Total Pageviews

Tuesday 17 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 1: FIRST IMPRESSION




masuk hari ni, kiranya dah seminggu aku ada dekat edinburgh ni..aku sampai ahad lepas, malam dalam pukul 9 macam tu..so, takdela nampak the exact pemandangan tempat ni macam mana..dahlah naik flight..memang tak nampak apalah aku..haha..but, masa dah nak landing tu, adalah nampak lampu2 jalan..my 1st impression, this place is beautiful..seriously, dengan lampu jalan je??hehe..yup..lampu jalan kat edinburgh ni, beza dengan apa yang ada dekat malaysia nun..haha..

setakat ni, aku masih belum berkesempatan berjalan waktu malam kat sini..bukan apa, kalau siang pun aku dah gigil2, cakap keluar asap bagai, inikan nak keluar malam???tak sanggup aku..haha..but, one day, aku akan try keluar jalan2 waktu malam..hehe..bukan untuk ber'night life'..saja2..tengok pemandangan..haha..



cuaca, setakat ni, takde lagi hari yang aku boleh keluar sesuka hati tanpa memakai sweater dan kasut..haha..ada satu hari tu je, saja mengada..keluar kejap je nak beli lunch..sweater tak pakai, berselipar je..gigil2 aku..haha..kat sini, fully aku pakai sweater belang2 aku dan kasut converse aku..haha..sweater, aku bawak 1 je..nanti ada jumpa murah, akan kuborong 6 tukar untuk 1 week..haha..kasut pun sama..dah naik haus tapak dia hari2 aku pakai..haha..



edinburgh, memang bandar yang cantik kalau nak compare dengan london..london, bandarnya terlalu busy..but, still london pun cantik..cuma, orang sini takdela terkejar2 sangat..relax je..bangunan dia, semua epic..sangat cantik..memang macam yang aku bayangkan..bangunan2 lama..aku memang suka historic punya bangunan ni..haha..macam duduk dalam dua zaman berbeza..luar nampak lama, dalam, kedai cantek~~haha

EDINBURGH CASTLE

antara bangunan santek yang femes kat sini, semestinya edinburgh castle yang aku tak masuk pun sebab ticket bapak mahal!!!haha..tapi, boleh kata, hari2 nampak..haha..ada Scott Monument, menara tinggi kira macam yang paling tinggi kat edinburgh ni..kalau pergi city, confirm nampak..haha..dan, semua bangunan lain, semua santek!!!!!!!!even aku punya kelas pun, bangunan dia cantek..haha



SCOTT MONUMENT



sini boleh kira macam banyak tempat yang sangatlah cantek untuk melepak2, baring2..haha..antara tempat yang aku dah pergi melepak2 ialah, yang pertama, Calton Hill..tempat ni, kira the first public park yang dibuat dekat edinburgh ni..view die, sangatlah best..ada sudut boleh nampak laut, ada sudut nampak full bandar edinburgh..nak2, aku pergi nak dekat2 senja, memang santek sangat pemandangan dia..amek gambar pun, pose gaya2 artis buat cover album..haha..but, seriously, sangat cantek..sempatlah aku melayan perasaan jap kat atas tu..


CALTON HILL

EDINBURGH CITY DARI ATAS CALTON HILL



st andrew park, dia letak kat tengah2 new city edinburgh ni..sebenarnya, bukan nak lepak sangat..cuma penat panjat calton hill, singgah sainsbury, beli air, then, cari port nak minum..alang2, lepak dalam setengah jam sambil tengok orang keliling..best jugak tengok orang..sebab macam2 ragam kita jumpa..ada nampak sorang opah gile cool~~~haha..die punya style duduk..haha..

