Total Pageviews

Monday 17 October 2016

PhD Life 1: Synonym - A Lifetime Decision to Get Out of a Comfort Zone

Bismillahirrahmanirrahim... Payah untuk aku mulakan entry yang satu ni pasal sampai sekarang pun sesungguhnya terselit satu rasa yang aku ni tak seberjaya kawan2 yang sebaya dengan aku sebab sampai sekarang aku tak keluar dari sekolah. Padahal kawan2 sebaya aku dah dok timang anak, ada rumah sendiri, kereta sendiri. Aku? Kadang aku terfikir yang adakah diri aku ni stuck pada satu zaman? Adakah aku berhenti untuk grow up sejak dari masa aku habis SPM dulu? Adakah masa aku freeze tak gerak-gerak for these 9 years? Sampai sekarang aku mencari jawapan yang satu itu, dan it leads to the born of a paranoia me, indecisive me.

Aku pernah gagal. Kalau siapa yang ikuti blog ni, pasti tau. I failed to exceed my own expectations years ago. Dan, kerana itu, I made a promise to reach the highest, untuk tebus kegagalan yang satu tu. Tu yang buat aku kadang terfikir, mungkin itu sebabnya aku terperangkap dalam satu zon masa yang tak gerak2. Aku tak rasa aku grow up, except for my age. Until I was forced to make a few decisions for my future yang aku rasa gelap, tak nampak apa. Masa final year degree dulu, saat orang lain dah beria minta kerja and all, aku tak tau kenapa aku tak nampak future aku untuk tu. Gelap. Sungguh! Aku tak nampak diri aku berdiri tengah panas teropong itu ini, aku tak nampak diri aku duduk dalam bilik meeting, aku tak nampak diri aku dalam mana2 situasi di pejabat. Sungguh! Dan, benda tu buat aku terfikir, is there a future for me? Tu yang jadi kadang nak tidur malam pun susah sebab aku takut that will be my final night alive, esok dah enam kaki kat bawah. 

Tapi, sebab aku dah janji pada diri untuk takkan buat parents aku kecewa, akan selalu kasi diorang bangga, dan takkan biar diri ni kalah lagi, I've thought of the other option. When I was in my final semester, seperti students yang lain, aku juga punya seorang supervisor yang selia aku punya dissertation. And he for me, will forever be my sifu. I was inspired by him disamping cemburu dengan kawan2 yang lepas SPM fly ke overseas. Dan memang aku dari dulu pun, sama macam orang lain, punya impian untuk belajar di negara orang. And, I thought, that's it! Go for it! I made some research, asked my sifu, my friends kat sana and, make my decision to go there. 

1 years later, during my final semester of my masters study, I was facing the same situation. A dilemma. What to do when I go back to Malaysia? I called my mom, asking her opinions, and she told me she prefers me to be an academician. I was thinking at that time, to be a lecturer with no industrial experience, will be a disgrace for my own self. People look down at such lecturers. I don't want to be like that. I keep thinking.. Thinking.. And thinking.. Finally I reached my decision. I want to work for industry. But, this led me to a problem..

No company I've applied for, wanted to hire me. I was surprised sebab my friends yang sama2 buat masters dapat je kerja, but not me. Aku fikir, maybe takde rezeki. Bukan kat situ rezeki aku. Luckily, I've applied for fellowship scheme at one local university saja-saja masa aku dekat Edinburgh dulu. So, they called me for an interview, tapi sebab the faculty is so small, and their directions or focus of study lain dengan aku punya area of interests, they can't offer me the scheme. Then, UiTM punya skim Tenaga Pengajar Muda buka. I applied. And after much difficulties, I was accepted. But, there was a problem..

I was offered to do my PhD at local university, not overseas. At that time, I was like, hmm.. Tak tau nak cakap apa. I spent six month survey for a university yang aku nak sambung study, approaching professors to supervise me. I got offers from UNSW, Melbourn Uni and RMIT. This time, I go for Aussie atas beberapa sebab yang tak boleh dinyatakan disini. Tapi, Allah tu maha Adil, maha Mengetahui, sebaik perancang. Kita takkan pernah tau, sebab tu kita selalu je ragu dengan keputusanNya. Aku patut boleh je merayu untuk minta tukar ke luar negara, apatah lagi bukan mudah nak apply uni, approach supervisor and all. Nak2 semua professors dalam dunia ni, kau kena pandai karang email dan kasi tajuk yang catchy untuk mereka klik open email kau tu. Sebab satu hari ada beratus email yang masuk dalam inbox mereka. Kau kena banyak2 doa yang Allah buka mata dia untuk nampak email kau. Aku berbelah bagi, apatah lagi masa ni, wujud another option untuk aku..

