Total Pageviews

Wednesday 1 January 2014

REMINISCENCE 2013


alhamdulillah..dah masuk 2014 dah hari ni~~~aku kat sini, baru je masuk 2014, dengan fireworks meriah gila, tapi aku tak pergi tengok pun~~sejuk~~~plus, aku baru sampai dari London pukul tujuh tadi..sampai bilik, terus pengsan~~penat!!!


2013, antara tahun yang penuh dengan segala macam suka, duka, cabaran, pahit, manis, dan segala macam rasa lagi yang wujud dalam dunia ni..dari januari, sampailah ke disember, banyak je perkara yang dah aku lalui..tak pasti, dia merubah aku, atau menjadikan aku, aku yang hari ni (???)..haha..

tahun 2013 aku dimulakan dengan kepayahan, struggle menyiapkan tesis untuk degree aku~~haha..dapat supervisor yang strict, perfectionist, sangat malang aku dan lima orang lagi student under dia~~haha..sekecik2 alam kesalahan, dia point..ingat lagi ayat dia dekat kitorang:

Supervisor saya dulu, masa dekat UK, yahudi..
Pak cik Yahudi tu, datang kerja je, terus jenguk bilik student PhD..
Nak tengok saya buat kerja tak..
dan, selalu dia pesan dekat saya,
" Don't let me find any silly mistakes on your paper!"

tapi, supervisor aku tulah, yang jadi aku punya mentor, yang kasi aku nasihat macam2 nak further study ni..segala macam ilmu dia turunkan dekat aku, nak siapkan tesis aku, sampai aku dapatlah A dia kasi~~hehe..tak tidur malam, makan tak teratur, semualah, sebab nak siapkan tesis tu~~


lepas tu, kena final exam pulak..last exam for my degree..mujur satu paper je..and, paper yang bukanlah kritikal, sebab boleh fikir pakai logik akal je..paper Project Management..then, result keluar..final cgpa, dan pengesahan aku dapat ANC ke tak..lepas tu, May 2014, aku naik pentas, amek degree scroll dari sahol..haha..segala penat, lelah, jatuh, bangun, turun, naik, jet-coaster-degree-life aku, habis, tamat hari tu..

tahun 2013, sempatlah aku merasa alam pekerjaan dalam 5 bulan macam tu..2 bulan kerja dekat company GIS, tiga bulan as a teacher..both, private and government sector aku rasa..private sector, letih banyak sebernarnya, sebab aku kerja international company pulak!!! berganda2 letih dia..tapi, banyak yang aku belajar kerja dekat situ..etika kerja dengan company international, yang boss bukan orang Melayu, even rata-rata pekerja semua melayu Islam..sempatlah aku siapkan satu projek even aku kerja kejap je..projek hutan dekat tasmania..hehe..jadi cikgu, senang je..ajar je benda yang kita dah tau dekat budak2 tu..aku pun, memang masa study pun, every week, selalu je tolong mak aku ajar budak darjah 6 kelas malam..so, dah biasa..gaji masyuk pulak jadi cikgu~~haha..tapi, bagi aku, kerja, bukanlah pasal nak gaji..macam aku kerja dekat company GIS tu, gaji ciput je..tapi, yang penting, experience tu..and, aku dapat buat benda yang aku suka nak buat..praktik apa yang aku belajar..tu yang lagi best jadi nikmat kerja ni!!! kalau tak, kerja pasal nak duit, tu yang rasa tak best je time kerja..then, duit gaji tu, memang takkan rasa cukup pun nak tampung perbelanjaan..tu yang jadi orang dok komplen pasal kenaikan living cost tu!!! (oops~~)


tahun 2013, tahun yang buat aku dapat capai mimpi aku dari zaman sekolah lagi..mimpi yang tertangguh dari dulu..dapat further study dekat sini..even aku tak aim pun edinburgh ni..tapi, still, rasa alhamdulillah sangat sebab dapat capai apa yang aku nak dari dulu..aku jugak, dapat capai impian aku nak tengok Chelsea punya match dekat2..alhamdulillah, tak sangka, akhirnya Allah kabulkan impian aku~~

tapi, hidup kita ni, kalau takde, up and down, memang rasa tak best!!! aku diuji dengan pelbagai cabaran sepanjang dekat edinburgh ni..dengan culture shock..bukan culture shock yang buat aku lupa root aku..culture shock pasal british education system..macam mana marking scheme diorang..apa yang lecturer expect dalam assessment..semua tu lah!!! no matter how hard aku try, the result, still below average, buat aku at some point, nak give up, balik malaysia..

2013, buat aku jadi lebih appreciate orang yang ada dekat keliling aku..terutama family yang tak putus2 support aku..yang buat aku rasa, aku tak boleh give up!!! sebab diorang semua!!! aku jadi kenal, siapa sebenarnya sahabat, kawan, teman dan kenalan..siapa sebenarnya yang memang betul2 support aku dekat sini, dan siapa yang sebenarnya just nak.. (faham2 jelah~~).. buat aku lagi hargai mereka2 yang sanggup even aku mesej diorang masa tu malaysia dah malam, boleh reply mesej aku..

tahun 2013, tak keterlaluan aku katakan, tahun yang paling banyak aku belajar macam2 dalam dunia ni!!! first time aku uruskan sendiri semua urusan nak sambung belajar..sebelum ni, ibu aku banyak tolong dari isikan borang, sampailah kemas baju masuk dalam locker..haha..masa aku tadika, ayah aku hantar aku, then tunggu sampai cikgu tadika datang bukak pintu tadika..masa darjah satu, ibu aku hantar aku masuk dalam kelas darjah satu aku even dia banyak je kerja as GPK masa tu..masuk asrama, aku masuk hari kerja pulak!!! ibu ayah aku, amek cuti, hantar aku first day masuk asrama..ayah aku yang pergi Koperasi amek cadar bagai..then, ibu aku yang pasangkan cadar, kemaskan baju masuk locker~~haha..nak masuk uitm masa diploma pun, sama..haha..borang semua ibu aku yang isi..nak buat akaun bank islam pun, dia yang isikan borang..haha..rumah sewa at shah alam, ibu aku dengan abang2 yang tolong kemas bilik aku, kemas locker semua..haha..tapi, tahun 2013, aku belajar buat semua benda sendiri..dari urusan cari universiti, apply, register IELTS, amek test IELTS, pergi panjat MARA, JPA, buat VISA, medical check-up, beli flight ticket, shopping barang sampailah aku fly ke edinburgh ni..semua aku buat sendiri..berdikari betul aku..umur 23, baru reti nak buat benda sendiri semua~~haha..


tahun 2013 jugak, saksi aku buat segala macam benda baru..macam mengundi!!! yeay!!! haha..first time, mengundi!!! haha..saksi aku even lesen dah ada dua tahun, baru dapat chance pegang stereng nak drive kereta jauh2..haha..

2013, dah dua jam lebih (waktu UK) labuhkan tirai dia..tahun yang aku emosional gila..tahun yang paling banyak jadi saksi air mata aku tumpah dekat bumi Malaysia mahupun edinburgh ni..tahun yang jadi saksi my 23-years-old-self capai mimpi yang dulunya angan2 je..

moga 2014, yang dah pun datang ni, jadi saksi diri aku yang lebih baik..insyaAllah~~~



4 comments:

  1. tulisan akk buat sy rasa terinspirasi...thnkss kak buat hidup sy y seakan2 kosong ni rsa lebih bermakna..InsyaAllah !..Good luck kak utk 2014 !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...