sempena adik2 lepasan spm semua tengah sibuk nak fikir course apa nak amek kat uni nanti, aku nak share pasal geomatik.. mungkin ramai tak pernah dengar perkataan GEOMATIK ni..mungkin ramai ingat ni ada kaitan dengan geology??? geography??? haha..salah semua!!!! geomatik, takde kaitan pun dengan silibus yang kita belajar time sekolah dulu..entirely benda yang sangat berbeza..believe me..pengalaman 4.5 years belajar geomatik, memang apa yang kita belajar masa sekolah, satu pun takde pakai lagi except maths..
geomatik ni nama international die..kalau kat oversea, memang orang panggil geomatics..tapi, kat malaysia lebih glamour dengan nama ukur tanah..still ramai yang confuse dengan ukur bahan..bagai langit dengan bumi dua bidang ni..takleh duduk satu meja pun..actually geomatik ni merupakan antara bidang yang tertua dekat dunia..kenapa??jawapannya sebab nama dia pun ukur tanah..dari dulu lagi, orang memang dah sibuk nak ukur sempadan negara bagai..sebab tu dia ilmu yang paling tua kat dunia..
geomatik ni, benda paling penting sekali..kalau geomatician merajuk tak nak buat kerja, habis projek juta2..haha..sebelum putrajaya tu jadi kompleks kerajaan macam sekarang, orang geomatik akan masuk buat pengukuran dulu..surveyor merupakan orang pertama yang masuk satu tempat untuk dibangunkan, dan orang terakhir yang akan keluar..lepas projek dah siap, surveyor or geomatician akan buat pengukuran lagi sekali..nak tengok betul tak dibina ikut plan..penting tak geomatician ni??? penting kan???
geomatik ni, benda paling penting sekali..kalau geomatician merajuk tak nak buat kerja, habis projek juta2..haha..sebelum putrajaya tu jadi kompleks kerajaan macam sekarang, orang geomatik akan masuk buat pengukuran dulu..surveyor merupakan orang pertama yang masuk satu tempat untuk dibangunkan, dan orang terakhir yang akan keluar..lepas projek dah siap, surveyor or geomatician akan buat pengukuran lagi sekali..nak tengok betul tak dibina ikut plan..penting tak geomatician ni??? penting kan???
APA YANG DIPELAJARI???
ok, now, what actually yang kita akan pelajari as a geomatics student?? first, dah tentu ilmu ukur persempadanan atau dalam nama sedap dia, ukur kadaster..segala yang melibatkan sempadan kawasan, hakmilik, akan dipelajari dalam ni..kira foundation ni..tak boleh tak faham!!! basic!!! dapat tau pasal ni, nanti balik kampung, boleh dah sembang dengan pak cik2 kat kedai kopi pasal isu tanah kat kampung..dah boleh kasi pendapat pasal bab sempadan dusun atuk nanti..semua belajar kat ilmu ukur kadaster ni..
second, undang2 tanah..ni sangat relate dengan kadaster..sebab segala jenis persempadanan yang ada, refer to law yang ada dalam kanun tanah negara dan segala akta tanah yang ada dalam malaysia ni.. tak kira pasal rumah flat ke, teres ke, banglo ke..semua sempadan rumah2 ni akan diterangkan dalam undang2 tanah..n, cara pengukuran diajar dalam ukur kadaster tadi..ni, kalau tau, boleh dah tau kenapa pulau batu putih dapat kat singapore bukan malaysia even berdasarkan pengukuran, pulau batu putih hak malaysia..nak tau kenapa kita kalah?? semua ada dalam undang2 tanah ni..
seterusnya is engineering survey..benda ni, budak civil engine pun ada belajar..ni akan belajar cara-cara pengukuran bangunan, jalan, kat malaysia ni..dia kira masuk bab construction dah ni..bab sempadan, kadaster akan settlekan..
