dengar je btn, mesti orang akan kata "brainwash"..haha..aku pun, mula macam tu..sebab time diploma dulu memang kena btn, sangatlah politik!!!!menyampah betul!!!haha..it's nothing like that pada btn yang aku sertai on 29/7 - 2/8 hari tu..takde langsung pasal politik..
selasa lepas yakni 23/7, tarikh sama aku buat visa, aku dapat email dari mara, suruh aku pergi btn..btw, anyone yang akan fly under any government sponsorship perlulah menghadiri btn dulu..nak kasikuat jati diri katanya..so, dah dapat email tu, aku pun redha je pergi isnin hari tu..
DAY 1
aku sampai kat akademi kenegaraan jalan bellamy pukul 3.30 macam tu..aku pernah pergi area ni, tapi tak tau ada akademi kenegaraan, pejabat penyimpan besar mohor raja2 bagai..aku dulu pergi makan dekat ikan bakar istana yang femes tu~~~haha..bak to the story, sampai2, aku kena daftar and dapat kunci bilik..aku dapat bilik kat tingkat 1..bilik nombor 1-6-3..satu bilik supposedly sorang je, tapi sebab peserta btn ramai sangat, so aku kena duduk berdua..ok what~~~takdelah bosan sangat~~
kalau tengok dia punya schedule, memang rasa nak muntah..penuh gila!!!!mana aku nak tidur kalau malam after tarawikh baru start ceramah..adoyai..mungkin pihak btn paham je dekat kanak2 yang memerlukan tidur 6 jam macm aku ni, diorang pun give us another option which is, malam takde slot, just siang tu je pack..but, the 1st and 2nd day, is still the same..
slot pertama is taklimat pasal perjalanan program ni nanti..bendera dapat sorang satu, nak kena nyanyi lagu 1MALAYSIA le tu~~~adoyai..aku dahlah alergic bab2 lagu yang rajin tayang kat tv3 ni~~~nyanyi jela..dah dia suruh kan~~~dan, lagu ni plus PERAJURIT TANAH AIR wajib nyanyi before any slot started..i like, what the ???
ok, malam tu the first ceramah atau bahasa skema dia wacana minda terangkan pasal perspektif umum..basically dia cakap pasal manusia ni banyak je pendapat..ada orang kata A betul, ada kata B betul..ada orang yang kata B betul tu gila2 kata A salah..benda macam ni..dan dia terangkan pasal 1MALAYSIA..barulah aku faham apa itu 1MALAYSIA ni..haha..sebelum ni aku dok kutuk2..benda ni bagus sebenarnya, cuma tulah, MALAYSIAN ni suka sangat dok komplen tak tentu pasal..tanpa asal usul, terus je kritik itu ini..tapi bagi aku, kalau 1MALAYSIA ni tak diberi nama macam tu, mungkin penerimaan orang akan berbeza..macam Tun Mahathir punya WAWASAN 2020, orang terus nampak jelas apa vision tu cakap..1MALAYSIA ni, open ended sangat..orang boleh kata dia pasal MALAYSIAN MALAYSIA dimana semua bangsa dalam negara ni, sama je, which is totally wrong perception about this vision..1MALAYSIA menitikberatkan perpaduan pelbagai kaum kearah negara maju berteraskan nilai2 yang akan mendorong kita kearahnya..takde pun sebut pasal kesamarataan..dia memang based on perlembagaan..
ok, case closed..habis ceramah, macam biasa, moreh~~haha..makan kat sini, kalau nak compare dengan aku masa duduk kat temerloh dulu, aku memang salute acik dewan makan dulu boleh masa sedap..haha..