ST ANDREW PARK



third park yang aku pergi, nama dia Holyrood Park..dia sebelah dengan Arthur's Seat..dikatakan tempat ni dulu gunung berapi..tapi dah tak aktif kot..haha..aku nampak dari aku punya hostel..ingatkan dekat..rupanya, jauh jugak..penat panjat lagi..haha..and, before naek, tak tau pulak tempat ni ala2 femes kat edinburgh ni..haha..adalah lebih kurang 30minutes aku panjat..haha..sampai dekat spot best, as usual, nampak full view bandar edinburgh, aku landing..lelap..haha..sedap tidur dekat lereng bukit tu..kaki lunjur kebawah..nampak sangat cantek view langit sambung dengan bandar edinburgh..

DARI PUNCAK HOLYROOD PARK


park yang terakhir setakat ni yang aku pernah tidur, royal botanical garden..ni lagi satu, park yang best kat edinburgh ni..cantek!!!!dia takde view edinburgh punya bandar..just banyak pokok pelik2..tapi still, aku jumpa spot nak tidur celah2 pokok tu atas rumput..haha..sambil dengar mp3, lelap aku atas rumput tu, even sejuk..haha..kat sini, jangan pelik kalau jalan2 kat park tu, nampak je orang tidur macam aku..haha..ramai je macam tu..tak kira lelaki mahupun perempuan..tua ataupun muda..sama je..

ROYAL BOTANIC GARDEN



tutup cerita pasal park, kat sini, sesungguhnya, aku belajar erti bersyukur adanya cahaya terik matahari..haha..best gila kena pancaran matahari..sejuk2, dapat matahari, alhamdulillah sangat2..teringat kat malaysia, dok merungut panas2!!!!!!kat sini, dapat matahari tu macam satu nikmat bagi aku!!!!haha..

makanan kat sini, kalau jenis memilih, memang tak makan jawabnya..kebulur..haha..selaku orang yang balun je semua yang ada, aku orait je..telur goreng pun, jalan..haha..kedai banyak boleh beli groceries kalau nak masak sendiri..setakat ni, aku hari2 masak..haha..rajin tak???haha..restoran halal, nak kata banyak, ada 2 choice jenis makanan je..indian cuisine ataupun ayam goreng..tu je kedai halal yang ada kat sini..banyak kedai, tapi jenisnya dua tu je..dan, keduanya aku suka..haha..aku suka kari, aku suka ayam goreng..murah pun..ayam 3 ketul plus fries dan sof drink, baru 3 pounds..kira oklah tu..convert duit malaysia, sama dengan harga dinner plate kat kfc..haha..




so far, bagi aku, edinburgh bandar yang cantik, penuh sejarah, dan best kalau dah tua nanti nak settle down kat sini..aman je..tenang..tak busy..





11 comments:

  1. Salam, saya ade bace part awak apply uni. edinburgh. Boleh saya tau, reference letter student kena karang then tunjuk pada lecturer or lecturer tu sendiri yang buat surat tu?

    ReplyDelete
  2. beznyaa.update selalu ye sis.tq.kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for reading my blog..hehe..insyaAllah..akan saya update selalu~~~

      Delete
  3. sumpah jeles gler . . insyAllah akan smapai di situ . .amin . . setiap hari saya mesti bukak blOg akak :) !baca berulang ulang kali . .sumpah ! jeles pn ada hahahha .

    ReplyDelete
  4. i put ur blog into my bloglist coz this blog does inspire me, keep updating ;-)aderakukeysah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. me too....gile bersemangat ...rase jeles ....nak pegi jugak kat sane....=)) teruskan menulis sis...suka sgt2 bace sis...=)

    ReplyDelete
  6. jealoooooousnyaaaaaa! nak tanya , how about their accent? bukan ke scottish loghat dia pekat? macam mana akak catch up? ke akak memang paham je... maklum la saya ni kurang pandai english , sedangkan english-US pon slow nak catch up . hehe

    ReplyDelete
  7. macam mana akak dapat sambung belajar kat edinburgh?

    ReplyDelete
  8. macam mana akak dapat sambung belajar kat edinburgh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...