As a JPA scholar, adalah wajib untuk aku untuk isi borang SPA apply beberapa jawatan dalam kerajaan. Aku buat ni masa final year degree dulu, dan dah dapat surat panggilan temuduga ataupun periksa beberapa kali. Tapi, dulu aku bagi alasan aku sambung belajar dan dah buat surat penggantungan kontrak. Jadinya, aku selamat. Tapi, habis master, takde alasan. Dan, as expected, I was called for an online test untuk jawatan PTD (benda yang sama aku dapat masa habis degree dulu alongside Juruukur J41). Untuk mengelakkan diri ni di-blacklist, tambahan aku ada masa lapang, aku pun jawab je test tu. Tapi, aku rasa aku jujur banyak dari orang yang beria nakkan jawatan ni sebab aku takde pulak reti nak google jawapan sambil jawab test tu mahupun minta orang lain googlekan. Aku buat sendiri sambil family aku layan cerekarama malam minggu tu. lol.. 

And, surprisingly, walaupun aku jawab sambil lewa, I was called for the second round which is ujian bertulis and interview. OMG! Sungguh aku malas. Nak2 aku masa tu tengah travel di Europe lepas aku punya konvokesyen. And, you know what? Email pemberitahuan tu masuk sama dengan email yang UiTM panggil aku untuk interview for the TPM. Ironic kan? So, aku kena reschedule both interviews memandangkan aku kat luar negara. UiTM will be done guna Skype as agreed by my sifu, while PTD, aku dapat reschedule ke tarikh yang terakhir sekali. Back to Malaysia, aku attend the ujian bertulis dan interview. Aku goreng je ujian bertulis yang suruh calon tulis essay satu BM, satu BI. Aku ingat topik dia. Yang BM, aku pilih tentang perkembangan teknologi di Malaysia dan BI aku pilih tentang exam-oriented thingy. Dan, the interview, malas nak cerita, sebab tak best untuk dikenang. Aku memang bajet tak dapat punyalah!!! Tup.. tup.. 

Masa aku tengah menyediakan segala macam persiapan untuk aku sambung belajar; initial proposal, buat literature sikit2, etc, aku dapat pula offer untuk kursus setahun di INTAN. Yeah, you know the jawatan right? Ni punca aku berbelah bagi tiba2. Mungkin ini sebab Allah tentukan yang aku kena sambung belajar ni dalam negara je. Mungkin Dia nak uji aku untuk pilih jalan hidup yang aku paling nak. Kalau diikutkan, aku patut pilih PTD sebab semua orang tahu ia jawatan kerajaan yang paling diingini ramai. Dan, aku tak payah nak pening2 kena buat literature, design my own methodology, main dengan software, write an analysis, tulis paper, tulis thesis tebal2 and all. 3 years vs 1 years, aku patut pilih PTD. 

Tapi, masa ni aku tanya diri aku balik. Between comfort and passion, mana yang aku nak? PTD seems easier than PhD (oh, just realise they even sounds and writes similarly!!!!). Sorry to PTD, tapi ni aku punya anggapan. Mungkin pada anda PhD is way easier. Yeah yeah.. Lain orang lain perspective kan? Tapi tulah, this is what I felt. Comfort zone. Aku rasa, if I chose PTD, aku takkan keluar dari zon selesa aku. The working environment will limit my voice. I'm not a very vocal person, nor am I orang yang "Yes bos, yes bos..". Tapi aku rasa dengan memilih untuk bebas meng'confirm'kan dengan cara aku sendiri segala yang aku ingin tahu, iaitu melalui kajian akademik, it'll be better for me. Aku tak rasa aku tahan untuk diamkan apa yang aku tak puas hati. Aku tak rasa aku sanggup untuk sekadar berani cakap belakang. Aku tak rasa cukup untuk aku luahkan rasa di media sosial. Aku mahu buat sesuatu. Aku tak mahu jadi mereka yang lantang mengutuk, komplen itu ini tapi takde apa2 inisiatif untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan. Dan, untuk itu, aku perlukan platform untuk aku suarakan segalanya. How? To be in academics.

Aku suka guna term academician instead of lecturer sebab bagi aku, aku bukan nak memberi syarahan pada sesiapa. I want to learn. Bukankah ilmu Allah tu seluas lautan? Jadi kenapa kita harus merasa yang kita dah cukup belajar untuk hidup? Life is a learning process, dan tak salah untuk kita terus dan terus belajar. Aku pilih to be in the academics. Biar suara aku kecil, tapi peluang untuk didengari lebih cerah kerana medium yang aku gunakan berteraskan fakta, bukan persepsi semata. Ia langsung tak mudah sebab untuk kita kupas satu fakta, banyak yang perlu kita refer. Saat ni, aku berterima kasih pada mak dan ayah aku yang paksa aku kecik2 dulu hari2 baca at least satu buku sampai aku dapat jadi Tokoh Membaca 4 tahun berturut2. 