pernah dengar GPS??? dalam kereta masing2 mesti ada GPS kan?? mesti kalau nak pergi mana2, sibuk check gps kan???haa..geomatik ni akan ajar ilmu GPS ni jugak..bukan device tu..GPS actually satu procedure untuk mendapatkan koordinat satu point..ni paling senang antara semua sebab just pasang alat, tunggu dalam 15min, angkat alat, blah..haha..senang je..tapi, aplikasi dia banyak..nak ukur sempadan boleh..nak ukur apa, semua boleh~~
next is hydrography..ni kira antara yang paling menarik..pengukuran kat laut..bukan pasal sempadan je yang akan dipelajari kat sini, even pasal nak cari penyu dalam laut pun akan guna ilmu ni..pelantar minyak tengah laut tu, korang ingat dia buat macam mana?? tq to surveyor, pelantar tu ada..surveyor akan survey mana ada minyak, cari suitable site..masuk buat pengukuran semua kat mana nak pacak tiang semua..then, baru pelantar dibina..ni semua kerja geomatician..
selain tu, akan ada photogrammetry..ni pula pengukuran dari kapal terbang atau heli..gambar udara satu kawasan akan diambil, lepas tu akan diproses buat peta topo ke..macam2 boleh buat..konsep yang sama untuk ilmu remote sensing..ni amek gambar dari satellite or kapal terbang juga..samada pakai laser or radio waves..tapi, output still sama..image yang akan digunakan untuk proses buat peta ke..or untuk planning lain..zaman sekarang, orang guna remote sensing untuk check temperature, untuk monitor tanaman, kesuburan tanih dan macam-macam lagi..nak tau macam mana?? ambil jurusan geomatik ni..nanti belajar macam mana..remote sensing ni, antara bidang paling menarik dalam geomatik ni..sangat menarik..
my most fav in geomatik is GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM or GIS..ni kira complimentary dengan remote sensing tadi..after data dah dapat dekat remote sensing, biasa orang akan proses untuk kegunaan pihak GIS pulak..GIS is basically satu system untuk manage database yang berjela..selain manage, data2 akan dimanipulasi atau dianalisis untuk lain2 kegunaan..sebagai contoh, budak delivery pizza or mcd tu..diorang akan deliver ikut route yang paling dekat..so, GIS akan tolong diorang cari shortest route untuk diorang sampai rumah orang yang order tu..dalam GIS ada banyak lagi aplikasi lain..macam nak analyze probability untuk tanah runtuh ke..semua akan dibuat dalam GIS..ni dengan remote sensing antara bidang yang sekarang ni paling demand kat dunia..bukan malaysia je..dekat dunia..n, ini pun antara bidang paling best dalam geomatik sebab deal dengan teknologi..kalau ada je yang korang tak puas hati pasal system kat dunia ni, GIS boleh tolong improve..contoh, kalau tak puas hati jauh sangat nak pergi sekolah, GIS akan tolong cari site baru nak buat sekolah..kalau jusco tiba2 kata nak buat mall baru, GIS akan tolong cari mana nak buat mall baru tu..ni semua GIS yang buat..
basically, ni semua yang akan dipelajari oleh seorang penuntut geomatik:
- Ukur Kadaster
- Undang2 Tanah
- Ukur Kejuruteraan
- GPS
- Hydrography
- Geodesy/ Astronomy
- Photogrammetry
- Remote Sensing
- Geographical Information System (GIS)
CAREER
antara kerjaya paling common apabila habis belajar geomatik ialah menjadi seorang land surveyor..ni paling normal.. refer to my previous post pasal how to be a license land surveyor..semua dah explain kat situ..buka firm sendiri is the target of this type of graduate yang pilih surveyor as their career..
seterusnya, menjadi seorang hydrographer..ni kerja dengan petronas or mane2 oil & gas company cari minyak kat tengah laut tu..ni paling orang kejar..bukan pasal apa, gaji masyuk yang ni..kerja atas laut 6months, gaji macam orang kerja kat darat 3years..haha..banyak sangat!!! sebab tu biasa orang hydro, kerja kejap je..max 10taun, lepas tu, stop..
boleh jugak nak kerja dengan mana2 development or construction company..kerja sama juga macam surveyor..ukur tanah..ukur bangunan..tapi, takde title Sr kat pangkal nama macam surveyor..just surveyor biasa..
bagi yang minat RS boleh jadi Data Editor..kerja senang je..data yang dapat tu, edit and classify jadikan output contoh nak jadikan land use map ke..
boleh juga nak kerja as GIS analyst or engineer..ni kerja macam yang aku terangkan tadi..sama je..analyze segala apa yang ada..n come out with the solution..kalau ada yang power sikit, diorang akan build a new system..
kerjaya terakhir is of course, lecturer or cikgu..ajar ilmu yang belajar masa zaman uni, share dengan student semua..kalau cikgu, boleh apply jadi cikgu geografi..kalau lecturer, pilihlah bidang yang nak diajar..
