Total Pageviews

Sunday, 3 November 2013

ME IN EDINBURGH PART 6: FIELD TRIP TO KINDROGAN

lama tak update..sekali lagi sebab busy~~huhu..last week, aku kena pergi field trip..huhu..tak sangak dah masuk master ni pun still kena turun site..aiyo~~~ field trip ni, dekat kindrogan field center, perthshire..dia kira macam tempat educational institute yang nak buat research ke, fieldwork ke, boleh datang situ..sesuai untuk yang nak study pasal geography, environment n biology..



aku kena kumpul dekat school aku dalam pukul 8, then, letak alat semua dalam mini van, then, kitorang gerak ke kindrogan.naek van yang lecturer drive..haha..merasa jalan jauh, free~~haha..1st destination sebelum sampai, kitorang singgah kinross dulu..tempat ni macam tasik then ada tanah perkuburan dan rumah orang kaya..and, ada castle kecik kat tengah tasik tu..rumah besar tu, turun temurun sampai sekarang..tanah perkuburan tu, dia siap ada post pengawal yang macam ada kat castle dalam kartun disneyland tu..lecturer aku kata, sebab zaman dulu2, ada orang curi fresh bodies tu, buat research???





then, lepas jalan2 dekat tempat sejuk tu (pagi kot!!!mau tak sejuk!!!!), kitorang gerak ke perthshire..singgah another stop dekat Royal Scottish Geographical Society..ni singgah lunch..haha..pekan perthshire ni, sunyi je..tenang..jauh lagi best dan aman dari edin..suka aku dengan pekan dia..bangunan RSGS ni pun dulu, sejarah panjang..setakat yang aku ingat, dia dulu macam monastery..kira macam gereja jugak..tapi, lepas king apa entah kena bunuh dalam bangunan ni, dia dah tak jadi gereja..then, sekarang RSGS beli bangunan ni..tapi, diorang still kekalkan structure luaran dan sebahagian dalaman bangunan ni..aku paling suka library dalam ni..best!!!!!!







lepas tu, kitorang singgah dekat ada satu park..nama dia HERMITAGE..tergolong dalam Big Contry Tree, sebab dia ada banyak pokok tinggi2..n, ada 2 pokok tengah compete nak jadi tallest tree ins scotland..park ni, bila lecturer aku tanya, apa first impression, semua kata natural..but, rupanya tak!!!!lecturer aku recites poem yang ada sorang ni tulis..dia macam kutuk hutan ni..rupanya, tak natural..sejarah dia, ada sorang anak orang kaya ni, nak kasi hadiah besday ke mak dia..so, dia decorate hutan ni..pokok semua dia import jauh2..sebab tu, spesis dia pelbagai..macam ada pokok yang datang dari negara asia, tapi, wujud kat sini..batu2 tepi sungai pun, dia atur semua..and, sungai dia, ada salmon!!!!haha..tapi, serious tak sangka, hutan pun ada orang sanggup nak buat???




habis menjelajah hutan buatan tu, perjalanan diteruskan ke Kindrogan Field Center..seperti pekan yang aku cerita tadi, pekan yang dekat dengan field center ni pun, tenang je..aman!!!!!haha..tapi, field center tu, jauh gila dari pekan!!!!haha..dia dalam kawasan ladang, lembah bagai..so, 4 hari memang tak jumpa oranglah aku..haha..





bangunan field center ni, aku baca sejarah dia dekat receptionist, dia dulu pun rumah orang..ada tuan tanah tu, dia bina rumah ni 3 tingkat..then, kerajaan beli, buat field center..and diorang tambah lagi 2 bangunan baru..aku kira untung sebab dapat duduk dekat bangunan asal dia..tingkat atas sekali plak tu~~hehe..but, need to share with 5 others..haha..tapi, ok je..aku suka..sebab rumah ni best!!!!haha..nanti ada duit, nak buat rumah macam ni!!!hehe..







aku punya group, kena buat projek pasal cari site yang boleh bangunkan projek micro-hydro scheme..so, before sampai sini, kitorang memang dah shortlist dalam 3 site..so, 1st day, kira site visit..aku dengan lagi sorang scottish, kitorang pergi tengok micro-hydro scheme yang memang dah wujud..the best part is, hari tu HUJAN!!!!dahlah sejuk!!!!!hadoi~~~tak dapat pun aku menikmati pemandangan..huhu..







second day, alhamdulillah, tak hujan..yeay!!!dapatlah aku menikmati pemandangan..haha..site yang kitorang pilih, dalam kawasan yang banyak rusa hidup..and, masa kitorang dok hiking ke site kitorang (site yang dipilih, 332 m atas paras laut..tinggi tak???), ada hunter tengah buru rusa..time kitorang stop rest nak lunch kejap, ada dengar bunyi tembakan..mujur aku tak tertembak..haha..tapi, tak dapat snap pic rusa tu..sebab dia lari laju pasal takut ke kitorang..ada nampak burung herring~~hehe..



trip aku kali ni, takdelah menarik macam kalau pergi melancong..tempat dia pun, bukan kawasan pelancongan..aku pergi buat kerja..but, scotland, memang best!!!!kalau tempat biasa macam tu pun aku dah rasa cantek, apatah lagi kalau memang tourist attraction punya tempat..yang penting, tak payah bazir duit sampai 60pounds (my friend pergi trip bawah student society, pergi tempat yang lebih kurang sama geography dia, kena bayar 65pounds)..aku free je~~hehe..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...