Total Pageviews

Thursday, 17 November 2016

7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Salam dan hai. Alhamdulillah dapat nak curi masa sikit sebelum sambung tulis paper yang kengkonon nak dihantar ke journal (walaupun tahu will be rejected.. lol). So, hari ni, result UPSR keluar katanya. Jadinya, aku nak throwback 14 tahun dulu boleh tak? haha.. tak tak tak.. Takde makna aku nak ber'throwback' bagai. Dah tua dah pun. Malah apa sangat dibanding apa yang aku dapat 14 tahun dulu dengan yang budak sekarang ni. Dulu senang je nak dapat A tu aku rasa. Sekarang makin susah kot. System dah berubah. Manusia makin pandai. etc.. etc..

Jadinya, aku ambil keputusan untuk share the next step lepas kita dapat result UPSR kita tu. Straight A's dapat dah. So, what's next? Pizza Hut? KFC? TGI Fridays? Fish Market? Tu korang claim dengan parents masing2, dan parents pun, jangan kedekut sangat boleh? Korang yang beria suruh budak tu belajar, hantar tuisyen sana sini dari diorang umur 4 tahun. Kalau subjek yang tak dapat 100 korang marah bebudak tu. Ni diorang dah dapat straight A's, reward them. Ingat senang ke nak live to expectation? 

Ok, cukup bebel-bebel. Point kat sini, aku nak cerita tentang one of the choices that can be considered after a good UPSR's result. Apa dia? Sila tengok tajuk. SBP. Ya. Sekolah Berasrama Penuh. Aku rasa, kalau dah result gempak tu, takkan nak terperap dekat sekolah biasa kan? Kenalah berlagak sikit pergi sekolah yang terer sikit. Terer ke pun? So here, aku listkan 7 perkara yang korang perlu tahu tentang SBP sebelum korang kesana atau to parents, hantar anak korang kesana. 

1. Competition yang sangat tinggi tahap langit ke tujuh

Mind you, kalau kau tu dapat masuk SBP sebab kat dapat straight A's, orang lain pun sama. Bukan kau je yang dapat semua A kat sekolah tu. So, mohon jangan nak berlagak sangat ingat kau je pandai, orang lain tak. In fact, kau akan dapat kawan2 yang diorang pun masa sekolah semua pakat pengawas, ketua pengawas, penolong ketua pengawas bagai. Jadi kau bayangkanlah. Kalau dulu kat sekolah rendah, pengawas tu kira paling pandai punya budaklah tu kan? Jadinya, budak2 ni semua sekarang kumpul di satu sekolah. Can you imagine? Bukan takat tu, kau akan juga dapat kawan yang lagi special, contoh dia tu best student seluruh daerahlah, negerilah, negara? Kau? Cuma among the best students dekat sekolah kau je pun. Dan juga, kau akan dapat kawan2 yang lagi terer tahap gaban bila dia ada boleh offer something extra. Contoh, dia tu one of the best chess players kat Malaysia, pemain golf wakil negeri ke, etc etc.. Kau bayangkan, can you live with all these people? Dulu kau rasa kau paling terer, tapi sekarang, kau akan duduk bukan takat belajar, makan tidur semua dengan mereka yang lagi terer dari kau! Well, mungkin ada yang kata aku exaggerate, tapi ini memang betul. Ya, ada je mereka yang sama macam kita, tapi kau bayangkan dulu kau kat sekolah dapat nombor satu je memanjang, kalau ada enam puluh orang yang dulu pun selalu dapat nombor satu, kau rasa? Macam aku dulu, konon macam terer, in the end, aku selalu je dapat nombor 60. Dah kalau masing2 markah dekat2, sama je, macam tulah. Yang top 10 tu selalu je berubah2 sebab competition sangat2 tinggi kot!

