Total Pageviews

Wednesday, 27 March 2013

ROAD TO EDINBURGH PART 3: IELTS




14/3 hari tu, means, 13 hari yang lalu, aku telah amek exam ielts kt british council..haha..bayar 590..mahal gila!!! so, dengan mentaliti tamau repeat, aku study abes2an..haha..nak jawab final pun aku tak struggle macam ni..haha..everyday aku jawab test die..haha..search online test..sume r~~haha..tq to this book, banyak tolong aku study.. TARGET BAND 7



semua step and tips yang buku ni kasi, aku ikut 501%!!!! ingat sampai nak amek test~~haha..hari2 study, beb~~haha..kagum tak??sampai time break kat ofis pun, aku still study..haha..


hari amek test, meh aku story sket~~~pagi tu, bangun pagi, lepas mandi sume, dalam pukul 6.30, aku tanya ayah aku..macam mana nak pergi..ayah aku kata, dia nak hantar..so, aku kata ok..tapi, after hantar ibu n anak sedara ke nursery diorang, kat traffic light depan taman mawar, dah pukul 7.30..aku dah debar gila..finally, ayah kata, " rasanya, better awak naik motor je..kalau naik motor, lagi cepat sampai..kalau naik kereta ni, tak sempat!" n aku pun setuju je..sebab tiap2 hari pergi ofis, jem memang dahsyat gila!!! ayah pun sibuk explain pasal jalan semua..aku pun dok angguk2..padahal, nervous gila ni!!!! sampai rumah, aku terus start icon kesayangan, pecut g british council..laju gila aku bawak!!! sampai british council, pukul 8.30..patut, 8.00 dh register..tapi, dia start pukul 8.45..aku pun terus beratur nak masuk..kena simpan barang~~beg tak boleh masuk..lepas tu, amek gambar..aku rasa, ramai2 tu, semua undergrads student kot~~~muda2 je aku tengok~~haha..masuk2, cari table, atas table ada pensel kaler pink comel dengan rubber..haha..tulis IELTS lagi~~haha..n sampul surat..die suruh tulis nama n candidate number kat sampul tu..nak letak test paper kita r tu~~haha..

test ni, ada 4 section..sama macam muet..cuma bagi aku, dia better compare tu muet~~haha..1st section is listening..format dia sama macam muet..tapi, takdelah dia play cd kat laptop, letak kat belakang or depan kelas yang orang belakang tak dengar~~haha..ini, bagus punya sound system..jelas~~speaker kat tiap penjuru bilik~~haha..tak dengar, tak taulah~~haha..time practice, aku selalu je score listening ni~~tapi, entah apsal, hari tu, boleh pulak aku lupa nak korek telinga!!! banyak je soalan aku tak dengar~~haha..tapi, tq again to TARGET BAND 7, dengan tips yang dia kasi, aku praktikkan, dapat juga aku jawab..tips paling aku ingat, kalau ada repeatition or spelling, itu ialah jawapan..n kalau dia ada tekankan suara dia, itu jawapan..haha..senang tips dia~~

habis jawab section ni, die terus distribute question paper untuk reading..aku confident sikit kat reading sebab aku dah praktis banyak kali~~haha..bukak question paper, 1st article, dah macam haram susahnya!!! ada dua tiga kali aku baca petikan tu..haha..tengok jam, dah 15 minit, aku terus je tengok soalan..ubah strategi..sambil baca soalan, sambil baca petikan~~haha..scan je petikan tu..petikan no 2, senang pulak!!!! smooth je aku jawab sebab senang petikan tu..petikan ketiga, complicated sikit..tapi, sebab dah tak cukup masa, aku pakai taktik 1st tadi..baca soalan terus..hehe..dalam TARGET BAND 7, dia tak suggest cara ni..ni, cara orang yang tak reti english~~haha..n, aku ada satu story..ada sorang cadidate tu, dia salah faham..ingat ada extra time untuk transfer answer to answer sheet macam listening..tapi, reading takde..kita kena terus jawab dekat answer sheet..jimat masa..kalau tak, memang tak sempat nak transfer answer..ni, TARGET BAND 7 kasi tau aku~~haha

