Terlalu lama rasanya dah tak update apa-apa di blog ni. Al-maklumlah, kekangan masa. Meski ramai je yang kata being a student ni takde akan boleh challenge employee yang kerja 8-5 or 9-6 or apa-apalah. But being a student, macam aku, there's no such thing as 8-5, 9-6 or any. Takde fix working hours. No holiday. At least, employee dapat rehat during night and sleep on weekend. But, not me. Itu yang blog dah lama gila tak update.
What's the point yang aku dok bebel-bebel pasal 8-5, 9-6 bagai? Senang je, nature manusia yang akan sentiasa tak pernah rasa puas dengan hidup. Jeles je dengan hidup orang lain yang pada pandangan kita nampak lagi best dari hidup kita. Padahal, hakikatnya, kita sendiri tak tau. Itu salah satu contoh yang aku nampak dalam dunia ni. Paling mudah.
Aku lepak-lepak dengan kawan2 yang dah kerja, ramai yang cakap tension kat tempat kerja. Nak berhenti. Bos tak best. Colleagues tak masuk. At one point, ada yang kata lagi rela sambung belajar balik. Me, a student, jawab balik, "Korang ingat belajar ni senang ke?" True though. Postgraduate studies ain't the same as undergrad. Masa degree bolehlah bangun lagi setengah jam class nak mula, habis class pergi tengok wayang, malam layan cerita Korea sampai pagi. Maybe, that's the student life yang orang inginkan.
Mungkin pada POV seorang student macam aku, aku akan kata they're being ridiculous. But for them, yes it is much better than kerja kat ofis macam orang gilak. But, come to think of it again, macam aku kata tadi, dah memang nature manusia takkan pernah merasa puas. Kita selalu letakkan hidup orang lain sebagai penanda aras untuk hidup kita. Kita nampak orang naik kereta, padahal kita naik komuter, kita akan kata, alangkah bagusnya kalau kita ada kereta, takdelah stuck dekat station bila train delay bagai. And then, katakanlah, bila dah ada kereta nanti, tak mustahil untuk kita yang stuck dalam jem, bila nampak ada komuter lalu sebelah, akan kata, alangkah bagusnya kalau aku nai komuter, takde stuck dalam traffic macam ni.
Kita sangat selalu akan kata, "Kalaulah.. Alangkah.. Kan best kalau.." Padahal kita tak sedar, itu semua adalah secara tak langsung dah gambarkan betapa kita ni tak reti nak bersyukur dengan apa yang dah pun Allah berikan pada kita. Kita selalu nak minta apa yang belum Dia berikan pada kita. Dan, kita selalu persoal bila Dia beri apa yang kita nak pada orang lain.
I've a friend yang ada kerja yang bagus, gaji ok, bos sangat ok, environment kerja best, tapi dia kata dia nak quit the job. And, I've a friend yang dah kahwin, dah ada anak seorang, but, she didn't has any work yet. Aku juga ada kawan yang berhenti kerja, balik kampung jaga mak dia yang sakit, and she misses her working life dulu. Hidup kita ni, kalau kita pandang keliling, kita akan nampak ramai yang lagi bermasalah dari kita. Kita selalu ingat hidup kita paling miserable dalam dunia ni. Kita ingat dalam dunia ni, kita yang paling malang dalam dunia ni.
Kita selalu ingat orang lain lagi beruntung dari kita. And we go ranting here and there tak puas hati dengan hidup kita, jeles dekat orang lain. I never a good person, but aku dididik untuk tak sesedap rasa menjaja rahsia peribadi dekat orang lain. No one ever know my life story. People might see me as orang yang takde masalah langsung, tapi mana mungkin wujud manusia yang takde masalah. After all, Allah memang akan datangkan ujian pada setiap hambaNya untuk menguji keimanan kita.
Aku belajar untuk surpress my feelings. Aku belajar untuk terima setiap yang Dia datangkan dengan redha. Kerana aku tahu segala yang diaturkan mesti ada hikmahnya. Aku didik diri untuk sentiasa bersangka baik padaNya. Benda ni, makan masa. As I grow older, dah makin tua ni, akal yang dikurniakan ini dapat berfungsi dengan baik. Mungkin apa yang datang dalam hidu aku ni, peringatan untuk aku, ataupun juga sebagai kurniaan dariNya untuk aku yang pahala tak banyak mana, dosa je bertimbun. Mana tahu kan?
Key dia, turn the negativity to positive. Stop being negative on everything. Asyik-asyik tak puas hati je. To think positif, bukan susah mana. Redha. Terima segalanya. Jangan nak pandang orang lain punya hidup sebab kita ada hidup kita sendiri. Ingat, setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, adalah pilihan kita sendiri. Setiap orang pegang hidup sendiri. Dan kita yang tentukan hidup kita macam mana. Once we made a choice, tak salah kalau menyesal, tapi, jangan sampai nak buat U-turn. Teruskan je langkah tu. Penat mana pun, perit mana pun, akan sampai juga. Sebab Allah sentiasa janjikan yang manis-manis saja untuk setiap hambaNya.
Bila kita rasa lelah, penat dengan hidup ni, menyampah dengan semua orang yang ada keliling kita, turn to Him. Sebab, Allah tak pernah nak tinggalkan kita. Dia sentiasa ada dengan kita. Kita je yang selalu nak jauhkan diri dariNya. Apa pun yang jadi, kembali pada fitrah kita sebagai hambaNya.
Hari serasa pendek sangat ,mesti kita nak banyak syukur dan insyaf atas kondisi yg telah kita terima.
ReplyDeleteThank lot to admin banyak inspirasi yg jadi tumpuan dalam menjalani musafir di dunia ni
No worries. Thanks for spending your few minutes of life reading my blogpost. I've learnt a lot. And I just want to share some of my humble thoughts with people who're willing to.
Delete