Total Pageviews

Friday 4 December 2015

Budak Bisu dalam Kelas dapat 5A

Result UPSR dah keluar dalam 2 minggu lepas macam tu. Dan meski aku takde pun adik mahupun anak buah hatta sepupu sepapat sekalipun yang amek UPSR tahun ni, nak juga aku tulis pasal ni! haha.. Aku ni kira among the few, (ok takdelah few sangat, lebih kepada sangat rare, satu dalam sepuluh ribu kot aku rasa.. haha) budak yang dalam kelas orang kata ada emas tak boleh nak cakap sebab kalau cakap confirm emas tu keluar. Nanti orang kutip, sendiri rugi! haha.. 

Ingat lagi aku masa darjah satu, first day sekolah.. haha.. Masa tu, aku rasa sama macam sekarang, parents penuh keliling kelas kan? Mak ayah aku je takde. haha.. Mak aku just hantar je aku masuk kelas, lepas tu dia terus gerak ke pejabat semula. Masa sekolah kebangsaan takde hal. Masa sekolah agama jadi kelakar. Mak aku, kasi duit belanja dekat abang aku je. Dia darjah enam masa tu. Rehat darjah enam dengan darjah satu tak sama ok! haha.. Dah aku melangut dekat kantin tu sampai darjah enam rehat, baru aku boleh amek duit belanja dekat abang aku. haha.. Aku sempat beli air je masa tu. Minum laju2, terus aku masuk kelas. Dan, oleh kerana keliling tu penuh dengan parents, ustazah yang ajar tu tak perasan pun aku masuk lambat. haha.. Aku pun buat muka confident je, dahlah duduk belakang sekali! haha..

Cakap pasal beli makanan kat kantin. How did I, seorang budak bisu menjalankan urusan beli membeli ni kat kantin? Dahlah ramai kan pupils? Semua pakat bersesak-sesak sebab masa zaman aku kat sekolah dulu, takde rasanya memori "Sila Beratur" masa nak beli makanan kat kantin. haha.. So, macam mana? haha.. Aku terus je amek benda yang aku nak tu, then terus je hulur duit. Aku rasa kalau zaman sekarang mungkin aku disyaki menipu main amek je, bayar ikut suka. Tapi, pak cik mak cik kantin dulu, diorang punya sense of percaya pada budak ni tinggi tau. Takde banyak soal, dia amek je duit yang aku kasi tu. 

Aku ingat lagi kena marah dengan cikgu dalam kelas sebab cakap slow sangat, dia tak dengar. Siap dia ugut lagi nak kasi aku kosong sebab aku tak nak kasi tau satu kelas markah aku berapa masa tu. Ala, zaman dulu, ada je cikgu yang malas. Sampai sekarang kot aku rasa. Diorang nak masukkan markah periksa budak dalam buku, suruh bangun kasi tau markah. Bagi aku, it kinda embarassing kot kalau orang tu markah rendah. Tapi, ala, budak sekolah rendah, kisah apa pulak kan markah rendah dari kawan2? haha. Back to the story, sampai giliran aku, aku pun bangun, takut-takut je. Dahlah aku ni takde kawan dalam kelas tu. Bukan sebab aku tak cakap ye. Tapi sebab aku among the few yang baru je naek kelas. Kan aku pernah cerita, aku tak pandai. Darjah satu kelas last. Darjah dua aku pindah sekolah naik kelas nombor dua. Darjah tiga baru masuk kelas pertama. Ni masa aku darjah tigalah ni. Ingat lagi aku, cikgu tu tengking2 aku..

Cikgu: Nabilah!
Aku bangun dengan takut-takutnya
Cikgu: Berapa markah awak?
Aku: 98 (Dengan suara yang sangatlah slow)
Cikgu: Berapa?
Aku: 98 (Masih dengan tone yang sama. Takde naik2, maintain slow)
Cikgu: Cuba cakap kuat-kuat! Awak nak saya bagi kosong? (Cikgu tu dah ugut2 aku sambil buat gaya tulis markah dalam buku rekod dia)
Cikgu: Duduk!

Masa tu, memang aku nak nangis dah! Aku dapat 98 ok! Dia ugut nak kasi kosong. Tak kisah dah aku masa tu. Lantaklah! Yang ajaibnya, aku takde pula terfikir nak mengadu kat mak aku yang masa tu Penyelia Petang sekolah tu ke apa kot. Takde aku gedik2 nak mengadu pasal cikgu tu, cikgu ni. Memang aku tak cakap! Tapi mak aku ada cerita. Haha.. Cikgu2 yang pernah ajar aku si budak bisu ni, semua pening. Diorang yang akan mengadu kat mak aku.. haha.. Diorang kata, tak taulah aku ni faham ke tak diorang ajar dalam kelas. Tapi, bila tengok markah periksa aku semua 100, diorang just agak yang aku faham je sebenarnya. haha..

