The journey itself, is never been easy
Tengah-tengah proses menyiapkan tesis ni, tiba2 tergerak hati untuk menulis post ni.. Bukan sebab nak lahirkan sequel ke apa, tapi, just terdetik dihati nak share apa yag diri aku, selaku average student ni lalui, insyaAllah..
Ok, how to start this? Suddenly blur, tak tau nak start tulis post ni.. Erm, oklah, kalau anda pernah membaca coretan aku sebelum ni, yang berkisar tentang my dream, ni aku nak share, how actually it felt to be there..Ia tak semanis impian, tak seindah mimpi (ada gaya tajuk novel sharifah abu salem tak? Haha).. But, it's true though.. Tak mudah untuk aku lalui hidup aku disini, sebagai average student.. Setelah impian aku tercapai, aku ingat segalanya akan jadi smooth.. But, its never like that..
Aku bukan nak celoteh pasal suasana ke apa, yang tu, of courselah lain.. Apa yang aku nak cerita, is how I cope and endure to be here.. Menjadi seorang average student, aku taklah dikurniakan otak yang bijak pandai, laju je pick up macam yang genius semua dapat.. I need to work extra harder for this..
Bila rakan2 yang lain punya banyak je masa untuk tak terperap di sini, aku lain.. Masa aku, banyak dihabiskan di school aku berbanding dengan bersosial.. Even, most of them selalu je cakap, lama tak nampak muka aku kalau sesekali terserempak di bandar.. Malah, aku kira macam invisible je dekat sini.. Ramai yang tak kenal aku.. Tak pernah nampak aku.. Kenapa? Told you, I'm struggling to cope with all this new environment..
Pengurusan masa jadi keutamaan.. Aku susun masa aku sebaik mungkin supaya setiap saat aku gunakan, khas untuk study.. Sampaikan nak makan pun, aku rela masak dari bazirkan masa keluar beli.. Sekali sehari je aku makan bukan pasal nak jimat duit, tapi, nak jimat masa.. Kalau kira masa yang dibazirkan untuk jalan ke kedai, atau pun di dapur, masak, katakanlah, 30 minutes, setengah jam tu, better aku guna untuk revise balik segala macam yang aku blur masa dalam lecture..
Dan, memandangkan aku ni, tidak sebijak omputih lain dalam class (memang Allah dah kurniakan mereka otak yang sangat bijak pandai kan? sebab tu US tu, kuasa besar dunia.. dan sebab tu, Israel boleh rampas tanah Palestin), aku latih diri supaya tak segan nak tanya anyone kalau aku blur.. lantaklah orang nak cakap apa pun.. tapi, tulah, omputih ni, pandai macam mana pun diorang, takde pun diorang berlagak sombong dengan kaum blur macam aku ni.. haha.. sangat murah hati nak explain segala macam yang aku blur dalam class..
Bila classmates yang lain, buat assessment, dissertation semua sendiri, aku jadi tak segan untuk jadi regular dalam bilik prof kat sini.. haha.. rajin sungguh aku tunjuk muka kat diorang nak tanya itu ini.. sebab, kadang tu, aku blur dengan task yang diberi.. dan, ada masa, aku jadi confuse dengan aku punya jawapan sendiri.. tu, yang relax je aku pergi tayang muka depan diorang nak tanya itu ini.. every week, jumpa supervisor, nak tanya opinion dia tentang aku punya method bagai.. kenapa aku tak buat sendiri? sebab, aku average student.. banyak je benda yang akan kurang kalau aku buat sendiri.. in the end, markah tu yang penting.. bukan kira kita buat sorang ke tanya orang.. kan?
Aku pernah down gila sampai mengadu dekat aku punya personal tutor pasal betapa susahnya aku kat sini nak struggle.. but, his words, memang sangat2 buat aku yang time tu gelisah, jadi relax balik.. apa dia kata?
Compare to your friends in your home country, you learn a lot more than them. It's not only about getting a high marks. It's about the things you learn. If you want high marks, just stay in your home country.
Ya. Kat sini, nak jawab exam, tak boleh refer to lecture notes semata.. kalau tak, failed that paper.. dan, nak buat assessment semua, pun sama.. kena banyak refer to research journal, baru dapat markah tinggi.. tak guna kalau stick to lecture notes semata.. tapi, bukan markah tinggi yang aku nak highlight.. Its all about learning more.. sebab banyak kena baca journal, dan2 dapat top up banyak ilmu yang kurang..
Dan, the system here yang menuntut macam2 for the students to finish their assessment, macam reference, analysis rather than methods, personal opinion, critical review, tu yang buat segalanya jadi makin payah kat sini for the average student like me.. tapi, kalau fikir balik, tu semua yang akan aku guna masa aku kerja nanti.. application, critical thinking rather than lecture notes semata.. kan?
Menjadi seorang average student, memang payah.. sebab aku tidak dikurniakan otak yang bijak pandai.. tapi, I'm glad that I'm average.. sebab aku belajar untuk strive for excellent, rather than kejayaan tu datang bergolek je kat aku.. insyaAllah..
Effort never betray us, InsyaAllah
Its always worth to struggle
P/S- dan, secara tak langsung, duitku jimat banyak bila masa nak berjalan, bajet untuk makan kat kedai, dikurangkan.. haha