then, terus jawab writing test~~part ni, aku pun agak confident sebab aku kalau bab karan-mengarang ni, aku confident lebih~~haha..smooth je aku jawab..dia ada 2 karangan kena buat..summary n karangan biasa..summary, aku suka sebab macam buat analysis for tesis dulu~~haha..cuma malangnya, biasa aku tengok contoh soalan, maksimum kasi dua table..aku dapat TIGA!!!! gila r!!! tapi, aku cool je~~haha..karangan kedua, opinion..pendapat kita pasal uses and outer appearance of building..mana lagi penting~~haha..aku tak tau, apsal aku boleh pilih appearance~~haha..aku pun karang je r..masa pendek~~tulis laju2!!!!haha..

habis writing, lega sikit..tinggal speaking..tapi, speaking petang..so, ada masa nak rest sikit..aku turun bawah, makan subway je..tu je yang ada kat situ..haha..then, sempat solat sebelum naik balik nak speaking test pukul dua..naik je, aku kasi ic aku..budak tu tanya, nak masuk terus ke?? sebab aku punya invigilator dah ready..aku kata, " give me 5 minutes~~"..n, sebab kita bayar mahal dah kan??haha..dia kata ok je~~haha..masuk je bilik tu, dah ada perempuan india..haha..dia suruh perkenalkan diri..biasa punya prosedur..haha..then, dia tanya aku pernah naik bot tak??haha..aku jawab, pernah..pergi pulau kapas sebab kebetulan minggu sebelum tu, aku pergi sana dengan member2 aku..haha..then dia tanya, nak beli bot?? aku kata, aku takde duit nak beli~~haha..second section, dia kasi topik..suruh kita cakap 1-2 mins..topik SMS!!!wow!!! dia tanya apa SMS paling bermakna pernah aku dapat..dari siapa, pasal apa dan apa yang aku rasa~~haha..aku pun, goreng je~~wakaka..last section, discussion dengan dia..dia tanya pasal SMS juga..pot pet2 aku dengan dia..haha..sampai abes masa, aku pun keluar~~haha..ni part yang paling aku tak confident!!!!sebab tu aku struggle lebih dekat listening, reading n writing dengan harapan boleh cover result listening aku~~haha..

after 13 days, iaitu hari ni, result IELTS keluar~~aku debar gila!!! macam nak tengok result final~~haha..aku check online je..tak sempat ke british council lagi sebab kerja~~huhu..nanti aku update result aku~~haha..



P/S- Sorry to inform this, but I don't have the softcopy of the book anymore. Aku dah tukar laptop baru, dan documents dalam laptop lama, takde back-up. Maaf, tak boleh nak bantu sesiapa yang perlukan buku tu lagi. Mungkin boleh cari alternatif lain, macam duduk dalam mph for the whole day untuk study reference books yang ada di market. I don't think diorang kisah pun sebab aku pun selalu takde kerja, lepak dalam mph dari pagi sampai petang. haha

Sunday, 10 March 2013

THE ONE AND ONLY RED IN MALAYA


ingat lagi, ada member kelate aku pernah kata: "eleh selangor tu..orang red warriors die pun nak red jugak..RED GIANT." aku mula2 gelak sikit..budak ni..baru nak up..baru nak kenal bola malaysia..ni mesti kes tengok bola malaysia after aff suzuki 2011 ni..haha..aku tengok bola malaysia dari zaman azman adnan lagi..aku saksi keeper malaysia sumbat goal dengan relaksnye sepak bola dari goal die pegi goal lawan time sukan sea tahun berapa tak ingat..tapi keeper tu, keeper felda kot sekarang..yang rambut panjang tu..aku saksi kebalnya azmin azram abdul aziz jaga goal malaysia..aku saksi akmal rizal main power gile..aku saksi amri yahyah sumbat golden goal final piala malaysia..aku saksi jatuh bangun bola malaysia..aku tengok bola malaysia dari orang semua malas nak layan bola malaysia..

