Total Pageviews

Thursday, 6 October 2016

PhD Life Prolog: Is it that Hard that People Angry at Those yang 'Tipu' PhD?

Salam and hai semua. Fuh.. Fuh... Habuk.. Sawang.. Lama tak menaip, kaku pulak jemari ni nak tekan2 huruf bentuk frasa yang selalu aku guna dekat blog ni. For the past 1 year, sibuk dengan my research work, terkejar sana, terkejar sini. Mana nak kena baca paper lagi. Tulis paper lagi. Kutip data lagi. Proses data lagi. Analyse data lagi. Belum masuk pergi conference sana sini jaja research, dapatkan peer reviews. Jerih2.. And baru2 ni, somehow aku terkejut bila dekat facebook penuh timeline kawan2 share segala macam tentang 'Tipu PhD'. Tertarik, aku pun terklik salah satu link. Owkey....

Logically speaking sidang jemaah sekalian (eh?), kenapa nak insist on something yang kita tak ada? Aku kadang pelik dengan manusia ni. Penting sangat ke kau nak title tu dekat pangkal nama kau sampai kau sanggup nak menipu bagai? Well, aku tak nak cerita pasal bab ni sebenarnya cause people will bash me nanti. Malas sebab we all know memang ramai je yang G-Pang ni kan, even masa kita sekolah dulu pun memang ada kawan dekat sekolah yang segala macam jawatan dia nak. lol.. 

I'm writing this to share my journey as a MSc. holder and a person who's doing a research work right now at a university. Panjang description. Pandai2lah korang interpret. haha.. Well, let me start with kenapa ramai academician yang bangkit marah pasal kes 'tipu PhD' ni? Mudah, the struggle, the life that came with it. Segala macamlah. Is definitely real. Tak pernah aku rasa aku dengar PhD holder ni yang tak menangis. And yet, some people boleh senyum lebar, jual nama, tipu yang dia ada PhD, jual kenkonon knowledge dia.. Well.. Kat situ kita dah boleh nampak dah sebenarnya. I never mingle with mereka yang tipu qualifications ni, so I never know. But, I do know the struggles of people obtaining the postgraduate qualifications, bukan PhD je, MSc pun sama je dia punya struggle, nak2, coursework. Orang kata research lagi payah, tapi for MSc, coursework lagi susah. Why? Aku akan story dekat paragraph lepas ni. 

I'll start with the struggle for MSc. by coursework students. Dear people, you need to respect mereka yang ambil MSc. by coursework ni lebih dari by research. Why? Simple. They learnt so much in less than a year. Kes aku, aku ada masa lapan bulan saja, nak belajar more than 10 subjects, belum masuk dissertation lagi. Tu yang aku rasa sedih bila jumpa orang yang perlekeh orang macam aku ni yang buat coursework. Korang ingat sama macam undergrad ke? Attend lecture, buat assignment, jawab exam, dapat degree. Dear people, waktu undergrad bolehlah buat perangai cenggitu. Master buat macam tu, memang kau bakal dapat postgrad diploma jelah jawabnya, silap2 langsung tak dapat apa-apa qualification, bazir duit, bazir masa je. 

Let me tell you one thing, my first assignment kat sana, aku dapat markah 40 je. Ok. EMPAT PULUH. Ada Chinese tu, memang Chinese mainland, dia dapat 19 SEMBILAN BELAS. Kitorang dua kena panggil menghadap ketua jabatan masa tu sebab kebetulan dia memang sangat biasa dengan Asian students ni. And apa dia kata, "I don't want something that I've gave you on class. Give me something else.". Dan bukan takat dia seorang, semua cakap benda yang sama. They insist yang mereka pun academician, nak belajar. So how? Dengan membaca kita punya assignment, final exam. Sebab tu mereka sangat2 nak idea yang fresh yang dia tak pernah terlintas. Tu belum masuk masa final exam kau kena bagi citations lagi tu. Melampau tak melampau? Citations ok. Dahlah satu hal kau kena study theory, lepas tu baca paper yang lecturer kau tak pernah mention dalam class, kau kena ingat siapa yang tulis segala macam tu lagi! Tak ke melampau namanya tu? 

Sebab tu aku kata, you need to respect mereka yang buat coursework ni. Orang sibuk kata tak nak buat coursework sebab tak nak ambil exam dah. Bagi aku, tak payah cerita pasal exam, kau nak attend lecture tu pun boleh ketaq lutut dah belum masuk blur tak hingat dunia kalau malam semalam kau lupa nak buat revision topik yang akan lecturer kau cover hari tu. Dengan assignment dia tak pernahnya nak tanya direct questions, pusing sana pusing sini, sampai pening. Oh, lagi satu. Kalau kat Malaysia, ramai je yang suka copy paste sana sini, kat sana kau buat macam tu, silalah angkat kaki keluar dari university tu. Dia kira macam crime sebenarnya. Bukan takat kau kena rephrase ayat tu, kau kena tulis argument sendiri berdasarkan apa yang kau rephrase tadi tu. Bukan tiru bulat2 arguments dia. Tu memang mengundang. 

