Total Pageviews

Thursday, 3 October 2013

ME IN EDINBURGH PART 4: HARI REHAT SAYA

haha..hari ni, puas aku jalan..bukan pergi mana pun, just saja jalan2 sebab weekend lepas aku langsung tak keluar dek kerana assignment yang bertimbun..haha..kelas aku hari ni, habis sangatlah awal, pukul 11..supposedly ada field trip, tapi oleh kerana tidak diwajibkan, aku malas nak pergi..haha..



jadinya, tadi, lepas zohor, aku jalan2 ikut je mana kaki aku bawak..haha..takde plan langsung tadi..keluar hostel, then, terus pergi hala ke holyrood park sebab malas nak pergi city..menyampah dah tengok bandar..haha..



hari tu, aku dah pergi holyrood park ni, tapi, hari ni, aku pergi the opposite direction..n, tak sangka, banyak jugak benda boleh tengok..haha..keliling holyrood park tu, ikut queen's drive..haha..nampak ada satu binaan..aku ingat istana lama yang dah runtuh..haha..rupa2nya, St. Anthony Chapel..sejarah dia panjang..malas nak tulis..haha..



then, jalan2 lagi, jumpa ada tasik..nama dia St. Margaret's Loch..santek jugak..haha..ada banyak swan..haha..ada la 15minit macam tu aku lepak tepi tasek tu..mujur tak ramai orang..mungkin sebab weekdays..ada 1 family je tadi..anak kecik2 lagi..haha..




dah puas amek gamba swan tu semua, aku jalan lagi..memang aku hari ni, langsung takde perancangan..main jalan je..haha..tiba2, dah sampai meadowbank yang biasa orang pergi naek bas..haha..bapak jauh aku jalan..kat sini, takde apa yang menarik..sebab dia just ada rumah2 orang je..



then, aku bukak apps offline map yang aku download before datang sini lagi..sebab ingat nak tengok hala ke city..sebab macam dah takde apa nak tengok dekat meadowbank tu..ingat nak jalan kat city..tiba2, bila aku zoom out map tu, nampak kaler biru..haha..kalau dekat map, kaler biru, dah sah2 water bodies..bila aku scroll lagi, confirm, laut!!!!haha..aku, dalam banyak2 kejadian alam yang ada kat dunia ni, laut #1!!!!haha..dulu masa study dekat arau, boleh kata 2minggu sekali mesti aku dengan geng aku lepak dekat kuala perlis..bukan buat apa pun..just lepak tengok laut..n, kalau family nak pergi holiday pun, memang kitorang suka pergi laut~~haha..



jadinya, aku pun melangkah ikut arah ke laut tu..haha..jalan punya jalan punya jalan, tiba2 sampai dah..haha..orang sini, mungkin tak suka lepak laut kot..haha..takde orang pun..ataupun sebab hari ni weekdays..adalah omputih tengah exercisekan anjing mereka..haha..



tenang je aku jumpa laut..hilang semua stress dari minggu lepas..kalau pandang laut lepas tu, memang kita punya fikiran jadi tenang..relaks je..rugi aku pakai kasut..takleh rendam2 kaki..haha..btw, laut kat sini dengan malaysia lain..sini takde bau masin laut tu..kalau kat malaysia, dari jauh dah bau..haha..pasir pantai sini, kaler coklat gelap..macam kat malaysia putih ada, ada yang perang..sini cekelat..air dia, subhanallah, jernih~~~tu yang sayang takleh rendam kaki tadi tu!!!!!haha..



tengah aku dok layan2 perasaan, dengar bunyi guruh kuat!!!dengan pantasnya aku cabut pergi kejar bas..haha..


5 comments:

  1. u jalan sorang ke??wahhh kagummm.kehkeh

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa..kt situ ada persatuan pelajar malaysia kan..join x?


    ReplyDelete
    Replies
    1. x join pun..my msc course memerlukan komitmen yang sangat tinggi..every week ada assignment..so, memang sangatlah tak bermasa nak berpersatuan..haha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...