CABARAN BELAJAR GEOMATIK
geomatik punya student, adalah antara yang paling takde life..haha..gurau je..life still ada..tapi, sebab banyak sangat yang kena belajar, banyak sangat teori dan praktikal, boleh gila jadinya~~haha..
teori dan praktikal, balance dua2..sama penting..nak faham teori, kena pandai praktikal..nak reti praktikal, teori kena master..advantage amek geomatik ni..tak abai mana2..balance..
sebabkan praktikal sangatlah banyak, jadinya, kulit muka akan berubah warna sebaik habis belajar..haha..masa sem2 diploma dulu, ada kena praktikal dari pukul 11 sampai 6 petang untuk 4 subjek berbeza..haha..praktikal dia, kena turun site..haha..dok ngukur tengah panas tu..kalau degree akan ada survey camp..ni paling best..sebab masa ni semua akan jadi zombie atas site..bayangkan, turun site pukul 8 macam tu..stay sampai petang..masa aku, kena buat kat klebang nan sahara tu..haha..
ENTRY REQUIREMENT
macam mana nak tau anda sesuai tak untuk course ni???takde apa2 subjek khusus pun untuk diambil masa spm..ada je member tak amek add math, masuk course ni..ramai je student tak amek geografi masuk course ni..so sebenarnya, takde syarat khusus nak masuk geomatik ni..cukup dengan minat sahaja..tu je..
nak apply geomatik ni, ada dua cara..samada lepasan spm atau matriks..kalau spm, amek diploma in geomatik..ada dua uni yang aku suggest which are UiTM and UTM..dua2 bagus..kalau lepasa matriks, boleh apply degree in geomatics..
kalau siapa nak further overseas pun boleh..kalau kat luar, selalunya bawah faculty civil or geoscience..just check it out..
KESIMPULAN
geomatik merupakan antara cabang paling menarik untuk dipelajari..banyak benda yang best boleh belajar..nanti boleh cerita kat adik2 pasal satellite..boleh cerita kat atuk pasal sempadan..so, mari ramai2 amek geomatik..
Sgt suka cara u explain apa tu geomatics. GIS mcm best tp I dr biomedic nk amek master in GIS. Requirement dh lepas utk master, tp u rs better ambil in research mode or course mode?
ReplyDeleteoleh kerana u dulu biomedic, i would suggest u to take the course mode..even i yang ada basic gis pun take the course mode..belajar dalam2 pasal gis ni..it's better untuk buat research yang best~~
DeleteSis. Sya dpt geomatik dekat politeknik. okay kh.
Deletesalam, i blajar kt uitm for diploma. nanti blia sambung degree kat Uni lain ok ke? apa pendapat u
ReplyDeleteboleh je..takde masalah pun~~
Deletethanks 4 ur advice.. byk membantu sbb aq pon nk smbung hydro survey kat Plymouth University... byk bende nk kne uruskan tp demi cita2 akan usehekan pape pon bidang ni sangat luas n sgt best utk di pelajari...
ReplyDeleteyup3~~~hidup geomatik!!!!haha
Deletesalam. nak tnya . after study geomatik . apa example company yang kita boleh apply untuk kerja?
Deletesalam,, akk sy bru lepasan spm tahun lepas,, sy still confuse na ambik bidang ap~ tp sy mmg suke gila dengn geografi n meteorlogi :) akk thu x bidang ap yg sesuai dengn kaji cuaca/meteorlogi or selain geomatik ?
ReplyDeletegeoscience related courses boleh kot masuk meteorologi..
DeleteSekarang akk dah habs belajar ke ?
ReplyDeletedegree dah tamat..sekarang master..
Deletedegree sains ukur & geomatik akak dekat mana ya? saya dapat course ni degree tapi tak tahu dekat mana
DeleteAs salam..kalau lepasan diploma geomatik uitm nk jump ker course lain ok ker?course apa yg relate tp better?
