From Norway, aku kemudiannya ke Stockholm, bandar yang terletak di Sweden, satu lagi Vikingdom yang wujud dalam dunia ni. Dua negara ni, letak bersebelahan je, but, Stockholm ialah bandar yang paling Timur di Sweden. Jadinya, jarak dari Oslo ke Stockholm, agak jauh juga kalau nak diikutkan. Ada beberapa pilihan untuk ke Stockholm dari Oslo. Yang paling pantas ialah, flight. Tiket pun, takdelah mahal. Cuma, yang tak bestnya, kejap sangat dalam flight tu. Takde thrill tetibe terus sampai. haha.. Pilihan kedua dan juga yang paling femes is by train. Tak silap aku, dia ambil masa 6 jam. Sama dengan bas. So, pilih mana nak antara dua sebab both dapat tengok view sebab menggunakan jalan darat. Harga tiket pun, lebih kurang je. Tapi aku, pilih bas. Sebab nak jimat duit. Haha.. Bas dia bertolak malam, then akan sampai awal pagi. Jadinya, tak perlulah aku bayar hotel untuk malam tu. Kalau train, kena bayar hotel untuk malam tu sebab akan sampai Stockholm pukul 9 malam macam tu. Bas dia pun, boleh tahan juga. Dapat tenet. Ada soket nak cucuk plug apa-apa. So, not bad. Seat pun selesa. Takde masalah. Cuma, masalahnya ialah, aku punya bas tu, hari Sabtu. Jadinya, haruslah penuh kan? Sebelah aku ada orang.. huhu..
Tutup cerita pasal bas, what did I do in Stockholm? haha.. Banyak. Sangat banyak. From sightseeing, lepak-lepak, getting lost in the lorong-lorong sepi celah bangunan-bangunan dekat dia punya Old Town dan juga menghayati culture dan sejarah Sweden sendiri. Semua aku buat untuk satu hari aku berada di sana. Kalau nak diikutkan, tak cukup masa tu. Terlalu banyak lagi yang aku termiss sebenarnya, tapi, sehari tu pun, aku dah rasa sangat best Sweden tu.
Bandar ni, agak sibuk kalau nak compare dengan Oslo. Oslo tu, orang dia sikit je. Tak berapa busy sebab memang penduduk dia pun dah sikit. Tapi, Stockholm, orang sangat ramai, local plus dengan tourist. Mungkin sebab hari aku dekat Stockholm tu Ahad, tu yang lagi berganda manusia tu! Tapi, aku boleh je masuk semua top attractions dia. But, aku nak cerita pasal bandar dia dulu. Every inch of this city, bagi aku semua taraf boleh buat poskad. Takde satu pun yang tak menarik di mata aku. Segala benda aku nak snap sebab semua aku rasa sangat-sangat picturesque. Nak-nak, dia punya old town. Aku suka je dia punya lorong-lorong sepi celah-celah bangunan. Dan, aku suka dia punya skyline. Berlainan dengan Edinburgh yang skyline pun sangat cantik ala-ala kota dalam fairy tales, bangunan di Stockholm kaler-kali. Nampak sangat-sangat vintage dan menarik. Aku melepak dekat tebing yang dibina tepi laut yang memisahkan Old Town dengan dia punya city centre adalah dekat dua jam jugak bila dah petang-petang dah habis melawat semua tempat.
Aku berjalan, sama dengan masa di Oslo, aku beli dia punya tourist card. Nama dia, Stockholm Card. Semua Europe punya cities, selalunya ada pass macam ni yang kasi unlimited access to public transportation dan juga free untuk mask museums tertentu. Macam Stockholm Card ni, aku dapat naik dia punya public transports, dapat masuk semua museums and attractions except Royal Palace, dan juga aku dapat nail sightseeing boat tour. Kira berbaloi dengan harga dia SEK 525. Mahal banyak dari Oslo Pass, tapi, still, berpatutan dengan tawaran yang diberi. Sebenarnya..
Most of museums defat Stockholm yang wajib dilawati, tarletak dekat satu pulau kecil, Djugarden. Kira, semua sangat berdekatan to each other. Sangat mudah. Dan untuk kesitu, boleh je naik bas or tram. Dekat situ ada theme park ala-ala genting, ada macam-macam museum yang tunjuk culture and history of Sweden, ada castle, dan juga ABBA Museum.. haha.. ABBA kan, memang asal from Sweden. Tu yang ada muzium dia kat situ.. haha..
Seperti yang aku kata, Sweden juga merupakan Vikingdom satu ketika dahulu. Pernah aku terbaca catatan seorang tokoh termuka Muslim dahulu mengenai Sweden. Bagaimana beliau menceritakan kehebatan orang Sweden yang beliau jumpai ketika golongan Vikings tersebut belayar merentasi lautan. Tapi, aku tak ingat sangat dah cerita dia. True to that, aku ada masuk satu muzium (sama macam dekat Oslo), yang tunjuk satu kapal perang, nama dia Vasa. Kapal ni memang dibina untuk tujuan military atas arahan raja dia masa tu (1621) untuk meluaskan kuasa Sweden. Kapal ni, sangat, I mean, sangat, besar! Kagum, takjub, semualah aku rasa bila jejak je kaki dalam muzium ni. Aku dapat bayangkan betapa hebatnya Sweden satu ketika dahulu. Tapi, kapal ni, tenggelam 20 minit selepas pelayaran pertamanya (kira-kira 1.5 km). Kemudiannya, bangkai kapal ni dibawa keluar dari laut dan preserved di muzium ni.
Then, aku mask Skansen, dia punya open air museum yang tunjukkan culture Sweden dari dulu, hinggalah sekarang. Patut dalam ni, kena duduk lama, tapi sebab aku kesuntukan masa, aku duduk 3 hours je tengok itu ini. Tu pun, aku dah puas hati dapat tengok some of the cultures. The industries yang ada di Sweden, the lives there, dan sebagainya. Dia ada tunjuk pekan Stockholm yang dulu-dulu, ada tunjuk rumah orang kenamaan dulu-dulu, etc.
Aku skip Royal Palace dia punya changing guards sebab tak best pun bagi aku.. haha.. Aku pilih untuk tengok view the whole Stockholm from the sky. Haha.. Nama dia Skyview. Kira macam lif je sebenarnya. Macam Taming Sari dekat Melaka. Tapi, Taming Sari menara. Yang Skyview ni, dia naik a globe, nama dia Ericsson Globe. Dari gondola ni, dapatlah tengok view 360 darjah bandar Stockholm.
Apa lagi eyk? Hmm. Aku rasa, yang paling aku suka ialah dia punya Old Town ataupun Gamla Stan nama dia. Aku melilau je dekat situ tanpa arah tujuan. Nampak lorong, aku masuk. Then, snap pic. Setiap sudut dekat Gamla Stan tu, memang boleh jadi poskad! Cantik! Vintage sangat.
Stockholm pada aku, bandar yang sangat cantik. Lain dengan Edinburgh yang gothic ni. Haha.. Cuma tulah, Scandinavian countries ni, segala barang mahal! Plan asal, aku nak ke Copenhagen juga, ingat nak habis tour semua Scandinavian countries ni, tapi, mengenangkan segala macam barang mahal, aku skip Denmark. haha..
Teaser for the next post
No comments:
Post a Comment