huhu..belum dapat agreement MARA lagi, aku dah siap apply VISA~~haha..mati aku kalau orang MARA mengamuk nanti~~haha..the thing is, aku nak cepat..tamau extra charge for priority punya application..cukuplah aku kena pow USD492..yup..USD492..convert to MYR, lebih kurang 1500-1600 macam tulah..haha..so, aku nak story pasal aku apply VISA ni..
memandangkan, aku akan belajar di UK more than 6months, adalah diwajibkan untuk aku apply VISA..n, dalam aku punya offer n CAS letter memang dah suruh aku apply visa..jenis VISA bagi student macam aku ialah: TIER 4 (GENERAL) STUDENT..dan memandangkan aku ditaja oleh MARA, maka aku apply for TIER 4 (GENERAL)(SPONSORED) STUDENT..siapa yang pakai duit sendiri, tak payah letak SPONSORED tu..
so, basically, after aku dok godek2 UKBA punya website, n tanya kawan2 yang dah selamat kat sana, aku pun apply VISA ni..mula2 kena tahu, starting on akhir tahun lepas rasanya, MALAYSIA dan listed as LOW-RISK COUNTRY..apa tu?? maksudnya, mana2 student malaysia yang nak apply visa to uk, dan bakal menuntut di HIGHLY TRUSTED SPONSORS punya university, tak perlu nak submit any docs yang sebelum ni diwajibkan...mana nak tau HIGHLY TRUSTED SPONSORS tu, check this link out: http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/documents/employersandsponsors/pointsbasedsystem/registerofsponsorseducation ..insyaAllah keluar list uni yang termasuk..
btw, even malaysia masuk dalam low risk countries, still, sebab kita punya negara banyak kes TB, diwajibkan siapa2 yang nak fly, buat TB SCREENING, then submit the TB CERTIFICATE masa kat VFS..aku dah story pasal TB SCREENING ni in my previous post..kalau siapa yang nak tau, kindly refer to this post: http://senaakaba21.blogspot.com/2013/06/road-to-edinburgh-part-9-medical-check.html
so, dah tau semua tu, sebelum apply, oleh kerana aku ni sangatlah pelupa orangnya, aku pun siap readykan docs yang diperlukan kat sebelah aku macam:
- DEBIT CARD or CREDIT CARD untuk pembayaran nanti..sekarang ni, UKBA suruh bayar online je..bukan macam dulu boleh buat bank draft, etc..nanti kejap lagi aku story macam mana..
- Passport (kalau ada yang lama, pun readykan)
- CAS Letter..yang penting kat sini, CAS number, uni punya license number,
- Gambar VISA..
dah ready semua benda ni, baru aku apply..dengan lafaz bismillah, aku pun buka website UKBA (https://apply.ukba.homeoffice.gov.uk/iapply.portal), aku klik icon APPLY ONLINE..then, dia suruh aku find forms yang aku nak apply..tanya aku, "awat hang nak pi UK??".." Hang pi sorang ka, apa??"..then, keluarlah tier 4 general punya form..aku pun isi ikut dia punya arahan..haha..banyak part application form dia..sampai pasal involvement in crime pun ada tanya..haha..semua aku letak 'no' je..senang..haha..ada pasal travel history..mujur aku takdelah selalu sangat holiday to obersee..haha..kalau tak, jenuh penuh column..haha..
dah siap isi, dia akan suruh kita buat payment online..yang ni, aku pakai mak aku punya debit card..haha..aku pun ada, tapi duit takde dalam tu..camne nak bayar??haha..aku try bayar sekali, dia kata payment failed!!!!haha..pelik aku..then, aku called maybank..tanya kenapa..then, dia suruh aktifkan for international transaction (ATM PLUS)..haha..dah siap bayar, aku pun print online application form aku..
then, dia akan suruh download checklist..dalam guidance checklist tu ada bagitau apa lagi kita kena buat..so, the next step is APPENDIX 8 SELF ASSESSMENT..dimana, benda ni takde online..kena print sendiri, then isi manually..basically yang ni tanya pasal kita nak study apa??kat mana??macam mana dapat offer from that uni??ada duit tak??sapa sponsor??benda2 macam ni.. yang ni, better isi ikut guide dari pihak uni sendiri..macam aku, aku isi based on Uni of Edinburgh punya guide..ni pun, uncle google tolong aku,.haha..