ReplyDeleteboleh je nak jump pergi course lain..tapi, kena start dari zero baliklah..and, course apa yang better, tu kena tanya your own self, nak kerja apa bila habis study nanti~~
DeleteSalam . Akak . Nak tnya . Sains geomatik ni ada kat uitm apa je ? Pastu kan apa beza sains geomatik , sains geomatik sumber alam dgn sains geomatik sistem maklumat geografi . Saya minat sgt dgn georafi ni dgn yg kerja kat pelantar minyak . Yg mana satu eh course yg sesuai dgn saya ?
ReplyDeletedulu uitm n utm je..rasanya sekarang ni, banyak je private college yg tawarkan course ni..
Deletesumber alam = remote sensing
sistem maklumat geografi = geographical information system (gis)
both sama penting..remote sensing main dengan imej, gis main dengan data..
nak kerja platform, better amek geomatik yang core..not sumber alam or sistem maklumat geografi..sebab yang core tu, nanti akan ada belajar ukur hidrografi..ada kaitan dengan platform..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam akak..sya mint utk blajar geomatik ni but sya risau tntg peluang pkrjaannya nnti...
ReplyDeletepeluang kerja luas..banyak bidang boleh masuk..jangan risau..takat ni, takde pulak saya dengar graduate geomatik tanam anggur..rata2, habis study, terus dapat kerja..
Deleteohh..alhamdulillah sya dpt dip sain geomatik(sitem maklumat geografi) di uitm arau.blh x akak terangkan sikit x pasal kos tu...
Deleteuntuk pengetahuan awak, di UiTM, ada tiga course diploma sains geomatik ni..
DeleteAP120 - Diploma Sains Geomatik
AP121 - Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi)
AP122 - Diploma Sains Geomatik (Sumber Alam)
Awak punya course, AP121, means, dia menjurus kearah GIS.. lain dengan saya dahulu.. saya AP120.. tapi still, kalau saya tak silap, until semester 3 (or 4, saya tak sure), semua subjek yang dipelajari, sama saja.. bila dah masuk sem 4 (or 5), baru akan ambil subjek yang menjurus kedalam bidang awak tu.. basically, sem 1, akan belajar fundamental ukur tanah.. means, ukur pakai rantai, pakai tape dahulu.. alat pun, takde tembak pakai laser lagi.. basic telescopic theodolite only.. dan, akan ada subjek tambahan seperti fizik, dan pre-calculus.. math tu, memang ada sampai sem 3.. pre-calculus (sem1), calculus (sem2 and 3), dan engineering math.. subjek ukur, masa sem satu, memang belajar fundamental je plus basic computer application.. naik sem2, baru banyak sikit.. means, kena ambil engineering survey (yang ni belajar ukur jalan), field astronomy (cerap matahari untuk digunakan dalam proses ukur nanti) dan computer application (ni belajar autocad).. then, sem 3, ada subjek engineering survey jugak (up sikit, kena ukur jalan dan bangunan), dan beberapa subjek ukur yang lain.. saya tak berapa ingat.. sebab dah lama sangat.. then, naik sem seterusnya, akan kena belajar ukur photogrammetry, remote sensing, gis, etc.. ni saya tak sure sangat sebab saya diploma takat sem 3 saja.. then, saya lompat ke degree terus..
basically, itu apa yang akan awak lalui di uitm nanti.. tapi, kalau nak tau apa yang kena study for your course (GIS), dia memang banyak pasal computer application.. maknanya, awak akan diajar cara nak guna software, untuk analyze certain things.. GIS ni, meluas.. kalau dalam ukur tanah, dia digunakan untuk data storage, proses dan hasilkan peta or pelan in the end..
jangan cuak sangat tengok courses yang saya listkan tu.. relax je.. tak susah pun geomatik ni.. and, its fun sebab dapat turun site.. takdelah duduk dalam kelas je.. dia sangat fun dan relaxing.. insyaAllah..
Ehh awak junior sy lhaa t..sy Ap120..nk masuk part 2 huhu see yaa di Arau hehe
Deleteto all juniors, cepat kenal seniors.. boleh beli buku 2nd murah~~haha
Deleteokey^^
Deletesalam, any idea for project gis..