Masuk bab research work, kira yang MSc. punya dissertation tadi tergolong dalam yang ni. Ini part yang akan ada satu tahap tu kau rasa kau sangat bodoh. Kau rasa kau nak quit. Kau rasa kau nak beli tiket balik Malaysia, tamau dah study! Inilah tahapnya. Aku ingat lagi masa aku buat dissertation dulu, universiti tempat aku belajar, for defense proposal, mereka prepare a MSc. GIS conference untuk kita present project plan kita kat situ. So, bukan setakat classmates dan lecturers yang akan attend, ada macam2 jenis orang termasuklah mereka dari industry. Dah memang macam gaya kau buat PhD dah rasa. Tu baru defense. Perjalanan research tu sendiri, memang perit sebenarnya. You'll lost track of time, tak sedar malam ke pagi, yang kau tau, kerja jalan. Tu yang macam aku kata kadang sampai ke Subuh aku duduk kat computer lab siapkan kerja. Mujur aku dapat supervisor yang baik. Aku ingat lagi waktu bulan puasa, masa tu summer, memang tak ingat masa, tak sedar dah malam ke hape. Tapi, nak dijadikan cerita, waktu berbuka puasa dah masuk. SV aku excited nak betulkan itu ini lagi, sudahnya aku pun tak makan. Tiba2, dia stop, dan tanya aku, " Don't you have to break your fast, Nabilah?". Aku hanya mampu ukir senyum dan kata aku ok. Dia pun, terus ajak aku pergi makan, buka puasa, siap suruh aku pilih lagi mana aku nak makan. haha.. Eh, macam dah lari topik pula. Anyway, apa aku nak cerita is, how hard it is buat research ni sampai masa pun kita boleh lupa.

And now, here come the part yang kasi nangis tu. For the past 1 year, 3 masuk masa aku buat master dulu, aku rasa tak kurang 20 kali aku punya air mata tumpah tanpa sebab. Adakala ia jatuh bila kau rasa kau langsung takde progress. Kau rasa kerja kau macam tak gerak2. Dan bila jadi macam tu, kau akan tiba2 boleh alami panic attack, nak2 kalau kau tersedar, dah lama kau tak ziarah supervisor kau. Ada masa kau rasa maca kerja kau langsung tak berbaloi dan kau akan pertikai, kenapa kau buat kerja ni. Tu yang buat kau sangat paranoid dengan diri kau sendiri. Kau akan rasa kau tak bagus. Kau akan rasa kau bodoh. dan bila kau tengok orang lain punya kerja, kau akan rasa macam research kau layak masuk tong sampah. Tu yang buat ramai nak quit, ramai nak lari and all. Belum masuk research tu menjelma jadi macam2 masuk dalam mimpi kau buat kau akan sentiasa standby laptop kat tepi kau in case terjaga pukul 2-3 pagi, ilham datang, terus je buka laptop, type. 

Masuk bab kau kena tulis paper, attend conference. Apa ingat tu semua mudah ke? Cakap memang senang, tapi nak menulis tentang academic ni, boleh makan masa sampai 2-3 bulan tau. Tulis tu satu hal, kau hantar paper tu, kena reject lagi! Masa tu kau akan rasa betapa membazirnya usaha kau selama 2 bulan tu untuk tulis paper tu. Kalau tak kena reject pun, reviews yang kau dapat, memang selalunya akan menjatuhkan moral kau. Then, about conferences. Tak pernah aku jumpa postgrad students yang tak nervous nak bentang dia punya paper dekat conferences. Macam aku cakap tadi, yang attend tu bukan takat kau punya kawan2 dan colleague, ada prominent professors dari dalam dan luar negara, industries' key players yang mereka punya stares tu, boleh kasi kau ketaq lutut walhal mereka pandang kosong je kat kita. Macam baru ni, aku attend satu international conference. Mula aku memang tak nervous, tak takut apa sebab it was my third conference dah. But, the moment I saw the hall, aku dah, "Woah!", tiba2 je jadi takut. Then, aku pergi amek teh secawan, minum nak hilangkan nebes kononnya. Tapi, dah terdengar pak cik-pak cik yang attend tu sembang pulak. And, they're from industries! Macam2 diceritanya sampai aku jadi semakin takut. Bila giliran nak present semakin hampir, semakin aku seram. Sampai apa yang kawan aku cakap, semua aku tak dengar. lol.. Masa present pun, dia punya nervous, tahap gaban sampai satu tahap, aku terasa sangatlah bodoh sebenarnya kalau nak compare dengan mereka yang ada kat depan tu. Dan sesungguhnya, masa tu baru kau akan sedar yang kau rupanya ada stage fright. 