then, dah siap isi semua, aku pun book 4 appointment..ni pun kena buat atas talian..aku booked for today iaitu 23/07/2013..haha..masa 11.30 am..yang online appointment ni, kena buat kat VFS punya website: http://www.vfs-uk-my.com/..vfs ni ialah center buat visa kat malaysia ni..uk, aussie semua dia handle..
so, for appointment, jumaat lepas lagi aku dah siap readykan semua yang perlu dibawa..dia akan kasi tau after kita dah booked appointment..vfs akan kasi appointment letter..dalam tu, dia listkan benda2 yang perlu kita bawa..basically:
- Passport
- Previous passport
- Printed Online Application Form
- Guidance Checklist
- Appendix 8
- CAS
- TB Certificate
so, tadi, lepas hantar aku punya anak sedara pergi nursery dia, aku terus gerak pergi WISMA MCA kat JALAN AMPANG..tempat terletaknya vfs ni..as usual, jalan ampang, pernah ke tak jammed??haha..the best part, aku terlajak dah sampai kedutaan punya area tadi..u-turn balik..haha..wisma ni sebelah menara citibank..aku ikut jalan yap kwan seng, senang..dari rawang, straight sampai jumpa pwtc, masuk jalan tun razak, masuk kiri to jalan yap kwan seng..then, sampai hujung jalan, amek kiri jugak..kalau kanan pergi british council..terus ke KLCC..so, amek kiri..sampai bangunan tu, aku park kereta, then, naik ke tingkat 19..
nak masuk VFS, siap kena scan bagai..haha..gaya macam aku bawak apa je..haha..beg tinggal luar..mujur aku memang tak bawak beg..haha..sian amoi2 yang bawak handbag tu..handphone kena off..bukan silet, ok..OFF!!!then baru dia kasi masuk..dia kasi aku nombor, 49 after check nama aku ada tak dalam appointment list..
supposedly my appointment pukul 11.30, tapi dekat pukul 12, barulah aku dilayan..haha..brader counter tu minta aku punya docs semua..n, sebab aku punya uni HTS, aku tak payah submit any docs..tapi agak lama dia check docs aku tadi..plus, dia pelik dalam CAS aku tulis THE UNIVERSITY OF EDINBURGH..tapi, dalam list tu takde THE..tu pun boleh jadi isu tadi..aku dah cuak dah..tapi, oleh kerana aku bawak je semua docs, maintain cool dekat counter..haha..dekat 10 minit jugak dia check aku punya docs semua..haha..the best part, aku lupa nak fotostat TB CERTIFICATE aku..kena dah charge 40sen..chet!!!!after dia cop semua, dia suruh aku duduk tunggu for biometrik..
haha..ni part kelakar..boleh aku tak sedar aku dok sebelah AC MIZAL tadi!!!!haha..aku tengok jam, pandang screen yang tulis nombor tu banyak2 kali sampai bini AC perasan aku tengok dia..sumpah masa tu, aku tak tengok langsung dia..n, tak perasan pun..cuma aku ada kutuk je dalam hati, "rambut nak karat".."aww ke mamat ni??"..sebab aku dengar dia punya suara, sumpah lembut!!!haha..bila dia pergi kat kaunter for aussie, baru aku perasan..haha..diorang nak g sana kot??haha..n, most of the people kat situ, tak kenal pun dia sebab mostly kat sana are chinese..kalau ada melayu pun, semua rasanya set2 yang tak kasi anak tengok astro 104 kot..haha..
ok2..case closed..nak story pasal biometrik pulak..ni, maknanya kena scan all 10 fingers yang aku ada..mula2 4 jari..then, ibu jari..haha..masuk2, dia suruh pandang camera kat siling for 10 seconds..bukak specs ok~~haha..then, scan jari jemariku..dah siap, dia suruh duduk, amek gambar..then, siap, dia kasi aku resit..dia kasi tau, nanti check online..dah siap belum..then, bagitau 5-10 working days akan siap, insyaAllah..
alhamdulillah, VISA dah settle..lepas ni, boleh dah booking ticket..sekarang nak tunggu MARA punya agreement je..settle semua, tenang aku nak raya ni..haha..