2. Kau bukan takat belajar ikut buku, kau belajar tentang hidup

Kalau nak belajar untuk dapat straight A's untuk PMR dan SPM, tak payah kot aku rasa kau nak go through the competition's hell. Baik kau pergi je sekolah menengah yang dekat dengan rumah kau. Kau masih lagi akan dapat nombor satu. Kau boleh jadi pengawas. Kau boleh jumpa parents kau hari2. Boleh pergi tengok wayang on weekend and all. Tapi, di SBP ni, kau bukan hanya akan belajar ikut buku. Malah ada ramai je yang dalam kelas tidur tak ingat dunia. Tapi, dekat SBP ni, kau juga akan belajar how to live your life, bukan pada masa tu, tapi masa depan. Dia akan prepare kau untuk be independent, make your own decision, takdelah semua kau kena tanya parents kau je memanjang. After all, hidup kita, kita yang punya. Dah kenapa kita nak orang lain yang decide kan? Jadinya, hidup di SBP ni memang akan lead kau kearah itu. How? Sometimes, akan ada events kat sekolah, dan selalunya ia akan organised by the students themselves. Ikut nasiblah kau batch mana. Macam sekolah aku dulu, Hari Guru, totally pengawas yang kena. Kalau ada Malam Pancadelima, selalu form 4 yang kena organise. Macam2 lagi. So, benda2 macam ni akan ajar kau benda yang akan kau kena buat sepuluh tahun lagi bila kau dah mula bekerja.

3. The Hectic Schedule

Jadual padat sangat. Kalau kau rasa kau tak boleh nak hidup kau orang atur dari kau bangun tidur sampai nak tidur balik, don't bother go to SBP. Sebab, memang itu hakikatnya hidup kat SBP ni. Kau akan dipaksa untuk bangun awal untuk pergi solat Subuh jemaah di surau. Kalau kena giliran kau untuk baca Maathurat, lagi awal kau kena bangun. Kalau lambat, ada jelah denda yang menanti. Jap lagi aku cerita bab denda2 ni. Lepas solat, kau akan kena pergi dewan makan, breakfast. Ikutlah nak terus pergi makan ke, nak naik dorm kejap siap2 pakai baju sekolah semua baru gerak ke apa. Tapi itu rutinnya. Lepas sarapan, kau kena laju2 pergi sekolah, roll-call pagi. Sekolah aku dulu, dia punya mengada, siap kena kawad pagi2. Tak ke annyoing? Roll-call ni biasa baca doa, ada pengunguman sikit2, nyanyi lagu sekolah bagai masa perhimpunan mingguan je, roll-call takde. Lepas roll-call, ada lagi satu part yang annoying dimana pengawas akan check kau punya pemakaian. Ni aku cerita kejap lagi dia punya tahap kenyampahan tu! Then, masuklah kelas. Belajar macam sekolah biasa. Lepas tu, dalam pukul 1.30 macam tu, tamat dah kelas semua, kau kenalah pergi solat Zohor sebelum pergi dewan makan balik untuk makan tengahari. Kau sama sekali tak boleh masuk asrama masa ni sebab kunci pun asrama tu. Kau kena pergi sekolah balik, prep petang. So, prep ni kira kau siapkanlah segala kerja sekolah yang kau dapat hari tu, atau gunakan masa tu untuk tidur. Kadang2, ada sekolah yang petang tu sambung belajar. Ikutlah macam mana. Habis prep, pergi surau balik untuk Solat Asar sebelum kau naik dorm, tukar baju untuk riadah pulak. Sebelum riadah, jemputlah minum petang dulu dekat dewan makan terchenta tu. Lepas riadah, selalu sampai pukul 6 macam tu, kau boleh terus naik dorm mandi dulu, siap2 untuk prep malam pulak, pergi dinner, atau kau juga boleh terus dinner dulu, baru naik dorm siap2. Lepas tu, macam biasa, solat maghrib, then pergi prep malam sampai pukul 10.30. Habis prep, solat isyak jemaah lagi, pergi dewan makan, supper, naik dorm. Lepas tu barulah aktiviti bebas. Masa nilah kau nak bergosip ke apa. Atau, kau tidur jelah! Sebab pukul 11.30 dah kena light-off. Esok kau akan ulang balik jadual yang sama. Tapi, waktu weekend lain. jap lagi aku cerita. 

