Total Pageviews

Tuesday, 23 July 2013

ROAD TO EDINBURGH PART 10: VISA TO UK

huhu..belum dapat agreement MARA lagi, aku dah siap apply VISA~~haha..mati aku kalau orang MARA mengamuk nanti~~haha..the thing is, aku nak cepat..tamau extra charge for priority punya application..cukuplah aku kena pow USD492..yup..USD492..convert to MYR, lebih kurang 1500-1600 macam tulah..haha..so, aku nak story pasal aku apply VISA ni..

memandangkan, aku akan belajar di UK more than 6months, adalah diwajibkan untuk aku apply VISA..n, dalam aku punya offer n CAS letter memang dah suruh aku apply visa..jenis VISA bagi student macam aku ialah: TIER 4 (GENERAL) STUDENT..dan memandangkan aku ditaja oleh MARA, maka aku apply for TIER 4 (GENERAL)(SPONSORED) STUDENT..siapa yang pakai duit sendiri, tak payah letak SPONSORED tu..

so, basically, after aku dok godek2 UKBA punya website, n tanya kawan2 yang dah selamat kat sana, aku pun apply VISA ni..mula2 kena tahu, starting on akhir tahun lepas rasanya, MALAYSIA dan listed as LOW-RISK COUNTRY..apa tu?? maksudnya, mana2 student malaysia yang nak apply visa to uk, dan bakal menuntut di HIGHLY TRUSTED SPONSORS punya university, tak perlu nak submit any docs yang sebelum ni diwajibkan...mana nak tau HIGHLY TRUSTED SPONSORS tu, check this link out: http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/documents/employersandsponsors/pointsbasedsystem/registerofsponsorseducation ..insyaAllah keluar list uni yang termasuk..

btw, even malaysia masuk dalam low risk countries, still, sebab kita punya negara banyak kes TB, diwajibkan siapa2 yang nak fly, buat TB SCREENING, then submit the TB CERTIFICATE masa kat VFS..aku dah story pasal TB SCREENING ni in my previous post..kalau siapa yang nak tau, kindly refer to this post: http://senaakaba21.blogspot.com/2013/06/road-to-edinburgh-part-9-medical-check.html


so, dah tau semua tu, sebelum apply, oleh kerana aku ni sangatlah pelupa orangnya, aku pun siap readykan docs yang diperlukan kat sebelah aku macam:


  1. DEBIT CARD or CREDIT CARD untuk pembayaran nanti..sekarang ni, UKBA suruh bayar online je..bukan macam dulu boleh buat bank draft, etc..nanti kejap lagi aku story macam mana..
  2. Passport (kalau ada yang lama, pun readykan)
  3. CAS Letter..yang penting kat sini, CAS number, uni punya license number, 
  4. Gambar VISA..


dah ready semua benda ni, baru aku apply..dengan lafaz bismillah, aku pun buka website UKBA (https://apply.ukba.homeoffice.gov.uk/iapply.portal), aku klik icon APPLY ONLINE..then, dia suruh aku find forms yang aku nak apply..tanya aku, "awat hang nak pi UK??".." Hang pi sorang ka, apa??"..then, keluarlah tier 4 general punya form..aku pun isi ikut dia punya arahan..haha..banyak part application form dia..sampai pasal involvement in crime pun ada tanya..haha..semua aku letak 'no' je..senang..haha..ada pasal travel history..mujur aku takdelah selalu sangat holiday to obersee..haha..kalau tak, jenuh penuh column..haha..

dah siap isi, dia akan suruh kita buat payment online..yang ni, aku pakai mak aku punya debit card..haha..aku pun ada, tapi duit takde dalam tu..camne nak bayar??haha..aku try bayar sekali, dia kata payment failed!!!!haha..pelik aku..then, aku called maybank..tanya kenapa..then, dia suruh aktifkan for international transaction (ATM PLUS)..haha..dah siap bayar, aku pun print online application form aku..

