Total Pageviews

Tuesday, 6 March 2018

Travel to Japan: Why Japan?

Salam and Hi..

So, post ni ditulis sebab aku tengah menyiapkan diri untuk travel ke Jepun. Kenapa Jepun? Well, memang aku ni kipas susah mati Jdorama, manga, anime dan juga Jpop. Jdorama and Jpop are waaaaaayyyyyyy better than Kdrama and Kpop. Dikala drama Korea sibuk dengan lelaki kaya, pompuan miskin, drama Jepun dah cerita how to profile a criminal, nak bedah mayat, nak ramal cuaca and all. Aku suka drama jepun sebab dia mengajar, bukan takat bercerita.

Jpop? Well, do I ever mentioned Nishikido Ryo tu first celebrity crush aku? Aku dulu time sekolah, dahlah jarang dapat tengok tv, drama Jepun petang2 pukul 6 tu jelah yang dapat tengok. Adalah tayang 1 Litre of Tears. Terus aku sangkut dengan Ryo tu. Dari situ, kenallah Yamapi, Kame. Rajin jugak layan News, Kanjani8, KatTun.

Oh dan, aku ni sangat-sangat suka Eyeshield21. Sebab tu blog ni aku kasi nama Senaakaba21 dulu. Tu nama watak dalam manga tu. Satu lagi manga fav aku, Kekkaishi. Houi! Josu! Ketsu! Metsu! haha.. Recently, aku layan Kono Oto Tomare dan Chihayafuru. Ni serius sangat best ok!

Ok, cukup pasal tu. Sebab dah tua rasanya nak cerita pasal celebrity crush. Yang pentingnya, dari drama dan anime serta manga Jepun yang setting dia memang cantik, tunjuk diorang punya local culture, aku jadi sangat tertarik untuk belajar dan experience tu semua.

Japan is always in my bucket list. Nombor satu. Aku suka nak ke Jepun dulu instead of Korea. Tapi, apakan daya, tiket dan kos ke Jepun mahal sangat, berganda dari Korea. Tu yang aku decide untuk tangguh dulu trip ke Jepun ni. Tapi, kali ni, aku nekad je beli tiket. lol..

Next post will be how I plan my itinerary.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...