DeleteSenangke pompuan dpt keja kat pelantar minyak?
ReplyDeletesusah sikit..tapi, ade je yang dapat..most of them, data processor..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteade je perempuan~~~ramai je~~
Deleteassalamualaikum..kak kasi emel nk tnye psl bende nih.hoho
ReplyDeletelah_sena21@yahoo.com
Deletesalam akk.. sy ade hntar email kt akk.. hope akk dpt reply
ReplyDeleteAkak kalau masuk dip course ni 3taun then nanti degree bape tahun pulak ek. What do you think either matriks or i should grab dip. Sc. Geomatik ( sumber alam) Could u help me. Tq for your help :)
ReplyDeletedegree terus masuk sem 3, sampai sem 7, means, 2.5 years.. kalau awak nak belajar course ni sangat2, better ambil je diploma tu.. diploma, lain dengan degree.. banyak penekanan praktikal, takdelah terkial2 nanti bila naik degree..
DeleteAnd another thing is i got sc geomatik sumber alam but im prefer to work at the pelantar as u said it Im asking fr your opinion Kalau tak keberatan lahh. Hehe
ReplyDeleteada ramai je graduate geomatik kerja oil and gas.. uitm ni, bila degree, dia akan satukan, means, semua kena ambil sains ukur dan geomatik.. maknanya, semua ada chance nak jadi surveyor, dan ada peluang sama rata untuk masuk oil and gas industry..
DeleteAssalamualaikum..akak sya dpt dploma geomatik kat poli..habis dploma kat poli dpt ka sya mohon ke u lain utk smbg degree?
ReplyDeleteboleh je.. ramai je classmates dulu from poly..masuk, same as other diploma students.. maknanya, terus sem 3..
DeleteKenape terus sem3
Deletekalau uitm student, or any diploma holder of the same course, memang terus ke semester 3 sebab basic dah ada~~
Deleteoh..ok..thanks kak
Deletesalam akk,saya nak mintak pendapat nii .. saya baru habis spm dan dapat sambung study dekat poli kos geomatik . saya sekarang nii langsung tak faham dan tak pernah tahu ape itu geomatik.. kos nii senang ke untuk dapat kerja government?
ReplyDeleteread through this post.. rasanya saya dah senaraikan everything yang a geomatics student belajar nanti.. insyaAllah..
Deletebab senang tak senang nak dapat kerja government tu, entah.. saya tak berani nak cakap senang ke susah.. but, memang ada jawatan yang memerlukan kepakaran bidang geomatik ni dalam government macam Juruukur, Pembantu Ukur, Juru Geospatial..
Salam. Akak sains geomatik sumber alam mcm mana ea ? Terima kasih.
ReplyDeletesama je dengan sains geomatik pure.. cuma, ada elektif berkaitan remote sensing lebih sikit..
DeleteSalam akk. Sy nak minta pendapat. Sy dpt dpt kos sains geomatik sumber alam. Tp lps sy bce post akk nie sy lebih berminat kpd sains geomatik. So bole ke sy tukar kos atau mcm mana ? Thanks ;)
ReplyDeletemasa degree nanti, ambil course sains geomatik.. kalau x, stay je sumber alam tu.. remote sensing, cabang yang sangat menarik dan demand sebenarnya sekarang..
DeleteKalau mse sy sem 2 nnt tukar sains geomatik bole ke ? Atau akak lbih cdgkan mcm mna ? Hehe thanks ;)
Deleteuitm sekarang dah tak boleh nak tukar course macam dulu lagi.. cadangan saya, teruskan je.. nanti, masa degree, memang ada satu course je, pure geomatik at uitm..
Deletethank you kak ;) byk membantu..
DeleteSis,,sy now bdk Sc geomatik tulen not GIS or natural resources..sy Ap120 kt uitm arau..bru sem 1..nanti lpas abes diploma..brape pointer syarat utk continue kos ny utk degree??
ReplyDeleterujuk kat link yang saya kasi ni.. if i'm not mistaken, 2.5 lepas dah..
Deletehttp://fspu.uitm.edu.my/v1/academic-programmes/undergraduate/ap220-bachelor-of-surveying-science-and-geomatis.html
mcm mana saya nak jadi lecturer untuk bidang ni? perlu ambik master dulu ke?