then, dia akan suruh download checklist..dalam guidance checklist tu ada bagitau apa lagi kita kena buat..so, the next step is APPENDIX 8 SELF ASSESSMENT..dimana, benda ni takde online..kena print sendiri, then isi manually..basically yang ni tanya pasal kita nak study apa??kat mana??macam mana dapat offer from that uni??ada duit tak??sapa sponsor??benda2 macam ni.. yang ni, better isi ikut guide dari pihak uni sendiri..macam aku, aku isi based on Uni of Edinburgh punya guide..ni pun, uncle google tolong aku,.haha..

then, dah siap isi semua, aku pun book 4 appointment..ni pun kena buat atas talian..aku booked for today iaitu 23/07/2013..haha..masa 11.30 am..yang online appointment ni, kena buat kat VFS punya website: http://www.vfs-uk-my.com/..vfs ni ialah center buat visa kat malaysia ni..uk, aussie semua dia handle..

so, for appointment, jumaat lepas lagi aku dah siap readykan semua yang perlu dibawa..dia akan kasi tau after kita dah booked appointment..vfs akan kasi appointment letter..dalam tu, dia listkan benda2 yang perlu kita bawa..basically:


  1. Passport
  2. Previous passport
  3. Printed Online Application Form
  4. Guidance Checklist
  5. Appendix 8
  6. CAS
  7. TB Certificate
Then, bawaklah docs lain yang bukti kita dapat CAS tu macam mana..aku bawak aku punya offer letter, degree certificate, degree transcript, financial affidavit from MARA even dia tak minta pun..but, in case dia nak, aku ada je boleh kasi tunjuk..

so, tadi, lepas hantar aku punya anak sedara pergi nursery dia, aku terus gerak pergi WISMA MCA kat JALAN AMPANG..tempat terletaknya vfs ni..as usual, jalan ampang, pernah ke tak jammed??haha..the best part, aku terlajak dah sampai kedutaan punya area tadi..u-turn balik..haha..wisma ni sebelah menara citibank..aku ikut jalan yap kwan seng, senang..dari rawang, straight sampai jumpa pwtc, masuk jalan tun razak, masuk kiri to jalan yap kwan seng..then, sampai hujung jalan, amek kiri jugak..kalau kanan pergi british council..terus ke KLCC..so, amek kiri..sampai bangunan tu, aku park kereta, then, naik ke tingkat 19..

nak masuk VFS, siap kena scan bagai..haha..gaya macam aku bawak apa je..haha..beg tinggal luar..mujur aku memang tak bawak beg..haha..sian amoi2 yang bawak handbag tu..handphone kena off..bukan silet, ok..OFF!!!then baru dia kasi masuk..dia kasi aku nombor, 49 after check nama aku ada tak dalam appointment list..

supposedly my appointment pukul 11.30, tapi dekat pukul 12, barulah aku dilayan..haha..brader counter tu minta aku punya docs semua..n, sebab aku punya uni HTS, aku tak payah submit any docs..tapi agak lama dia check docs aku tadi..plus, dia pelik dalam CAS aku tulis THE UNIVERSITY OF EDINBURGH..tapi, dalam list tu takde THE..tu pun boleh jadi isu tadi..aku dah cuak dah..tapi, oleh kerana aku bawak je semua docs, maintain cool dekat counter..haha..dekat 10 minit jugak dia check aku punya docs semua..haha..the best part, aku lupa nak fotostat TB CERTIFICATE aku..kena dah charge 40sen..chet!!!!after dia cop semua, dia suruh aku duduk tunggu for biometrik..