4. Pemakaian yang sangat2 strict

Bab pemakaian amat dititiberatkan oleh mana2 SBP pun, sebab kan kengkonon SBP ni ditubuhkan untuk lahirkan pemimpin. So, mana boleh pemimpin selekeh kan? Aku mulakan dengan pakaian sekolah. Sama macam sekolah lain, tapi dia punya extra tu banyak. Macam aku yang perempuan ni, banyak yang extra sebenarnya. Aku mulakan dari atas, iaitu tudung. Sekolah aku, tak taulah siapa punya idea, wajib pakai jarum ok kat tudung! Menyampah gila aku! Aku selalu pakai waktu nak kena check je lepas roll-call, lain aku cabut! Tudung pun, dia kena labuh sampai siku, sebab tak nak kasi nampak dada, ni aku tak kisah sebab aku memang tudung tak reti nak pakai yang pendek2. Kau wajib pakai ID card, instead of lencana dan tanda nama. Aku tak tau apa function ID card tu, nak pinjam buku kat library pun aku tengok manual je sistem. Lepas tu, kasut. Sekolah aku perempuan wajib pakai heels, at least 1-inch. Ni aku bengang gila! Konon pengetua masa tu kata nak kasi posture badan cantik masa jalan. Bagi aku, sakit ok kaki! Aku bantai langgar je peraturan yang satu ni (eh?). Dan, aku rasa yang ni normal kot, kau wajib pakai kain dalam, singlet, kuku kena pendek semualah. Ni baru pakaian sekolah. Untuk riadah, of course pakai baju riadah, untuk prep malam, kau jangan harap kau boleh pergi prep pakai seluar. Memang taklah. Baju kurung, atau jubah. Busuk je aku rasa masa aku sekolah dulu. haha.. Dan, kau akan ada baju yang khas untuk outing, balik bermalam, dan baju batik rasmi. Annoying kan? Why not they let us wear what we want? Kita nak balik rumah pun! Tapi, ni hakikatnya. Masa aku sekolah dulu, aku ada baju batik rasmi, blouse rasmi, baju kurung rumah sukan, tshirt rumah sukan, tshirt rasmi sekolah (yang ni ada 3 tak silap). Serabut kan? 

5. Hari Minggu yang amat Ditunggu Ramai

Macam biasa, hari minggu, siapa tak suka kan? Sebab dua hari nilah jadual dia lain, tak ketat sangat macam on the weekdays, terutamanya Sabtu. So, aku mulakan dengan Sabtu. Rutin bangun pagi sampai sarapan tu masih sama. Yang bezanya is selepas itu. Lepas kau breakfast, kau kena pegi prep pagi, sampai pukul 11. Lepas tu, baru bebas sampai malam. Masa yang semua orang tunggu dah tiba! Apa? Tengok TV! Yalah, lima hari kau tak dapat tengok TV, sabtu ahad, merasalah kau tengok apa benda yang tengah tayang kat TV tu. Ahad pula lain, lepas breakfast, kau akan dikerah untuk gotong-royong bersihkan asrama. Adalah yang kena pergi bersihkan bilik bacaan, bilik tv, etc etc. Dan, untuk yang kena kemas dorm tu, macam biasa, buanglah sawang, cuci tingkap dan.. Jeng jeng jeng.. Cuci tandas. Tapi aku rasa sebab masing2 tahu kot, and sense of belonging tu tinggi, seingat aku, proses cuci tandas tu takdelah menggelikan langsung. Sebab tandas tu memang bersih pun. Mungkin itu salah satu sebab program gotong royong ni diadakan. Yalah, kalau kau tak nak kerja susah masa weekend tu, jangan beria buat kotor isnin sampai jumaat tu, ye tak? Ok, lepas gotong-royong, aktiviti bebas sementara menunggu untuk prep malam. Selain dari tengok tv, selalu waktu ni akan diisi dengan gosip yang tak sudah ataupun tidur yang panjang tak nak bangun2 dah. 