ReplyDeleteyup.. ade master, boleh apply jadi lecturer..but, better further phd pula nnt..
DeleteSalam sis..sy mndpt twaran bljr di poli crse geomatik..adakah crse ni peluang kerjayanya luas bg wanita?
ReplyDeletepeluang kerjaya for wanita, sama je macam lelaki..ada je yang jadi surveyor..tapi, most of the girls chose to be a data processor, analyst, exec or project manager..senang cerita, perempuan punya peluang lebih banyak ke dalam pejabat dari kerja lapangan..tapi, ramai je yang jadi surveyor jugak..
Deletesis..degree kos ni dekat u mana je ada?
ReplyDeleteUTM and UiTM yang paling utama..IPTS not sure..
Deleteipts hanya geomatika university college ade offer sijil dan diploma for geomatik spatial ni..bole refer akak 011-16930576..ade offer biasiswa dn elaun tau..
DeleteKak..cek emel akak eh..sy harap sangat akak dapat tolong sy yg tgah berserabut ni..
ReplyDeletesalam.. sorry saya terlampau busy.. ni baru free.. awak ada email? gmail ke yahoo?
DeleteSalam. Adakah kebanyakan subjek Geomatik ni susah-susah belaka utk pelajar yg iQ biasa-biasa? Susah sgt ke?
ReplyDeleteSalam. Akak bole share tips macam mana nak balance dgn sosial.. kalau sya nk course ni adakah masa untuk saya involve dalam aktiviti sosial u mcn join hiking or camping masih ade ruang?
ReplyDeleteuitm student memang ada banyak masa nak bersosial sebab wajib kokurikulum every week.. so, ada banyak aktiviti macam camping, etc..
Deleteakak nk tnya boleh ke kalau belajar diploma sampai sem 3 lepas tu jump ke degree??
ReplyDeletedulu boleh.. macam saya.. fast track.. but now, tak taulah ada lagi ke x..
Deletedye nk result stpm atau matrikulasi ke??sebab saye apply kos nie untuk degree x dpt..tapi untuk diploma dpt
Deletesalam..kak kalau xmnat fizik dgn addmath bleh ker survive ambik kos nie??
ReplyDeleteapa2 pon kena minat, sbb subjek tu berkait dgn kos geomatik...usaha tngga kejayaan in sha Allah:-)
Deletehidup geomassssss.....
Kak klau rabun warna boleh ambik ke kos ni??
ReplyDeletemungkin akan ada kepayahan sikit untuk beberapa subjek
DeleteAda ke subjek apa2 dalam kursus ni yg prlukan kte utk buat ujian warna trlebih dhulu sbelum mulakan pmblajaran??
DeleteAssalamualaikum.tumpang tanya. apa beza sains geometik dan diploma geometik. boleh ke reply kt whtsapp 017-8472910
ReplyDeletesame thing
Deletesinggah sini baca pasal geomatik, btw penerangan yang menarik.. mudah untuk difahami. tapi still rasa ragu2, sbb nak cari untuk pjj.
ReplyDeleteHi sis, It was a very good explanation about geomatics. So? I would like to ask you where and what course we should apply in case to study abroad at overseas for master or Phd?
ReplyDeleteni boleh jadi engineer kat oil and gas ke apa?? hahaa
ReplyDeletemacam mana nak apply kos geomatik kalau lepasan matriks ???
ReplyDeletethrough upu
Deletekak. Nk tanye dapat tak. Sbb dlm kekeliruan ni. Saya now dpt twaran utk program diploma geomatik eng.. saya tkut if dh hbis blaja tpi tak dpt kerja. Nk tahu, bagi sesiapa yg mengambil geomatic eng dlm private U, blh tak mndaptkan pkerjaan even byk org ckap yg pluang kerja utk geomatic eng bsar. Or die tgok pointer?? Hrap bls. Blur skrang. Thnks kak 😢
ReplyDeletepeluang kerja tu ada dimana2, insyaAllah.. lagipun, geomatik ni luas.. banyak cabang awak boleh masuk.. setakat ni, tak pernah pula saya jumpa kawan2 yang habis belajar tak kerja2..most of us, habis final exam, terus je dapat kerja, even tak konvo pun lagi.