apsal aku dok cakap aku saksi itu..aku saksi ini?? ni aku just nak bagitau yang, kenyataan kawan aku, sangatlah tak berasas..yang mana dia kata RED GIANT tiru kelate..haha..as far as i concern, sejak dulu, aku rasa kelate orang panggil skuad kijang..baru 2-3 taun ni diorang kata diorang red warriors..haha..sedangkan selangor, memang dari dulu skuad MERAH KUNING atau RED GIANT..kenapa?? sebab selangor dulu, invincible..unbeatable..lawan selangor dulu, tak perak, kedah..or kadang2 kl..tu je team yang kuat kat malaysia..n, bersusun trofi yang team kami menang..kalau macam team lain, sibum dok taruk bintang kat jersi, aku rasa, kalau RED GIANT nak buat macam tu, penuh jersi dengan bintang je..haha..betapa otai dan legendnya team kami ni..haha..



ok, back to story..aku tulis entry ni pasal nak cerita yang, even orang cemuh team RED GIANT ni, kata entah pape..dah lama tak menang trofi..bagi aku, team ni merupakan team paling konsisten dalam liga malaysia..tiap2 season, mesti top3 punya!!!tak pernah jatuh!!! tu dah tunjuk betapa bagusnya team ni..memang, team lain dok menang treble bagai..tapi, tu semua sementara buat apa..contoh, kedah dulu gah dalam 3-4 tahun menang piala..team hijau kuning ni yang start pecahkan legacy MERAH KUNING..dok menang itu ini..tapi, semua tu tak lama..dan sekarang, dok dekat liga perdana..team kelate pun sama..3-4 tahun up..sekarang merosot sedikit..bukan nak bangga, tapi, hakikat..memang team kami lama tak menang piala..tapi, team kami, konsisten..macam chelsea kat epl..tak menang cup pun, still top 3..

kami hilang SAFEE SALI, SAFIQ RAHIM, AMIRULHADI, RAZMAN..ni je yang aku ingat..tapi, kami still ada skuad yang mantap..tak payah ada nama besar pun still boleh menang game..tak payah nak kata player tak serasi ke apa..kami punya player pun, baru start main sama season ni..muka baru dalam team selangor season ni, SHARBINEE, MAHALI, NASRIQ, CHRAPAN, KUNALAN, VEENOD, GURUSAMY, FORKEY DOE, RAMZUL, AFIQ, SHUKOR JUSOH, RAIMI..kesimpulannya, skuad RED GIANT season ni, memang totally berubah!!! hanya NORAZLAN, BUNYAMIN, ASRA dan AMRI muka last season..tak timbul masalah kami hilang banyak bintang..takde masalah!! Man U pun takde player star still boleh menang league..semua ni, bukan depend kat nama player tu, star ke apa..yang penting, we play as a TEAM..setengah team tu, aku tengok, main sorang je..semua nak tunjuk konon aku paling terer..aku suka komen time game RED GIANT vs kijang dulu..dia kata: " SELANGOR MAIN SEBAGAI SATU TEAM!!" aku memang sangat suka masa tu..sama dengan game JDT semalam..haha..



kami menang dengan kijang, jdt, atm yang orang dok over-rated..orang dok cemuh selangor..kalau player selangor dapat main untuk malaysia, ramai pertikai..kata fam semua orang selangor..biased itu..biased ini..tapi, diorang lupa, pengalaman yang team RED GIANT ada membuatkan player kami semua experienced..tak guna skill bagus macam mana, tapi kalau takde pengalaman main dekat international, memang tak kemana..contoh, dok kata striker pahang FAUZI apa entah tu bagus..bila panggil main untuk malaysia, tak perform..aku nak tengok time lawan yaman nanti..haha..

as a conclusion (macam buat karangan..bangga cikgu maisarah..haha), macam kat epl orang kata Man U the only red, kat malaysia SELANGOR IS THE ONLY RED!!! haha..