haha..ni part kelakar..boleh aku tak sedar aku dok sebelah AC MIZAL tadi!!!!haha..aku tengok jam, pandang screen yang tulis nombor tu banyak2 kali sampai bini AC perasan aku tengok dia..sumpah masa tu, aku tak tengok langsung dia..n, tak perasan pun..cuma aku ada kutuk je dalam hati, "rambut nak karat".."aww ke mamat ni??"..sebab aku dengar dia punya suara, sumpah lembut!!!haha..bila dia pergi kat kaunter for aussie, baru aku perasan..haha..diorang nak g sana kot??haha..n, most of the people kat situ, tak kenal pun dia sebab mostly kat sana are chinese..kalau ada melayu pun, semua rasanya set2 yang tak kasi anak tengok astro 104 kot..haha..

ok2..case closed..nak story pasal biometrik pulak..ni, maknanya kena scan all 10 fingers yang aku ada..mula2 4 jari..then, ibu jari..haha..masuk2, dia suruh pandang camera kat siling for 10 seconds..bukak specs ok~~haha..then, scan jari jemariku..dah siap, dia suruh duduk, amek gambar..then, siap, dia kasi aku resit..dia kasi tau, nanti check online..dah siap belum..then, bagitau 5-10 working days akan siap, insyaAllah..

alhamdulillah, VISA dah settle..lepas ni, boleh dah booking ticket..sekarang nak tunggu MARA punya agreement je..settle semua, tenang aku nak raya ni..haha..

57 comments:

  1. assalamualaikum,

    i nak tny.u pny visa application xperlu financial statement ke untuk state berapa jumlah yang mara taja? thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tak submit any supporting docs pun sebab edinburgh listed as HTS..only TB Cert je plus application form with appendix 8..

      Delete
    2. Hi, tthanks for info. Nk Tanya, you punya visa dah dapat? Sbb I plan nk apply visa without FA jugak. Dah mintak kt Mara tak dapat2..

      Hopefully your semua ok..

      thanks

      Delete
    3. dah dapat..isnin lepas i pergi amek..tak kasi pun FA even i bawak je pergi vfs tu~~

      Delete
    4. Hi, congratulations sbb dpt sambung belajar.

      I nak tanya, kiranya ngam2 15 hari lah visa you siap?

      Delete
    5. mine tak sampai 15 hari pun..i submit on 23/7..31/7 check, die dah suruh collect..

      Delete
    6. Oh, okay, thanks ya! I sebenarnya takut visa i tak sempat siap. Hehe. Anyway, best of luck! :)

      Delete
    7. sempat je..insyaAllah..u fly bila??

      Delete
    8. I tak beli tiket lagi. Submitted my application on 15/08. But still status dia "under assessment at visa section".

      Delete
    9. next week dapat tu..sekarang kan macam ramai je nak fly..bz..sebab tu lambat sikit kot..jangan risau..beli je tiket dulu..

      Delete
    10. Tu la. InsyaAllah harap2 dapat. :) Thanks ye.

      Delete
    11. No prob..I pun tgh risau agreement xdpt lg ni

      Delete
    12. Kak sy akan ke UK inshaAllah this September. Blh bagi ur email? Atau whatsapp numbr. Badly need your help. Tak paham nak buat Visa. Thanks. May Allah bless

      Delete
    13. Sorry. Feel free to email me at ayysh_phantome95@yahoo.com
      Thanks :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Nak tanya you apply MARA bila and berapa lama dorang bagi response. ie: suruh ambik psikometrik test
    And you dapat result daripada dorang tahu dari mana eh? Online or dorang contact?
    Saya dah hantar borang dekat dorang, anxious nak tahu how it works. Haha, anyway terima kasih for sharing your experience. It is very enlightening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i takde hantar borang..my application is fully online..so, result semua pun tahu online..psikometrik test pun, online check..tunggu mara update system, then boleh check..kalau yang hantar borang, serious i tak tau procedure dia macam mana..sorry~~