DeleteSalam.. Saya dpt kos ni tapi saya ragu ragu nak terima atau tak. Kos ni sesuai ke dgn perempuan? Sebab ramai kata kos ni sesuai utk lelaki.. Mintak pendapat..
ReplyDeleteDapat dekat mane wei ? Hehehe
DeleteAssalamualaikum . First nak tahu . Sekarang akak keje or still study ? And nak tanye , buku ape nk bawak dr spm ke uni ? Ke buku spm mmg dah tak gune untuk kos sains geomatik ? 😇 . Ai lapor diri kat uni 3hb ni . Alhamdulillah tak percaya dpt kos ni . 3A je kot 😅 .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum,,kak saya nak tnya pendapat kak saya bru dapat diploma kos geomatik ni,,,bagi saya kos geomatik ni macam menarik ja,,,tapi,,sekarang saya masuk fom6,,,,kalau saya terus bljar kat fom6 ni,,,boleh ka saya nk apply kos geomatik ni untuk lpasan stpm plk,,,,???kat fom6 saya belajar bidang ekonomi,pengajian perniagaan,dan sejarah,,,boleh ka saya mntak kos geomatik ni nnti,,,,harap akak bals yeww
ReplyDeleteSalam, akak. Subjek apa yg perlu saya ambil kalau saya masuk ting. 6 untuk ambil course geomatik kat u nanti? tq
ReplyDeleteAssalamualaikum.. akak, sy nk tnye ape beza geoinformatik dan geomatik??
ReplyDeleteSalam... Sy dulu masa master guna Gis dn remote sensing utk predict hakisan tanah dn sedimentasi di lembangan. Org environment pun Ada guna GIS..
ReplyDeleteSy ada msc geomatic... ada peluang kerja ke
ReplyDeleteSy ada msc geomatic... ada peluang kerja ke
ReplyDeleteSy ada msc geomatic... ada peluang kerja ke
ReplyDeleteKlo pompuan boleh ker amik course nie?.. x mncbr ker..
ReplyDeleteKlo pompuan boleh ker amik course nie?.. x mncbr ker..
ReplyDeleteBoleh. Ramai je perempuan. Look at a wider perspective. Bidang ni banyak cabang yang sesuai untuk perempuan. Ramai my friends yang jadi GIS Analyst, Data Processor and even Project Manager. Takde masalah. Mencabar ke tak tu, bergantung pada diri kita sendiri sebenarnya.
Deletekalau saya sambung diploma dalam bidang lain di ipts dan mahu sambung degree dalam geomatik bagaimana eh ? boleh ke ? Mohon jawapan .
ReplyDeletesalam kak nak tanya.. geomatics ni requires any science subjects tak? saya lepasan spm in art stream
ReplyDeleteChances high tak? kalau nak jadi hydrographer. Kawan kawan akak ada tak yang jadi hydrographer??
ReplyDeleteSalam akak.. Sy nak tye ape beza geomatik dan geoinformatik..
ReplyDeleteSalam akak.. Sy nak tye ape beza geomatik dan geoinformatik..
ReplyDeleteassalamualaikum akak.. saya ada email akak,, hope akak dapat reply --- yasmin :)
ReplyDeleteassalamualaikum akak.. saya ada email akak,, hope akak dapat reply --- yasmin :)
ReplyDeleteassalamualaikum, kalau saya ada diploma dalam bidang pertanian, boleh juga ke ambil bidang geoinformatik ni?
ReplyDeleteAkak sya berhajat nak ambil dip geomatik kt politeknik primer???
ReplyDeleteAkak sya berhajat nak ambil dip geomatik kt politeknik primer???
ReplyDeleteAkak sya berhajat nak ambil dip geomatik kt politeknik primer???
ReplyDeleteAgak2 betul tak yg sya apply tuu????
Akak sya berhajat nak ambil dip geomatik kt politeknik primer???
ReplyDeleteAgak2 betul tak yg sya apply tuu????
assalamauaikum, saya nak tanye bidang geoscience or petroleum geoscience...dan uni yang akak recomend nak blaja bidang ni.. thanks
ReplyDeletePeneranagn yang menarik sb kita berjawatan pen.juruukur dan berniat nak smbg study dalam bidang geomatik plk..kna mula dr awl sb dlu civil engineering tp ter terjun jwtn tu..pyhnya tk pyh ckp lah mmg memeningkan..tk nk pening lagi sb tu pkr smbg blja lagi..