DAY 2
The second day is one hectic day..nak tau kenapa???aku kena dengar 4 ceramah in a row..ada break dalam 30-45 minutes je..
the first ceramah pasal 1MALAYSIA lagi..tapi yang ni, kearah negara maju..dia pot pet pot pet pasal nkra bagai nak jadikan malaysia ni salah satu negara maju kat dunia..same as before, aku memang betul2 berharap orang kat luar sana, yang takde peluang nak ikuti btn, dapat faham benda ni..bukan tau hentam je, tak tau apa yang kerajaan buat..
second ceramah, daripada mejar zaini kalau aku tak silap..dia cerita pasal patriotisme..dia ni femes pasal tumpaskan al-maunah dulu..best dengar cerita pengalaman dia pergi sana sini angkat senjata pertahankan MALAYSIA terchenta..meluap2 semangat aku masa dengar dia cerita~~
third one is pasal 1MALAYSIA jugak, tapi menjurus pada keselamatan negara..dia cerita pasal ancaman2 yang negara kita terima tak kira dari dalam atau luar negara..aku lupa penceramah dan isi ceramah sebab seriously, aku ngantuk petang2 dengar ceramah, nak2 dekat2 nak bukak pose~~haha
malam tu, ceramah terakhir daripada lecturer at uia, kuliyyah undang2, nama dia aku lupa..tapi, basically dia cerita pasal perlembagaan negara..pasal orang melayu terutamanya..pasal raja2 melayu..benda2 macam ni..agak best sebab dia cerita pasal perlembagaan~~
DAY 3 and 4
dua hari ni, tak lain tak bukan LDK~~~OMG!!! aku dahlah memang lemah bab bincang2 hal negara ni..nak2 dia cerita pasal perlembagaan..in the end, aku sangatlah ngantuk time LDK..
tapi, sangat best dengar cerita one of my group-mate..dia PTD, and he got a chance untuk duduk dalam parlimen dengar orang bersidang..which is sooo much fun to be heard..haha..wich i got a chance macam tu, insyaAllah..
DAY 5
hari last BTN ni, ada test..aiyo!!!but, open book, open note, dan segala open yang boleh~~haha..as usual, aku mana boleh nak duduk dalam exam hall lama2..45 minutes maximum aku boleh stay..buat apa duduk lama2??haha..
soalan dia, memang berkisar pasal ceramah2 yang sebelum2 tu..pasal perlembagaan, ancaman keselamatan, 1MALAYSIA..benda2 ni je dia tanya..n, aku even ngantuk dalam kelas, dapat juga jawab sebab objektif!!!yeay!!!haha
habis test, ada penutup..lepas tu, BALIK!!!!!yeay!!!
seriously, before aku pergi btn, aku benci betul dengar nama btn..allergic sungguh sebab expect akan dibasuh oleh orang2 kerajaan..aku fikir dia memang totally will be a biased programme yang akan dok condemn pakatan rakyat..which is i totally wrong..there's nothing about politics at ALL!!!which is sooooo goooood!!!! dia memang nak kasi kuat jati diri kita semua sebelum keluar negara..tamau student malaysia, bila keluar, akan buang melayu, buang islam..benda ni je dia tekankan..alhamdulillah~~
memang MARA ke yang setkan tarikh untuk BTN 2? ke kita kena daftar sendiri?
ReplyDeleteMARA akan kasi tarikh..
DeleteNak tanya, is the final test dalam Bahasa Melayu? All multiple choice (objectif) questions? Thanks.
ReplyDeletepasal perlembagaan..in bm..
DeleteSalam...your btn ni time bulan puasa la ye? Sy gi daftar tadi pegawai tu kata kemungkinan besar tak buat bulan puasa..dia tak confirm 100peratus pun but terus je letak nama sy in d list bulan lepas puasa...
ReplyDeletehaha..sebab bulan puasa macam sangat tak best dihabiskan dengan aktiviti tak bermanfaat macam menyanyi menari bagai..sebab tu kot dia tamau buat ramadhan dah..
DeleteAssalam lahnahar, nk tnye.. Sy dah apply kpd mara utk btn bulan ni.. Kiranya, sudah confirm ke tarikh sy minta tu? Atau sy kena tggu response dari mara?
ReplyDeletekena tunggu mara respon~~~
Delete