Thursday, 7 March 2013

GEOMATIK??? APA TU???

sempena adik2 lepasan spm semua tengah sibuk nak fikir course apa nak amek kat uni nanti, aku nak share pasal geomatik.. mungkin ramai tak pernah dengar perkataan GEOMATIK ni..mungkin ramai ingat ni ada kaitan dengan geology??? geography??? haha..salah semua!!!! geomatik, takde kaitan pun dengan silibus yang kita belajar time sekolah dulu..entirely benda yang sangat berbeza..believe me..pengalaman 4.5 years belajar geomatik, memang apa yang kita belajar masa sekolah, satu pun takde pakai lagi except maths..

geomatik ni nama international die..kalau kat oversea, memang orang panggil geomatics..tapi, kat malaysia lebih glamour dengan nama ukur tanah..still ramai yang confuse dengan ukur bahan..bagai langit dengan bumi dua bidang ni..takleh duduk satu meja pun..actually geomatik ni merupakan antara bidang yang tertua dekat dunia..kenapa??jawapannya sebab nama dia pun ukur tanah..dari dulu lagi, orang memang dah sibuk nak ukur sempadan negara bagai..sebab tu dia ilmu yang paling tua kat dunia..

geomatik ni, benda paling penting sekali..kalau geomatician merajuk tak nak buat kerja, habis projek juta2..haha..sebelum putrajaya tu jadi kompleks kerajaan macam sekarang, orang geomatik akan masuk buat pengukuran dulu..surveyor merupakan orang pertama yang masuk satu tempat untuk dibangunkan, dan orang terakhir yang akan keluar..lepas projek dah siap, surveyor or geomatician akan buat pengukuran lagi sekali..nak tengok betul tak dibina ikut plan..penting tak geomatician ni??? penting kan???

APA YANG DIPELAJARI???



ok, now, what actually yang kita akan pelajari as a geomatics student?? first, dah tentu ilmu ukur persempadanan atau dalam nama sedap dia, ukur kadaster..segala yang melibatkan sempadan kawasan, hakmilik, akan dipelajari dalam ni..kira foundation ni..tak boleh tak faham!!! basic!!! dapat tau pasal ni, nanti balik kampung, boleh dah sembang dengan pak cik2 kat kedai kopi pasal isu tanah kat kampung..dah boleh kasi pendapat pasal bab sempadan dusun atuk nanti..semua belajar kat ilmu ukur kadaster ni..



second, undang2 tanah..ni sangat relate dengan kadaster..sebab segala jenis persempadanan yang ada, refer to law yang ada dalam kanun tanah negara dan segala akta tanah yang ada dalam malaysia ni.. tak kira pasal rumah flat ke, teres ke, banglo ke..semua sempadan rumah2 ni akan diterangkan dalam undang2 tanah..n, cara pengukuran diajar dalam ukur kadaster tadi..ni, kalau tau, boleh dah tau kenapa pulau batu putih dapat kat singapore bukan malaysia even berdasarkan pengukuran, pulau batu putih hak malaysia..nak tau kenapa kita kalah?? semua ada dalam undang2 tanah ni..




seterusnya is engineering survey..benda ni, budak civil engine pun ada belajar..ni akan belajar cara-cara pengukuran bangunan, jalan, kat malaysia ni..dia kira masuk bab construction dah ni..bab sempadan, kadaster akan settlekan..


pernah dengar GPS??? dalam kereta masing2 mesti ada GPS kan?? mesti kalau nak pergi mana2, sibuk check gps kan???haa..geomatik ni akan ajar ilmu GPS ni jugak..bukan device tu..GPS actually satu procedure untuk mendapatkan koordinat satu point..ni paling senang antara semua sebab just pasang alat, tunggu dalam 15min, angkat alat, blah..haha..senang je..tapi, aplikasi dia banyak..nak ukur sempadan boleh..nak ukur apa, semua boleh~~



next is hydrography..ni kira antara yang paling menarik..pengukuran kat laut..bukan pasal sempadan je yang akan dipelajari kat sini, even pasal nak cari penyu dalam laut pun akan guna ilmu ni..pelantar minyak tengah laut tu, korang ingat dia buat macam mana?? tq to surveyor, pelantar tu ada..surveyor akan survey mana ada minyak, cari suitable site..masuk buat pengukuran semua kat mana nak pacak tiang semua..then, baru pelantar dibina..ni semua kerja geomatician..