ReplyDeletesalam nak tanya ada ke lepasan matriks yang sambung belajar di luar negara sebab pointer dia bagus..???
ReplyDeleteHi! Saya nak tanya kalau nak sambung overseas tu for degree ke master/phd je?
ReplyDeleteAwk can u share , what kind topic can i purposes for mx thesis in gis . Seriously , tkde ideaa lah
ReplyDeleteAwk can u share , what kind topic can i purposes for mx thesis in gis . Seriously , tkde ideaa lah
ReplyDeletedepends pada awak. Awak nak buat analysing, modelling or programming. Pilih satu yang awak paling confident. Topik, berlambak. As we know, segala macam dalam dunia ni boleh dipetakan.
DeleteSalam Akak. Saya baru dptg tawaran AP120 Sains Geomatik ni utk second intake & explanation Akak sgt membantu cuma saya nak tanya pasal exams macam mana ye?
ReplyDeleteexam? final exam ada je, dik. Tengok course, ada yang 60:40, 50:50, 70:30. Boleh refer dekat programme handbook nanti bila dah register kat uitm. Susah sangat, tanya je lecturer.
Deleteassalam
ReplyDeletejika perempuan adakah lebih sesuai GIS? dan adakah GIS lebih mudah sikit dari AP120?
GIS is in fact subject yang paling susah saya nak score dulu. lol.
Deleteassalam akk
ReplyDeletesaye student poli kos geomatik....klau saye nak sambung degree dlm kos hydrografi...ade ke U yg menawarkan kos tu???
hydro ye.. hmm.. tak sure pulaklah. kalau di luar, ada. cuba refer to universities' websites.
DeleteAssalam kak. Saya dr dip building uitm. InshaaAllah ni sem last. Sem 6. Tgh nak survey kos geomatics ni. Saya ada jugak belajar site surveying smpai part 2. Kalau perempuan sesuai ke kos ni kak? N brpa tahun eh. For sure strt dr sem 1 kan..
ReplyDeleteperlu kan kenderaan tk
ReplyDeleteAssalam nk tnya...apa y subjek untuk kos geomatik di politeknik
ReplyDeleteGeomatik di uitm sama ke dgn geomatik di politeknik??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi, nak tnya geomatik d politeknik okay x?
ReplyDeleteKawan,u pun dpt mana punya politeknik
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya rasa ok je
Deleteassalammualaikum, saya nak tanya dalam geomatik ni khusus apa ja yang akan kita amik exam.?? saya baru masuk degree utk kos ni..
ReplyDeleteSalam.. Adakah uitm arau tu kita akan belajar ketiga tiga sekali atau salah satu ?
ReplyDeleteKita bljr dlm bahasa melayu ke english ?
ReplyDeleteAssalamualaikum, kalau lepasan stpm aliran sastera boleh ke ambil course ni? pointer saya alhamdulillah 3.00.
ReplyDeleteAkk geo struktur sama ke dgn geomatik??
ReplyDeletebgus blog nice info dik..bidg geo ni memg besar peluang kerja especially klau nak masuk oil gas...bahagian law pun bole ..jika ade adik2 yg tk dpt upu.jgn sedih..bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg geomatik ni bole pm sis..intake utk july dh mula....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576
ReplyDeleteReply
Salam, kalau spm takde sains tulen boleh ke apply course sains geomatik ni dekat uitm?
ReplyDeleteassalamualaikum kak,blh ke kalau kita tukar couse drpd geomatik ke law tanah bila nk nk tukar drpd diploma le ijazah
ReplyDeleteassalamualaikum kak,blh ke kita tukar course dari dip geomatik ke law tanah bila naik ijazah
ReplyDeletekak, blh bgi pelan pengajian bgi geomatik tak dan tips on how you study geomatik
ReplyDeletediploma ni susah tak??? assignment nnti kene buat dalam bahasa inggeris ke btw awak skrg dah keje under geomatic ke
ReplyDeleteNak tanya, sy degree ambik geografi agak² ada chance tak masuk dlm mana² ni?
ReplyDelete