Total Pageviews

Saturday 1 February 2014

THE BEST FB POST OF THE DAY - Muhasabah Diri

salam..entry yang pendek je kali ni, but aku rasa nak share dengan korang semua..found this on my fb news feed.. shared by one of my schoolmates yang sama-sama tengah further study dekat UK ni..

am i sentap baca ni? huhu..ada juga terasa sikit sebab diriku pakai loan MARA pergi tengok bola hari tu..pergi jenjalan dah dua kali pakai duit tu..of course terasa~~ aku bukan android takde perasaan..

this is just reminder untuk diri aku, dan mereka yang dah ada kat sini..ingat our mission datang sini, bukan sebab nak berjimba..and, untuk mereka-mereka yang akan ke obersees nanti, sentiasa pahat benda ni dalam kepala..



Ammar IbnShukry
BERSAMA GEMBIRA, ADANYA AIR MATA.

Scroll newsfeed yg ada, berbaloi untuk dikongsikan 2 coretan dari rakan FB. Sekurang-kurangnya, kita mengingati deraian air mata mereka-mereka yang tidak segembira kita.

"Sedih melihat ada sahabat yang bertanya tentang bagaimana nak survive dengan belanja makan RM 5.00 sehari di universiti.

Dengan kos hidup yang makin meningkat, ditambah dengan kebanyakannya bakal menanggung hutang PTPTN. Ada teman di Kulliyyah saya hanya menjadikan mi segera dan air kosong sebagai alas perut untuk sepanjang hari.

Tambah sebak, melihat gambar teman-teman yang Allah rezekikan biasiswa menyambung pengajian ke luar negara mampu melancong keliling Eropah, Turki dan segala macam syurga dunia. Seronok berbelanja di butik-butik terkemuka.

Saya fikir ada sesuatu yang tak kena. Semacam berlaku jurang kelas yang terlalu melampau.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan teman di luar negara. Saya cuma mahu berkongsi bahawa teman sepermainan kita dahulu, ada yang terpaksa berikat perut untuk meneruskan pelajaran.

Namun begitu, saya yakin masih ada yang prihatin. Pernah seorang teman yang belajar di luar negara, bank in wang sebanyak RM 1000.00 pada saya. Katanya: "Buat beli buku yang kritis. Buku yang mampu sedarkan umat. Mampu bantu umat maju ke depan." Saya terharu, dan dari situ saya sedar masih ada bahagia untuk kita. Kita mampu sebarkan bahagia.

Buat teman yang menerima biasiswa (dalam dan luar negara) , gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin. Ingatlah, dalam duit rezekimu itu, ada terlalu banyak kisah perit dan air mata."

*************************** 
"Saya terasa, mungkin kita patut berpada-pada dalam mengupload gambar di dalam facebook.

Saya sendiri, banyak tersilap juga.

Tatkala kita upload gambar tentang makanan, ada sahabat kita yang kelaparan.

Tatkala kita upload gambar pergi ke sana ke mari, ada sahabat kita yang tinggal sahaja di bilik tidak ke mana, kerana dia tidak punya wang, tidak punya tajaan seperti kita.

Tatkala kita upload surat tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan, ada sahabat kita yang berhempas pulas mencari kerja.

Dalam Quran sebut, تفاخر بينكم "Kamu saling berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk antara satu sama lain."

"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu bersikap tawaduk sehingga tidak ada seorang pun menginginkan apa yang dimiliki orang lain dan tidak ada seorang pun yang berbangga dengan apa yang dimilikinya." -Riwayat Muslim dan Abu Daud dan Ibnu Majah-

Kredit to : Faizin Shamsuddin

3 comments:

  1. suhairi mat ludin1 February 2014 at 22:56

    Alhamdulillah. Semoga is menjadi peringatan. . . Uruskan kehidupan mengikut cara dan kemampuan kita. Moga2 diberkatiNya. Take care

    ReplyDelete
  2. Sememang pelajar-pelajar tajaan harus ingat dari mana sumber wang itu datang. Jika tajaan kerajaan, ingatlah duit bersumberkan duit rakyat. Gunakan ia sebaik mungkin. Gunakan untuk menambah nilai kepada diri dan negara.

    Pendapat saya, tidak salah sebenarnya jika sekali sekala pelajar yang berada di luar negara pergi melihat dunia luar seperti eropah dan sebagainya. Di sana mereka boleh kutip ilmu dan pengalaman. Yang penting perbelanjaan itu mampu memberi value kepada diri, agama, bangsa dan negara.

    Yang penting niat untuk ilmu dan pengalaman, dan bukannya untuk hiburan dan keseronokan peribadi semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..entahlah..saya pun tak boleh komen pasal masing2 punya hati..inna mal a'malu bil niyat, kan? semua tu depends kat niat masing2..guna duit tu, travel sana sini untuk apa..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...