6. Outing dan balik bermalam

Outing ni adalah istilah yang digunakan untuk kau dapat keluar ke bandar. Ni ikut sekolah tu punya rules. Macam sekolah aku, perempuan outing Jumaat, lelaki Sabtu. Ada sekolah yang gilir2. Sabtu pertama dan ketiga perempuan, kedua dan keempat lelaki. Ikutlah. Tapi aku dulu, sangatlah jarang nak ke bandar. Sebab parents aku memang dah cukup dah segala macam diorang belikan. Tambahan pula, duit diorang bagi ngam2 ok sampai aku nanti nak naik bas balik rumah dari pekeliling. Mana aku ada duit lebih nak berouting bagai ni. Selalu yang pergi outing ni, diorang go to eat KFC lah, pergi beli biskutlah.. Macam2.. Ada juga yang jadikan outing ni untuk berjumpa kekasih hati. lol.. Itu pasal setengah sekolah asing2kan waktu outing untuk lelaki dan perempuan. Untuk balik bermalam pula, selalunya pada awal bulan dan juga cuti panjang. Aku jarang juga balik awal bulan tu, sebab dua hari je kot cuti. Baik tak payah kan? Tapi, itu jelah masa yang kau ada untuk jumpa dengan parents kau, disamping diorang akan datang ziarah kau. Aku dulu malang banyak. Sebab Kebetulan masa aku kat asrama dulu, abang aku nombor 3 pun tengah study dekat UiTM Melaka. Adik aku dekat MRSM KKB. So, parents aku kena gilir2. Tapi, sebab aku paling jauh, (masa tu highway mana ada! Ikut jalan lama je), giliran aku selalu tak sampai2. haha.. 

7. Denda dan juga Hukuman

Ok, bab ni agak scary nak cerita sebab ianya memang beza ikut sekolah. Aku cerita sekolah aku punya hallah ya? Ok, denda ni dia varies dari yang ringan, sampai yang menyakitkan. Yang ringan2 macam kena berdiri atas kerusi, berdiri tengah panas, kutip sampah keliling sekolah etc etc. Upgrade satu anak tangga, tapi dapat tambah pahala kau is, denda baca surah Sajadah, bila kau lambat ke surau untuk Solat Jemaah, atau kau ditangkap solat dalam dorm. haha.. Tapi, ada je yang kena sebat sebab ni. Ikut nasib2lah. Pandai buat, pandailah simpan. Pastikan yang dalam dorm kau tu takde yang skema. Macam dorm aku dulu, semua sempoi je. Takde pun yang reti nak pergi report ke apa. Tu yang tak pernah pulak kena tangkap solat dalam dorm tu. haha.. Ada satu hukuman paling scary sekali, iaitu kena libas tapak tangan kalau kau tak dapat A dalam mana2 subjek. Ni, sekolah aku je kot? Aku rekod paling banyak kena sembilan kali. Tu pun dah minta diskaun tu dengan pengetua. Patut aku kena lapan belas sebab aku dapat G untuk Kimia, Bio dan Add Math. haha.. Dan yang bestnya, kau akan kena rotan depan kawan2 satu batch kau semua. Seram tak? Bukan takat tu, kalau time tu kau agak malang, angin pengetua tu lain macam, dia takkan benarkan korang yang gagal tu outing atau balik bermalam. 

Ada banyak lagi yang aku nak share tentang the reality hidup kat SBP ni. Tapi aku rasa yang 7 ni paling utama, yang buatkan hidup di SBP ni lain dari sekolah biasa. Dan, hidup macam nilah yang alhamdulillah, jadikan aku, aku yang sekarang. Kalau nak cerita bab yang seronok, terlalu banyak. Lepas 7 benda yang menyeramkan ni, after all, the memories yang kau dapat sebab 7 benda ni yang matters. Benda ni yang kau akan kenang sampai bila2, dan kau akan boleh cerita dengan kawan2, dengan adik2 etc.. Dan, sebab benda ni semua, bonding yang kau ada dengan schoolmates kau, bukan hanya limited pada kawan yang kau paling rapat je. Kau kalau jumpa schoolmates yang lain batch pun, boleh je selamba berborak bagai walau dah lama tak jumpa, tanpa rasa awkward pun. Dan, kawan2 yang kau dapat masa kat sekolah tu dululah, kawan yang kalau kau boleh call, ajak lepak je terus. Dan, bila lepak, kau punya sembang, sampai tak reti nak balik rumah langsung. Itu yang seronoknya hidup di asrama ni bagi aku. 

1 comment:

  1. Seram pulak dgr cerita akk ni. Esok Saya nk masuk asrama dh. Semoga semuanya baik baik dan dipermudahkan segala urusan. Thanks for sharing the experience with us.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...