Hari ni, instead of browsing aimlessly, aku paksa diri sehari mesti cari at least an article related to my study. Baca, summarise and find how can it be useful for my study. Segala media sosial termasuk blog ni sendiri terpaksa aku abaikan. Aku biarkan diri ni lemas dalam kerja yang takkan pernah habis. I love it when otak aku ni sentiasa je berfikir tentang how can I make my model relevant? Is there any research previously did the same or similarly? If yes, aku gali dalam otak yang dah 26 tahun umurnya ni info2 berguna untuk aku find another solution instead, yang relevan. Masa nilah ilmu yang aku belajar dari sekolah rendah amat berguna. Simple math macam tambah tolak darab bahagi berserta hukum pecahan, rationing etc amat berguna sekarang. Tu pasal masa cikgu ajar dalam kelas kau jangan pernah tidur! 

Masuk bab tidur pula, kalau dulu aku pukul sebelas dah lelap, sekarang dua belas lebih baru reti nak tutup laptop. Tu pun, sampai masuk dalam mimpi memikirkan data processing, macam mana nak analyse data, kenapa model tak jalan, calculation tak jadi and all. Kadang tu, terjaga dua tiga pagi dapat ilham, terus capai laptop, tak pun kertas A4 yang memang sentiasa standby atas meja study berserta pen conteng apa yang terlintas tadi. Dan, dah alang2 terjaga, aku bawa diri ni menghadap yang Esa dikeheningan malam. Sesuatu yang aku rasa sukar untuk aku dapat lakukan andai aku bekerja dibawah telunjuk orang (direct translation: office).

Masa ni, rasa terkilan sebab impian nak jejak bumi Australia atas tiket menuntut ilmu tak tercapai, dah makin menipis. Meski masih ada sikit2 sebab aku amat mahu uji takat mana diri aku ni boleh pergi. Aku nak push sejauh mungkin. Tapi, macam aku kata tadi, Allah lagi tahu. Sebab Dia tahu limit aku, Dia letak aku disini. Kita takkan pernah nak tebak rahsiaNya sebab kalau kita tahu, kita akan jadi berani nak salahkan keputusanNya. Aku biarkan itu terus jadi rahsia, hidup aku teruskan. Aku pujuk diri untuk percaya yang segalanya akan smooth je atas key redha dengan ketentuannya. PilihanNya memang kadang pahit untuk kita, tapi aku selalu percaya yang kat hujung sana ada kemanisan yang menanti. Sebab janji Allah tu pasti. Dia tak pernah mungkir janji. Kita yang selalu alpa akan janji kita padaNya. Dan, Allah memang dah janjikan yang indah2 saja buat hambaNya yang sabar dan redha. Keynya? Sangka baik dengan Allah. And, He'll lead the best life for you.

I've written a brief summary of a PhD life (from my eyes) on my previous post, please feel free to read it. Dan intrepret dari kaca mata kau, how is it? Kalau nak berbicara tentang indah, seronok dan best, aku pilih untuk tak buat apa-apa, wandering aimlessly on the street of KL. Tapi, aku tak rasa ia normal kerana kita manusia. We need to push our limit. And that's why, we need to decide on our life. Jangan pernah berani perjudikan nasib. Make a decision. Sebab hidup kita ni, kita yang punya. Indah, cantik, kita yang tentukan, corakkan. Dan, aku, pilih untuk tidak biarkan hidup aku ikut flow (read:telunjuk) orang lain.

Aku tak pernah peduli kalau ada yang pandang serong pada apa yang aku pilih untuk hidup aku sebab aku tahu, dalam hidup tak pernah ada a good or bad decision. Semua bergantung pada macam mana kita nak live the decisions. Dan, kalau kita nak kena peduli apa yang orang lain kata, aku tak rasa kita akan pernah rasa hidup ni seronok. Push your limit. Keluar dari comfort zone. Dan kau akan rasa betapa hidup ni bukan macam highway dari Sungai Dua ke Jitra, lurus je. Tapi macam highway dari Kuala Kangsar ke Ipoh lalu Menora ada naik turun, selekoh tajam, yang trigger our adrenaline rush. 

InsyaAllah,
akuyangdahngantuktapitakretinaktidurpadahalesokadaconferencedekatpicc

P/S- Janji Allah pasti. Dia gantikan pengajian PhD tak jadi aku di Australia dengan hadiahkan percutian sebulan, percuma (tajaan mak cik aku atas tiket temankan dia jaga cucu dia masa mak diorang pergi conference di Nice) untuk aku di Sydney, Melbourne dan Canberra. Ironinya, ketiga-tiga bandar ni, terletak universiti yang patut aku sambung pengajian aku. 

2 comments:

  1. salam sis. i may worse than u. dah nampak masa depan kena extend lagi setahun. tapi insyaAllah i will be strong enough and better. kdg2 rasa nak give up ja. kdg2 rasa mcm sis jugak, nak sampai highest level untuk tebus balik semua. i wish i could make my parents proud one day. all the best in your life! :)

    ReplyDelete
  2. Hi,
    May I know in which uni are you doing your phd? What topic are you working on? Mind to share?

    Your senior :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...