Total Pageviews

Saturday 21 September 2013

ME IN EDINBURGH PART 2: MY SCHOOL

ahaks..kat sini, school tu kira macam faculty kalau kat malaysia nun..aku dibawah School of Geoscience..secara khususnya, aku punya master (MSc. Geographical Information System) adalah dibawah Institute of Geography..institute ni pulak ala2 department kalau kat malaysia..



School of Geoscience ni, ada terbahagi kepada beberapa bangunan..tapi, aku punya kelas memang dekat Institut of Geography..secara amnya dia terletak dekat High School Yard, betul2 kat tengah2 antara Drummond Street dan Infirmary Street..sejarah High School Yard ni, sangatlah complicated..dia dulu ialah tapak Blackfairs Monastery..kira macam gereja yang dibuka King Alexander II pada 1230..tapi penyokong reformasi John Knox pada 1558 telah musnahkan bangunan ni semua..ni kira zaman reformasi gereja diorang tu..pakcik John Knox tu kepala dia~~pada 1566, Mary Queen of Scots isytiharkan tapak ni as city property yang membolehkan High School dibina pada 1578..Uncle James Pillian yang cipta papan hitam dan kapur pun pernah sekolah kat sini..haha..1774, sebabkan student yang makin ramai, jadinya, diorang runtuhkan bangunan lama, dan buat bangunan baru yang kekal sampai sekarang dan orang panggil Old High School..tempat ni ditutup pada 1829, tapi 1832 dia dibuka semula as surgical hospital..patutlah aku rasa seram sejuk je kalau jalan sorang2 kat situ..haha..sejarah dia complicated sangat..penat aku nak tulis..korang boleh refer kat site ni kalau nak tahu: http://www.ed.ac.uk/about/campus/buildings/central/high-school-yards

Sebahagian dari High School Yard

kelas aku, ataupun Institute of Geography ni, juga orang panggil Old Infirmary..dia dulu dibina as Surgical Hospital pada 1853..dia dibina oleh David Bryce as extension untuk existing hospital yanga da masa tu..kira macam nak satisfy demand yang ada..itu pasal interior dia memang macam hospital..korang bayangkan hospital punya ward semua tu, macam tu susunan bilik2 dalam bangunan ni..haha..dia dibina semula pada 1906 oleh Andrew Carnegie..pakcik ni kira orang kaya scottish ni r~~secara amnya, ikut sejarah, Old Infirmary yang dulu dibina habis musnah masa orang buat reformasi tu..tapi dia punya gate nak masuk dengan batu tembok still wujud sampai sekarang ni..dia jadi pintu utama nak masuk Institute of Geography ni..

nilah Institute of Geography

salah satu kelas aku, dia punya lecture dekat Old Surgeon Hall yang dulunya ialah Royal College of Surgeon..sekarang ni, diorang dah pindah pergi bangunan sendiri yang lain..tapi, bangunan ni sekarang digunakan oleh school aku~~haha..library pun ada kat sini..nama dia Drummond Library..

nilah Old Surgeon Hall

tutup cerita pasal sejarah..nak muntah aku bab sejarah ni..haha..bosan..haha..maca aku cerita tadi, bangunan ni terletak kat Drummond Street..so, sangatlah dekat dengan hostel aku ni..tak sampai 5 minit pun aku jalan, dah sampai..hari-hari aku jalan sampai hujung Richmond Street, terus jumpa Drummond Street ni yang kelas aku terletak..


Drummond Street


setakat ni, kelas aku masih dekat lecture hall lagi, takde masuk lab lagi..next week mungkin akan ada..nanti dah start lab, aku upload gambar dalam lab dia..hehe..


ni dalam kelas aku


overall, bangunan kelas aku ni, sangat-sangatlah bersejarah sampai aku pun pening dengan sejarah dia..haha..but, still, cantek bangunan dia..historic sangat..dia macam simpan 1001 sejarah yang kita tak tahu orang dulu2 punya kesusahan, zaman reformasi diorang..




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...