How did I made friends kalau dah aku tak bercakap? Korang pernah tak tengok budak2 main? Budak kecik yang tak reti cakap lagi pun, boleh dengan bestnya main sama-sama. Sebab budak2 ni, tak payah ada bahasa yang sama untuk mereka tuturkan masa bermain. Aku ada tengok anak sedara aku yang duduk dekat Sydney, masa dia balek Malaysia dulu, main dengan anak buah aku yang sahih duduk kat Malaysia, even masa tu diorang baru first time jumpa. The best part is, sorang cakap omputih siap slang Australia, yang sorang maintain cakap Melayu. Diorang punya conversations, serious tak make sense kot. Tapi, still.. Macam tu jugak aku dulu. Budak2 ni, simple.. Kita yang dewasa nak pening kepala. Cakap kena berlapiklah, itulah, inilah. Kalau cakap pun, sensitif lebih, mahu dua tahun tak tegur sapa. Tapi budak2 tak.. 

When did I start tak jadi bisu dah? Rasanya masa darjah 4 macam tu. Aku dah naik tahap dua. Dah boleh nak wakil sekolah bagai. Mak aku masukkan aku few pertandingan. Kadang tu, pertandingan tu aku rasa macam aku cakap seorang je, the judges langsung tak dengar pun. Punyalah aku takut! Tapi akhirnya aku slowly bercakap dengan yakin dan confidentnya! haha.. 

Dan perubahan aku, maintain sampai aku darjah enam. Aku memang among the top students masa tahap dua tu. Start dari darjah empat, darjah tiga aku tak berapa pandai lagi. Hari anugerah cemerlang pun, aku dapat satu award je. Tokoh membaca. haha..Tapi, aku pegang ok title tu sampai aku darjah enam! Takde orang lain yang rajin membaca selain aku.. haha.. Naik darjah empat, aku dah terror sikit. Compete dengan kawan2, akhirnya masa aku darjah lima, aku dapat segala hadiah terbaik mata pelajaran, terbaik dalam kelas, terbaik aliran. Semualah! Aku rasa yang aku tak dapat hadiah terbaik subjek Agama, Moral je kot. Lain semua aku. Sampai adalah parents komplen! Peduli hape aku! haha.. 

Naik darjah enam, persaingan makin hebat, aku pun maintain result. Dengan kawan2 yang still sama dari darjah tiga lagi, akhirnya kitorang ramai2 dapat 5A. And that year was result terbaik bagi sekolah aku dalam sejarah. My sekolah tu listed as sekolah luar bandar. Pelik, tapi benar. Out of semua sekolah yang ada dekat Rawang tu, sekolah aku je kategori luar bandar. Tu yang bila 11 orang dapat 5A, dah gempak gila dah rasa! haha.. Nak2, tahun sebelum tu ada seorang je. Tahun sebelum2 tu, maksium 5 orang je. Tahun aku paling ramai. And, the percentages of pupils yang lulus semua matapelajaran was 70%. Memang gempak! haha

Dan, among the best eleven, terselitlah budak bisu ni seorang. haha.. I was not among the best dari darjah satu. Aku merangkak sikit-sikit, sampailah aku dapat berdiri sama level dengan mereka yang terbaik. 5A, tu bekal aku untuk masuk sekolah berasrama penuh. Keciwa mulanya sebab aku dapat jauh ok! Dekat Temerloh! Ok, mungkin sekarang dah dekat sebab ada highway. Masa aku dulu, dekat 4-5 jam baru sampai sebab selalu je jammed dekat Karak-Lanchang tu! 

I'm not telling this story sebab nak bangga diri ke apa, tak. I just want to share my piece of life with banyak lagi anak2 (kena pakai anak2 sekarang sebab dah tua..haha), adik2 dan sahabat2 yang punya adik2 atau anak2 yang having same masalah as me. Not masalah sebenarnya, tapi, keistimewaan sebab, mereka yang kurang bercakap ni sebenarnya, dalam penuh geliga sebab instead of bercakap dengan mulut, they talk with their mind. 

2 comments:

  1. Our storyline is quite the same. HAHAHAHAHA anak cikgu yang tak reti bersosial, tak reti bercakap time skolah rendah. Well. Kite baru pindah skolah kotttt. Kasi can aa nak selesakan diri sndiri before berkawan2. Kan kan? Pastu at the end of school day, dapat segala macam award. Lagi2 Tokoh NILAM. Perghhhh legend siot. Every year tak pnah kalah.

    Btw, I'm on the road to Edinburgh. Pray for me please. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! tak sangka ada yang perangai sama.. haha..
      Good luck. Edinburgh is a very beautiful place to stay in.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...