      Delete
  3. assalamualaikum cyg..nak tya..cam ne nak aktifkan international transaction (ATM PLUS) tu ye?? akak pakai debit card maybank jgk..thankz ye sudi share info ni..akak x wat pa pe pn utk visa ni lg..br g BTN je last week ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat dekat atm machine..masukkan kad bank -> atm plus -> x ingat dah~~haha..kalau susah sangat, called je maybank customer service mintak diorang aktifkan~~
      btw, am attending btn rite now~~huhu

      Delete
  4. oh..ok dear..thankz for the info ^_^ enjoy ur btn ^_^

    ReplyDelete
  5. Hi nak tanya do u have any idea how much kena bayar if nak visa cepat? Sbb uni i tak hantar lagi cas statement, so i tak boleh nak proceed my visa. Appreciate your help very much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm392 kot..dapat dalam 3-4 working days..

      Delete
    2. Thank u so much for the info. Ur blog entry really helped me a lot. N lotsa new info i got. Thankss!!!

      Delete
  6. salam , hai. saya ada bg email kat awak, nak tanya regarding post ni, leh check ? TQ dear:)

    ReplyDelete
  7. hai. firstly, congrats sbb da buat visa :)

    btw nak tanya, utk cas tu, cane dia isi u pnye given name/family name? dlm i pnye draft cas dia tulis my fullname dkt line "family name". dkt "given name" tu die x tulis pape. sepatutnya dkt family name hanya nama bapa je kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. edinburgh punya cas sangat simple..takde pun family name, given name bahai..die just tulis NAME (AS STATED IN PASSPORT): our full name plus binti terus..

      Delete
  8. Untuk apply VISA, kena ada unconditional offer dulu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada CAS letter from uni, means, memang kena dapat uncond dlu, baru pihak uni akan issue CAS letter kepada kita..UKBA dia nak CAS tu yang penting~~~

      Delete
    2. VISA tu berapa lama proses ya

      Delete
    3. 1-2 weeks..tak ingat..boleh try check dekat web vfs

      Delete
  9. kak nak tny guidance checklist tu apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu nanti masa apply visa, dia akan suruh download sekali. Kira macam checklist kita punya application tu

      Delete
  10. Hi lahnahar,:-) I'd like to ask you, tentang visa ni. I've got the unconditional offer from edinburgh, ECA without submitting IELTS. They asked me to prove that my programme during studying bachelor was taught in English, so I sent the confirmation letter from UiTM to edinburgh. Bila nak check dokumen yg perlu untuk apply visa, drg nak IELTS report. Rasanya kena ambil IELTS juga ka? TQ. Why others need to prove IELTS whereas I didnt but got the unconditional offer. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. visa tu depends on uni punye decision..kalau uni kata boleh waive ielts, visa akan ikut.. i'm not sure yg latest requirement ni (sekarang bukan vfs kan yang uruskan visa? dah tukar kan?).. tapi, masa saya, edinburgh uni listed as trusted sponsors.. means, mana2 uni yang listed as trusted sponsors, applicant tak perlu nak submit ielts, and few more docs..btw, for visa, they want cas letter not unconditional offer letter.. sebab cas tu yang memang menunjukkan uni dah confirm ada tempat untuk kita study kat sana..

      Delete
  11. Hai. I just nak bagi update. This one suitable for self funded student.

    Last time i consult under mabecs, they said I need to have some 'financial requirement' ie 'cash in your bank account' that can be proved you boleh stay UK more than 6 months baru VISA lepas. So they gave me pdf file stated;

    Financial Requirement (effective 1 July 2014)
    For course more than 6 months,
    In London : £9180
    Outside London : £7380

    You must show you held the required funds, in relevant account, for a minimum of consecutives 28 days, ending no more than 1 month before your visa application.

