Total Pageviews

Saturday 9 November 2013

SEHARI DI GLASGOW

after a very depressing week, hari ni, aku buat kerja gila~~haha..jalan2 di Glasgow City..bandar ni, kira  bandar terbesar kat Scotland ni..population dia pun paling ramai~~dan dia, kira antara world leading dalam industry pelabuhan sebab dis memang asal dulu pelabuhan kecik..makin lama makin besar, jadilah Glasgow yang sekarang~~




selalu orang suka datang Glasgow sebab dia banyak butik barang branded macam ZARA, DIOR dan sebagainya yang aku memang tak pernah amek kesah~~haha..sebab aku memang bukanlah kaki menghabiskan duit dekat pesyen2 ni..haha..baik aku simpan duit beli tiket tengok bola~~haha..dekat City Center dia, memang ada satu street, khas segala macam butik ada..jalan tu nama dia Buchanan Street..siapa dulu Komsas ada belajar cerpen Kerana Manisnya Epal dalam antologi Anak Laut, mesti ingat Buchanan~~haha..Buchanan ni femes kot kat Scotland ni!!! kat Edinburgh pun ada jalan nama Buchanan Street..haha..mungkin Buchanan tu asal dari sini kot???haha..balik pada cerita Glasgow ni, kepada siapa2 yang memang kaki shopping barang2 yang harga dia boleh beli tiket tengok bola lima kali tu, bolehlah datang Buchanan Street dan juga Argyle Street (lupa nak mention..syok cerita pasal Buchanan)..sebab kiri kanan, memang bersepah kedai barang branded..aku???jalan2 snap pic je..haha..sampai orang pun pelik..apa yang budak ni snap??





tak sah kalau jalan2 tak pergi museum..walaupun sesungguhnya diriku ini bukanlah peminat setia museum, tapi sebab dah alang2 datang, memang kena singgah museum tu..nanti kalau orang tanya, boleh kita sembang..haha..selalu aku akan cerita, "takde ape pun yang best kat situ.."..kalau bab museum ni..haha..tapi, kat Glasgow ni, ada satu museum best..tapi, aku nak cerita museum tak best dulu..typical museum yang buat aku jalan sepantas mungkin dan hanya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk habis tour museum tu..haha..nama dia The Hunterian Museum..museum ni, sebahagian dari Uni of Glasgow punya property..dan, aku memang tak suka!!!dia punya art gallery, adoyai, ngantuk aku~~haha..tapi, kalau budak art, mungkin suka kot~~~ada lagi satu museum, Kelvingrove Art Gallery..mula plan nak pergi..tapi memandangkan nama dia pun art..memang tiba-tiba jadi malas nak pergi..haha..






ahah!!! kat sini ada satu tempat ala-ala Petrosains, tapi building dia sama besar dengan Pusat Sains Negara..tapi, dalam dia, memang macam Petrosains, cuma, Petrosains berkali2 lagi best!!!!!Pusat Sains Negara pun berjuta kali lagi best dari dia!!!haha..nama dia Glasgow Science Center..bayangkan Petrosains bahagian yang ada banyak mainan kita boleh try tu..or, Pusat Sains yang tingkat bawah tu, yang dekat dengan stage selalu ada abang kasi demonstration tu..macam tulah Glasgow Science Center ni..haha..tak best sangat~~~Malaysia lagi best!!!




dan, the best part of Glasgow, lantak korang nak cakap apa..haha..sebab aku baca review orang ramai pasal tempt ni, semua kata "not worth it!!"..bagi aku, best je!!!!sebab tu dia menang award European Museum of the Year..cuma aku tak snap pic je tulisan tu..huhu..tapi, dia memang sangat best!!!!sebab??? masuk dalam tu, terus rasa macam masuk time machine..haha..banyak gila kereta, motor, basikal, kapal, bas..dia tunjuk dolu2 punya transportation..bas yang dalam boleh duduk 6 orang je, kuda yang tarik..ada bas divided kepada 2 class, satu kerusi kayu, satu lagi kerusi best~~basikal, roda depan dia besar~~kapal perang besar gila!!!semua ada..and the best part is, dia ada replika satu jalan, lupa nama apa, tapi dia tunjuk dulu2 punya kedai2 and subway station..merasalah aku naik subway 100 years ago~~photographer pakai kamera besar kotak A4 paper tu..haha..memang best museum ni!!!rugi tadi aku nak cepat sebab tak solat lagi~~~next time, datang Glasgow, aku nak lepak sini lama2!!!haha..






Glasgow ni, dia punya muslim population, nak compare dengan Edinburgh, dia lagi ramai..so, memang senang nak cari masjid, nak cari kedai makanan halal..tadi, aku solat dekat Glasgow Central Mosque..tak macam Edinburgh Central Mosque, masjid ni, dari jauh dah nampak..Edin, tersembunyi disebalik bangunan2..haha.





kat sini ada satu Confectionary wajib singgah sebab kedai dia dah usia lebih 100years..kira kedai cekelat paling tua kat Glasgow..and ramai orang femes singgah..disebabkan diriku juga femes (muahaha), aku singgah jugak tadi..jenuh cari!!!aku expect kedai dia besar..rupanya, cenonet je..haha..nama dia Glicksman's Confectionary..





tak jauh dari situ, ada pasar sehari..Barras Market..aku silap bajet masa tadi!!!!dalam website kata sabtu tutup pukul 5..aku datang pukul 4, orang semua dah kemas2..keciwa aku!!!huhu..




basically, Glasgow ni, 180degrees beza dengan Edinburgh..bandar dia moden..bangunan pun, moden..semua moden..Edinburgh, bandar lama..but, aku prefer Edinburgh..kalau nak duduk dalam bandar moden, KL pun moden~~haha..btw,  Glasgow ada subway..the the 3rd oldest subway in the world after London n Budapest..haha..boleh je aku jalan kaki tadi, tapi, nak merasa naek the third oldest subway ni~~haha..yang the first, dah rasa dulu~~haha..






lupa pulak nak cerita..aku datang sini naek train dari Edinburgh..aku booked tiket selasa lepas..harga GBP12.60 pergi balek..sebab, aku punya member sorang dari Glasgow..aku sembang dengan dia pasal aku nak pergi Glasgow..then, dia suggest beli tiket time weekend, or weekdays after 9..sebab masa tu kira dapat Off-Peak day..kira jimat sangat2..haha..perjalanan Edin-Glasgow, tak sampai 2 jam..kejap je..train pun kosong~~haha..


and lastly, apa yang aku borong kat sini??haha..jangan harap korang akan nampak jaket ZARA, handbag Prada bagai..haha..not my taste..haha..aku setakat ni, lebih suka beli cap charity shop or car boot je~~haha..apa yang aku beli kat Glasgow hari ni??haha..aku beli landscape photo of Glasgow city, aku beli gummy jelly dekat Glicksman's, aku beli t-shirt tulis Glasgow and ada African jual wooden handcraft, so, aku beli Hippo dan replika 3 African~~



5 comments:

  1. cantekkk baju glasgow tuuu. suke2. eh? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nak buat taktik~~~
      xde duit nk beli~~mahal kot~~

      Delete
  2. salam.. nak tanye, utk final year projek, kite kene carik tajuk sendiri ke? and adakah supervisor akan diberi oleh pihak uni or kite kene pilih sendiri? hope dpt membantu sbb nak try buat application ni hehe..

    -dee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat edinburgh ni, tajuk, sv sume dah ada..kite tinggal pilih tajuk je..
      but, kalau ada tajuk sendiri, kena buat style macam dekat uitm..cr sv sendiri..convince diorg yg tajuk kite tu best~~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...