Sama macam coursework study, buat research ni memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari kita. Tak boleh nak 99%. Kena 150%! Masa nilah kau akan diuji dengan pelbagai dugaan dan godaan dari macam2 pihak. Member ajak lepak kau terpaksa tolak. Parents ajak teman pergi pasar kau terpaksa cari alasan untuk tolak. Sedara mara ada kenduri kau terpaksa tak datang. Kau scroll timeline instagram mahupun facebook, kau nampak kawan2 post gambar diorang travel, nak2 kalau tempat tu memang kau nak pergi, kau akan digoda untuk terus buka website skyscanner, nak beli tiket. Tapi, elok kau jumpa tarikh yang tiket tu murah, saka research kau datang dok sebelah. Terus kau tutup website skyscanner tu dengan hampanya. Macam2. 

Dengan kau punya supervisor kadang boleh jadi sangat menyeramkan. Aku pernah dapat supervisor yang kau kena hadap dia every week, tunjuk kau punya progress, dan kalau dia tak puas hati, tadahlah telinga kau dengan bebelan berbentuk perlian yang kasi hiris kau punya hati tu. Aku pernah dapat supervisor yang sangat2 baik sampai aku rasa kami buat dissertation tu sama2 sebab dia memang duduk sebelah aku everytime I do my work, sampai classmates aku masa tu semua kata, "Nabilah, you don't have to do what he asked. Sometimes supervisor think we can do everything. Just say no. We don't have time for this.". Tapi memandangkan supervisor tu tersangatlah baik, sebab dia rajin hantar aku balik hostel kalau dah discussion tu lanjut ke subuh, aku ikutkan je rentak dia. Hasilnya pun ok. Aku dapat 70 ok for my dissertation which is really good sebab 70 considered as very good already and hard to achieve kalau kau punya arguments dalam thesis tu tak lengkap. Supervisor aku sekarang, very cool punya orang. Takde requirements untuk aku menghadap dia tiap minggu, dan takde pula dia pilih untuk work tersangat close dengan aku. Tapi, dia akan pastikan kerja aku jalan. Sangat2 push for publications and conferences supaya research aku dikenali untuk orang dalam industry. Tu yang buatkan aku terkejar sana terkejar sini, malam aku tak sedar dah berlabuh, siang aku tak sedar dah menginjak. 

Komitmen.. Komitmen.. Komitmen.. Kalau ikutkan, banyak lagi aku nak sembang pasal komitmen, tapi nantilah. Mungkin akan aku buat satu post tentang itu sahaja. Panjang sebenarnya nak cerita pasal PhD ni. Orang boleh perlekeh itu, perlekeh ini, kata budak yang buat PhD ni malas kerjalah, takut nak masuk industrilah, tadah duit BR1M(?????), itulah, inilah.. Sorry people, they're people who work in government sectors yang jawatan dia pegawai penyelidik. Kerja dia? Sama macam research student ni. Brainstorm proposal, design methods to tackle your objective of study, turun field kutip data, proses your data, analyse it and buat satu chapter tentang findings tu, tulis paper, attend conferences. Sama je. Tapi kenapa yang pegawai penyelidik tu takde pulak orang kata takut masuk industry and all? Bukankah we work for the industry already. Most of the PhD study yang aku nampak, memang sangat align dengan apa yang industry nak. Sebab supervisor kau memang akan tekankan yang ni, even untuk proposal kau diterima, kau kena mention which NKRA yang kau tackle sebenarnya. Beza PhD student dengan mereka yang jadi pegawai penyelidik ni, is that, we'll be getting a ceritificate nanti once we completed our research work, while the pegawai penyelidik akan dapat gaji every month. Tadah duit BR1M? Well, I'm afraid banyak yang minta tu orang yang dah masuk industry sebenarnya. Jarang aku dengar colleague aku cerita pasal BR1M ni. Kawan2 yang dah masuk industry adalah. Mungkin yang tadah BR1M tu mereka yang tak dapat apa2 scholarship and loan kot. Entah. 

Aku memang banyak lagi nak story, tapi cukup takat ni je kot. Bukan aku nak riak ke apa, aku just nak cerita pasal kepayahan buat postgraduate study ni yang ramai sangat orang perlekeh. Aku rasa memang kita ni dah diakhir zaman sebab manusia dah berani memperlekehkan ilmu, dan juga ilmuwan. Aku jadi takut dengan yang itu. Ilmu tu datang dari Allah, dan nabi juga amat cintakan ilmu. Kenapa kita nak perlekehkannya? I hope no one offended reading this post, if you are, I deeply apologise for that. But, if you read this, I bet you're not offended sebab kalau tak, baru first paragraph kau dah tutup. Buat apa nak membazir your 10 minutes reading benda yang kau tak suka? Baiklah tengok video artis kegemaran kau dekat youtube. lol. Wassalam. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...