    You punya process macam senang sikit sebab under tajaan MARA so maybe pejabat visa tak doubt that's why process took only 15 days or less..and bayar for only RM400

    Anyway, good luck in your studies and prospective 2014 students! :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, I nak tanya, masa nak isi visa application yang online tu, dia akan tanya tak bila flight kita ke sana and alamat tempat tinggal disana? sebab saya tak sure lagi nak bertolak bila sebab tak beli flight ticket lagi and tempat tinggal kat sana pun tak settle lagi.

    thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan tanya assumption date untuk bertolak.. but, visa tu dia akan buat backdated 1 month macam tu..tak payah risau sangat.. just masukkan date dalam offer letter tu..
      and, alamat tu, kasi je alamat uni..

      Delete
    2. btw, biasa every uni akan ada manual how to fill the visa application form.. try google and ikut je semua steps yang dia tunjuk..

      Delete
  13. Okay thank you so much! and lagi satu, kan masa akhir akhir sem kan ada kena buat dissertation, rasanya necessary tak nak bawak printer sendiri dari Malaysia ni? ke kat sana printing murah and senang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dissertation, not sure.. diff course, laen.. erm, tak payah bawak printer.. macam edin uni, student dapat print free..

      Delete
  14. salam, saya nak tanya. macam mana nak claim balik eh duit visa dekat mara? sebab masa dah bayar online dekat website uk visa tu dia takde pun bagi any receipt. cuma dia tulis status dah bayar je dekat application kita. sebab mara kata dia nak original resit untuk claim duit visa. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa? masa saya, mara tak tanggung visa cost.. resit, nanti masa awak buat visa tu, dia akan kasi.. simpan resit tu..

      Delete
  15. Salam katne nk print guidance checklist ngan appendix 8 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa apply visa tu, nanti ada keluar menu for print appendix 8 tu..

      Delete
  16. salam

    sy akn smbg pngjian dis comng sept and got fully spnsored..tp sy blm trima offcial letter dr pihak pnja and blm sign agreemt as well..so blh ke x sy nk apply visa??kita perlu bwa any supportd letter to prove that yg kita ni under spnsorshp..n lagi satu kita kn buat mdcal check up dlu kn b4 apply visa??

    hrp mndpt respons..nywy,very informtve blog..terima kasih byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, dapatkan financial affidavit from your sponsorship..
      medical check up, nanti dah apply visa online application, baru buat pun boleh..

      Delete
    2. thanks..n satu lg ap yg dmksudkn dgn inside and outsde of inner london boroughs?klu saya akn smbg di glasgow then it should be outsde right??

      Delete
    3. Yup. outside/outer london

      Delete
  17. salam..

    blh saya tahu, time buat appointment tuk visa tu kita juz kn bwk FA jek kn tuk buktikn yg kita ada sponosr..or do I have to bring other dokumn or letter tuk prove for sponsorsp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fa tu yang penting.. and cas.. tp, bawak je segala macam dokumen yg awak ada macam uncond offer, sijil2 in case diorang nak tengok..

      Delete
    2. tuk visa once kita dh apply dh xblh refund ke??

      Delete
  18. Hi.. nk tnye lah..time online application for visa tu kan..bahagian last tu ad utk points claimed..apa tu ye? xphm lah nk isi cmne..kalo x isi xpeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Put value..for CAS =30...maintenance =10 total=40

      Delete
    2. salam..pasal points claimed tu kalo saya xisi..cmne ye? xpeke..sbb dah confirm xboleh nak edit balik..ada masalah tak kalau xisi?

      Delete
  19. Thanks....ur blog memang banyak menolong sy time wat visa....hope lulus la....aminnn.....dup dap dup dap

    ReplyDelete
  20. Salam. Minta maaf tumpang iklan.
    Kepada pembaca yang ingin mendapatkan khidmat terjemahan dokumen/sijil dari bahasa melayu - inggeris boleh melayari laman web kami di
    http://terjemahantranslation.blogspot.my/

    InsyaAllah kami mengenakan caj yang berpatutan dan yang paling penting diiktiraf oleh pihak Wisma Putra dan Kedutaan.
    Terima Kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...