Total Pageviews

Sunday, 20 December 2015

Hantu Hostel

Last two weeks macam tu kalau aku tak silap, tengah dok siapkan doorgift untuk kenduri abang aku, seperti biasa aku memang akan buat kerja depan TV. Jadinya, malam Jumaat pulak tu, buka TV, tengok dekat channel 131 ada movie hantu Siam. And, tajuk dia Dorm. So, apalagi, layanlah..

Sesungguhnya aku bukanlah peminat cerita seram. Dulu masa kecik2 zaman ada keliwon bagai dekat TV3 tu, aku lari terus masuk bilik. Abang2 aku pun suka je sakat aku pasal takut. Kalau aku tengok cerita hantu, confirm sambil tu bantal dekat muka, dengar suara je. haha.. Tapi sekarang dah berani sikit dah. Sebab mungkin permainan minda kot. Dalam kepala dah fikir yang tu hanya lakonan semata2. Dulu, anggap je benda tu betul. haha.. 

Ok, back to the story. Cerita Dorm ni, takdelah aku tengok sampai habis pun sebab nak layan Juara Parodi pulak lepas tu, tapi basically cerita dia pasal hantu dekat hostel. Nak dijadikan cerita, most of the seram part tu, sebijik kot macam masa dekat sekolah dulu. Seghonok rasanya tengok. Adik aku pun dulu asrama jugak. Dahlah jadi kitorang dua dok reminiscence zaman dolu2. Mak aku dah dalam pada tu dok "eeeeee", "eeeeee".. Anak buah aku pun sama. Takut2. Sampai suruh tolong ambil air kat dapur pun berlari, takut punya pasal. haha..

Ingat lagi masa sekolah dulu, akan ada satu hantu yang aku rasa semua hostel pun ada hantu ni. Jangan nak tipu sebab kawan aku dekat SEMASHUR pun cakap sekolah dia ada. Adik aku pun sama. haha.. Hantu yang dok kira2 tu. " Satu dah tidur.. Dua dah tidur.. Tiga.. Pura-pura tidur...".. Ada tak? Aku takde pulak pernah jumpa hantu ni. Tapi tak tau apasal nilah hantu paling femes zaman sekolah dulu. 

Lepas tu, ada hantu mak cik jual nasik lemak. Kalau yang jenis stay-up sampai malam tu, tiba-tiba je ada orang ketuk tingkap. Tanya nak beli nasi lemak. Then, barulah budak tu sedar yang dia dekat floor satu kot. Datang mana orang ketuk tingkap tu? Versi ni ada banyak. Ada yang versi warden round2, ketuk tingkap, etc..

Masa aku sekolah dulu, ada satu hantu yang suka kacau orang stay-up dekat bilik study. Walaupun setiap floor sesungguhnya ada ruang legar yang boleh je nak study, tapi ada sesetengah manusia suka je menyusahkan diri sendiri turun floor bawah sekali semata nak study dekat bilik study tu. Nak dijadikan cerita, ada sorang tu, masa dia study satu malam tu, warden datang. Suruh dia balik bilik sebab dah malam sangat. Then, all of a sudden, pen dia jatuh. Dia pun, seperti norma manusia lain, akan tunduk untuk kutip pen yang jatuh tu. Guess what?? Dia tak nampak kaki pun pada warden tu. Haruslah dah cuak kan? Tapi, budak tu dengan muka yakin dan confident, kemas barang2 dia, then balik dorm macam biasa. 

Ada juga hantu yang jenis suka kacau orang dalam toilet. Ni, aku pun selalu kena, baik di sekolah mahupun di hostel. Masa prep malam, aku dengan kawan aku pergi toilet. Tengah dua2 berurusan, tetibe aku dengar ada suara orang menyanyi. Otw balik kelas tu, aku dengan kawan aku dua2 senyap je sepanjang jalan. Elok sampai kelas, dah duduk, aku tanya kawan aku, "Kau nyanyi ke tadi?" To my surprise, dia pun tanya soalan yang sama pada aku.. uuuuuuu....

Masih kisah hantu di toilet, pernah juga aku kena, paip air terbuka walaupun aku dah pun pergi tutup. Malas nak ambil port, aku terus je masuk dorm aku.. Ada kawan aku pernah kena, dia berus baju, hantu tu pun sibuk nak berus baju sama. Dia tarik sekali, hantu tarik sekali. Macam tulah sampailah dia habis berus baju dia..

Next yang paling seram is, kena tindih. Part ni, for sure semua cuak. Yelah, kau nak bangun memang tak boleh kot! Sebab macam ada benda yang tindih kau. Bukan takat nak bangun, suara pun tak keluar. Kau nak minta tolong, tapi suara macam tersangkut kat kerongkong. Ada budak dorm aku pernah kena dulu, kitorang elok bergosip tengah2 dorm, dia elok baring depan loker dia. Semua ingat dia tidur, tapi rupanya tak. Dia kata dia cuba nak bangun join kitorang gosip, tapi tak lepas.  

Yang paling seram sekali pernah aku kena ada dua. Both is masa aku form 2. Sekali tu, masa nak maghrib, sebelum pergi musolla, solat. Tengah siap2, masa tu kawan2 dorm semua depan loker, tengah ngadap cermin masing2. Kebetulan, kilat masa tu. Nak tau apa aku nampak? Ada bola api melintas dari hujung ke satu lagi hujung. Seperti biasa, kalau ada benda2 mistik ni, masing2 akan terpaku untuk beberapa second sebelum lari berkumpul. Baru kecoh. Aku dengan beraninya tengok dekat bawah katil yang hujung lagi satu tu. Takde pulak nampak anything, bekas terbakar ke apa. Seram tak???

Lagi satu is, masa aku tak balik bermalam hujung bulan. Ada junior form 1 tu kata ada darah menitik atas katil dia. Aku tak percaya. Aku cakap kat dia, mana ada hantu zaman sains ni! Mengarut! Nak tau apa jadi? Malam tu aku tidur, esok bangun pagi, elok ada darah menitik atas katil aku elok tepi kepala aku. Seram ok!!!!!! Sejak dari tu, tiap malam aku tidur, aku letak yasin kat sebelah.. Seram~~~

Ada banyak lagi kisah hantu yang berlaku sepanjang lima tahun aku di asrama masa sekolah dan 2 tahun di kolej dekat UiTM Arau. Tak ingat dah aku semua. Tapi dekat Arau jarang aku kena apa2. Masa sekolah yang macam2. Nervous je aku lima tahun sekolah dulu.. haha..

So, untuk adik2 yang berhasrat nak masuk SBP, MRSM ataupun apa2 sekolah berasrama, don't worry. Anggap je benda yang aku cerita ni sebagai satu attraction untuk korang masuk asrama. Best kot! Mana nak dapat pengalaman macam ni? And, nanti dah besar, keluar sekolah, for sure korang akan ingat benda ni sampai bila-bila.. 

1 comment:

  1. Uuu. yang kena tindih tu memang epic.
    Dorm aku masa form 2 lagi serammm. Kena tindih selang seli.
    Cam bentuk zigzag lak.
    Yang nasib baiknya, katil aku jadi blind spot masa tu. Sebelah katil kiri aku kena, bawah aku kena, sebalah katil kanan aku kena.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...