selain tu, akan ada photogrammetry..ni pula pengukuran dari kapal terbang atau heli..gambar udara satu kawasan akan diambil, lepas tu akan diproses buat peta topo ke..macam2 boleh buat..konsep yang sama untuk ilmu remote sensing..ni amek gambar dari satellite or kapal terbang juga..samada pakai laser or radio waves..tapi, output still sama..image yang akan digunakan untuk proses buat peta ke..or untuk planning lain..zaman sekarang, orang guna remote sensing untuk check temperature, untuk monitor tanaman, kesuburan tanih dan macam-macam lagi..nak tau macam mana?? ambil jurusan geomatik ni..nanti belajar macam mana..remote sensing ni, antara bidang paling menarik dalam geomatik ni..sangat menarik..


my most fav in geomatik is GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM or GIS..ni kira complimentary dengan remote sensing tadi..after data dah dapat dekat remote sensing, biasa orang akan proses untuk kegunaan pihak GIS pulak..GIS is basically satu system untuk manage database yang berjela..selain manage, data2 akan dimanipulasi atau dianalisis untuk lain2 kegunaan..sebagai contoh, budak delivery pizza or mcd tu..diorang akan deliver ikut route yang paling dekat..so, GIS akan tolong diorang cari shortest route untuk diorang sampai rumah orang yang order tu..dalam GIS ada banyak lagi aplikasi lain..macam nak analyze probability untuk tanah runtuh ke..semua akan dibuat dalam GIS..ni dengan remote sensing antara bidang yang sekarang ni paling demand kat dunia..bukan malaysia je..dekat dunia..n, ini pun antara bidang paling best dalam geomatik sebab deal dengan teknologi..kalau ada je yang korang tak puas hati pasal system kat dunia ni, GIS boleh tolong improve..contoh, kalau tak puas hati jauh sangat nak pergi sekolah, GIS akan tolong cari site baru nak buat sekolah..kalau jusco tiba2 kata nak buat mall baru, GIS akan tolong cari mana nak buat mall baru tu..ni semua GIS yang buat..

basically, ni semua yang akan dipelajari oleh seorang penuntut geomatik:
  1. Ukur Kadaster
  2. Undang2 Tanah
  3.  Ukur Kejuruteraan
  4. GPS
  5.  Hydrography
  6. Geodesy/ Astronomy
  7.  Photogrammetry
  8. Remote Sensing
  9. Geographical Information System (GIS)
CAREER


antara kerjaya paling common apabila habis belajar geomatik ialah menjadi seorang land surveyor..ni paling normal.. refer to my previous post pasal how to be a license land surveyor..semua dah explain kat situ..buka firm sendiri is the target of this type of graduate yang pilih surveyor as their career..


seterusnya, menjadi seorang hydrographer..ni kerja dengan petronas or mane2 oil & gas company cari minyak kat tengah laut tu..ni paling orang kejar..bukan pasal apa, gaji masyuk yang ni..kerja atas laut 6months, gaji macam orang kerja kat darat 3years..haha..banyak sangat!!! sebab tu biasa orang hydro, kerja kejap je..max 10taun, lepas tu, stop..


boleh jugak nak kerja dengan mana2 development or construction company..kerja sama juga macam surveyor..ukur tanah..ukur bangunan..tapi, takde title Sr kat pangkal nama macam surveyor..just surveyor biasa..


bagi yang minat RS boleh jadi Data Editor..kerja senang je..data yang dapat tu, edit and classify jadikan output contoh nak jadikan land use map ke..

boleh juga nak kerja as GIS analyst or engineer..ni kerja macam yang aku terangkan tadi..sama je..analyze segala apa yang ada..n come out with the solution..kalau ada yang power sikit, diorang akan build a new system..


kerjaya terakhir is of course, lecturer or cikgu..ajar ilmu yang belajar masa zaman uni, share dengan student semua..kalau cikgu, boleh apply jadi cikgu geografi..kalau lecturer, pilihlah bidang yang nak diajar..


