Total Pageviews

Thursday, 28 August 2014

ME IN EDINBURGH FINALE : Coming Home Part 1

Baru nak tulis pasal ni.. Haha.. Esok dah nak balek.. Yippie!!!! Erm, a lot of things need to be settled, tu yang baru berkesempatan nak tulis pasal ni.. Bukan takat packing barang je nak balik ni, banyak lagi hal kena settle sebab bukan dekat nak datang kalau termiss anything..

First and foremost, kenalah minta statement of finishing studies from uni yang mengatakan diriku dah complete semua module kat sini.. Result will be out on October though, tapi, yang ni, dah boleh dah minta. Senang boleh kasi pihak penaja dan juga nak minta kerja nanti. Mudah je. Tak macam UiTM kena bayarlah, itulah, inilah. Aku email je secretary programme aku, then, dia terus je provide aku statement tu within half an hour by email. Sangat efficient. 

Then, aku kena selesaikan pelbagai perkara dengan penaja, MARA. Tuntutan segala macam elaun seperti tesis dan elaun akhir pengajian (buat shipping barang balik). Supposedly ni boleh settle dengan kita pos je forms tu semua. Tapi, memandangkan aku akan balik esok, kalau MARA pos ke alamat aku sekarang, for sure memang taklah sampai kat tangan aku, aku pergi ke London untuk settlekan hal ni. Alhamdulillah, elaun semua dah masuk. Settle. Tinggal aku nak bayar hutang je nanti. 

Dah siap semua, apa lagi, packing! Haha.. Part ni paling payah. Mujur aku dah siapkan checklist awal-awal supaya tak termiss anything. Packing ni, bukan takat masukkan baju dalam beg je, kot2 ade orang kirim anything minta belikan, tu yang payah! Terlupa nak beli, mahal nak datang balik! So, first and foremost dalam bab packing ni, ialah, shopping! Souvenirs dan segala benda yang dikirim manusia di Malaysia nun. Dah siap, baru officially start packing. 

Half of my things are already sent to Malaysia. Aku dah pos dah sekotak. Kenalah bayar £143. Aku pos by air freight. So pakai kapal terbang. Tu yang mahal banyak. Tapi, cepatlah sampai kalau nak compare dengan pakai kapal laut. Two weeks akan sampai. Dan, katanya semalam dia dah pos. Hopefully semua selamat sebab dalam tu ada kasut Nike aku!!!

Then, barang2 dekat sini pun, kenalah juga tengok2 takkan nak bawa balik semua kan? Macam kitchen utensils segala bagai, wajarkah aku bawa balik? haha. Buat berat beg je. So, aku pass dekat someone untuk kasi dekat someone yang akan datang next semester. Jimat duit someone tu tak payah beli itu ini, dan jimat juga aku punya ruangan dalam beg. Haha. Kalau tak pun, ada je charity shop  punya van hari2 datang dekat hostel aku ni kutip barang. So, boleh je aku pass dekat diorang nanti macam bantal, kasut yang aku dah tak nak, etc. 

Apa lagi eyk pasal packing ni? Erm, tu je kot. Finally memanglah masukkan barang dalam beg. Sama macam masa datang dulu, aku bawa balik 1 beg roda besar, 1 beg roda kecil, dan juga backpack. Simple. Tapi, macam dah beranak-anak pula barang aku sebenarnya. Haha..

3 comments:

  1. Hi Nabilah,

    Selamat pulang..keep writting ya!

    ReplyDelete
  2. Hm. Masih inat lagi. Lebih kurang setahun yang lalu. Terjumpa blog ni. Satu demi satu post dibaca pasal "Road to Edinburgh". Follow pula cerita sebelum fly, di sana sampai sekarang... dah nak balik.

    ReplyDelete
  3. Akakk.. Ape nama fb akak eh? Nak tnya pasal study kt ausieee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...