Total Pageviews

Wednesday, 12 February 2014

WHAT SAD ME THE MOST

tajuk nak sentimental~~haha..actually, as referred to my previous ME IN EDINBURGH punya posts, aku ada story macam2 pasal kehidupan dekat sini..ada yang best, ada yang struggle, ada yang kurang best..and, apa yang aku cuba nak sampaikan dalam post kali ni, is the sequel to REALITY OF OVERSEAS STUDENT..and, benda ni, lain dengan yang previous one..kali ni, aku nak story pasal benda yang pada aku, tak patut pun terlintas dekat fikiran kami, Malaysian student, yang ada kat sini..

apa dia? it's all about future sebenarnya..seperti ramai yang tau, banyak Malaysian students, habis study, tamau balik Malaysia dah..nak menetap kat sini..memang ramai yang kata, takut nak balik Malaysia, bila tengok berita..and, compare dengan UK ni punya environment..hmm, that's what sad me the most..padahal aku, punyalah tak sabar nak balik Malaysia..

ya, tak dinafikan, dekat UK ni, memang terasa lagi best dari Malaysia..sebab takde manusia yang luar nampak ok, dalam sakit jiwa..Malaysian, banyak yang macam tu..sebab tu, sekarang hari-hari dalam penuh paper dari muka depan cerita pasal orang kena bunuhlah, deralah, itulah, inilah..punca kenapa, ramai yang jadi takut nak balik Malaysia..

tapi, pada aku, kalau dah duduk Malaysia lebih dua puluh tahun, then, datang UK duduk 1-5 years, dah kenapa yang takut sangat dekat negara tanah tumpah darahku tu? dua puluh tahun duduk Malaysia, takde pulak terfikir yang Malaysia itu, Malaysia ini..kenapa dah datang tempat orang, macam2 pulak yang nampak Malaysia tu tak best..

i'm not writing this untuk buat anyone terasa..aku just terfikir je (alang2 tak boleh tidur sejuk2 ni..haha)..dan, aku rasa nak share untuk sahabat yang dah ada disini, ataupun yang akan kesini tak lama lagi..betulkan niat..soal duit, tolak tepi..memang gaji cleaner sini, sama dengan gaji engineer dekat Malaysia..memang Malaysia punya gaji sikit..tapi, nak harapkan siapa lagi yang nampak apa yang kita nampak? kalau bukan kita yang betulkan apa yang kita rasa tak betul, siapa lagi? 

jangan dicompare system dekat sini dengan system UK dengan Malaysia..jangan jadi manusia yang suka complaint..cakap bas dekat Malaysia lembab..komuter lembab..lrt lembab..semualah lembab! bas dekat UK, memang on time..tube dekat London, memang, laju je..terlepas satu, after 3mins, sampai lagi satu.. diorang negara maju..system diorang dah develop years earlier than Malaysia..negara kita, baru je nak bertatih..contoh, bidang yang aku amek ni..GIS..sebenarnya, sangat penting, dan berperanan besar nak menjadikan sesebuah negara tu, maju..tapi, Malaysia, baru je nak start nurture this field dalam system..

aku kadang2, senyum sinis je bila dengar orang yang cakap tamau balik Malaysia dah..pelik..adakah sebab aku ni memang nasionalis? adakah aku seorang yang patriotik? tak jugak rasanya..siapa yang kenal aku, knows my stand..tapi, pada aku, sebab kerajaan dah kasi aku duit (even loan pun) untuk study kat sini..tanggung aku punya duit makan, duit beli buku, duit tempat tinggal..kadang2 guna duit tu untuk travel (even baru dua kali jenjalan, tu pun dalam UK je)..aku rasa aku patut balik Malaysia..sebab aku fikir, aku dihantar, bukan untuk study semata, tapi, untuk aku kutip apa yang sini ada, bawa balik Malaysia, dan kita bina Malaysia yang maju..

8 comments:

  1. You are right. Kalau kita tak sukakan negara sendiri hanya disebabkan kita tidak ada apa yang mereka ada di sana, jadi persoalannya siapa yang akan wujudkan apa yang ada di sana supaya ada di sini... Jawapannya tentulah KITA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup3..kalau ada button like comment, saya like banyak2 comment awak ni~~

      Delete
  2. Moga2 hasrat dan impian menjadi kenyataan. All the best. . .

    ReplyDelete
  3. tetibe aku rase terharu bace post kau.
    balik lah nab.
    hee
    kami sedia menunggumu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ko ni! xyah nk terharu sgt~~haha..

      Delete
  4. Harap awak tetap dengan pendirian ni bila habis study nanti =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...