CABARAN BELAJAR GEOMATIK

geomatik punya student, adalah antara yang paling takde life..haha..gurau je..life still ada..tapi, sebab banyak sangat yang kena belajar, banyak sangat teori dan praktikal, boleh gila jadinya~~haha..

teori dan praktikal, balance dua2..sama penting..nak faham teori, kena pandai praktikal..nak reti praktikal, teori kena master..advantage amek geomatik ni..tak abai mana2..balance..

sebabkan praktikal sangatlah banyak, jadinya, kulit muka akan berubah warna sebaik habis belajar..haha..masa sem2 diploma dulu, ada kena praktikal dari pukul 11 sampai 6 petang untuk 4 subjek berbeza..haha..praktikal dia, kena turun site..haha..dok ngukur tengah panas tu..kalau degree akan ada survey camp..ni paling best..sebab masa ni semua akan jadi zombie atas site..bayangkan, turun site pukul 8 macam tu..stay sampai petang..masa aku, kena buat kat klebang nan sahara tu..haha..


ENTRY REQUIREMENT

macam mana nak tau anda sesuai tak untuk course ni???takde apa2 subjek khusus pun untuk diambil masa spm..ada je member tak amek add math, masuk course ni..ramai je student tak amek geografi masuk course ni..so sebenarnya, takde syarat khusus nak masuk geomatik ni..cukup dengan minat sahaja..tu je..

nak apply geomatik ni, ada dua cara..samada lepasan spm atau matriks..kalau spm, amek diploma in geomatik..ada dua uni yang aku suggest which are UiTM and UTM..dua2 bagus..kalau lepasa matriks, boleh apply degree in geomatics..

kalau siapa nak further overseas pun boleh..kalau kat luar, selalunya bawah faculty civil or geoscience..just check it out..

KESIMPULAN

geomatik merupakan antara cabang paling menarik untuk dipelajari..banyak benda yang best boleh belajar..nanti boleh cerita kat adik2 pasal satellite..boleh cerita kat atuk pasal sempadan..so, mari ramai2 amek geomatik..

ROAD TO EDINBURGH PART 2: MARA CONVERTIBLE LOAN




part 2 ni, aku nak story pasal aku dah apply MARA LOAN..huhu..loan pun takpe, asal dapat fly ke EDINBURGH..

dari hari ahad camtu, dekat website MARA dah tulis yang pinjaman pelajaran program pascasiswazah luar negara akan buka on the 5th..so, aku pun dah get ready dengan segala dokumen aku..btw, last monday aku dah amek aku punye transcript..official punya!!! haha..skrol tak boleh amek lagi, kena tunggu konvo..so, takpelah.. transcript pun, ok..aku scan transcript, aku scan aku punya kenyataan tamat belajar uitm..get ready for the 5th..

5hb, beria aku tunggu..bilalah nak bukak ni..then, the fb page cakap, ada technical prob..so, diorang akan buka on the 6th..keciwa dah aku~~haha..tapi, takpe..demi EDINBURGH, akan aku usahakan..haha..the, semalam, dapat dah aku apply loan..tapi, the application is too simple..i mean, TOO SIMPLE!!! just isi info je..tak payah attach bukti kite punya result or what not..ceh!! biar betul..but, still, aku isi je tanpa banyak bunyi..karang asyik komplen je, nyampah plak orang MARA tu..haha..



application diterima, insyaAllah before end of april, aku akan dapat jawapan sama ada aku layak atau tak dapat loan tu..moga2 dapat..i wanna go to EDINBURGH sangat2..kalau tak, baik aku further kat sini je..tak payah susah2..

but, studying overseas had been my greatest dream ever..walaupun tak pernah aku bermimpi nak further kat scotland nuu..tapi, asalkan die overseas, aku suka je!! haha..

hopefully everything will be fine and smooth..n hopefully, next september, i will be at EDINBURGH, main salji bagai~~haha..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...