita menginap. Macam aku, aku nak plan itineraries, memang download dah pun siap-siap. Sebab, guidebook dia ni, lengkap kot! Dia describe every district in Seoul siap dengan attractions. Ada suggested itineraries lagi! Plus, entrance fees and operating hours untuk setiap attractions tu, turut diberitahu. So, senang gila kot nak plan itineraries. Aku ikut je yang dia suggest tu. haha.. 

Bila nak pergi? Macam aku dulu, aku memang plan nak pergi elok balik dari Edinburgh, dan kebetulan, ibu aku pun pencen, so, sama-sama nak berjalan, cari ketenangan. Sebab tu, we went on September, which is, not the best time to visit Seoul, since, you know, it's early autumn for God's sake! Hujan ok! haha.. A friend of mine, pergi masa spring, precisely on April, which I think the best time to visit Korea. Sebab? Dapat tengok sakura banyak-banyak. Plus, masa ni, banyak gila festival! So, sangatlah happening! Kalau pergi masa winter, I think, South Korea sangat-sangatlah sejuk masa winter. Dan summer, will be too hot for us to handle. Sebab panas diorang lain macam. haha.. Kita Malaysia, panas, ada jugalah rasa angin, lepas tu, takde direct sunlight, negara dia? errr...

Travel means? Kalau jenis macam aku, yang suka je naik public transport, silalah. Dan, unlike ours, dan seperti negara-negara maju yang lain, public transportation di negara Korea ni, sangatlah reliable. Punctual ok! Dan, no worries kalau terlepas ke apa, tak payah tunggu half an hour, dua minit je the next subway dah sampai. 

Dan, disebabkan aku decide to visit both Busan and Seoul, I need to travel between the two cities. Ada beberapa cara untuk travel antara dua bandar ni, iaitu, by flight, train, buses or drive. And, I choose, naik train!!! Aku sangat suka naik train~~~~ And, we can choose three types of train to travel between those two. Paling laju, moderate, and paling slow. Takdelah slow sangat, dalam 5 jam je.. Yang paling cepat tu, dua jam lebih. So, up to you, nak plih yang mana, tapi, bare in mind, the price difference is, very huge!!!!!

Ok, apa lagi yang aku plan eyk sebelum ke Korea? Ahah! Accommodation! Disebabkan aku pergi dengan ibu aku yang dah pencen, makanya, tak berapa sesuailah untuk aku menginap di hostel macam yang selalu aku buat masa travel dulu kat UK. So, I choose budget hotel/guesthouse instead. Satu aku nak pesan, pilih hotel yang lokasinya korang suka, meaning, dekat dengan segala yang korang nak explore. Dan, perlu diingatkan, hotel di Seoul, memang rata-ratanya sempit, muat-muat je dengan orang yang nak duduk dalam tu. Tapi di Busan, memang sangat-sangat luas! 

So, that's all for now. Next post will be me flying to Busan already~~~ haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...